Anda di halaman 1dari 13

NAMA : ___________________________________ KELAS : _________________

SK CORONATION PARK
UJIAN 1/2020
SAINS Kertas 1
TAHUN 4 Mac
1 jam Satu jam
JAWAB SEMUA SOALAN. HITAMKAN PADA KERTAS JAWAPAN YANG DISEDIAKAN.

1. Berdasarkan penyataan yang diberikan, organ deria manakah yang sesuai digunakan untuk
membuat pemerhatian?
Buah oren ini sangat masam
A. Mata
B. Hidung
C. Telinga
D. Lidah

2. Rajah 1 menunjukkan satu ujikaj yang dijalankan oleh Aminah.

Apakah inferens bagi pemerhatian di atas?


A. Tiada udara
B. Tiada makanan
C. Tiada air
D. Tiada cahaya matahari

3. Rajah 2 menunjukkan beberapa helai baju dijemur di bawah cahaya matahari.

Baju-baju itu didapati kering selepas 45 minit. Ramalkan masa yang diambil untuk baju-baju itu
kering jika dijemur dalam cuaca mendung.
A. 10 minit
B. 30 minit
C. 45 minit
D. 60 minit
4. Berdasarkan penyataan di bawah, apakah kemahiran proses sains yang digunakan oleh Farah?
Farah melukis carta palang daripada keputusan yang
diperolehinya daripada suatu eksperimen.

A. Memerhati
B. Mengelas
C. Komunikasi
D. Meramal

5. Rajah 3 menunjukkan haiwan yang dikumpulkan dalam dua kumpulan.

Apakah X dan Y?

A. X = bertelur , Y = Melahirkan anak


B. X = Herbivor, Y = Omnivor
C. X = Hidup di air, Y = Hidup di darat
D. X = Berbulu pelepah, Y = Berbulu halus

6. Pilih pemerhatian yang dilakukan dengan menggunakan deria bau.


A. Batu tenggelam dalam air
B. Burung berkicauan di atas pokok
C. Buah epal berasa manis
D. Susu berbau masam apabila rosak

7. Rajah 5 menunjukkan dua jenis haiwan.

Apakah ciri sepunya haiwan-haiwan ini?


A. Tinggal di darat
B. Makan tumbuhan sahaja
C. Berbulu halus
D. bertelur
8. Rajah 4 menunjukkan ketinggian anak pokok yang ditaman dalam tempoh 3 hari.

Antara berikut, yang manakah betul mewakili pemerhatian di atas?

9. Rajah 6 menujukkan satu permerhatian.

Apakah inferens yang boleh dibuat?


A. Batu tenggelam kerana batu kurang tumpat daripada air.
B. Batu tenggelam kerana batu lebih tumpat daripada air.
C. Batu timbul kerana batu kurang tumpat daripada air.
D. Batu timbul kerana batu lebih tumpat daripada air.
10. Antara berikut, yang manakah cara menegndalikan spesimen dengan betul dan cermat?

11. Apakah yang patut dipatuhi ketika berada di bilik sains?


A. Membiarkan peralatan eksperimen di atas meja.
B. Membuang sampah ke dalam tong sampah.
C. Membuat eksperimen tanpa arahan guru.
D. Masuk kebilik sains tanpa kebenaran guru.

12. Antara berikut yang manakah perbuatan yang menunjukkan murid tidak mematuhi peraturan
bilik sains?

13. Rajah 7 menunjukkan satu perbuatan yang melanggar peraturan bilik sains.
Apakah yang mungkin akan berlaku kepada murid tersebut?

A. Mendatangkan semut yang banyak


B. Menyebabkan bilik sains kotor
C. Kawan meminta makanan tersebut
D. Keracunan makanan

14. Antara amalan berikut, yang manakah akan membahayakan keselamatan diri?

15. Apakah proses yang menyingkirkan bahan buangan daripada badan?


A. Perkumuhan
B. Pernafasan
C. Penyahtinjaan
D. Pembiakan

16. Antara berikut, yang manakah bukan disebabkan oleh tabiat merokok?
A. Strok
B. Batu karang
C. Kanser peparu
D. Halusinasi

17. Rajah 8 menunjukkan sistem pernafasan manusia.


Apakah organ yang berlabel K?
A. Jantung
B. Trakea
C. Peparu
D. Ginjal

18. Pilih penyataan yang benar mengenai udara sedutan dan udara hembusan.

19. Maklumat menunjukkan bahagian-bahagian yang telibat dalam proses pernafasan manusia.

P - Peparu Q - Hidung R - Trakea S - Kulit

Antara berikut, yang manakah tempat berlakunya pertukaran gas?


A. P
B. Q
C. R
D. S

20. Rajah 9 menunjukkan satu daripada organ perkumuhan manusia.

Apakah hasil perkumuhan bagi organ Q?


