Anda di halaman 1dari 9

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021/2022

SAINS (TAHUN 5)
KERTAS 1
(1 JAM)
NAMA : ______________________________ KELAS : _______________
Bulatkan jawapan yang betul.

1. Rajah 1 menunjukkan satu aktiviti yang dijalankan oleh Mei Ling.

Rajah 1

Apakah kemahiran proses sains yang ditunjukkan dalam rajah di atas?

A. Meramal

B. Memerhati

C. Membuat hipotesis

D. Mengawal pemboleh ubah

2. Rajah menunjukkan satu penyiasatan.

Arnab

Air
Rajah 2

Arnab mati selepas tiga hari. Apakah inferens yang boleh dibuat?

A. Arnab tidak mendapat air

B. Arnab kekurangan kasih sayang

C. Arnab tidak mendapat makanan

D. Arnab tidak mendapat cahaya matahari

3. Antara alat berikut, yang manakah digunakan untuk mengukur panjang objek?

A. Bikar

B. Jam randik

C. Pita pengukur

D. Silinder penyukat

1
4. Antara berikut, yang makanah bukan kemahiran proses sains?
A. Meramal

B. Membuat inferens

C. Melakar spesimen

D. Mengawal pemboleh ubah

5.

Rajah 3

Apakah nama tulang di atas?

A. Tulang rusuk

B. Tulang kaki

C. Tulang tengkorak

D. Tulang belakang

6. Berikut merupakan fungsi tulang rusuk kecuali :


A. Melindungi jantung

B. Melindungi hati

C. Melindungi peparu

D. Melindungi otak

7. Antara berikut yang manakah tidak dipadankan dengan betul?

Rangka utama Fungsi


A. Tengkorak Untuk melindungi otak.

B. Tulang rusuk Untuk melindungi organ dalaman.

C. Tulang belakang Untuk menyokong lengan dan kepala.

D. Tulang tangan Memudahkan pergerakan tangan dan kaki.

8. Rajah 4 menunjukkan satu organ dalam tubuh manusia.

Apakah fungsi organ ini ?

A.Menyerap gas oksigen


Rajah 4
B. Mengepam darah ke otak

C. Mengalir darah ke seluruh badan

D. Mengepam darah ke peparu dan seluruh tubuh

2
9. Apakah itu sendi?
A. Tempat pertemuan dua atau lebih tulang.

B. Tempat pertemuan dua atau lebih organ.

C. Tulang yang melindungi organ dalaman.

D. Organ yang mengepam darah ke peparu.

10. Sendi pada tulang bahu membolehkan ______________.

A. kaki dibengkokkan.

B. jantung mengepam darah dengan pantas.

C. pergerakan tangan ke belakang, hadapan, tepi atau membuat putaran.

D. berlari dengan pantas.

11. Apakah yang dimaksudkan dengan kemandirian spesies?


A. Keupayaan haiwan untuk mengekalkan spesiesnya dari kepupusan.

B. Keupayaan haiwan untuk mencari makanan.

C. Keupayaan haiwan untuk mencari pasangan.

D. Cara haiwan bergerak.

12. Rajah 5 menunjukkan seekor lipan.

Rajah 5

Bagaimanakah lipan melindungi dirinya dari musuh?

A. Mempunyai sengat yang berbisa.

B. Mempunyai tanduk yang tajam.

C. Bersisik keras.

D. Mengeluarkan bau yang busuk.

13. Haiwan manakah yang memiliki corak seperti mata?

A. Kuda

B. Kura-kura

C. Platipus

D. Rama-rama

14. Rajah 6 menunjukkan seekor cicak.

Rajah 6

Apakah tingkah laku khas yang digunakan haiwan untuk melindungi dirinya dari bahaya?

A. Menggulungkan badannya.

B. Memutuskan anggota badannya.

C. Menyamar

D. Mengembangkan duri di badannya.

3
15. Ikan buntal menyelamatkan dirinya dari musuh dengan ciri dan cara berikut kecuali :
A. Mengeluarkan dakwat hitam.

B. Mengembungkan badannya tiga kali ganda.

C. Mempunyai racun.

D. Memiliki duri tajam di badannya.

16. Mengapakah beruang kutub mempunyai bulu yang tebal?

A. Kelihatan bergaya.

B. Membantu ia berenang di dalam air sejuk.

C. Memerangkap haba supaya badan hangat.

D. Mudah mencari makanan.

17. Bagaimanakah ikan paus melindungi dirinya dari iklim yang sejuk?

A. Hibernasi.

B. Migrasi.

C. Naik ke darat.

D. Makan lebih banyak ikan.

18. Bertelur dengan banyak.


Telur diselaputi lendir.
Telur berbau busuk.

Senarai di atas merupakan ciri-ciri bagi haiwan

A. Cicak

B. Katak

C. Penyu

D. Buaya

19. Rajah 7 menunjukkan seekor haiwan.

Rajah 7
Bagaimanakah haiwan tersebut melindungi anaknya?

A. Menyerang apabila anaknya diganggu.

B. Membawa anaknya di dalam mulut.

C. Menyembunyikan anak di bawah badannya.

D. Berkokok bagi menakutkan musuh.

4
20. Rantai makanan ialah
A. Persaingan di antara haiwan.

