Anda di halaman 1dari 12

SULIT 018/1

Jawab semua soalan.

1. Antara perkara berikut, yang manakah ditentukan semasa merancang eksperimen?

A Membuat laporan.
B Merekodkan data
C Membuat kesimpulan.
D Mengenal pasti pernyataan masalah.

2. Apakah kemahiran proses sains yang melibatkan penggunaan deria untuk


mengumpul maklumat?

A Memerhati
B Membuat hipotesis
C Mentafsir data
D Mengawal pembolehubah

3. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pemerhatian secara kuantitatif?

A Jus peria rasanya pahit.


B Panjang papan hitam ialah 1.5 meter.
C Objek yang diperbuat daripada kapas menyerap air.
D Landak mempunyai duri yang tajam pada badannya.

4. Jari kamu terluka ketika memotong sehelai daun dalam satu eksperimen. Apakah
yang perlu kamu lakukan?

A Memberitahu guru.
B Membalut dengan tisu.
C Membasuh luka dengan air paip.
D Biarkan sehingga darah berhenti mengalir.

5. Fahmi hendak mengambil spesimen siput pada daun untuk dibuat pemerhatian.
Apakah yang perlu digunakannya untuk memegang siput tersebut?

A Sudu
B Forsep
C Tisu
D Ranting kayu

6 Antara berikut yang manakah merupakan kemahiran manipulatif yang perlu


diamalkan oleh murid semasa melakukan amali di makmal sains?

A Tidak bergurau dan bermain-main di dalam makmal sains.


B Memastikan tingkap di buka bagi memberikan pengudaraan yang baik.
C Menyimpan semula alat radas sains yang telah digunakan di tempat
asalnya.
D Mematuhi arahan guru dan tidak melakukan apa yang tidak disuruh oleh
guru.

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 1


SULIT 018/1

7. Mengapakah eksperimen harus dijalankan mengikut arahan guru?

A Supaya tiada radas yang pecah


B Supaya guru dapat menilai murid
C Supaya tujuan penyiasatan dapat dicapai
D Supaya tiada sebarang kemalangan berlaku

8. Mengapakah murid-murid tidak dibenarkan berlari dan bergurau di dalam bilik


sains?

A Akan menganggu murid lain


B Menyebabkan keadaan yang bising
C Menganggu eksperimen yang dijalankan
D Boleh menyebabkan berlakunya kemalangan

9. Antara yang berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam tong sampah di bilik
Sains?

A Sisa makanan
B Kayu berbara
C Sisa kertas litmus
D Sisa bahan kimia

10. Semua cermin tingkap perlu dibuka semasa menjalankan eksperimen. Mengapa?

A Supaya bilik Sains lebih terang


B Supaya berlaku pengaliran udara lebih bersih
C Supaya murid selesa untuk menjalankan eksperimen
D Supaya guru dapat melihat murid dari luar bilik Sains

11. Antara haiwan berikut, yang manakah menjaga telurnya?

A C

B D

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 2


SULIT 018/1

12. Rajah di atas menunjukkan seekor haiwan. Bagaimanakan cara yang betul
mengekalkan kemandirian spesies haiwan di atas.

A Bertelur di dalam air.


B Bertelur di bawah daun.
C Bertelur di dalam tanah.
D Bertelur di celah-celah batu.

Ikan bertelur dengan banyak di celah-celah daun dalam air

13. Apakah yang akan berlaku jika ikan bertelur dalam kuantiti yang sedikit tanpa
menyembunyikannya di celah-celah daun?

A Anak ikan akan menetas dengan banyak


B Semua telur akan berjaya di tetaskan
C Telur ikan akan mudah dimakan oleh pemangsa
D Telur ikan tidak akan menetas

14. Maklumat di bawah menunjukkan satu rantai makanan.

Rumput → X → Burung Pipit → Helang

Haiwan manakah boleh mewakili X dalam rantai makanan di atas?

A B C D

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 3


SULIT 018/1

15. Apakah yang dimaksudkan dengan kemandirian haiwan?

A Haiwan tidak akan mati.


B Haiwan akan bertambah dengan lebih banyak.
C Keupayaan haiwan meneruskan kelangsungan hidup.
D Haiwan akan bertambah dengan kadar lebih cepat.

16. Antara berikut yang manakah pasangan yang betul haiwan dan cara melindungi
diri daripada musuh?
Haiwan Cara melindungi diri daripada musuh
A. Landak Memancutkan dakwat hitam
B. Kala jengking Mengeluarkan bau busuk
C. Kura-kura Mempunyai cangkerang keras
D. Rama-rama Berpura-pura mati

17. Apakah maksud rantai makanan?


A Hubungan makanan antara tumbuhan.
B Hubungan makanan antara haiwan.
C Hubungan makanan antara beberapa rantai makanan.
D Hubungan makanan antara hidupan dalam habitat.

18. Pak Aiman mendapati banyak tikus menyerang tanaman di ladang kelapa
sawitnya. Antara yang berikut, yang manakah cara terbaik untuk Pak Aiman
mengatasi masalah tersebut?

A Menggunakan racun serangga


B Memasang pagar besi di sekeliling ladang kelapa sawitnya
C Memelihara burung hantu di ladang kelapa sawitnya
D Menanam tumbuhan berduri di antara pokok kelapa sawit

19. Maklumat di bawah menerangkan hubungan makanan antara hidupan dalam satu
habitat.

 Burung pipit makan beluncas


 Beluncas makan kubis
 Burung pipit dimakan oleh ular

Apakah yang akan berlaku sekiranya bilangan burung pipit bertambah dengan banyak?

A Bilangan beluncas bertambah


B Bilangan ular berkurang
C Bilangan kubis berkurang
D Bilangan beluncas berkurang

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 4


SULIT 018/1

20. Apakah kepentingan kemandirian spepies haiwan ?


A Memastikan tiada haiwan yang akan mati.
B Menambahkan bilangan haiwan dalam sesuatu habitat.
C Memastikan persaingan antara spesies haiwan tidak berlaku.
D Memastikan spesies haiwan tidak pupus dan wujud secara berterusan.

21. Bagaimana pokok bunga ros melindungi dirinya daripada musuh?

A Mengeluarkan bau busuk


B Mempunyai getah yang melekit
C Mempunyai duri yang tajam pada batangnya
D Mempunyai racun yang berbisa.

22. Antara tumbuhan berikut, yang manakah melindungi diri dengan cara yang sama
seperti pokok tembakau?

23. Antara ciri berikut, yang manakah dipunyai oleh pokok labu untuk melindungi diri
daripada musuh?

A Mempunyai bau yang busuk


B Mempunyai daun berbentuk jarum
C Menghasilkan buah yang pahit
D Mempunyai bulu halus pada daunnya

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 5


SULIT 018/1

24. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri khas tumbuhan K , L dan M untuk


penyesuaian terhadap iklim panas.

Tumbuhan Ciri-ciri khas


K Menggulungkan daun
L Mempunyai batang yang menyimpan air
M Mempunyai daun berbentuk jarum

Apakah tumbuhan K ,L dan M?

K L M
A Buluh Kaktus Nangka

B Jagung Nangka Buluh

C Nangka Buluh Pokok Ru

D Jagung Kaktus Pokok Ru

25. Antara tumbuhan berikut, yang manakah dapat hidup tanpa air selama sebulan?

A Pokok Keembung
B Pokok Kaktus
C Pokok bunga Ros
D Pokok bunga Matahari

26. Rajah di bawah menunjukkan rupa bentuk daun pokok kelapa yang berpecah-
pecah.

Apakah kepentingan ciri daun pokok kelapa tersebut?

A Untuk memudahkan pengaliran air hujan


B Untuk mengurangkan rintangan angin
C Untuk mengelakkan kehilangan banyak air
D Untuk membolehkan menyerap air dengan lebih baik

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 6


SULIT 018/1

27. Rajah di bawah menunjukkan sejenis buah.

Antara ciri berikut,yang manakah membantu pencaran buah di atas oleh angin?
A Mempunyai cangkuk
B Mempunyai struktur bersayap
C Mempunyai sabut yang berongga
D Mempunyai kulit yang mudah merekah

28. Apakah yang dimaksudkan dengan proses pencaran?

A Pengekalan spesies tumbuhan


B Hubungan makanan antara tumbuhan
C Saling bergantung antara hidupan
D Penyebaran biji benih jauh dari induk

29. Maklumat berikut menunjukkan ciri – ciri buah.


P – Ringan dan kecil
Q – Boleh dimakan
R – Pudung berspan
S – Mempunyai struktur bersayap

Ciri-ciri buah yang manakah membantu pencaran melalui angin ?


A P dan Q C P dan S
B Q dan R D R dan S

30. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kepentingan pencaran biji
benih?

A Jika biji benih tidak dipencarkan, anak pokok akan memperoleh banyak
nutrien daripada induk.
B Jika biji benih dipencarkan, anak pokok akan mendapat keperluan asas yang
mencukupi.
C Jika biji benih dipencarkan, persaingan antara anak pokok bertambah.
D Jika biji benih tidak dipencarkan, kepelbagaian spesies tumbuhan akan
bertambah.

31. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan sumber tenaga?

A Air
B Cahaya

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 7


SULIT 018/1
C Makanan
D Biojisim

32. Empangan merupakan penjana tenaga elektrik utama di Negara kita. Apakah bentuk
tenaga yang digunakan oleh empangan?

A Air
B Ombak
C Nuklear
D Matahari

33. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang tenaga elektrik?

A Tenaga yang berasal daripada tenaga nuklear.


B Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar.
C Tenaga yang mengalir dalam satu litar lengkap.
D Tenaga yang disimpan dalam makanan, bahan api fosil, biojisim dan
bateri.

34. Rajah di bawah menunjukkan sebuah rumah yang dipasang dengan panel suria.

Panel suria

Apakah kegunaan paling utama panel suria tersebut ?

A Memanaskan air
B Meningkatkan suhu di dalam rumah
C Menambahkan pencahayaan di dalam rumah
D Mengurangkankan penggunaan penghawa dingin

35. Rajah menunjukkan sebiji buah kelapa jatuh ke tanah.

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 8


SULIT 018/1

Apakah perubahan bentuk tenaga yang berlaku ?

A Tenaga angin Tenaga kinetik Tenaga bunyi


B Tenaga keupayaan Tenaga kinetik Tenaga bunyi
C Tenaga suria Tenaga kimia Tenaga keupayaan
D Tenaga kimia Tenaga keupayaan Tenaga kinetik.

36. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis perkakasan elektrik M dan N.

M N

Antara berikut, alat manakah yang sama dengan M dan N berdasarkan perubahan
bentuk tenaga.

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 9


SULIT 018/1
M N

37. Pen
A yata
an

berikut adalah tentang empat aktiviti, J, K, L dan M.

J Menggunakan pembakar roti


K Menyalakan lilin
L Menghidupkan lampu suluh
M Mengisar lada dengan mesin lada

Aktiviti manakah yang menunjukkan perubahan tenaga berikut :

Tenaga kimia Tenaga cahaya Tenaga haba

A J dan K
B J dan M
C K dan M
D K dan L

38. Rajah di bawah menunjukkan pengelasan sumber tenaga.

Sumber tenaga

Sumber tenaga yang boleh Sumber tenaga yang tidak


dibaharui boleh dibaharui
018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 10
SULIT 018/1

Matahari Arang batu

Angin Petroleum

Ombak Gas asli

P Q

Apakah P dan Q ?

P Q
A Biojisim Bahan nuklear
B Makanan Biojisim
C Bateri Makanan
D Bahan nuklear Bateri

39. Tenaga yang tidak boleh dibaharui merupakan tenaga yang _________

A Boleh dimusnahkan.
B Menggunakan tenaga daripada matahari.
C Tidak boleh diganti apabila habis digunakan.
D Boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.

40. Mengapakah kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana?

A Untuk meningkatkan kos


B Untuk mengelakkan pembaziran
C Untuk mengurangkan kitar semula bahan
D Untuk meningkatkan penggunaan tenaga harian

- SOALAN TAMAT –

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 11


SULIT 018/1

Disediakan Disemak oleh: Disahkan oleh:

---------------------------------- __________________ ---------------------------------------

(RAUHIYAH CHE MD NOR) (MAHIZA BT CHE SAB) (UMA RAJARETHAM A/P M.T.RAJARETNAM)
GURU SAINS TAHUN 6 KETUA PANITIA SAINS PENOLONG KANAN TADBIR & KURIKULUM)
SK DESA PANDAN SK DESA PANDAN SK DESA PANDAN

018/2 2019 HakCipta PANITIA SAINS SKCJ Page 12

Anda mungkin juga menyukai