Anda di halaman 1dari 10

Soalan 1

Cadangkan 5 aktiviti Pendidikan Seni Visual yang boleh diuji menggunakan kaedah-
kaedah Pemerhatian, Temu-ramah, Perbincangan, Maklumbalas dan Portfolio.
Jelaskan secara terperinci bagaimana kamu melaksanakan kaedah-kaedah tersebut.

Pemerhatian

Aktiviti 1: Menggambar : Teknik Lukisan
Dalam aktiviti ini murid-murid perlu membuat pemerhatian secara aktif supaya lukisan
yang dihasilkan dapat menjadi lukisan yang kreatif dan kritis. Semasa melukis murid
dapat mengembangkan aspek psikomotor seperti tangan dan jari. Bidang ini juga dapat
memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar dan melahirkan pelbagai
perasaan seperti gembira, suka, selesa, sedih dan sebagainya sekaligus kita dapat
mengaplikasikan teknik lukisan dalam aktiviti seni, secara tidak langsung murid akan
mudah peka terhadap perkara yang berada di persekitarannya.

Aktiviti 2 : Menggambar : Teknik Cetakan
Teknik cetakan merupakan teknik yang memerlukan pemerhatian secara aktif dalam
bidang menggambar kerana ia menggunakan media alam semulajadi. Keistimewaan
cetakan ini ialah ia mampu menghasilkan banyak 1 ember 1 karya yang serupa dan
semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Cetakan pada awalnya digunakan untuk
pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Murid akan menggunakan semua
deria dan melakukan pemerhatian secara aktif terhadap apa yang mereka mahu
perhatikan. Dengan melakukan pemerhatian, murid akan dapat berimaginasi dan
menggambar apakah bentuk cetekan yang akan mereka hasilkan nanti.




Aktiviti 3: Bidang Membuat Corak dan Rekaan : Kolaj
Teknik ini merupakan corak terancang. Kolaj bermakna potong, koyak, gunting,
gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-
kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej
seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu
komposisi. Teknik kolaj memerlukan pemerhatian yang aktif sebelum melakukannya
dan murid hendaklah memerhatikan contoh yang ditunjukkan oleh guru sebelum
membuat kolaj untuk gambar tersebut. Semasa membuat kolaj, murid akan merasai
secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Sebagai contoh, semasa sesi P&P, guru
mengedar gambar pelbagai haiwan yang mereka kenali di daratan atau lautan dan
murid dikehendaki membuat pemerhatian secara terperinci melalui gambar tersebut.

Aktiviti 4 : Bidang Membuat Corak dan Rekaan : Catan
Teknik catan juga memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif kerana ia
merupakan teknik yang memerlukan murid melaksanakan proses menyapu warna atau
cat ke atas sesuatu permukaan rata. Semasa melakukan teknik catan dalam sesi P&P,
guru akan membawa pelbagai jenis buah-buahan seperti rambutan,limau, pisang dan
sebagainya atau bunga-bungaan. Sebelum menghasilkan catan, murid dikehendaki
memerhati bentuk dan corak pada buah-buahan atau bunga-bungaan tersebut. Selain
bentuk dan corak, warna buah-buahan dan bunga-bungaan tersebut juga perlu dibuat
pemerhatian secara terperinci supaya murid dapat menghasilkan catan berdasarkan
buah-buahan atau bunga-bungaan sebenar yang dibawa oleh guru.

Aktiviti 5 : Bidang membentuk dan membuat binaan : Mobail
Bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan pemerhatian
secara aktif. Murid menggunakan kesemua deria yang ada dalam membentuk dan
membuat binaan. Semasa teknik mobail dilaksanakan dalam P&P, perkara utama yang
murid perlu lakukan ialah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh yang
diberikan oleh guru atau melihat persekitaran. Selepas pemerhatian, murid dikehendaki
membuat mobail dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri. Dalam menghasilkan
mobail, murid dikehendaki melukis gambar pelbagai jenis binatang seperti rama-rama
dan sebagainya. Kemudian mereka mewarna da menggunting bentuk gambar yang
telah siap. Melalui pemerhatian secara aktif, mereka juga dikehendaki membuat lubang
dan menggantung rama-rama tersebut pada lidi bagi membentuk mobail mengikut
contoh yang telah ditunjukkan oleh guru.

Portfolio

Aktiviti 1 : Membuat rekaan dan corak
Guru menggunakan beberapa perisian computer bagi membantu untuk membentukkan
atau menghasilkan corak. Seterusnya dengan bimbingan dari guru, murid-murid
mencuba untuk menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing. Setiap langkah
atau cara kerja murid-murid akan dipantu oleh guru bagi memastikan murid-murid dapat
menggunakan perisian dengan betul.

