Anda di halaman 1dari 15

SK.

SIPINONG, SANDAKAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
SAINS TAHUN 5
KERTAS 1
NAMA : ………………………………..

ARAHAN: Jawab semua soalan.

1 Rajah di bawah menunjukkan seorang murid membuang sisa cecair ke dalam bakul sampah.

Apakah tindakan yang betul sepatutnya dilakukan ke atas sisa cecair itu?

A. Membuang sisa cecair itu ke dalam longkang


B. Memasukkan semula sisa cecair itu ke dalam bekas asalnya
C. Membuang sisa cecair itu ke dalam singki
D. Memasukkan sisa cecair itu ke dalam beg plastik

1
2 Rajah di bawah menunjukkan satu situasi di bilik Sains

Apakah akibat yang mungkin berlaku kepada murid-murid itu ?

A. Mereka akan dipuji oleh guru


B. Mereka akan tercedera
C. Mereka akan lebih berhati-hati untuk menjalankan eksperimen
D. Mereka akan lebih berminat menjalankan eksperimen

3 Antara yang berikut, perbuatan yang manakah dilarang semasa berada di bilik Sains?

A. Membuang sisa pepejal ke dalam bakul sampah


B. Menyusun kerusi sebelum keluar dari bilik Sains
C. Membuka tingkap semasa masuk ke dalam bilik Sains
D. Bermain-main ketika menjalankan ekpserimen

4 Rajah di bawah menunjukkan aktiviti seorang murid di dalam bilik sains.

Apakah kemahiran proses sains yang dipraktikkan oleh murid itu?

A. Mentafsir data
B. Membuat hipotesis
C. Memerhati
D. Mengelas

2
5 Atiqah hendak menyiasat sama ada seekor tikus boleh hidup tanpa makanan dan air.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Atikah?
A. Berkomunikasi
B. Mentafsir data
C. Membuat kesimpulan
D. Menjalankan eksperimen

6 Kamal membuang bahan yang masih berbara ke dalam bakul sampah . Ramalkan apakah yang
akan berlaku ?
A. Kematian
B. Keracunan
C. Kebakaran
D. Kecederaan

7 Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi satu penyiasatan.

Masa pemanasan (minit) Suhu air ( ⁰ C)

2 25

4 30

6 35

8 40

Antara yang beikut, yang manakah merupakan hipotesis terbaik berdasarkan penyiasatan di atas?
A. Suhu air meningkat dalam tempoh lapan minit
B. Semakin lama tempoh pemanasan, semakin tinggi suhu air
C. Masa pemanasan bertambah apabila suhu bertambah
D. Tempoh pemanasan mempengaruhi suhu air

8 Langkah-langkah di bawah yang manakah betul semasa merancang eksperimen?

P : menentukan pembolehubah
Q: membuat hipotesis
R: mengenalpasti masalah

3
A. P Q R
B. R Q P
C. R P Q
D. P R Q

9 Jadual menunjukkan bilangan daun yang terdapat pada anak pokok dalam masa
seminggu.

Bilangan hari 1 3 5 7

Bilangan daun
1 2 4 6
anak pokok

Apakah yang boleh ditafsirkan daripada jadual di atas?

A. Bilangan daun paling sedikit pada hari ketiga


B. Bilangan daun tidak berubah sepanjang seminggu penyiasatan
C. Bilangan daun semakin berkurang dari hari pertama hingga ketujuh
D. Bilangan daun semakin bertambah dari hari ketiga hingga hari ketujuh
10 Antara haiwan berikut, haiwan yang manakah mengeluarkan racun berbisa apabila diancam musuh?
A. Lipan
B. Landak
C. Cicak
D. Ulat gonggok

11 Rajah di bawah menunjukkan sejenis haiwan.

Antara yang berikut, yang manakah adalah ciri haiwan di atas untuk melindungi dirinya daripada musuh ?

P – mempunyai cangkerang
Q – mempunyai sisik keras
R – mempunyai duri tajam
S – boleh menggulungkan diri

A. P dan Q
B. P dan R
C. Q dan R

4
D. Q dan S

12 Rajah di bawah menunjukkan sejenis haiwan.

Apakah fungsi bahagian yang berlabel X?


