Anda di halaman 1dari 11

IMPUNAN SOALAN BAHAGIAN C 1.

Apresiasi seni ialah kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran terpimpin. Selain dari itu ia dapat menyuarakan rasa hati seseorang.

Anda telah mempelajarai LIMA aspek bagaimana menghargai dan menilai seni. Jelaskan secara terperinci aspek-aspek apresiasi seni berdasarkan gambar di atas dan beri tajuk lukisan di atas. 1. Menginterpretasi gambar Terdapat sekumpulan gajah dan haiwan lain di dalam hutan. Pokok-pokok besar mengelilingi haiwan-haiwan tersebut. Pokok rotan menjalar dan merentangi pokok. Lumut yang tebal pada dahan pokok. Daun-daun kering di permukaan tanah. Keadaan sekeliling semakin gelap kerana kedatangan malam.

2. Penggunaan alat, media dan bahan Pelukis telah menggunakan pensil H,pensil B, pemadam dan kertas lukisan untuk menghasilkan lukisan. 3. Teknik melukis dan kritikan seni Pelukis menggunakan teknik conteng, garisan kontur, garisan selari dan teknik campuran dalam menghasilkan karya. Lorekan ton terang dan gelap diaplikasikan pada pokok dan haiwan di bahagian hadapan dan di bahagian belakang. Pokok dan haiwan yang dilorek terang kelihatan berdekatan manakala yang dilorek gelap kelihatan jauh di belakang. Pokok di kiri dan kanan bahagian atas dan himpunan daun kering di bahagian bawah mewujudkan keseimbangan di dalam karya. Penegasan nampak jelas pada gajah yang berada di hadapan. Karya ini berjaya kerana telah dapat menunjukkan fenomena sebenar kehidupan di dalam hutan. Lukisan Kehidupan Hutan ini diolah untuk mengabadikan keindahan alam yang menakjubkan. 2.

Gambar rajah di atas menunjukkan lukisan percikan. Teknik yang diaplikasikan ialah sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang

dipilih.

Huraikan alat, media dan teknik yang digunakan oleh pelukis percikan di atas. Berikan cara lain untuk menghasilkan percikan selain dari teknik percikan di atas. 1. Pengaplikasian Alat, Media dan Teknik Alat, bahan dan media yang diaplikasikan dalam karya ialah kertas lukisan, warna air atau warna poster, penyedut minuman dan berus lukisan. Berus lukisan digunakan untuk menitikkan warna basah pada permukaan kertas. Hujung penyedut minuman ditumpukan pada setiap satu percikan dan ditiup perlahan lalu membentuk corak. Pengulangan langkah menghasilkan corak yang berbagai warna. 2. Contoh Menghasilkan Percikan Teknik Semburan Tema: Tumbuh-tumbuhan Alat, Bahan dan Media: Tumbuhan kecil yang berjalinan, kertas lukisan, spray can, pita pelekat, kertas surat khabar dan kertas tebal.

Cara menghasilkannya: 1. Guna pita pelekat untuk melekatkan kertas lukisan di bahagian tengah kertas surat khabar. 2. Pegang spray can dan buat semburan ke atas permukaan kertas lukisan dengan berhati-hati. Langkah ini perlu bagi mengelakkan kesan percikan rosak. 3. Pastikan pintu dan tingkap ruang bengkel dibuka untuk memberi laluan lebihan percikan keluar. 4. Tampal berbagai potongan tumbuhan kecil di atas permukaan kertas lukisan tersebut. 5. Hasilkan percikan sekali lagi ke atas kertas lukisan tersebut dengan menggunakan warna yang lain pula. 6. Alihkan tumbuh-tumbuhan tersebut dan buat percikan kali ke tiga pula. 7. Bingkaikan gambar dengan menggunakan kertas tebal. 3. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah memerlukan strategi pengajaran yang dirancang dengan rapi.

(a) Bincangkan LIMA pendekatan negatif pengajaran yang perlu dielakkan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

