Anda di halaman 1dari 12

Sains Tahun 4

Kertas 1 (40 markah)


Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Setiap soalan
mengandungi empat pilihan jawapan. Pilih jawapan yang betul sahaja.

1. Antara berikut, yang manakah merupakan Kemahiran Proses Sains?


A. Memerhati.
B. Membersihkan alatan.
C. Menyusun bahan dan radas.
D. Menyimpan alatan dengan betul.

2. Kemahiran Manipulatif Sains termasuklah,


A. Mengelas.
B. Mengukur dan menggunakan nombor.
C. Menyimpan alatan di tempat yang betul.
D. Mengawal pemboleh ubah.

3. Antara berikut, yang manakah cara mengendalikan bahan sains dengan betul?
A. Meletakkan mata selaras dengan skala radas.
B. Menggunakan kanta pembesar untuk mengamati benda-benda kecil.
C. Semua bahan kimia perlu dilabelkan dengan bertarikh.
D. Memakai sarung tangan makmal semasa mengendalikan bahan kimia.

4. Antara peraturan Bilik Sains berikut, yang manakah adalah salah?


A. Buang sisa kimia ke dalam tong sampah.
B. Laporkan segera sebarang kecederaan.
C. Lakukan kerja dengan teliti dan cermat.
D. Simpan radas sains di tempat yang betul.

5. Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan kebakaran semasa berada di Bilik
Sains?
A. Membuang mancis yang membara ke dalam tong sampah.
B. Membuka tingkap.
C. Bergurau dengan rakan.
D. Makan di dalam Bilik Sains.

6. Maklumat berikut membandingkan berat bagi empat buah-buahan P, Q, R dan S.

 Berat P lebih daripada berat R.


 Berat Q lebih daripada berat P tetapi
kurang daripada berat S

Antara carta palang berikut, yang manakah mewakili maklumat di atas?


7. Bagaimanakah Zaki bergerak balas apabila dia mendengar guruh di langit ketika hujan?
A. Menutup kedua-dua mata.
B. Menutup kedua-dua gtelinga.
C. Menutup hidung.
D. Menyarung badan dengan selimut.

8. Rajah 1 menunjukkan nsistem pernafasan manusia.

Urutan yang betul bagi pengaliran udara semasa menarik nafas?

9. Rajah 2 menunjukkan seorang budak lelaki menarik tangannya dengan pantas apabila
tersentuh cerek yang panas.

Gerak balas ini menunjukkan bahawa


A. manusia bernafas.
B. manusia membiak.
C. manusia boleh bergerak balas.
D. manusia bergerak balas terhadap ransangan.

10. Rajah 3 menunjukkan 3 jenis haiwan K, L dan M

Antara berikut yang manakah betul berdasarkan organ pernafasan haiwan-haiwan tersebut?

11. Rajah 4 menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan struktur pernafasan masing-

masing.

Antara berikut, yang manakah mewakili haiwan X dan Y?

12. Rajah 5 menunjukkan tiga jenis haiwan.

Apakah kesimpulan paling tepat tentanfg haiwan-haiwan itu?


A. Hidup di darat.
B. Bernafas melalui kulit lembab.
C. Mempunyai kulit yang lembab.
D. Mempunyai cara pembiakan yang berbeza.
13. Antara berikut yang manakah haiwan invertebrata?
A. Buaya.
B. Kura-kura.
C. Singa.
D. Cacing.

14. Antara padanan berikut, manakah betul tentang haiwan dengan organ pernafasannya?

Haiwan Organ pernafasan


A Berudu Peparu
B Lembu Spirakel
C Penyu Insangh
D Cacing Kulit lembab

15. Seorang murid meletakkan sebatang pokok di dalam bilik gelap. Dia menyiram pokok itu
setiap hari. Didapati pokok itu layu selepas semingggu. Apakah yang perlu dilakukan
supaya pokok tersebut tumbuh dengan segar?
A. Meletakkan baja.
B. Menyiram dengan lebih kerap.
C. Mendedahkan pokok tersebut kepada cahaya matahari.
D. Memasang kipas untuk tumbuhan itu.

16. Rajah 6 menunjukkan satu tumbuhan muda yang digantun secara terbalik dalam satu
kotak gelap dan dibiarkan di kawasan yang cerah. Satu lubang dibuat pada satu
bahagian kotak itu.

Ke arah manakah pucuk tumbuh selepas seminggu?


A. R
B. S
C. T
D. U

17. Rajah 7 menunjukkan sejenis tumbuhan yang bergerak balas terhadap ransangan.
Gerak balas itu adalah terhadap
A. Sentuhan.
B. Air.
C. Graviti.
D. Cahaya matahari.

18. Rajah 8 menunjukkan satu anak benih kacang hijau dalam sebuah pasu yang diletakkan
dalam satu kotak dengan hanya satu lubang di bahagian tepi.

Apakah yang akan berlaku kepada anak pokok itu selepas dua minggu?
A. Ia akan mati.
B. Ia akan tumbuh secara menegak.
C. Ia akan layu dan menjadi kuning.
D. Pucknya akan tumbuh menghala ke bahagian lubang itu.

19. Rajah 9 menunjukkan bahagian daun yang ditutup dengan kain hitam.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyiasatan ini?


A. Tumbuhan memerlukan air.
B. Tumbuhan memerlukan udara.
C. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari.
D. Tumbuhan memerlukan makanan.

20. Berikut ialah keperluan tumbuhan semasa menjalankan fotosintesis kecuali.


A. Cahaya matahari.
B. Klorofil.
C. Karbon dioksida.
D. Angin.

21. Bagaimana cahaya dibiaskan?


A. Apabila cahaya mengenai objek legap.
B. Apabila jarak antara cahaya dengan objek dekat.
C. Apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain.
D. Apabila cahaya melantun setelah terkena permukaan.

