Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan

Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang
betul. Kemudian hitamkan jawapan pada kertas jawapan yang disediakan. Masa yang
dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Jika anda tidak dapat menjawab sebarang
soalan, teruskan menjawab soalan yang berikutnya.

1. Antara yang berikut, yang manakah melanggar peraturan bilik sains? (Mengingati,
Aras Rendah)

A Menyusun kerusi dan mengemas bilik sains sebelum keluar.

B Membuang sampah ke dalam bakul sampah.

C Menghidu bahan kimia walaupun tidak disuruh oleh guru.

D Menjalankan uji kaji mengikut arahan guru.

2. Antara berikut, yang manakah bukan keperluan asas bagi tumbuhan? (Memahami,
Aras Rendah)

A Air

B Udara

C Tanah

D Cahaya matahari

3. Afiq termakan bahan kimia ketika melakukan eksperimen di makmal sekolah.


Apakah yang perlu dilakukan olehnya sebagai tindakan keselamatan awal?
(Mengaplikasi, Aras Sederhana)

A Meludahkan bahan kimia itu dengan serta merta.


B Berlari ke luar untuk mendapatkan udara segar.
C Siramkan air ke seluruh badan.
D Meminta pertolongan guru.
4. Rajah 1 menunjukkan keadaan sepohon pokok bunga.

RAJAH 1
Manakah inferens yang munasabah bagi pokok
bunga itu?
A. Pokok bunga itu tidak mendapat air yang mengcukupi.
B. Pokok bunga itu bergerak balas terhadap sentuhan.
C. Pokok bunga itu baru bercambah dari biji benih.
D. Pokok bunga itu sedang berhibernasi.

5. Rajah 2 menunjukkan tiga ekor ikan di dalam sebuah bekas.

RAJAH 2

Selepas dua hari, tiga ekor ikan dimasukkan lagi ke dalam bekas tersebut.
Ramalkan apa yang akan berlaku. (Mencipta, Aras Tinggi)
A Kuantiti air akan bertambah.
B Ikan-ikan itu akan membiak dengan banyak.
C Beberapa ekor ikan akan mati.
D Bilangan ikan akan bertambah dengan cepat.
6. Antara urutan yang berikut, yang manakah betul bagi laluan udara semasa menarik
nafas? (Memahami, Aras Rendah)

A Hidung – trakea – peparu

B Peparu – trakea – hidung

C Peparu – trakea – mulut

D Trakea – hidung – peparu

7. Apakah yang berlaku semasa proses menarik dan menghembus nafas?


(Mengaplikasi, Aras Sederhana)

Menarik nafas Menghembus nafas


A Dada naik dan mengembang Dada turun dan mengempis
B Dada naik dan mengempis Dada turun dan mengembang
C Dada turun dan mengembang Dada naik dan mengempis
D Dada turun dan mengempis Dada naik dan mengembang

8. Antara aktiviti berikut, yang manakah menghasilkan kadar pernafasan paling tinggi?
(Menganalisis, Aras Sederhana)
A. Menonton televisyen
B. Menyapu sampah
C. Berlari
D. Tidur
9. Apakah bahan yang dinyahtinjakan daripada badan manusia? (Menganalisis, Aras
Sederhana)
A Air kencing
B Peluh
C Karbon dioksida
D Tinja

10. Aizat terkejut apabila bas di belakangnya membunyikan hon. Apakah kesimpulan
yang boleh dibuat berdasarkan situasi di atas? (Menilai, Aras Tinggi)
A Manusia berhenti bergerak balas terhadap rangsangan dalam keadaan tertentu.
B Manusia boleh mengelak daripada sebarang situasi yang berbahaya.
C Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
D Manusia boleh menghidu, mendengar dan melihat.

Anda mungkin juga menyukai