Anda di halaman 1dari 7

UJIAN SUMATIF SAINS TAHUN 4

SK TANJUNG BATU, BINTULU

BAHAGIAN A (25 MARKAH)

Arahan : Setiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan, A, B, C dan D. Pilih
jawapan yang betul.

1. Antara berikut yang manakah bukan kemahiran proses sains?


A. Mengelas
B. Mentafsir data
C. Membuat inferens
D. Merekod tempoh eksperimen

2. Antara alat berikut, yang manakah digunakan untuk mengukur tempoh masa
yang paling singkat?

A. B.

C. D.

3. Apakah nama pigmen hijau pada daun tumbuhan yang diperlukan untuk proses
fotosintesis?
A. Glukosa
B. Klorofil
C. Kanji
D. Oksigen

4. Antara yang berikut, yang manakah hasil penyahtinjaan manusia?


A. Udara
B. Wap air
C. Tinja
D. Air Kencing

1
UJIAN SUMATIF SAINS TAHUN 4
SK TANJUNG BATU, BINTULU

5. Jari Zalina luka kerana terkena serpihan balang kaca yang pecah semasa
menjalankan eksperimen.Apakah yang patut murid lain lakukan apabila melihat
kejadian tersebut?
A. Membersihkan luka di jari Zalina
B. Memberitahu guru dengan segera
C. Menyimpan balang kaca yang pecah ke tempat asal
D. Menyapu serpihan balang kaca yang pecah ke dalam longkang

6. Rajah 1 di bawah menunjukkan satu penyiasatan ke atas tumbuhan.

Rajah 1

Apakah yang ditunjukkan dalam penyiasatan itu?

W - Akar bergerak balas terhadap air


X - Pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari
Y - Akar dan pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari
Z - Akar bergerak balas terhadap udara

A. W dan X
B. W dan Z
C. X dan Y
D. Y dan Z

7. Apakah yang berlaku pada pergerakan dada semasa menarik nafas?


A. Dada naik dan mengembang
B. Dada turun dan mengempis
C. Peparu dipenuhi wap air
D. Peparu dipenuhi karbon dioksida

2
UJIAN SUMATIF SAINS TAHUN 4
SK TANJUNG BATU, BINTULU

8. Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk menguji sama ada cahaya boleh
menembusi tiga objek X, Y dan Z

Rajah 2
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan sifat objek itu?

Legap Lutcahaya Lutsinar

Legap Lutsinar Lutcahaya

Lutsinar Legap Lutcahaya

Lutcahaya Lutsinar Legap

9. Rajah 3 menunjukkan pengelasan haiwan.

Haiwan

Vertebrata
Invertebrata
Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh bagi haiwan invertebrata?

A. B.

C D.

3
UJIAN SUMATIF SAINS TAHUN 4
SK TANJUNG BATU, BINTULU

10. Apakah kepentingan fotosintesis kepada manusia?


A. Tumbuhan menghasilkan sumber makanan kepada manusia.
B. Tumbuhan membebaskan karbon dioksida untuk manusia bernafas.
C. Tumbuhan memberikan manusia air untuk minum.
D. Tumbuhan memberikan manusia tenaga untuk manusia bergerak.

11. Antara berikut, yang manakah kegunaan sifat pantulan cahaya?


A. Telefon bimbit
B. Cermin pergigian
C. Lampu suluh
D. Radio

12. Rajah 4 menunjukan keratan rentas kulit manusia.

Rajah 4

P ialah tempat peluh keluar. Apakah P?


A. Usus B. Peparu
C. Salur darah D. Liang peluh

13. Apakah fungsi cermin cembung yang dipasang di tepi selekoh jalan raya?
A. Melihat haiwan melintas
B. Melihat arah kenderaan yang datang dari hadapan
C. Melihat pembentukan bayang-bayang
D. Melihat pembiasan cahaya

14. Mengapakah tumbuhan tidak perlu bergerak ke tempat lain untuk mendapatkan
sumber makanan?
A. Sumber yang diperlukan oleh tumbuhan berada di sekitarnya.
B. Tumbuhan boleh hidup dalam semua keadaan alam sekitar.
C. Sumber yang terhad menyebabkan tumbuhan tidak perlu bergerak.
D. Tumbuhan tidak perlu membiak.

4
UJIAN SUMATIF SAINS TAHUN 4
SK TANJUNG BATU, BINTULU

15. Antara haiwan berikut, yang manakah tidak bernafas melalui spirakel?
A. Lalat B. Lebah
C. Tikus D. Pepatung

16. Antara haiwan yang berikut, yang manakah pengelasan haiwan yang betul?

Bertelur Melahirkan anak


Buaya Ikan paus
Sotong Siput
Rama-rama Ular
Kucing Gajah

17. Maklumat berikut merupakan ciri-ciri salah satu kumpulan haiwan vertebrata.

 Kebanyakannya tinggal di darat


 Mempunyai kulit bersisik atau berkulit keras
 Bernafas melalui peparu
 Bertelur

Antara yang berikut, kumpulan haiwan yang manakah mempunyai semua ciri di
atas?
A. Mamalia B. Reptilia
C. Amfibia D. Burung

18. Rajah 5 di bawah menunjukkan gerak balas anak benih.

Rajah 5

Apakah gerak balas yang ditunjukkan oleh P?


A. Tarikan graviti
B. Air
C. Sentuhan
D. Cahaya matahari

5
UJIAN SUMATIF SAINS TAHUN 4
SK TANJUNG BATU, BINTULU

19. Rajah 6 di bawah menunjukkan sebatang pensel yang diletakkan di dalam gelas
yang berisi air

Rajah 6
Mengapakah pensel itu kelihatan bengkok?
A. Cahaya bergerak lurus
B. Pantulan cahaya
C. Pembiasan cahaya
D. Pensel mengembang di dalam air

20. Maklumat di bawah menunjukkan hasil-hasil perkumuhan.


P – Karbon dioksida
Q – Peluh
R – Air Kencing
S – Wap air

Antara yang berikut, yang manakah merupakan hasil perkumuhan peparu?


A. P dan Q B. Q dan R
C. R dan S D. P dan S

21. Antara berikut, pernyataan yang manakah adalah betul?


A. Vertebrata boleh dikelaskan kepada enam kumpulan.
B. Kelawar merupakan haiwan vertebrata dalam kumpulan burung.
C. Kumpulan haiwan yang melahirkan anak ialah reptilia.
D. Haiwan amfibia bernafas melalui peparu dan kulit lembap.

22. Antara aktiviti yang berikut, yang manakah menyebabkan kadar pergerakan
dada meningkat?
A. Duduk B. Berdiri
C. Tidur D. Berenang

6
UJIAN SUMATIF SAINS TAHUN 4
SK TANJUNG BATU, BINTULU

23. Rajah 7 menunjukkan seekor haiwan vertebrata.

Rajah 7

Antara yang berikut, yang manakah ciri haiwan di atas?


A. Badan dilitupi bulu pelepah
B. Organ pernafasannya adalah peparu.
C. Merupakan haiwan vertebrata dalam kumpulan reptilia.
D. Mempunyai lebih dari satu organ pernafasan.

24. Antara yang berikut, tabiat manakah yang perlu dielakkan?


A. Merokok selepas makan.
B. Mengambil makanan yang seimbang.
C. Bersenam pada waktu pagi.
D. Minum air sebanyak lapan gelas sehari.

25. Rajah 8 menunjukkan haiwan P.

Rajah 8

Antara yang berikut, yang manakah merupakan organ pernafasan bagi haiwan
P?
A. Bahagian A B. Bahagian B
C. Bahagian C D. Bahagian D

Anda mungkin juga menyukai