Anda di halaman 1dari 12

1.

Suhaili ditegur gurunya disebabkan dia


membiarkan rambut panjangnya tidak
diikat rapi semasa memasuki bilik Sains.

Mengapakah gurunya berbuat demikian ?


A. Supaya Suhaili nampak lebih kemas
B. Untuk mengelakkan penunu Bunsen menyambar rambutnya
semasa menjalankan eksperimen.
C. Supaya Suahili senang bergerak di dalam bilik Sains
D. Supaya Suhaili lebih senang melakukan eksperimen

2. Antara aktiviti berikut, yang manakah menggunakan pengetahuan


kemahiran manipulatif?
A. Memerhati spesimen sains dengan menggunakan kanta pembesar
B. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
C. Meramal keputusan penyiasatan
D. Mentafsir data

3. Antara yang berikut, yang manakah adalah peraturan bilik Sains?


A. Cermin tingkap dibuka semasa berada di dalam bilik Sains
B. Membuang sampah pepejal ke dalam sinki
C. Menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan gulungan
kertas yang dinyalakan
D. Menutup kipas semasa berada di dalam bilik Sains

4. Rajah 1 menunjukkan aktiviti seorang murid di dalam bilik Sains.

Rajah 1
Apakah kemahiran proses sains yang dipraktikkan oleh murid itu?

A. Metafsir data
B. Memerhati
C. Membuat hipotesis
D. Mengelas

1
5. Antara aktiviti berikut, yang manakah menggunakan kemahiran
mengukur dan menggunakan nombor?

6. Rajah 2 menunjukkan keadaan anak pokok L.

Rajah 2

Pokok ini layu. Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan


pemerhatian?

A. Pokok ini terlebih air


B. Pokok ini kekurangan air
C. Pokok ini kekurangan udara
D. Pokok ini tidak mendapat cahaya matahari

7. Rajah 3 menunjukkan cara Fakhrul membuang bahan yang terbakar.

Rajah 3
Ramalkan apakah yang akan berlaku?

2
A. Kawasan dalam bilik Sains akan lebih bersih
B. Tong sampah akan mengeluarkan bau busuk
C. Kebakaran mungkin berlaku
D. Sampah menjadi semakin banyak

8. Rajah 4 menunjukkan sejenis haiwan.

Rajah 4

Antara yang berikut, yang manakah adalah ciri haiwan di atas


melindungi diri daripada musuh ?

P – Mempunyai cangkerang
Q – Mempunyai sisik yang keras
R – Mempunyai duri yang tajam
S – Boleh menggulungkan diri

A. P dan Q
B. P dan R
C. Q dan R
D. Q dan S
9. Sekumpulan gajah sedang bergerak bersama.
Antara berikut, yang manakah menerangkan mengenai maklumat di
atas?

A. Gajah menentang musuh bersama


B. Gajah sedang mencari pasangan
C. Gajah suka berkawan
D. Cuaca sangat sejuk

10. Rajah 5 menunjukkan seekor cicak memutuskan ekornya.

Rajah 10

3
Mengapakah cicak tersebut berbuat demikian?

A. Untuk melepaskan diri daripada musuh


B. Untuk mengurangkan jisim badan
C. Untuk mendapatkan ekor baharu
D. Sebagai tanda pertumbuhan

11. Rajah 6 menunjukkan seekor unta.

Rajah 6
Apakah fungsi bahagian X?

A. Untuk menyimpan susu


B. Untuk menawan unta lain
C. Untuk menyimpan makanan dalam bentuk lemak
D. Untuk menyediakan tempat duduk bagi manusia

12. Beruang kutub akan berhibernasi pada musim sejuk. Mengapakah


beruang kutub berbuat demikian?

A. Untuk mengurangkan keaktifannya


B. Untuk elakkan diri daripada dikesan musuh
C. Untuk membina lebih banyak lemak dalam badan
D. Untuk mengelakkan diri daripada mati kelaparan.

13. Rajah 7 menunjukkan aktiviti seekor haiwan.

Rajah 7
Apakah tujuan aktiviti yang dilakukan oleh haiwan itu?

4
A. Kemandirian spesies
B. Kepupusan spesies
C. Pemuliharaan spesies
D. Persaingan antara spesies

14. Antara yang berikut, yang manakah akan mengancam kemandirian


spesies haiwan?

A. Menyembunyikan telur di tempat yang selamat


B. Menghasilkan banyak telur yang berlendir
C. Meninggalkan telur atau anak di mana-mana sahaja
D. Meyusukan anaknya sehingga anaknya pandai mencari makanan
sendiri

15. Rajah 8 menunjukkan satu rantai makanan.

Rumput Beluncas Burung

Rajah 8

Haiwan yang manakah boleh menggantikan beluncas dalam rantai


makanan?

A. Labah-labah
B. Ulat gonggok
C. Lipan
D. Belalang

16. Rajah 9 menunjukkan pokok nanas.

Rajah 9
Bagaimanakah ciri khas pada pokok nanas melindungi diri daripada
musuh?

A. Menyebabkan kegatalan pada musuh


B. Menghindarkan haiwan daripada memakannya
C. Melukakan haiwan yang cuba memakannya
D. Menyebabkan musuh sakit atau mati

5
17. Pokok kelapa mempunyai batang yang boleh
melentur apabila ditiup angin

Antara tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai ciri khas yang


sama seperti pokok kelapa?

A B

C D

18. Rajah 10 menunjukkan sejenis sejenis buah.

Rajah 10
Bagaimanakah biji benih tumbuhan ini dipencarkan ke tempat lain?

A. Buah terapung di atas air dan dibawa ke tempat lain


B. Buah diterbangkan jauh oleh angin
C. Buah melekat pada bulu haiwan dan pakaian manusia
D. Buah kering dan merekah, biji benih tercampak jauh

19. Haiwan yang manakah membantu memencarkan biji benih rambutan?

A B

C D

6
20. Biji benih Y mempunyai ciri-ciri yang berikut.

Mempunyai cangkuk
Boleh melekat pada kulit haiwan dan pakaian manusia

Apakah biji benih Y?

A B

C D

21. Maklumat di bawah menerangkan tentang cara dua jenis tumbuhan


menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan musim.

P – Menggulungkan daun ketika cuaca panas


Q – Menggugurkan daun

Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah mewakili tumbuhan P dan


Q?

P Q
A Pokok pisang Kaktus
B Pokok pisang Pokok getah
C Rafflesia Pokok getah
D Kaktus Pokok keladi

22. Rajah 11 menunjukkan ciri-ciri khas tumbuhan yang bertumbuh di


kawasan gurun.
Batang menyimpan air
Akar panjang
Tumbuhan
Daun berpecah-pecah Daun berbentuk jarum

Rajah 11

7
Ciri khas manakah tidak betul?

A. Akar panjang
B. Batang menyimpan air
C. Daun pecah-pecah
D. Daun berbentuk jarum

23. Antara berikut, yang manakah bukan sumber tenaga?

A. Bulan
B. Bateri
C. Makanan
D. Bahan nuklear

24. Rajah 12 menunjukkan pergerakan seekor kucing.

Rajah 12
Apakah sumber tenaga yang membolehkan kucing itu bergerak?

A. Air
B. Angin
C. Matahari
D. Makanan

25. Pasangan manakah betul?

Situasi Bentuk tenaga


A Telefon berdering Tenaga keupayaan
B Daun kering gugur Tenaga kimia
C Air mendidih Tenaga haba
D Radio dihidupkan Tenaga cahaya

8
26. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang biojisim?

A. Biojisim memerlukan berjuta-juta tahun untuk dibentuk


B. Biojisim membekalkan tenaga untuk menggerakkan turbin dalam
laut
C. Biojisim menggunakan bahan nuklear seperti uranium untuk
menjana tenaga
D. Biojisim ialah bahan organik daripada tumbuhan dan haiwan yang
membekalkan tenaga apabila dibakar

27. Rajah 13 menunjukkan seorang lelaki sedang melayarkan perahu layar.

Rajah 13
Apakah sumber tenaga yang diperlukan dalam aktiviti di atas?