A. Untuk menyejukkan badan
B. Untuk menakutkan manusia
C. Untuk menyimpan lemak dan air
D. Untuk mengekalkan kepanasan badan

13 Rajah di bawah menunjukkan dua jenis haiwan ?

Apakah ciri yang sama bagi kedua-dua haiwan di atas untuk melindungi diri?
A. Mempunyai bisa
B. Hidup berkumpulan
C. Boleh menyamarkan diri
D. Boleh memutuskan anggota badan

14 Bagaimanakah seekor harimau dapat memastikan kemandirian spesisnya ?


A. Menyorokkan anaknya di bawah batu
B. Memasukkan anak ke dalam mulut
C. Menyembunyikan anak di dalam kantung
D. Menyerang musuh yang mengganggu anaknya

15 Haiwan Z mempunyai ciri-ciri berikut .

 Menyusukan anaknya

5
 Membawa anaknya di dalam kantung

Apakah haiwan Z ?
A. Gajah
B. Kanggaru
C. Seladang
D. Badak sumbu

16 Antara yang berikut yang manakah membantu memastikan kemandirian spesies katak ?
A. Katak bertelur dalam kuantiti yang sedikit
B. Katak bertelur di bawah permukaaan air
C. Telur katak diselaputi lendir yang berbau busuk
D. Katak sentiasa berada dekat dengan telurnya

17 Haiwan seperti gajah dan seladang hidup dalam kumpulan besar. Apakah kepentingan hidup
dalam kumpulan ?
A. Dapat memanaskan badan semasa musim sejuk
B. Dapat melindungi ahlinya daripada diserang musuh
C. Dapat bergerak dengan lebih laju
D. Supaya senang mendapatkan makanan

18 Rajah di bawah menunjukkan seekor beruang kutub.

Selain berbulu tebal, apakah ciri lain yang membolehkan haiwan ini berlindung daripada
cuaca sejuk yang melampau?

A. Mempunyai lapisan lemak yang tebal


B. Bermigrasi ke tempat yang lebih panas
C. Berendam di dalam air panas
D. Berhibernasi

19 Rajah di bawah menunjukkan seekor haiwan.

6
Bagaimanakah haiwan di atas melindungi dirinya daripada cuaca panas yang melampau?

A. Bermigrasi ke tempat yang lebih sejuk


B. Berlindung diri di dalam gua
C. Merendamkan diri di dalam lumpur
D. Mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulitnya

20 Yang manakah antara padanan berikut yang betul?

Mempunyai duri tajam Mempunyai sisik keras

Rusa Ular
A
Ikan buntal Buaya
B

C Harimau Kura-kura

Landak Sotong
D

21 Antara haiwan yang berikut ,yang manakah bertelur banyak untuk memastikan kemandirian spesisnya?

A.

B.

7
C.

D.

22 Rajah di bawah menunjukkan aktiviti bagi dua jenis haiwan.

Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang aktiviti haiwan - haiwan di atas ?

A. Haiwan tersebut memastikan kemandirian spesisnya


B. Haiwan tersebut bersaing sesama sendiri
C. Haiwan tersebut memberi makan kepada anaknya
D. Haiwan tersebut mempunyai cara pembiakan yang sama.

23 Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi?


A. Haiwan mencari pasangan untuk mengawan
B. Pergerakan pelbagai spesis haiwan yang dilakukan secara bermusim
C. Pergerakan satu spesis haiwan yang dilakukan pada musin hujan
D. Pergerakan pelbagai spesis haiwan pada musim luruh

24 Rajah di bawah menunjukkan sejenis haiwan.

8
Apakah yang akan dilakukan oleh haiwan ini untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk yang

melampau ?

A. Berhibernasi
B. Bermigrasi ke tempat yang lebih panas
C. Berendam di dalam lumpur
D. Hidup dalam kawasan yang besar

25 Rajah di bawah menunjukkan seekor haiwan .

Bagaimanakah haiwan di atas memastikan kemandirian spesisnya?