Pendekatan Negatif 1. Elakkan memberikan idea kepada murid secara seratus peratus. Galakkan murid mencipta idea sendiri. 2. Kritikan hasil kerja seni murid sehingga memalukan murid perlu dielakkan. Galakkan murid membuat refleksi kepada pengalaman persekitaran mereka dan reaksi murid terhadap situasi harian. 3. Jangan risau tentang objek yang dilukis atau teknik yang digunakan tidak betul. Murid akan meminta bantuan sehingga pada satu tahap di mana mereka perlu membuat perubahan pada hasil kerja mereka. 4. Elakkan dari mematahkan semangat murid yang bersungguh-sungguh dalam menyiapkan hasil kerja mereka walaupun kerja mereka tidak memuaskan. 5. Jika menggunakan hasil kerja murid sebagai contoh dalam aktiviti apresiasi seni, elakkan memberikan pujian yang melambung dan mencari kesalahan. (b) Berikan LIMA cadangan bagi merangsang dan meningkatkan minat murid di dalam pengajaran pendidikan seni visual. Pendekatan Positif 1. Benarkan murid meluahkan perasaan dalam hasil kerja mereka dengan mengambil kira a. perasaan yakin dalam mengawal bahan b. penggunaan berbagai jenis media tidak terhad kepada satu jenis media sahaja c. pemahaman jelas tentang alam yang terdapat di persekitaran mereka d. kepuasan dalam menghasilkan kerja-kerja seni yang datang dari naluri dalaman secara kreatif. 2. Galakkan murid menggunakan peralatan seni dalam aktiviti pembelajaran harian mereka dalam subjek lain. Beri mereka peluang meluahkan perasaan hati dan keikhlasan hati dalam kerja-kerja yang mereka lakukan. 3. Fahami bahawa murid-murid mencipta secara emosional dan intelektual. Cara mereka mengilustrasikan perasaan dalaman mereka. Hargai apa yang mereka lakukkan bukannya kritikan secara negatif. 4. Murid-murid juga perlukan privacy dalam menghasilkan hasil kerja mereka. 5. Hargai hasil kerja mereka secara adil dan mengambil tahu tentang semua murid bukan sebahagiannya. 4. Proses kritikan seni merupakan proses penting di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah. Proses ini memerlukan guru untuk mempunyai pengetahuan luas mengenai kaedah bagi mengendalikannya.

(a) Jelaskan EMPAT kepentingan proses kritikan seni di dalam aktiviti pendidikan seni visual.

Kepentingan proses kritikan seni mengikut peringkat : 1. Diskriptif Seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan. Dia perlu mengumpul data-data asas atau datadata visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium, dan tarikh. Jelasnya, dia perlu menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu.

2. Analisa Formal Pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual, contohnya dari sudut mengenalpasti alatan, pengolahan komposisi, garisan, cahaya, bentuk, warna, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan.Melaluinya murid dapat menyatakan perhubungan di antara elemen-elemen visual tersebut. 3. Interpretasi Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya melakukan interpretasi iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi. Pandangan setiap orang boleh meningkatkan pemahaman seseorang pengkritik tentang sesuatu hasil kerja seni Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya. . 4. Penilaian Rangkuman ketiga-tiga proses mengenal pasti dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya. Pengkritik dapat membuat luahan perasaan dari apa yang mereka telah lihat lalu mempengaruhi pertimbangan.dalam menentukan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara. (b) Huraikan EMPAT pendekatan melaksanakan proses kritikan seni. 1. Pendekatan Induktif Pendekatan induktif dikatakan satu proses membuat kritikan seni dan menilai hasil kerja seni di peringkat awalan. Pendekatan induktif banyak mengumpul fakta-fakta tentang visual yang terdapat dalam sesuatu hasil kerja seni. Murid dapat mengumpul satu inventori terhadap hasil kerja, dapat menyatakan perhubungan di antara elemen-elemen visual dan yakin telah dapat menginterpretasi kerja-kerja seni tersebut. Murid juga boleh membuat rumusan terhadap luahan perasaan dari apa

yang mereka telah lihat. 2. Pendekatan Deduktif Cara seterusnya untuk menilai hasil kerja seni ialah dengan cara deduktif. Prosedur ini melibatkan pemilihan kriteria tertentu untuk menilai kerja-kerja seni, memeriksa kerja seni yang dilihat melalui fakta-fakta visual. Pendekatan ini juga akan dapat menentukan kerja-kerja seni itu memuaskan atau tidak mengikut standard. Walau pun pendekatan deduktif ini bersifat tidak natural dan terhad, pendekatan ini boleh menggalakkan penglibatan murid terhadap sesuatu hasil kerja seni. Pendekatan deduktif juga dikatakan mengambil format perdebatan dalam menilai hasil kerja dan ia dianggap sesuatu yang menarik dan mencabar. 3. Pendekatan Empati Apabila kita berasa empati terhadap sesuatu hasil kerja seni, kita telah meluahkan perasaan dan kapasiti terhadapnya seolah ianya hidup dan cergas. Kita boleh melihat garisan seolah-olah bergerak, aktif dan mempunyai ritma. Kita juga melihat seolah-olah pokok melambai-lambai, kesunyian. Analogi ini membantu kita mengalami seni membuat penilaian seperti lukisan itu buruk atau lukisan itu cantik. 4. Pendekatan Interaktif Pendekatan interaktif merupakan satu pendekatan melihat sesuatu hasil kerja seni melalui perbincangan dan perbahasan, perjanjian berkumpulan tentang maknamakna hasil kerja tersebut. Perbincangan berdasarkan langkah yang sama seperti pendekatan induktif, iaitu mengumpul formulasi satu hipotesis tentang makna hasil kerja tersebut. Kumpulan akan menjalankan kajian lanjut tentang hasil kerja tersebut. Walaupun pendekatan ini bersifat analitikal, pandangan setiap orang boleh meningkatkan pemahaman seseorang tentang sesuatu hasil kerja. 5. (a) Namakan LIMA jenis cetakan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah. 1. Cetakan jari 2. Cetakan tumbuh-tumbuhan 3. Cetakan dari renyukan kertas 4. Cetakan dakwat 5. Cetakan span (b) Bandingkan di antara teknik menghasilkan cetakan mono dan teknik cetakan duo.

