Anda di halaman 1dari 17

Dr Rosnah bt Ishak

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan


UMS

Suatu ekspresi perasaan daripada naluri yang


kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut
dan sebagainya.
Kehebatan dan kesensitifan perasaan yang
selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah
laku tertentu atau cara kita menyampaikan
perasaan (Mohd Fazli Abu Bakar, 2005).
Perasaan-perasaan yang kuat ini akan
mempengaruhi tindak balas luaran sama ada
pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti
mimik muka dan tidak terkawal seperti badan
berpeluh kerana ketakutan.

Menurut Cherniss dan Goleman (2001),


kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk
mengenal perasaan diri dan orang lain supaya
dapat memotivasi diri sendiri serta
mengendalikan emosi dengan baik dalam diri
dan dalam hubungan dengan orang lain.
Kecerdasan emosi memandu kecerdasan
intelektual manusia dalam menentukan
keputusan daripada beberapa pilihan yang
ada dan seterusnya mengambil tindakan.

Pekerja yang unggul adalah pekerja yang memiliki


kecerdasan emosi yang tinggi (Cooper & Sawaf,
2000).
Orang yang cerdas emosi mampu mengatasi konflik,
menyediakan jambatan bagi melalui jurang, melihat
setiap aspek positif daripada masalah, bersedia
menempuh segala halangan dengan lebih cekap dan
cepat dariapad orang lain.
Kecerdasan emosi tidak didasarkan bagaimana
pintarnya seseorang pekerja tetapi menekankan ciri
tingkah laku yang dimilikinya.
Kecerdasan intelektual hanya menyumbang 20
peratus berbanding 80 peratus kecerdasan emosi
dalam menentukan kejayaan seseorang individu
(Goleman, 2002).

Seseorang pekerja yang mempunyai


kecerdasan emosi yang tinggi berupaya:
Memahami reaksi emosi diri terhadap sesuatu
keadaan.
Memahami bagaimana orang lain melihat atau
membuat persepsi terhadap sesuatu keadaan.
Menjalinkan hubungan akrab dengan manusia.
Memujuk individu lain melalui tingkah laku dan
tutur kata yang baik
Mengenal arah tuju dan matlamat berdasarkan nilai,
prinsip, dan falsafah peribadi yang kuat.

Ketegangan emosi adalah rasa tegang dan


tidak selesa emosi yang disedari atau
mungkin tidak disedari dan ditunjukkan
melalui tingkah laku tertentu.
ketegangan emosi adalah suatu siri reaksi
badan yang melibatkan sistem saraf
simpatetik, (sebahagian daripada sistem saraf
yang menghasilkan tindakan luar kawal) bagi
meningkatkan keupayaan badan untuk
bergerak balas.

Meningkatkan degupan jantung dan kadar pernafasan


supaya anda mendapat lebih oksigen dan tenaga.
Megedarkan darah dengan banyak kepada otot-otot besar.
Memperlahankan atau menutup system pencernaan
makanan untuk mengurangkan penggunaan tenaga,
nutrient dan oksigen.
Meransang badan menghasilkan lebih glukosa bagi
menjana tenaga.
Meransang kelenjar adrenal merembeskan epinephrine
dan norepinephrine untuk meningkatkan output jantung
dan gula dalam darah.
Meransang perembesan kortisol daripada kelenjar arenal
untuk meningkatkan gula dalam darah dan tenaga.
Meningkatkan diameter anak mata untuk membolehkan
lebih banyak cahaya masuk ke dalam mata untuk
penglihatan yang lebih tepat.

Ketakutan
Penolakan
Kebimbangan
Kemarahan
Cemburu
Kritikan
Keangkuhan
Kebencian

Simptom biasa
Gangguan tidur
Perubahan berat badan yang mendadak/perubahan corak pemakanan
Simptom luar biasa
Simptom fizikal yang tidak dapat dijelaskan
Kegagalan menguruskan kemarahan atau mengawal rasa marah
Tingkah laku kompulsif atau obsessif
Keletihan dan kekurangan tenaga yang kronik
Masalah ingatan
Menghindari aktiviti sosial
Seks menjadi tidak menarik
Tingkah laku tidak menentu dan Mood swings disedari oleh orang
lain di sekeliling anda.

Faktor luaran yang biasa

Perubahan besar dalam


hidup
Kerja atau sekolah
Masalah dalam
hubungan
Masalah kewangan
Sangat sibuk
Keluarga dan anakanak

Faktor dalaman yang biasa

Kebimbangan kronik
Sikap pessimis
Cakap diri yang negatif
Harapan yang tidak
realistic/perfectionism
Pemikiran kaku/tidak
fleksibel

All-or-nothing
attitude

Sedar

bahawa kita mempunyai

emosi
Dapat mengenal pasti
(melabel) emosi yang dirasai
Dapat mengawal emosi supaya
kita dapat memilih bagaimana
untuk bertingkah laku

Kenal pasti punca ketegangan emosi

Takut? Letakkan ketakutan hanya kepadaNya sahaja


Ditolak? Yakinkan diri bahawa anda adalah penting,
berharga dan diperlukan
Bimbang? Fokus kepada sesuatu yang menarik, lebih
pasti untuk terjadi dan memberi makna
Marah? Yakinkan diri sendiri bahawa setiap orang
mempunyai kelebihan diri masing-masing.
Cemburu? Berikan cinta dan kasih sayang tanpa syarat
Dikritik? Ambil positif segala kritikan.
Angkuh? Yang layak menerima pujian hanyalah Yang
Maha Kaya
Benci? Belajar untuk senyum, beri salam dan mengenali
lebih mendalam orang yang anda benci.

Rehat antara waktu kerja


Rangka jadual kerja seharian
Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak
mampu
Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau
keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan
jadual kerja yang ketat
Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau
keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan
jadual kerja yang ketat
Luahkan masalah kepada orang lain yang dipercayai
Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda
Jangan memendam rasa.
Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat
diatasi

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara teratur. Ia

menghasilkan perasaan relaks dan baik untuk sistem


pencernaan.

Luangkan sedikit masa untuk


sembahyang/solat/berdoa atau bermeditasi atau
sesi santai. Kaedah ini telah dibuktikan secara
saintifik menggalakkan tindak balas santai
(relaxation) dalam badan yang dapat
mengurangkan tekanan darah, denyutan nadi
dan meningkatkan kadar edaran darah.
Berlatih membuat visualisasi. Visualisasikan
perkara-perkara menarik yang anda suka, mahu
dan inginkan dalam kehidupan anda.

Pastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi


untuk sistem saraf anda. pengamblan nutrientini
penting bagi memastikan anda dapat menampung
sejumlah tekanan yang dialami tanpa mengalami
break down.
Bersikap jujur dengan perasaan anda sendiri.
Sekiranya anda mahu merasa gembira dan bahagia,
jangan biarkan orang lain membuat anda menderita
Gerakkan badan anda. Latihan yang tetap dan
berterusan adalah baik untuk mengelakkan depresi
dan mengimbangkan emosi.
Kawal pemakanan. Sesetengah makanan mempunyai
kalori yang tinggi menyebabkan anda rasa panas dan
tidak selesa membuatkan anda cepat marah.

Anda mungkin juga menyukai