A. Memberi makan kepada anaknya


B. Menimbus telurnya di dalam tanah
C. Membawa anaknya bersama-sama ke mana saja
D. Menyembunyikan telurnya di bawah permukaan daun

26 Antara ciri khas yang berikut, yang manakah penting bagi haiwan yang
hidup di kawasan kutub?
A. Berkuku tajam
B. Mempunyai bonggol
C. Lapisan lemak yang tebal di bawah kulit
D. Mempunyai telinga yang besar

27 Mengapakah tumbuhan disebut sebagai pengeluar di dalam suatu rantai makanan?


A. Tumbuhan senang untuk tumbuh dan membiak

9
B. Bilangan tumbuhan lebih banyak daripada bilangan haiwan
C. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis
D. Tumbuhan dimakan oleh pelbagai haiwan

28 Pak Mamat mendapati banyak tikus berkeliaran di sawah padinya.


Antara yang berikut, manakah cara terbaik untuk mengatasi masalah Pak Mamat?
A. Menggunakan racun serangga
B. Memelihara ayam dalam sawah padi
C. Memasang pagar di sekeliling sawah padi
D. Memelihara burung hantu di kawasan sawah padi

29 Rajah di bawah menunjukkan satu rantai makanan.

Pokok padi X Katak

Helang Ular

Antara haiwan berikut yang manakah diwakili oleh X ?

A. Tikus
B. Ayam
C. Burung
D. Belalang

30 Maklumat berikut menunjukkan tabiat makan haiwan P, Q dan S.

 Haiwan S makan haiwan Q


 Haiwan Q makan haiwan tumbuhan T
 Haiwan P makan haiwan S

Antara rantai makanan berikut, yang manakah benar?

10
A. T  S  Q  P

B. P  Q  S  T

C. S  P  T  Q

D. T  Q  S  P

31 Rajah di bawah menunjukkan satu rantai makanan di suatu habitat.

Jika terdapat haiwan X muncul di habitat itu, bilangan harimau bertambah,


manakala bilangan kambing berkurang. Apakah haiwan X ?

A. beruang
B. rusa
C. helang
D. serigala

32 Rajah di bawah menunjukkan empat hidupan di ladang sayur-sayuran .

T U V W
Manakah siratan makanan yang betul, dibentuk oleh hidupan yang ditunjukkan di atas?

A. B.
11
C. D.

33 Antara rantai makanan berikut, yang manakah didapati di sebuah kolam?


A. Daun  arnab  ular tedung

B. Alga  berudu  udang

C. Padi  beluncas  katak

D. Rumput  belalang  burung pipit

34 Rajah di bawah menunjukkan satu siratan makanan.

Dalam siratan makanan di atas, pada kedudukan manakah , rusa patut berada ?

A. J

B. L

12
C. K

D. M

35 Rajah berikut menunjukkan satu rantai makanan.

Sayuran  belalang  burung pipit  ular

Apakah yang akan berlaku jika lebih banyak ular datang ke habitat itu?

A. Bilangan sayuran bertambah


B. Bilangan belalang berkurang
C. Bilangan burung pipit berkurang
D. Bilangan burung pipit bertambah

36 Maklumat di bawah menunjukkan hubungan makanan antara hidupan.

 R dimakan oleh S
 Ikan kecil dimakan oleh R

Apakah yang akan berlaku sekiranya populasi S bertambah?

I. Populasi R akan berkurang


II. Populasi ikan kecil akan bertambah
III. Populasi ikan kecil akan berkurang
IV. Populasi ikan kecil dan R akan bertambah
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
37 Siratan makanan bermula dengan

A. Matahari
B. Pengurai
C. Pengguna
D. Pengeluar

38 Rajah di bawah menunjukkan satu siratan makanan.

13 air
Rumpai
Larva Berudu

Ikan tilapia

Burung raja udang

Apakah habitat bagi hidupan dalam siratan makanan ini ?

A. hutan
B. sawah padi
C. kolam
D. padang rumput

39. Berapa rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan di atas ?

Rumpai air

Larva Berudu

Ikan tilapia

Burung raja udang

A. 2

B. 4

C. 3

D. 5

40. Rajah di bawah menunjukkan hidupan di kawasan sawah padi.

14
Pokok padi beluncas burung

Sekumpulan belalang yang sangat banyak telah datang ke sawah padi itu.
Apakah kesan terhadap populasi hidupan di kawasan itu?

Padi Beluncas Burung

A Berkurang Berkurang Berkurang

B Bertambah Berkurang Berkurang

C Bertambah Bertambah Berkurang

D Berkurang Bertambah Berkurang

-SOALAN TAMAT-

15

Anda mungkin juga menyukai