B. Perebutan haiwan dengan tumbuhan.

C. Cara haiwan mendapatkan makanan bagi meneruskan hidup.

D. Hubungan makanan antara hidupan.

21. Rajah 8 menunjukkan satu rantaian makanan.

Rumput Belalang Katak Ular Helang


Rajah 8
Berdasarkan rantai makanan di atas, siapakah pengeluar?
A. Rumput

B. Helang

C. Katak

D. Belalang

22. Apakah yang akan berlaku kepada bilangan ular dalam rantai makanan tersebut,

sekiranya bilangan katak berkurang?

A. Berkurang

B. Bertambah

C. Tidak berubah

23. Berikut merupakan penyebab perubahan populasi kecuali


A. Penerokaan hutan tidak terancang.

B. Kebakaran hutan.

C. Pembinaan zoo.

D. Aktiviti pemburuan haram.

24. Rajah 9 menunjukkan gambar tumbuhan X.

Bagaimanakah tumbuhan tersebut melindungi

dirinya untuk mengekalkan kemandirian spesies?

A. Berduri tajam

B. Mengeluarkan getah

C. Beracun

D. Berbulu halus

Rajah 9

5
25. Mengapakah pokok jeremin digunakan sebagai penghalau nyamuk?

A. Duri yang menakutkan nyamuk.

B. Warna yang tidak disukai oleh nyamuk.

C. Menghasilkan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.

D. Pokok tersebut mempunyai daun yang memerangkap nyamuk.

26. Apakah ciri-ciri khas bagi kaktus untuk menghalang kehilangan air yang berlebihan?

P - Mempunyai akar yang panjang

Q - Mempunyai batang yang kecil

R - Mempunyai daun berbentuk jarum

S - Mempunyai daun yang licin

A. P dan R

B. P dan S

C. Q dan R

D. Q dan S

27. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri buah yang dipencarkan melalui air?

P - Berisi dan boleh dimakan

Q - Mempunyai struktur seperti sayap

R- Mempunyai kulit berlilin

S - Mempunyai ruang udara

A. P dan Q

B. P dan S

C. Q dan R

D. R dan S

28. Rajah 10 menunjukkan sejenis alat.

Rajah 10
Antara berikut, sumber tenaga manakah yang digunakan oleh alat tersebut?

A. Dinamo

B. Sel kering

C. Akumulator

D. Sel solar

6
29. Antara rajah litar berikut, yang manakah mewakili litar bersiri?

W X Y Z

A. W dan X

B.. W dan Y

C. Y dan Z

D. X dan Z

30. Apakah cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kecerahan mentol?

A. Menambahkan bilangan mentol.

B. Menggunakan wayar yang lebih panjang.

C. Mengurangkan bilangan sel kering.

D. Menambahkan bilangan sel kering.

31. Rajah 11 menunjukkan satu litar elektrik.

Rajah 11

R S
Apakah yang akan berlaku kepada mentol R dan S sekiranya suis X dibuka?

A. Mentol R menyala manakala mentol S tidak menyala.

B. Kedua-dua mentol R dan S menyala.

C. Mentol R tidak menyala manakala mentol S menyala.

D. Kedua-dua mentol tidak menyala.

32. Antara kejadian berikut, manakah yang boleh berlaku sekiranya kita menggunakan

peralatan elektrik dengan tangan yang basah?

A. Banjir

B. Kebakaran

C. Renjatan elektrik

D. Pembaziran tenaga elektrik

7
33. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu?

A. Termometer

B. Stetoskop

C. Mikroskop

D. Teleskop

34. Antara berikut yang manakah bukan aplikasi prinsip pengembangan dan
pengecutan bahan?
A. Pemegang senduk diperbuat daripada kayu.

B. Ruang pada penyambung besi di jambatan.

C. Ruang pada penyambung landasan kereta api.

D. Kabel elektrik dipasang kendur.

35. Antara berikut yang manakah ialah cara yang paling sesuai untuk menghalang pagar
besi daripada berkarat?

A. Menyapu gris

B. Menyadur dengan timah

C. Menyalut dengan plastik

D. Mengecat

36. Antara berikut yang manakah merupakan faktor-faktor yang menyebabkan


pengaratan?

P - Udara

Q- Minyak

R - Cahaya matahari

S - Air

A. P dan S

B. P dan Q

C. R dan S

D. Q dan S

37. Berikut merupakan kepentingan mencegah pengaratan kecuali


A. Selamat untuk digunakan.

B. Sentiasa kelihatan cantik.

C. Tahan lebih lama.

D. Objek tidak terbakar.

8
38. Berikut merupakan 3 keadaan jirim kecuali
A. Pepejal

B. Cecair

C. Jisim

D. Gas

39. Rajah 12 menunjukkan proses X.

proses X

Rajah 12

Apakah proses X?

A. Peleburan

B. Pembekuan

C. Kondensasi

D. Penyejatan

Lantai yang basah menjadi kering selepas 20 minit.

40. Berdasarkan peristiwa di atas, nyatakan perubahan jirim yang berlaku.

A. Pepejal -> cecair

B. Cecair -> gas

C. Cecair -> pepejal

D. Gas -> cecair

Kertas soalan tamat

Anda mungkin juga menyukai