A. Air
B. Angin
C. Makanan
D. Matahari

28. Rajah 14 menunjukkan keadaan ais krim dalam suhu bilik.

Rajah 14
Situasi di atas memerlukan

A. Tenaga elektrik
B. Tenaga cahaya
C. Tenaga haba
D. Tenaga kinetik

9
29. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang tenaga?

A. Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk


B. Tenaga diperlukan untuk melakukan kerja
C. Hanya benda hidup yang bergerak mempunyai tenaga kinetik
D. Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang
lain
30. Sumber tenaga yang berikut merupakan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui, kecuali

A. Angin
B. Ombak
C. Matahari
D. Arang batu
31. Berikut menunjukkan perubahan bentuk tenaga satu aktiviti.

Tenaga kimia Tenaga Cahaya + Tenaga Haba

Apakah jenis aktiviti yang ditunjukkan berdasarkan maklumat di atas?

A. Bertepuk tangan
B. Menggunakan mesin basuh
C. Menyalakan lilin
D. Menutup suis lampu

32. Mengapakah tenaga yang boleh diperbaharui adalah lebih baik


daripada tenaga yang tidak boleh diperbaharui?

A. Tenaga boleh diperbaharui mudah diubah


B. Tenaga boleh diperbaharui boleh diperolehi di mana-mana
C. Tenaga boleh diperbaharui menghasilkan tenaga yang berkualiti
tinggi
D. Tenaga boleh diperbaharui tidak mencemarkan alam sekitar

33. Rajah 15 menunjukkan lubang pada kadbod yang disusun secara selari.

kadbod

Nyalaan lilin
lubang
Rajah 15

10
Nyalaan lilin boleh dilihat oleh pemerhati. Apakah kesimpulan yang
boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

A. Cahaya bergerak dalam arah yang berlainan


B. Cahaya bergerak dalam garis lurus
C. Cahaya boleh melalui lubang
D. Nyalaan lilin amat terang

34. Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk?

A. Apabila cahaya dihalang oleh objek legap


B. Apabila cahaya melalui bahan lut sinar
C. Apabila objek legap tidak boleh melalui cahaya
D. Apabila cahaya diperhatikan melaui salur getah yang bengkok

35. Antara berikut, yang manakah adalah faktor yang mempengaruhi


bentuk bayang-bayang?

A. Orientasi objek
B. Warna cahaya sinar
C. Jarak objek dari sumber cahaya
D. Jarak antara objek dengan skrin

36. Rajah 16 menunjukkan suatu aktiviti.

Rajah 16
Alat X ialah

A. Lampu suluh
B. Periskop
C. Cermin mata
D. Kanta pembesar

37. Rajah 17 menunjukkan cermin sisi sebuah cahaya kereta.

Rajah 17

11
Cermin sisi kereta menunjukkan bahawa cahaya

A. Boleh diserap
B. Bergerak lurus
C. Boleh dipantulkan
D. Boleh menembusi objek legap

38. Antara objek berikut, yang manakah menggunakan prinsip pantulan


cahaya?

A. Bekas kaca
B. Kertas surih
C. Bongkah kayu
D. Cermin pergigian

39. Antara berikut, yang manakah benar tentang pembiasan cahaya?

A. Cahaya bergerak lurus


B. Cahaya menghasilkan bayang-bayang
C. Cahaya melantun balik apabila mengena permukaan yang rata
dan licin
D. Arah cahaya mengalami perubahan apabila bergerak dari satu
medium ke satu medium yang lain

40. Rajah 18 menunjukkan Sarah sedang membaca buku.

Rajah 18
Sarah boleh melihat buku kerana

A. Matanya memantulkan cahaya yang jatuh ke atas buku


B. Matanya menyerap cahaya yang jatuh ke atas buku
C. Cahaya yang jatuh pada matanya dipantulnya ke atas buku
D. Cahaya yang jatuh ke atas buku yang dipantulkan ke dalam
matanya

12

Anda mungkin juga menyukai