A. Peluh
B. Oksigen
C. Karbon dioksida dan wap air
D. Air kencing
21. Organ perkumuhan J menghasilkan karbon dioksida dan wap air melalu proses P.
Namakan organ J dan Proses P.

22. Maklumat dibawah menunjukkan bahagian yang terlibat dalam sistem pernafasan manusia.

Antara yang berikut, yang manakah lauan udara semasa proses menghembus nafas?

23. Maklumat di bawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh Syahir.

Susun aktiviti tersebut dengan kadar pernafasan yang semakin menurun.


24. Apakah yang akan berlaku dalam usus besar selepas makan dihadamkan?
A. Air kencing terhasil dalam usus besar
B. Tinja terbentuk dalam usus besar
C. Nutrien dalam makanan terserap dalam usus besar
D. Tinja disingkirkan daripada badan

25. Antara berikut , yang manakah kesan buruk sekiranya mbahan buangan tidak disingkirkan
daripada badan?
A. Sel-sel badan diracuni bahan toksik
B. Menyebabkan kerosakan mata
C. Sel-sel badan semakin bertambah
D. Nutrien tidak dapat diserap daripada makan tercerna

26. Rajah 10 menunjukkan empat jenis aktiviti iaitu W, X, Y dan Z.

Antara berikut, yang manakah menggunakan kadar pernafasan yang tinggi?


A. W dan X
B. W dan Z
C. X dan Y
D. Y dan Z

27. Rajah 11 menunjukka organ-organ pernafasan manusia.


Antara berikut yang manakah mewakili P, Q dan R?

28. Rajah 12 menunjukkan proses pernafasan manusia.

Apakah yang berlaku semasa proses ini?


A. Udara masuk ke peparu
B. Proses peredaran oksigen ke dalam peparu
C. Gas oksigen masuk, dada naik dan mengembang.
D. Gas karbon dioksida masuk, dada naik dan mengembang.

29. Rajah 13 menunjukkan satu situasi.

Antara beriku yang manakah menerangkan situasi tersebut?


A. Manusia terkejut dengan objek yang panas.
B. Manusia mengelakkan diri daripada bahaya.
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
D. Manusia mempunyai sentuhan.
30. Rajah 14 menunjukkan tindakan seorang budak lelaki.

Organ deria manakah yang bertindak balas terhadap rangsangan tersebut?


A. Kulit
B. Lidah
C. Mata
D. Hidung

31. Antara berikut, yang manakah gerak balas yang tepat dengan rangsangan yang diberikan?

32. Remi gemar makan makanan yang pedas. Apakah organ deria yang akan terjejas akibat
daripada tabiat ini?
A. Mata
B. Telinga
C. Kulit
D. Lidah
33. Rajah 15 menunjukkan Jalil yang berlari kerana dikejar anjing yang sedang menyalak ke
arahnya.

Kenal pasti rangsangan dalam situasi di atas.


A. Bau anjing tersebut
B. Jalil yang sedaang berlari
C. Anjing yang sedang menyalak
D. Jalil terlihat seekor anjing

34. Rajah 16 menunjukkan seorang lelaki yang bergerak balas terhadap suatu rangsangan.

Nyatakan jenis rangsangan dan organ deria yang terlibat dalam rajah.
35. Organ deria penting bagi manusia untuk mengelakkan bahaya dan kecederaan. Apakah tabiat
yang baik untuk menjaga organ deria?
A. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor.
B. Makan protein sahaja dalam diet harian.
C. Menjaga kebersihan organ deria.
D. Menggunakan alatan yang boleh merosakkan organ deria.

36. Kadar pernafasan ialah …


A. Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
B. Bilangan pergerakan naik dan turun dada dalam masan satu minit.
C. Proses penyingkiran tinda melalui dubur.
D. Proses menyedut dan menghembuskan udara

37. Perkumuhan ialah …


A. Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
B. Bilangan pergerakan naik dan turun dada dalam masan satu minit.
C. Proses penyingkiran tinda melalui dubur.
D. Proses menyedut dan menghembuskan udara

38. Penyahtinjaan ialah …


A. Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
B. Bilangan pergerakan naik dan turun dada dalam masan satu minit.
C. Proses penyingkiran tinda melalui dubur.
D. Proses menyedut dan menghembuskan udara

39. Pernafasan ialah …


A. Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
B. Bilangan pergerakan naik dan turun dada dalam masan satu minit.
C. Proses penyingkiran tinda melalui dubur.
D. Proses menyedut dan menghembuskan udara

40. Mengelas ialah proses …


A. Mengasing dan mengumpul objek atau peristiwa berdasarkan ciri tertentu.
B. Mengukur menggunakan nombor.
C. Menjangka peristiwa yang akan berlaku.
D. Membuat kesimpulan awal.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

….……………………………. ………………………………………..
(Rodhiah Bt Md Noor) (Nuzulrul Azaliza Bt Arifin)
Guru Sains Penolong Kanan Pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai