Anda di halaman 1dari 16

1

SULIT

SAINS
Kertas 1
Tahun 4
Oktober
2017
1 jam

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017


TAHUN 4

Nama : ……………………………………………………… Kelas :


………………………

SAINS
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
2

1. Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud inferens?

A Mencatat pemerhatian
B Membuat pernyataan umum
C Merekodkan maklumat
D Membuat kesimpulan awal

2. Antara peraturan bilik Sains berikut, yang manakah adalah salah?

A Buang sisa kimia ke dalam tong sampah


B Laporkan segera sebarang kecederaan
C Lakukan kerja dengan teliti dan cermat
D Simpan radas sains di tempat yang betul

3. Jadual menunjukkan jarak bagi planet P, Q dan R dari matahari dan masa yang
diambil untuk beredar mengelilingi matahari.

Planet Jarak dari matahari Masa yang diambil


untuk beredar mengelilingi
(juta km) matahari

P 108 225 hari


Q 150 365 hari
R 230 687 hari

Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan ini?

A Saiz planet
B Jarak dari matahari
C Keadaan planet
D Masa yang diambil untuk beredar mengelilingi matahari

4. Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan kebakaran semasa berada di bilik
Sains?

A Membuang mancis yang berbara ke dalam tong sampah


B Membuka tingkap
C Bergurau dengan rakan
D Makan di dalam bilik Sains

5. Antara berikut, yang manakah cara mengendalikan bahan sains dengan betul?

A Meletakkan mata selaras dengan skala radas


B Menggunakan kanta pembesar untuk mengamati benda-benda kecil
C Semua bahan kimia perlu dilabelkan dan bertarikh
D Memakai sarung tangan makmal semasa mengendalikan bahan kimia

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
3

6. Bagaimanakah Azman bergerak balas apabila dia terdengar bunyi guruh di langit
ketika hujan?

A Menutup kedua-dua mata


B Menutup kedua-dua telinga
C Menutup hidung
D Menyarung badan dengan selimut

7. Maklumat berikut membandingkan berat bagi empat buah-buahan, P, Q, R dan S.

Berat P lebih besar daripada berat R


Berat Q lebih besar daripada berat P tetapi kurang daripada
berat S

A B

C D

8. Seorang murid menyiram pokoknya yang diletakkan di dalam bilik gelap setiap hari.
Walau bagaimanapun, dia mendapati pokok itu layu selepas seminggu. Apakah yang
perlu dilakukan bagi memastikan pokoknya tumbuh dengan sihat?

A Dia perlu meletakkan baja ke dalam pasu


B Dia perlu menyiram pokok dengan lebih kerap
C Dia perlu mendedahkan pokok tersebut kepada cahaya matahari
D Dia perlu memasang kipas untuk pokok tersebut

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
4

9. Rajah menunjukkan sistem pernafasan manusia.

Urutan yang manakah betul bagi pengaliran udara semasa menarik nafas?

A Hidung → Trakea → Peparu B Trakea → Peparu → Mulut


C Mulut → Hidung → Peparu D Peparu → Trakea → Hidung

10. Rajah menunjukkan seorang budak lelaki menarik tangannya dengan pantas apabila
tersentuh cerek yang panas.

Gerak balas ini menunjukkan bahawa

A manusia bernafas
B manusia membiak
C manusia boleh bergerak balas
D manusia bergerak balas terhadap rangsangan

11. Rajah menunjukkan tiga jenis haiwan.

Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang haiwan-haiwan itu?

A Hidup di darat
B Bernafas melalui kulit lembap
C Mempunyai kulit yang lembap
D Mempunyai cara pembiakan yang berbeza

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
5

12. Rajah menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan struktur pernafasan masing-


masing.

Antara berikut, yang manakah mewakili X dan Y?

X Y
A Kelawar Rama-rama
B Katak Ular
C Ikan paus Tapak sulaiman
D Lembu Buaya

13. Rajah menunjukkan tiga jenis haiwan, K, L dan M.

Antara berikut, yang manakah betul berdasarkan organ pernafasan haiwan tersebut?