Aktiviti 2 : Mengenal kraftangan
Segala langkah-langkah atau proses sebelum, semasa dan selepas projek direkod atau
dicatatkan oleh murid. Pengalaman yang didapati oleh murid ketika menjalankan projek
kraftangan dikumpul dan direkod untuk menghasilkan portfolio. Dari portfolio yang telah
dihasilkan, guru akan dapat melihat perjalanan sesebuah projek kraftangan murid untuk
dinilaikan.

Aktiviti 3 : Membentuk dan membuat Binaan
Murid-murid akan menggumpul maklumat tentang tajuk tugasan yang diberi daripada
pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar, artikel dan dari laman sesawang.
Kepelbagaian idea dan kreativiti murid dapat ditonjolkan melalui penghasilan buku
portfolio masing-masing kerana murid-murid akan berusaha untuk menghasilkan yang
terbaik untuk dipersembahkan kepada guru dan rakan-rakan mereka.


Aktiviti 4 : Menggambar
Guru-guru menyediakan pelbagai gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk atau isi
pelajaran. Murid-murid akan menggumpul dan membuat buku portfolio berdasarkan
kreativiti mereka. Murid-murid akan menyusun gambar-gambar tersebut mengikut cara-
cara mereka tersendiri atau secara bebas tanpa bimbingan oleh guru.

Aktiviti 5 : Mengenal kraftangan
Dalam akvititi kraftangan ini, guru akan menyediakan beberapa alamat sesawang yang
boleh dilawati oleh murid-murid. Kad tugasan diberikan kepada murid-murid untuk
mencari maklumat yang diperlukan berdasarkan kad tugasan tersebut. Murid-murid
akan menggumpul maklumat yang diperolehi dan menghasilkan portfolio menggunakan
perisian computer. Hasil-hasil murid akan dicetak dan dibukukan untuk dijadikan bahan
portfolio.

Perbincangan

Aktiviti 1: Menggambar
Guru memaparkan sebuah hasil lukisan di hadapan kelas dan meminta murid untuk
melihat dan meneliti hasil seni tersebut. Murid-murid akan memberi pendapat mereka
tentang hasil seni yang ditayangkan. Dalam perbincangan guru bertindak sebagai
fasilitator yang akan mengawal perbincangan murid-murid. Setiap murid diberi peluang
untuk meluahkan atau memberi pandangan masing-masing terhadap hasil lukisan
tersebut.

Aktiviti 2 : Membentuk dan membuat binaan
Guru akan mempamerkan beberapa model binaan atau mobail yang belum lengkap
atau masih belum lengkap di hadapan kelas. Seterusnya murid-murid akan melihat dan
meneliti model tersebut. Guru meminta murid-murid untuk mengutarakan pendapat atau
cadangan untuk memperbaiki model yang sedia ada untuk menjadikan ia sempurna
dan lengkap. Guru akan membimbing perbincangan murid supaya perbincangan
tersebut terkawal. Melalui ulasan atau pandangan murid-murid, guru dapat menilai
tentang penguasaan setiap murid tersebut.
Aktiviti 3 : Mengenal kraftangan
Perbincangan tentang kepelbagaian kraftangan yang terdapat dalam pelbagai kaum
yang terdapat di kawasan setempat. Murid-murid boleh membawa hasil tenunan atau
perhiasan untuk mewakili budaya masing-masing dan mempersembahkan di hadapan
kelas. Seterusnya perbincangan dapat dibuat untuk membanding beza hasil seni yang
terdapat dalam setiap budaya dan kaum.

Aktiviti 4 : Membuat corak dan rekaan
Guru-guru akan menayangkan beberapa corak atau rekaan yang mewakili pelbagai
kaum atau budaya yang terdapat di sesuatu kawasan atau kawasan setempat. Murid-
murid akan diberi peluang untuk berbincang dalam kumpulan untuk mencari persamaan
atau perbezaan yang terdapat pada corak atau rekaan yang dibincangkan.

Aktiviti 5 : Mengenal tokoh seni tanahair
Guru memperkenalkan personaliti, gambar atau video beberapa tokoh seni tanahair
beserta dengan hasil karya dan sumbangan terhadap seni tanahair. Guru akan
bertindak sebagai fasilitator atau pengacara untuk mengemukakan topik perbincangan.
Murid-murid berpeluang untuk mengemukakan pandangan mereka.

Maklumbalas
Aktiviti 1 : Menggambar
Dalam aktiviti ini, guru menunjukkan atau memaparkan gambar atau ilustrasi di
hadapan kelas. Guru akan mengemukakan beberapa soalah untuk diajukan kepada
murid-murid. Maklumbalas daripada murid-murid akan digunakan dalam menghasilkan
karya seni yang kreatif. Murid-murid akan memberi pandangan masing-masing
berkaitan dengan objek yang dipaparkan.

Aktiviti 2: Membuat corak dan rekaan
Guru dapat menayangkan beberapa tayangan video atau gambar-gambar yang
berkaitan dengan corak dan rekaan yang terdapat di kawasan setempat, kaum atau
bangsa yang terdapat di sekeliling atau daripada luar Negara. Daripada tayangan
tersebut guru akan cuba mencungkil idea atau maklum balas daripada murid-murid
tentang penghasilan seni yang terdapat dalam tayangan video tersebut.

Aktiviti 3 : Membentuk dan membuat binaan
Guru akan mempersembahkan sebuah model di hadapan kelas. Berdasarkan model
tersebut, guru akan meminta murid-murid memberi penjelasan terhadap apa yang
mereka perhatikan atau berlaku. Guru boleh menayangkkan model yang mempunyai
persektif berbeza apabila diubahkan kedudukan supaya murid-murid dapat memberi
maklum balas terhadap perubahan bentuk yang mereka lihat. Contohnya, model kertas
seperti tangga yang mempunyai siratan tangga yang banyak. Dari situ murid-murid
berupaya menyampaikan maklum balas yang pelbagai.

Aktiviti 4 : Membuat corak dan rekaan
Dalam aktiviti ini guru boleh membuat murid-murid untuk pergi melawat berapa tempat
yang menarik dan mempunyai hasil seni corak dan rekaan terutamanya rumah
tradisonal yang mempunyai banyak konsep dan tema corak dan rekaan tertentu.
Setelah mengumpul semua maklumat yang diperolehi guru akan bersoal-jawab dengan
murid untuk mendapatkan maklum balas dari murid-murid hasil dapatan yang mereka
perolehi semasa membuat lawatan. Pemerolehan pengalaman secara sendiri ini akan
dapat meningkatkan pengetahuan murid terhadap topik yang dipelajari.

Aktiviti 5 : Menggambar
Guru dapat menggunakan teknologi TMK atau ICT sebagai medium untuk
mendapatkan maklumat terhadapa topik yang ingin diajarkan. Murid-murid akan diberi
peluang untuk mendapatkan maklumat tentang bahan-bahan yang mereka perlu
perolehi daripada alamat sesawang yang telah dilayari. Guru perlu memastikan murid-
murid melawati halaman sesawang yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Setelah
selesai, guru dapat mengadakan sesi soal jawab dengan murid untuk mendapatkan
maklum balas terhadap dapatan yang telah mereka perolehi daripada halaman
sesawang yang dilawati.

Temu-ramah
Aktiviti 1 : Mengenal Kraftangan
Guru-guru boleh menjemput ibu bapa murid-murid yang mempunyai kepakaran dalam
menghasilkan sesuatu kraftangan seperti menganyam tikar, membuat labu, bakul dan
sebagainya. Dalam aktiviti ini, ibu bapa murid akan membawa beberapa contoh hasil
kraftangan mereka dan murid-murid terbabit boleh menjalankan aktiviti temu-ramah
bersama ibu bapa untuk mengetahui proses-proses membuat sesuatu hasil kraftangan
dan bagaimana murid-murid dapat menilai kualiti sesuatu kraftangan yang dihasilkan itu
berkualiti.

Aktiviti 2 : Menggambar
Guru boleh membawa murid-murid ke galeri atau pameran lukisan untuk bertemu
dengan para penggiat seni. Guru akan mengadakan sesi temu-ramah dengan penggiat
seni dan murid-murid juga berpeluang untuk bersama-sama terlibat dalam temu-ramah
untuk mengetahui secara lebih lanjut atau mengalami pengalaman tentang hasil seni
yang dikongsi oleh penggiat seni tersebut. Dari situ murid-murid akan mengalami
pengalaman baru untuk menghasilkan sesuatu lukisan. Hasil dari temu ramah, murid-
murid dapat pengalaman tentang perbezaan menggambar dan mencorak daripada
penggiat seni yang ditemuramah.

Aktiviti 3 : Mengenal tokoh seni
Guru menjemput seorang tokoh dalam bidang seni ke kelas pendidikan seni visual.
Guru membuka ruang kepada murid-murid untuk menemuramahkan tetamu jemputan.
Murid-murid diberi peluang untuk mengetahui tentang personaliti, bidang yang beliau
ceburi, pengalaman beliau dalam bidang diceburi dan lain-lain lagi. Guru akan
mengawal sesi temu ramah supaya terkawal.Pemerolehan ilmu semasa temu ramah
amat bermakna dan berharga kepada murid-murid

Aktiviti 4 : Membentuk dan membuat binaan
Guru akan membuat rakaman video temu ramah dengan jurubina atau arkitek. Guru
akan membawa beberapa orang murid untuk menemuramah tokoh tersebut. Murid-
murid akan cuba mendapatkan maklumat daripada tayangan video tersebut dan murid-
murid akan berdiskusi hasil temu ramah tersebut. Guru-guru akan cuba membuat
penilaian melalui video tersebut sebelum menghasilkan sesuatu projek.

Aktiviti 5 : Mengenal kraftangan
Dalam aktiviti, guru-guru boleh membawa murid-murid ke lapangan dalam
menghasilkan kraftangan seperti membuat batik. Di situ murid-murid berpeluang untuk
temuramah pembuat batik secara langsung untuk mengetahui serba sedikit tentang
poenghasilan batik sekaligus memberi pengalaman kepada murid untuk mengalami
sendiri keadaan dan suasana dalam penghasilan batik semasa sesi temu ramah
dijalankan.





















Soalan 2
Mengapakah perlu penilaian dalam Pendidikan Seni Visual berdasarkan 3 domain iaitu
kognitif, afektif dan psikomotor?

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi
menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses
menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah
mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau
keseluruhan kurikulum. Menurut Eisner (1985), hasil daripada sesuatu penilaian boleh
dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang
bermasalah dalam mata pelajaran ini. Proses penilaian kepada pelajar Pendidikan Seni
diperlukan untuk mengukur pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini.
Proses penilaian dalam Pendidikan Seni perlu dilihat sebagai satu usaha untuk
mengesan pencapaian dan prestasi pelajar kerana melalui penilaian ini dapat
menunjukkan kebolehan murid dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dipelajari sama ada dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor, seiring dengan
objektif mata pelajaran Pendidikan Seni itu sendiri yang keseluruhannya untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Kesan dari objektif di atas, guru perlu mengubahsuai kaedah dan cara penilaian
prestasi pelajar.
Aspek kognitif adalah meliputi kefahaman tentang unsur seni, prinsip rekaan,
pengetahuan tentang alat serta teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan dan
pemahaman dan penghargaan. Manakala, aspek psikomotor pula melibatkan penilaian
proses dalam penghasilan bahan dan penilaian aspek afektif pula dijalankan melalui
pemerhatian, sikap dan perlakuan murid yang direkod. Instrumen yang digunapakai
perlu sesuai untuk penilaian yang berkesan.(Pusat Perkembangan Kurikulum) Guru
perlu menguji pelajar aspek kognitiff yang lebih tinggi seperti menganalisi, mensintesis
dan membuat penilaian yang berterusan mengikut pentaksiran terkini. Penilaian ini
perlu dalam usaha meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta
kemahiran dalam bidang seni dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Ini adalah
kerana perkembangan pemikiran adalah satu daripada objektif di dalam pelajaran.
(Bloom:1956) Pelajar yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara khusus
(pengetahuan terminologi dan pengetahuan fakta khusus) akan mempunyai
pengetahuan tentang konsep sesuatu tajuk yang diajar. Ini akan memudahkan lagi
proses P&P di dalam kelas. (A.J.Harrow:1972) Kefahaman sedia ada pelajar untuk
memudahkan mereka menterjemah sesuatu tajuk di samping dapat menginterpretasi
bahan-bahan atau kerja seni akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pelajar
apabila membincangkan sesuatu tajuk yang diajar guru.(D.R.Krathwohl:1974)
Aras-aras dalam domain kognitif ini menguji kesinambungan sehingga akhirnya
di peringkat penilaian. Pelajar diberi kepercayaan oleh guru untuk menilai dengan cara
yang kritis dan menggunakan kriteria untuk menilai sesuatu kerja seni yang dihasilkan
oleh mereka. Justeru aspek kognitif ini memain peranan penting untuk melahirkan
pelajar yang sempurna akal fikirannya melalui rangsangan-rangsangan yang dicipta
guru dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah.
Pendidikan Seni juga merupakan mata pelajaran yang merangsang pemikiran pelajar.
Melaluinya membolehkan pelajar melihat secara empati dan menganalisi bagaimana
manusia menggunakan pemikiran kreatif mereka untuk menyelesaikan masalah.
Rasa empati boleh dilahirkan dengan isu alam sekitar. Perasaan empati terhadap alam
sekitar yang semakin diceroboh tanpa mengambil kira faktor keselamatan masyarakat
di persekitarannya boleh diterjemahkan ke alam nyata melalui simbol-simbol penjanaan
idea mereka.

Anda mungkin juga menyukai