Anda di halaman 1dari 5

1

SULIT

SAINS
Kertas 1
Tahun 4
Oktober
2018
1 jam

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2018


TAHUN 4

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

SAINS
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


2

1. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kemahiran proses sains


“membuat inferens”?

A. Membuat kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan


sesuatu pemerhatian.
B. Proses mengumpul maklumat tentang suatu fenomena dengan
menggunakan deria.
C. Kemahiran membuat pemerhatian secara kuantitatif.
D. Proses menjangka sesuatu peristiwa yang akan berlaku.

2. Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang murid.

Apakah kemahiran manipulatif yang ditunjukkan di atas?

A. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul.


B. Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.
C. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
D. Menggunakan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul.

3. Apakah cara yang betul untuk membuang sampah dan sisa bahan selepas
menjalankan eksperimen?

A. Buang ke dalam singki.


B. Bakar sebelum dibuang.
C. Buang ke dalam tong sampah.
D. Simpan di dalam laci.

4. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan laluan udara yang betul
semasa menarik nafas?

A. Trakea  Hidung  Peparu


B. Hidung  Trakea  Peparu
C. Peparu  Trakea  Hidung
D. Hidung  Peparu  Trakea

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


3

5. Rajah di bawah menunjukkan satu organ yang terdapat dalam badan


manusia.

Apakah nama organ di atas?

A. Ginjal C. Usus besar


B. Peparu D. Kulit

6. Rajah di bawah menunjukkan organ perkumuhan manusia.

Apakah bahan buangan yang dikumuhkan oleh organ di atas?

A. Najis
B. Peluh
C. Air kencing
D. Karbon dioksida

7. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri perwarisan?

A. Bilangan jari.
B. Bentuk badan.
C. Saiz badan.
D. Rupa paras.

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


4

8. Antara tabiat berikut, yang manakah menerangkan gerak balas manusia?

A. Tindakan yang diambil terhadap rangsangan.


B. Tindakan untuk mengelakkan bahaya.
C. Perubahan persekitaran yang dapat dikesan oleh manusia.
D. Proses hidup yang dijalani oleh manusia.

9. Maklumat di bawah menunjukkan cara pernafasan haiwan K dan haiwan L.

Haiwan K : Bernafas melalui Spirakel


Haiwan L : Bernafas melalui insang

Antara yang berikut, yang manakah mewakili haiwan K dan haiwan L?

Haiwan K Haiwan L
A. Kijang Lembu
B. Kumbang Ketam
C. Mentadak Ular
D. Lipas Kerbau

10. Rajah di bawah menunjukkan sejenis haiwan.

S
Q
R

Antara bahagian berlabel berikut, yang manakah merupakan organ


pernafasan haiwan tersebut?

A. S
B. R
C. Q
D. P

11. Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai dua organ pernafasan?

A. Ikan paus
B. Burung helang
C. Newt
D. Buaya

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


5

12. Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai gerak balas tumbuhan
terhadap rangsangan?

A. Tumbuhan bergerak balas terhadap graviti.


B. Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan.
C. Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya.
D. Tumbuhan bergerak balas terhadap udara.

13. Rajah di bawah menunjukkan gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan.

Apakah jenis rangsangan yang diterima oleh tumbuhan tersebut?

A. Rangsangan cahaya.
B. Rangsangan graviti.
C. Rangsangan sentuhan.
D. Rangsangan air.

14. Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah tidak bergerak balas
terhadap cahaya matahari?

A. Batang
B. Akar
C. Pucuk
D. Daun

15. Rajah di bawah menunjukkan gerak balas tumbuhan.

Apakah rangsangan yang terlibat?

A. Cahaya dan graviti


B. Cahaya dan air
C. Cahaya dan sentuhan
D. Cahaya dan udara

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah

Anda mungkin juga menyukai