K L M
A Spirakel Peparu Insang
B Spirakel Insang Peparu
C Insang Spirakel Peparu
D Peparu Insang Spirakel

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
6

14. Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan.

Gerak balas itu adalah terhadap

A sentuhan B graviti
C air D cahaya matahari

15. Rajah menunjukkan satu tumbuhan muda yang digantung secara terbalik dalam satu
kotak gelap dan dibiarkan di kawasan yang cerah. Satu lubang dibuat pada satu
bahagian kotak itu.

Ke arah manakah pucuk tumbuhan itu akan tumbuh selepas seminggu?

A R B T
C S D U

16. Rajah menunjukkan bahagian daun yang ditutup dengan kain hitam.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyiasatan ini?

A Tumbuhan memerlukan air


B Tumbuhan memerlukan udara
C Tumbuhan memerlukan cahaya matahari
D Tumbuhan memerlukan makanan

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
7

17. Rajah menunjukkan satu anak benih kacang hijau dalam sebuah pasu yang diletakkan
dalam satu kotak dengan hanya satu lubang di bahagian tepi.

Apakah yang akan berlaku kepada anak pokok itu selepas dua minggu?

A Ia akan mati
B Ia akan tumbuh secara menegak
C Ia akan layu dan menjadi kuning
D Pucuknya akan tumbuh menghala ke bahagian lubang itu

18. Rajah menunjukkan satu proses yang berlaku dalam tumbuhan hijau.

Apakah proses tersebut?

A Pernafasan B Percambahan
C Pembiakan D Fotosintesis

19. Antara berikut, yang manakah boleh mengukur masa dengan tepat?

A B

C D

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
8

20. Rajah menunjukkan sebuah kubus dan kuboid.

Berapakah bilangan kubus boleh dimuatkan dalam kuboid itu?

A 48 B 72
C 60 D 84

21. Rajah menunjukkan empat objek, W, X, Y dan Z di dalam bikar yang berisi air.

Susunkan objek-objek itu mengikut urutan yang betul daripada yang paling sukar
terapung hingga yang paling senang terapung.

A X, Z, W, Y B Y, W, Z, X
C X, W, Z, Y D Z, X, Y, W

22. Satu teko dengan isi padu 1ℓ akan diisi dengan air daripada cawan yang boleh
menampung 150 mℓ air. Berapakah cawan yang diperlukan untuk mengakibatkan
limpahan?

A 7 B 5
C 6 D 4

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
9
23. Rajah menunjukkan satu bikar dan satu silinder penyukat yang berisi air.

Apakah jumlah isi padu air yang terkandung dalam silinder penyukat itu selepas air di
dalam bikar dituang ke dalamnya?

A 45 cm3 B 85 cm3
C 65 cm3 D 95 cm3

24. Rajah menunjukkan empat objek.

Antara objek berikut, yang manakah bersifat legap?

A W dan Y B X dan Y
C W dan Z D X dan Z

25. Bahagian termos berlabel yang manakah diperbuat daripada plastik?

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
10

26. Rajah menunjukkan sumber asas sesuatu objek.

Apakah X dan Y?

X Y
A Tanih Plastik
B Logam Getah
C Batuan Sutera
D Batuan Kapas

27. Ridzuan mahu menyimpan secawan minuman koko panas untuk masa yang lebih
lama. Cara yang manakah paling sesuai digunakan untuk menyimpan minuman
tersebut?

A Tutup cawan itu dengan piring kaca


B Balut botol itu dengan satu helaian plastik
C Balut cawan itu dengan tuala
D Tutup cawan itu dengan piring kaca dan balut cawan itu dengan tuala

28. Rajah menunjukkan sebuah khemah.

Apakah yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bahan untuk membuat khemah?

A Kalis air
B Warna
C Kekuatan
D Mengkonduksi elektrik

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
11

29. Rajah menunjukkan satu penyiasatan.

Antara paku berikut, yang manakah tidak berkarat selepas seminggu?

