Anda di halaman 1dari 16

1

NAMA: _____________________________________ KELAS: __________________

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TATAU/SEBAUH

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


TAHUN 6
2021
SAINS
Kertas 1
November
1 Jam Satu jam

ARAHAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah]

SULIT
2

1 Apakah alat yang digunakan untuk melihat mikroorganisma dengan jelas?

A Teleskop C Mikroskop

B Stetoskop D Binokular

2 Pernyataan di bawah berkaitan dengan kebaikan dan keburukan mikroorganisma.

Kebanyakan mikroorganisma membahayakan kesihatan manusia. Namun


begitu, mikroorganisma juga memberi manfaat kepada hidupan manusia
seperti dalam industri makanan, pembuatan ubat-ubatan dan bidang
pertanian.

Penghasilan bahan makanan yang manakah melibatkan penggunaan mikroorganisma?

A Yogurt C Aiskrim

B Mentega D Minyak masak

3 Rajah 1 menunjukkan gambar gigi kanak-kanak yang reput.

Rajah 1
Mengapakah gigi menjadi reput?

A Tidak digosok dengan kerap

B Bakteria membiak memakan gigi tersebut

C Bakteria membiak menukar gula kepada asid mereputkan gigi

D Virus merosakkan gigi yang menyimpan sisa-sisa makanan


3

4 Rajah 2 menunjukkan satu aktiviti yang dijalankan oleh seorang murid.

Apakah kesimpulan berdasarkan aktiviti di atas?

A Mikroorganisma membiak

B Mikroorganisma bergerak

C Mikroroganisma bernafas

D Mikroorganisma menyebabkan penyakit

5 Dalam kemahiran proses Sains, apakah yang dimaksudkan dengan pemerhatian?

A Membuat pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena


berdasarkan ciri yang sama
B Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan rasa atau bau untuk
mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena
C Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor atau alat yang
berunit
D Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data
yang dikumpulkan

6 Jadual 1 menunjukkan keputusan penyiasatan yang dilakukan oleh Janna.


Panjang tali (cm) Bilangan ayunan lengkap dalam 30
saat
5 45
10 39
15 33
Jadual 1
Apakah hubungan yang boleh dikaitkan berdasarkan Jadual 1?

A Catatan bilangan ayunan lengkap dalam 30 saat paling banyak ialah 45


B Pola panjang tali pendulum bertambah manakala pola bilangan ayunan lengkap dalam 30
saat berkurang
C Semakin bertambah panjang tali pendulum, semakin berkurang bilangan ayunan lengkap
dalam 30 saat
D Semakin berkurang bilangan ayunan lengkap dalam 30 saat, semakin bertambah panjang
tali pendulum
4

7 Apakah yang dimaksudkan dengan mutualisme?

A Persaingan secara intraspesies dan interspesies

B Interaksi yang memberi manfaat kepada satu spesies sahaja

C Hanya satu spesies yang mendapat manfaat manakala spesies yang lain mengalami

kerugian

D Interaksi yang memberi manfaat kepada dua spesies haiwan yang berbeza

8 Pokok dedalu hidup menumpang pada pokok lain. Apabila pokok dedalu menumpang pada
pokok lain seperti dahan pokok rambutan, bahagian pokok rambutan tersebut akan layu.

Apakah jenis interaksi yang dapat diperhatikan?


A Simbiosis C Komensalisme

B Parasitisme D Mutualisme

9 Rajah 2 menunjukkan satu interaksi simbiosis antara dua spesies haiwan.

Rajah 2

Apakah jenis interaksi tersebut?

A Komensalisme B Parasitisme

C Simbiosis D Mutualisme
5

10 Rajah 3 menunjukkan sekumpulan dubuk.

Rajah 3

Mengapakah haiwan ini hidup secara berkumpulan?

A Untuk melindungi diri daripada musuh

B Untuk memudahkan pemburuan dilakukan

C Supaya makanan yang diperoleh mencukupi

D Supaya musuh menjadi takut

11 Carta palang di bawah menunjukkan bilangan spesies tumbuhan yang ditemui dalam
suatu kawasan hutan simpan sepanjang tempoh sepuluh tahun.

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kepupusan tumbuhan akibat
aktiviti manusia?
A Menggalakkan kegiatan pembalakan terpilih

B Pembinaan projek perumahan perlu giat dijalankan

C Usaha menanam semula pokok perlu dihentikan

D Projek pertanian diadakan di kawasan hutan simpanan


6

12 Rajah 4 menunjukkan aksi seorang pemain bola tampar.

Rajah 4
Apakah kesan daya yang terlibat?

A Daya menyebabkan perubahan bentuk objek

B Daya menyebabkan perubahan kelajuan objek

C Daya menyebabkan perubahan kedudukan objek

D Daya menyebabkan perubahan arah pergerakan objek

13 Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan bilik Sains?

A Untuk mengelakkan kemalangan berlaku

B Untuk menghormati guru

C Supaya menjadi teladan kepada murid lain

D Supaya keadaan bilik Sains tidak kotor

14 Antara berikut, yang manakah dilarang di bilik Sains?

A Berlari dan bergurau di dalam bilik Sains

B Menutup semua suis lampu dan kipas sebelum keluar dari bilik Sains

C Melaporkan kemalangan atau kecederaan di dalam bilik Sains

D Menggunakan peti pertolongan cemas dengan bantuan guru


7

15 Rajah 5 menunjukkan empat jenis haiwan yang diwakili oleh W, X, Y dan Z.

Rajah 5
Haiwan yang manakah hidup bersendirian?

A W B X C Y D Z

16 Rajah 6 menunjukkan satu siratan makanan.

Rajah 10

Pernyataan yang manakah benar berdasarkan siratan makanan di atas?

A Tumbuhan bersaing dengan haiwan

B Ayam bersaing dengan burung

C Belalang bersaing dengan ular

D Ayam dan ular bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan
8

17 Rajah 7 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 7
Antara berikut, yang manakah benar tentang tumbuhan tersebut?

A Telah mati C Tidak wujud di muka Bumi


B Telah pupus D Menghadapi ancaman kepupusan

18 Apakah kesan buruk yang akan berlaku akibat kepupusan haiwan dan tumbuhan?

A Manusia akan kekurangan makanan


B Keseimbangan alam akan terjejas
C Kandungan karbon dioksida akan meningkat
D Ekonomi negara akan merosot

19 Rajah 8 menunjukkan dua jenis makanan, J dan K yang telah diawet.

Antara berikut, yang manakah betul bagi menjelaskan keadaan makanan tersebut?

J K
A Mengeluarkan kesemua udara daripada Memanaskan makanan pada suhu yang tinggi
bekas atau penutup makanan
B Menggunakan garam untuk menyingkirkan Memanaskan makanan dengan suhu didih
kelembapan tanpa merosakkan rasa dan nutrisi
C Pemanasan sehingga suhu tertentu diikuti Merendam makanan dalam larutan gula dan
pendinginan segera garam
D Mengeluarkan air daripada makanan dan Mengasapkan makanan untuk satu tempoh
dikeringkan di bawah cahaya Matahari atau yang panjang
di dalam ketuhar
9

20 Rajah 9 menunjukkan satu kaedah pengawetan makanan.

Rajah 9

Apakah nama kaedah pengawetan makanan tersebut?

A Pendidihan B Pendinginan

C Pengeringan D Pempasteuran

21 Rajah 10 menunjukkan langkah-langkah untuk menyimpan mangga bagi satu tempoh yang
lama.

Rajah 10

Antara turutan berikut, yang manakah betul untuk proses tersebut?

22 Antara berikut, yang manakah benar mengenai daya yang terlibat?


Aktiviti Daya
A Memakai sarung kaki Tolakan

B Mengepam tayar menggunakan pam Tarikan


tangan
C Memicit tiub ubat gigi Tarikan dan tolakan
D Memotong kayu menggunakan gergaji Tarikan dan tolakan
tangan
10

23 Mengapakah minyak pelincir digunakan dalam kenderaan bermotor?

A Untuk mengurangkan minyak petrol

B Untuk mengelakkan enjin berkarat

C Untuk menambahkan daya geseran dalam bahagian enjin

D Untuk mengurangkan daya geseran dalam bahagian enjin

24 Jadual 2 menunjukkan jisim lima buah kotak dengan keluasan tapak yang sama.

Kotak
J K L M N

Jisim (kg) 10 2 8 5 12

Jadual 2
Susunan manakah yang menunjukkan kotak yang menghasilkan daya geseran yang paling
banyak kepada yang paling sedikit apabila ditarik?

A N, J, L, M, K C J, K, L , M, N

B K, M, L, J, N D N , J, M, L , K

25 Berikut menunjukkan tiga jenis bahan buangan.

 X - Botol kaca
 Y - Tin aluminium
 Z - Surat khabar lama

Apakah cara yang betul untuk melupuskan bahan-bahan buangan ini?

A Membakar C Menanam di dalam tanah

B Mengitar semula D Membuang ke dalam sungai


11

26 Rajah 11 menunjukkan satu timbunan sampah di tepi jalan.

Rajah 11

Apakah kesannya jika bahan buangan itu tidak dikumpulkan dan dibuang dengan cepat?

A Banyak tikus mati sekitar kawasan C Boleh dijadikan baja kompos

B Mengancam kesihatan penduduk D Menjadi tempat pembiakan haiwan liar

27 Maklumat di bawah merupakan amalan-amalan penggunaan bahan dalam kehidupan


seharian.

 J - Menggunakan tayar lama sebagai pasu bunga


 K - Membeli kerusi baharu untuk menggantikan kerusi lama
 L - Menggunakan bekas polisterina untuk membungkus makanan
 M - Mengurangkan penggunaan beg kertas atau bakul ketika membeli-
belah

Antara berikut, yang manakah amalan penggunaan bahan lestari?

A. J dan K C. J dan M

B. K dan L D. L dan M

28 Antara berikut, susunan manakah bagi Bumi, Bulan dan Matahari yang menunjukkan
kejadian gerhana Bulan?

A. Bumi, Bulan, Matahari

B. Bumi, Matahari, Bulan

C. Matahari, Bumi, Bulan

D. Bumi, Matahari, Bulan


12

29 Kejadian gerhana Bulan dan gerhana Matahari adalah disebabkan oleh

A. Kedudukan Matahari dan Bulan

B. Putaran planet-planet mengelilingi Matahari

C. Putaran Bumi dan Bulan pada orbitnya

D. Kedudukan Bulan dan Bumi semasa berputar mengelilingi Matahari

30 Bryan telah dinobatkan sebagai pelari terpantas di sekolahnya dalam acara 100 meter
dengan catatan masa 12.19 saat. Apakah unit kelajuan yang sesuai digunakan?

A meter per saat C kilometer per jam

B meter per minit D sentimeter per saat

31 Rajah 12 menunjukkan jarak perjalanan Awie dari bandar P ke bandar Q.

Rajah 12

Awie mengambil masa selama 4 jam bergerak dari bandar P ke bandar Q. Berapakah
kelajuannya?

A 20 km / j C 40 km / j

B 25 km / j D 45 km / j
13

32 Rajah 13 menunjukkan gugusan bintang yang membentuk buruj.

Rajah 13

Apakah buruj yang ditunjukkan pada Rajah 13?

A Belantik C Biduk

B Skorpio D Pari

33 Buruj mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

 P- Menunjukkan arah
 Q - Mengeluarkan cahaya
 R - Menunjukkan masa menanam tanaman
 S - Menunjukkan masa menuai tanaman

Antara berikut, maklumat yang manakah menunjukkan kegunaan buruj yang betul?

A. P dan Q C. P , R dan S

B. P dan S D. Q , R dan S

34 Seorang nelayan yang sesat di laut ingin mencari arah Selatan. Yang manakah antara buruj
yang berikut perlu dijadikan panduan?

A. Pari C. Biduk

B. Skorpio D. Belantik
14

35 Rajah 14 menunjukkan satu objek yang dapat dilihat di padang permainan.

Rajah 14

Apakah mesin ringkas yang diaplikasikan pada objek tersebut?

A. Tuas C. Gear

B. Baji D. Takal

36 Antara berikut, yang manakah menunjukkan penggunaan roda dan gandar?


15

37 Maklumat-maklumat berikut menunjukkan mesin-mesin ringkas yang terdapat pada sebuah


peralatan.

Tuas Roda dan gandar

Peralatan yang manakah mempunyai gabungan mesin ringkas seperti di atas?

A. Kapak C. Kereta sorong

B. Pengetip kuku D. Pengasah pensel

38 Antara haiwan-haiwan berikut, yang manakah dikelaskan dengan betul?


Hidup Bersendirian Hidup Berkumpulan
A Panda Harimau

B Semut Gajah

C Burung hantu Kambing


D Ayam Labah-labah

39 Rajah 15 menunjukkan perubahan adunan yang kelihatan mengembang setelah dimasukkan

sedikit mikroorganisma dan dibiarkan selama sejam.

Rajah 15
Apakah yang menyebabkan adunan tersebut mengembang?

A Tepung itu telah meresap

B Air suam telah mengembang

C Mikroorganisma bernafas dan membebaskan gas karbon dioksida

D Air suam menyebabkan tepung mengembang


16

40 Rajah 16 menunjukkan penggunaan satu mesin ringkas.

Rajah 16

Antara berikut, alatan yang manakah menggunakan prinsip yang sama seperti rajah di atas?

SOALAN TAMAT************

Anda mungkin juga menyukai