(c) Nyatakan cara bagaimana seseorang guru dan murid-murid dapat menilai dan membuat kritikan daripada hasil cetakan yang dijalankan. Membuat kritikan dan penilaian tentang hasil cetakan ialah dengan melihat dari sudut: 1. Diskripsi: tema, tajuk dan subjek Siapa artist tersebut?, Apakah tajuk cetakan?, Berapa saiz cetakan?, Bila ianya dihasilkan?, Apakah imej yang terdapat dalam cetakan tersebut?, Apakah temanya? 2. Diskripsi: alat, bahan, media dan teknik Apakah teknik, media, proses yang digunakan oleh artist tersebut?,Jenis warna?, Alatan dan bahan yang digunakan? 3. Analisa: unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan seni Apakah unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang digunakan?, Garisan, rupa, bentuk, nilai, warna, corak, jalinan, ruang, imbangan, pergerakan, kontra, kesatuan, kepelbagaian, Bagaimana asas senireka tersebut di satukan dalam satu komposisi? 4. Analisa: historical significance Apakah kepentingan sejarah dalam hasil kerja seni tersebut?,Bagaimana subjek dan stail yang digunakan? 5. Interpretasi: dari sudut estetik Bagaimana pemahaman anda tentang makna cetakan tersebut? Bagaimana mood atau perasaan kamu apabila melihat cetakan itu? 6. Penilaian: perbincangan lanjut Apakah fikiran anda tentang cetakan ini secara keseluruhannya? Bagaimana anda nilai hasil kerja ini? Biasa, sederhana, baik, cemerlang? Adakah anda suka? Kenapa? (d) Apakah persediaan yang perlu diambil kira sebelum memulakan aktiviti cetakan.

1. Pilih bahan-bahan yang berjalinan dan tahan untuk dicetak. 2. Pilih bahan-bahan yang senang untuk dipegang semasa mencetak. 3. Kawasan yang hendak dicetak perlu mempunyai permukaan yang rata untuk dicetak. 4. Untuk cetakan jenis umbisi corak diukir terlebih dahulu sebelum cetakan dilakukan. 5. Warna atau dakwat diratakan dipermukaan corak sebelum dicetak. 6. Adalah digalakkan menggunakan warna legap untuk mendapat kesan cetakan yang cantik. 7. Untuk mendapatkan kesan cetakan yang cantik pada permukaan kayu, kayu direndam terlebih dahulu supaya jalinannya kembang dan menghasilkan corak yang menarik. 6. (a) Nyatakan TIGA faktor yang boleh mempengaruhi penghasilan sesuatu garisan dengan menggunakan media pensel. 1. Gred 2. Tekanan pensel 3. Kelajuan pensel (c) Apakah kelebihan media arang dalam menghasilkan sesuatu lukisan. 1. Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi. 2. Mempunyai kesan kegelapan yang tinggi. 3. Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis. 4. Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat. 5. Dapat menghasilkan ton lorekan dengan cepat dan menarik. 6. Melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat. (d) Sebelum memulakan satu lukisan yang baik dan bermutu, apakah aspek penting yang perlu diambil kira. 1. Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) 2. Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) 3. Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan 4. Kesan cahaya pada imej 5. Pembentukan bayang-bayang 6. Teknik (garisan selari, teknik conteng, teknik titik, teknik campuran dll) 7. Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan 8. Teknik mengukur objek mengikut kadar banding (e) Hasilkan satu persediaan mengajar daripada tajuk lukisan dengan berpandukan perkara-perkara berikut:

Tarikh, Hari, Masa, Kelas, Tajuk, Tema, Objektif, Aktiviti, Alat dan bahan. Tarikh : 12 Ogos 2010 Hari : Khamis Waktu : 10.15 hingga 11.15 pagi Kelas : 5 Cergas Tema : Buah-buahan Tajuk : Buah buahan Tempatan Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. Melukis gambar buah-buahan tempatan dengan teknik gurisan. Alat dan Bahan : Kertas lukisan, Krayon, Alat tajam. JADUAL PELAKSANAAN

Anda mungkin juga menyukai