A W dan X B X dan Y
C W dan Y D Y dan Z

30. Kita dinasihatkan supaya menyapu gris di antara engsel almari untuk memastikan
pintu almari senang dibuka. Ini adalah kerana gris

A menukarkan warna engsel menjadi hitam


B mengelakkan engsel daripada berkarat
C menambahkan geseran antara engsel dan pintu almari
D mengurangkan geseran antara engsel dan pintu almari

31. Rajah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid.

Selepas seminggu, air itu bertukar warna menjadi perang. Antara berikut, yang
manakah benar tentang pemerhatian itu?

A Air telah bertindak balas dengan cahaya matahari


B Air telah menyerap haba dari matahari
C Kekotoran paku besi termendap dalam air
D Air dan udara telah bertindak balas dengan paku besi itu

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
12

32. Maklumat di bawah menunjukkan nisbah bagi saiz objek K, L dan M.

K:L:M
1 : 4 : 400

Apakah yang diwakili oleh objek K, L dan M?

K L M
A Matahari Bumi Bulan
B Bulan Matahari Bumi
C Bulan Bumi Matahari
D Bumi Bulan Matahari

33. Rajah menunjukkan sebahagian Sistem Suria.

Apakah nama planet P dan planet Q?

P Q
A Zuhal Utarid
B Bumi Marikh
C Zuhrah Musytari
D Marikh Utarid

34. Rajah menunjukkan ahli-ahli bagi X.

Apakah yang diwakili oleh X?

A Bulan B Sistem Suria


C Bumi D Bintang

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
13

35. Rajah menunjukkan sebahagian daripada Sistem Suria.

Apakah yang akan berlaku sekiranya bumi berada di Y?

A Oksigen berkurangan
B Suhu menjadi tinggi
C Udara bertambah sejuk
D Cahaya matahari menjadi lebih terang

36.
Puan Salmah mahu memberitahu ibu bapa murid-murid
bahawa mesyuarat PIBG akan diadakan pada minggu hadapan
melalui emel.

Antara berikut, alat yang manakah diperlukan oleh Puan Salmah?

A B

C D

37. Antara berikut, yang manakah merupakan had keupayaan otak manusia?

A Tidak boleh melihat benda yang halus


B Tidak boleh mendengar punca bunyi yang jauh
C Tidak boleh berjalan ke tempat yang jauh
D Tidak dapat mengingati terlalu banyak data

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
14

38. Anis tinggal di Kuala Lumpur dan mahu melawat rakannya di Kedah. Antara berikut,
pengangkutan manakah yang boleh tiba cepat di destinasinya?

A B

C D

39. Rajah menunjukkan sebuah bas dua tingkat.

Penumpang tidak dibenarkan duduk di bahagian atas sebelum memenuhi tempat


duduk di bahagian bawah. Kenapa?

A Ia adalah berbahaya untuk duduk di bahagian atas


B Penumpang yang duduk di bahagian bawah tidak akan cedera jika berlaku
kemalangan
C Penumpang yang duduk di bahagian atas mempunyai risiko yang tinggi untuk
cedera jika kemalangan berlaku
D Jisim penumpang di bahagian bawah bas itu akan menyebabkan bas itu lebih
stabil

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
15

40. Rajah menunjukkan empat jenis alat ciptaan teknologi.

Antara alat-alat tersebut, yang manakah membolehkan anda menonton siaran


langsung perlawanan bola sepak yang diadakan di luar negara?

A K dan N B M dan N
C L dan M D L dan N

- Kertas soalan tamat -

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(Shahir Shahidin Bin Ramshah) (Pn. Siti Noorfadilah Bt. Husin) (Pn. Hasenah bt Ibrahim )
Guru Sains Tahun 4 Ketua Panitia Sains Guru Besar,
SK Setapak Indah

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT
16

SKEMA JAWAPAN

1. D
2. A
3. B
4. A
5. D
6. B
7. B
8. C
9. A
10. D
11. B
12. C
13. B
14. A
15. A
16. C
17. D
18. D
19. C
20. C
21. C
22. A
23. D
24. A
25. A
26. C
27. D
28. A
29. C
30. D
31. D
32. C
33. C
34. C
35. B
36. D
37. D
38. B
39. D
40. D

018 ©2017 Hak Cipta Panitia Sains Setapak Indah Peperiksaan Akhir Tahun
SULIT

Anda mungkin juga menyukai