22. Rajah 11 menunjukkan bayang-bayang yang terbentuk apabila cahaya dipancaerkan


kepada objek.

Bayang-bayang terbentuk di atas skrin. Bagaimanakah saiz bayang-bayang itu boleh


dikecilkan?
A. Dekatkan bola ke arah skrin.
B. Dekatkan bola ke arah lampu suluh.
C. Besarkan saiz skrin.
D. Tambahkan kecerahan lampu suluh.

23. Rajah 12 menunjukkan satu aktiviti yangdijalankan oleh sekumpulan murid.

Murid J dapat melihat cahaya manakala murid K tidak dapat melihat cahaya. Apakah yang
boleh disimpulkan berdasakan aktiviti ini?
A. Cahaya boleh dilihat
B. Cahaya bergerak lurus.
C. Murid K mempunyai masalah mata.
D. Murid K mempunyai penglihatan yang jelas.
24. Rajah 13 menunjukkan tangan Thaqif dengan bayang-bayangnya.
Antara berikut, yang manakah menyebabkan pembentukan bayang-bayang tersebut?

A. Tangan thaqif sangat besar.


B. Tangan Thaqir berada dalam keadaan pegun.
C. Cahaya tidak dapat menebusi tangan Thaqif.
D. Cahaya tidak dapat dibiaskan melalui tangan Thaqif.

25. Seorang murid ingin menyiasat prinsip pantulan cahaya. Objek manakah yang boleh
digunakan untuk memantulkan cahaya?
A. Surat khabar.
B. Kaca jernih.
C. Sutera.
D. Kepingan aluminium.

26. Antara berikut yang manakah merupakan bunyi yang tidak berfaedah?
A. Loceng sekolah.
B. Penggera kebakaran.
C. Bunyi pembinaan.
D. Radio.

27. Apakah kesan negatif akibat pencemaran bunyi?


I. Kita tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.
II. Kita tidak dapat hidup dengan ahli keluarga.
III. Kita mudah tidur pada waktu malam.
IV. Kita tidak dapat hidup dengan selesa.
A. I dan III.
B. I dan IV.
C. II dan III.
D. III dan IV.

28. Rajah 14 menunjukkan satu situasi. Apakah jenis pencemaran yang boleh dihasilkan
oleh situasi tersebut?
Rajah 14
A. Pencemaran udara.
B. Pencemaran air.
C. Pencemaran makanan.
D. Pencemaran bunyi.

29. Rajah 15 menunjukkan Ali sedang meniup sup yang panas.

Beberapa minit kemudian, sup itu menjadi sejuk dan boleh diminum. Apakah tenaga yang
telah hilang?
A. Tenaga kimia.
B. Tenaga kinetik.
C. Tenaga keupayaan.
D. Tenaga haba.

30. Rajah 16 menunjukkan sebuah pelantar petroleum.

Mengapakah petroleum merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui?

31. Rajah 17 menunjukkan sebuah unggun api.

Mengapakah kita berasa hangat semasa berada di hadapan unggun api?


A. Kerana ia menghasilkan tenaga haba.
B. Kerana ia menghasilkan tenaga cahaya.
C. Kerana iam menghasilkan tenaga kinetik.
D. Kerana ia menghasilkan tenaga keupayaan.
32. Rajah 18 menunjukkan sumber asas sesuatu objek.

Apakah X dan Y?

33. Siva mahu menyimpan secawan minuman koko panas untuk masa yang lebih lama.
Cara manakah paling sesuai digunakan?
A. Tutup cawan itu dengan piring kaca.
B. Balut cawan itu denga satu helaian plastik.
C. Balut cawan itu dengan tuala.
D. Tutup cawan itu dengan piring kaca dan balu cawan itu dengan tuala.

34. Rajah 19 menunjukkan sebuah khemah.

Apakah yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bahan untuk membuat khemah?
A. Kalis air.
B. Warna
C. Kekuatan.
D. Mengkonduksi elektrik.

35. Jadual 2 menunjukkan keputusan bagi satu penyiasatan tentang periubahan panjang
bayang-bayang.
Antara berikut, yang manakah menyebabkan pemerhatian tersebut?
A. Bumi berputar dari Timur ke Barat.
B. Matahari berputar dari Barat ke Timur.
C. Bumi berputar pada paksinya.
D. Matahari berputar pada paksinya.

Soalan 36 dan 37 berdasarkan pernyataan berikut

P – mengambil masa 28 hari untuk


melengkapkan satu putaran.
Q – mengambil masa selama 24 jam
untuk melengkapkan satu putaran.

36. P ialah
A. Matahari.
B. Bulan.
C. Bumi.
D. Bintang.

37. Q ialah
A. Matahari.
B. Bulan.
C. Bumi.
D. Bintang.

38. Antara berikut, yang manakah label yang betul untuk fulkrum?

39. Rajah 21 menunjukkan sebuah penukul yang digunakan untuk menarik keluar sebatang
paku.
Apakah mesin ringkas yang digunakan?
A. Tuas.
B. Skru.
C. Baji.
D. Satah condong.

40. Rajah 22 menunjukkan satu alat untuk mengangkat beban.

Alat ini dikenali sebagai mesin kompleks kerana


A. memiliki lebih dari satu mesin ringkas.
B. penggunaannya yang ringkas.
C. penggunaannya yang kompleks.
D. terdapat hanya satu mesin ringkas.

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai