Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

ARAHAN: Jawab semua soalan baca dengan teliti dan pilih jawapan yang paling tepat.
1. Antara situasi berikut, yang manakah melibatkan deria melihat?

A. Atira merasa air Milo yang dibuat oleh adiknya.


B. Raziman melihat seorang bayi sedang menangis kerana kelaparan.
C. Hazriq mendengar laporan mengenai laporan kapal terbang terhempas di radio.
D. Shamsah membelai anak kucing yang baru dijumpainya.

2. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan.

Rajah 1
Ramalkan apa yang akan terjadi pada ikan itu selepas dua hari.
A. Ikan itu akan mati. C. Ikan itu akan membesar.
B. Ikan itu akan bertelur. D. Saiz ikan itu akan berkurang

3. Antara berikut merupakan perkara yang perlu dielakkan semasa berada di dalam
makmal sains KECUALI

A. Membuang sisa bahan berbentuk pepejal ke dalam singki.


B. Menggunakan bahan yang boleh terbakar tanpa pengawasan guru.
C. Memastikan bilik sains dalam keadaan bersih dan teratur sebelum
meninggalkannya.
D. Merawat sendiri apabila terluka semasa menjalankan eskperimen.

4. Rajah 2 menunjukkan satu situasi.

Apakah kemahiran manipulatif yang ditunjukkan dalam situasi di atas?


A Melakar spesimen dengan tepat.
B Mengendalikan bahan sains dengan cermat.
C Menggunakan peralatan sains dengan selamat.
D Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

1
5. Mengapakah eksperimen harus dijalankan mengikut arahan guru?

A. Supaya tiada radas yang pecah


B. Supaya guru dapat menilai murid
C. Supaya tujuan penyiasatan dapat dicapai
D. Supaya tiada sebarang kemalangan berlaku

6. Mengapakan murid-murid tidak dibenarkan berlari dan bergurau di dalam bilik sains?

A. Akan menganggu murid lain


B. Menyebabkan keadaan yang bising
C. Menganggu eksperimen yang dijalankan
D. Boleh menyebabkan berlakunya kemalangan

7. Apakah kepentingan mematuhi peraturan Bilik Sains?

A. Menghalang murid daripada memasuki bilik Sains.


B. Menjamin keselamatan murid ketika membuat eksperimen.
C. Menjimatkan penggunaan bahan.
D. Mengurangkan masa pembelajaran.

8. Rajah 3 di bawah menunjukkan haiwan A.

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai cangkerang untuk berlindung


daripada musuh yang sama dengan haiwan A?
I. Penyu
II. Kura-kura
III. Ketam
IV. Arnab

A. I dan II B. I dan III


B. II dan III C. I, II, III, IV

9. Sesetengah haiwan mempunyai sisik keras pada badan mereka untuk melindungi diri.
Antara berikut yang manakah mempunyai cara perlindungan yang dinyatakan untuk
melindungi diri daripada musuh?

A. Ketam, ular dan tenggiling C. Siput, buaya dan tenggiling


B. Buaya, tenggiling dan ular D. Buaya, ketam dan ular

2
10. Apakah cara haiwan B seperti gambar di bawah melindungi dirinya daripada musuh?

A. Menggulungkan badannya
C. Mengeluarkan bau busuk
B. Menukarkan warna badannya
D. Memutuskan anggota badan

11.

Duri tajam
Cengkerang keras
Tanduk tajam
Maklumat di atas adalah berkaitan dengan ciri haiwan untuk…........

A. mengekalkan kemandirian spesiesnya.


B. melindungi dirinya daripada musuh.
C. menarik perhatian pasangannya.
D. digunakan ketika mencari makanan.

12. Pilih padanan yang betul.

Haiwan Cara melindungi diri


A. Rusa Mempunyai kuku tajam
B. Kala jengking Mempunyai badan berduri tajam
C. Skunk Menggunakan gigi dan kuku yang tajam
D. Gajah Hidup berkumpulan

13. Apakah tingkah laku khas bagi seekor cicak untuk melindungi dirinya daripada
musuh?

A. menggulungkan badannya
B. berpura-pura mati
C. mengeluarkan bau busuk
D. memutuskan anggota badan

3
14. Sesetengah haiwan mempunyai kebolehan untuk
bertukar warna mengikut persekitarannya
(menyamar)
Yang manakah daripada haiwan- haiwan berikut mempunyai kebolehan tersebut?

A Lipan dan sesumpah


C Cicak dan buaya
B Rama-rama dan sesumpah
D Gajah dan harimau

15. Ikan bilis melindungi dirinya dengan cara…

A bertukar warna C hidup dalam kumpulan


B berduri tajam D mengeluarkan bau busuk

16.

Gambar di atas menunjukkan seekor beruang kutub. Antara yang berikut, yang
manakah membantu melindungi beruang itu daripada cuaca melampau di kutub
utara?

A. Bonggol C. Kulit berkedut


B. Bulu tebal D. Lapisan lemak nipis

17.

Soalan 17 dan 18 berpandukan Rajah 5 di atas.

Bagaimanakah penyu memastikan keselamatan telurnya?


A. Bertelur pada waktu siang
B. Menimbus telurnya di dalam pasir
C. Mengeram telurnya sehingga menetas

4
D. Membawa anak-anak yang baru menetas ke dalam laut
18. Ramalkan apakah yang akan terjadi kepada penyu tersebut jika penyu bertelur sedikit
dan membiarkan telurnya dilihat pemangsa?

A. Populasi penyu akan bertambah


B. Populasi penyu akan berkurang
C. Penyu akan berenang ke lautan
D. Penyu akan bertelur lagi di pantai

19. Apakah maksud kemandirian spesies?

A keupayaan untuk berinteraksi.


B keupayaan untuk mencari makan untuk kekal sihat.
C keupayaan sesuatu hidupan dalam mengekalkan spesiesnya untuk terus hidup.
D kebolehan menyusun maklumat yang diperolehi dalam bentuk yang sesuai.

20. Berikut adalah cara haiwan mengekalkan kemandirian spesiesnya KECUALI

A. memberi anaknya makan C. menjaga telurnya


B. mempunyai kuku yang tajam D. bertelur dengan banyak

21. Yang manakah antara haiwan-haiwan berikut bertelur dengan banyak untuk
memastikan lebih banyak anaknya dapat hidup ?

A. Ayam dan penguin C. Penyu dan nyamuk


B. Itik dan angsa D. Burung dan ular

22. Bagaimanakah seekor kanggaru melindungi anaknya?

A. Menyerang musuhnya
B. Menyimpan anaknya di dalam mulut
C. Menyorokkan anaknya di dalam tanah
D. Membawa anaknya di dalam kantung

23. Antara haiwan yang berikut, yang manakah menjaga telur dan anaknya?
A Buaya C Cicak
B Beruang D Dugong

24. Haiwan X dan Y memastikan kemandirian spesiesnya dengan membawa anaknya di


dalam mulut. Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah haiwan X dan Y?

X Y
A Labah- labah Katak
B Buaya Ikan talapia
C Beruang Kanggaru

5
D Rama- rama Penyu

25. Antara haiwan yang berikut, yang manakah menghasilkan telur yang berlendir?
A Katak C Cicak
B Ayam D Belalang
26. Maklumat di bawah menunjukkan bagaimana haiwan T memastikan kemandirian
spesiesnya.

Menjaga telurnya Memberi makanan kepada Menyerang musuhnya


anaknya

Berdasarkan maklumat di atas, apakah haiwan T?


A Katak C Cicak
B Ayam D Belalang

27. Rajah 6 di bawah menunjukkan aktiviti seekor haiwan.

Apakah yang dilakukan oleh haiwan tersebut untuk


memastikan kemandirian spesies?

A Mengeram telur C Telur berlendir


B Menjaga telur D Menyembunyikan telur

28. Antara yang berikut, yang manakah persamaan antara katak dan ikan?

A bertelur banyak C memberi makan kepada anaknya


B menyerang musuh D bergerak dalam kumpulan

29. Maklumat yang berikut menerangkan bagaimana haiwan V memastikan kemandirian


spesiesnya.

Membawa anaknya di dalam mulut.

Apakah haiwan V?

A ular C buaya
B pengguin D kala jengking

30. Bagaimanakah seekor singa memastikan kemandirian spesiesnya?

6
A. Membawa anak di dalam mulut.
B. Menyorok anak di dalam gua.
C. Menyembunyikan anak dalam kantung.
D. Menyerang musuh yang mengganggu anaknya.
31. Rajah 7 di bawah menunjukkan seekor haiwan.

Mengapakah haiwan ini berendam di dalam lumpur?


A. Untuk membersihkan dirinya C. Untuk menyembuhkan penyakit
B. Untuk menyejukkan badannya D. Untuk menyembunyi daripada musuh

32. Maklumat yang berikut menunjukkan dua jenis haiwan.

 Beruang
 Musang

Antara yang berikut, yang manakah ciri pada haiwan di atas bagi melindungi diri
daripada cuaca sejuk melampau?

A. Bulu tebal C. Mempunyai bonggol


B. Lapisan lemak tebal D. Berhibernasi

33. Maklumat berikut menunjukkan dua jenis haiwan.

 Paus
 Burung bangau

Apakah yang akan dilakukan oleh haiwan di atas untuk melindungi diri daripada
cuaca sejuk

A. Bermigrasi C. Berlindung dalam gua


B. Berhibernasi D. Berendam dalam lumpur.

34. Antara haiwan berikut, yang manakah tidak menjaga anaknya?

A. B D D

35. Apakah maksud rantai makanan?

7
A. Hubungan makanan antara tumbuhan.
B. Hubungan makanan antara haiwan.
C. Hubungan makanan antara beberapa rantai makanan.
D. Hubungan makanan antara hidupan dalam habitat.

36. Berdasarkan Rajah 7 di atas, yang manakah adalah pengeluar?

A. Ular C. Belalang
B. Ayam D. Pokok padi

37. Antara hidupan berikut, yang manakah adalah pengguna

A. Alga C. Semut
B. Rumpai air D. Rumput

38. Belalang makan daun. Berdasarkan maklumat di atas, rantai makanan yang betul
ialah...

Ayam makan belalang.


Helang makan ayam.

A. belalang →daun →helang →ayam.
B. daun →ayam →belalang →helang.
C. helang →ayam →belalang →daun.
D. daun →belalang →ayam →helang.

39. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan siratan makanan?


A Tabiat makan haiwan.
B Kerjasama antara haiwan.
C Hubungan makanan antara hidupan.
D Gabungan beberapa hidupan dalam suatu habitat.

40. Rajah 8 menunjukkan satu siratan makanan.

8
Dimanakah siratan makanan di atas boleh ditemui?

A kolam C sawah padi


B kebun D padang rumput

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

________________ ________________ _______________

Saiful Amri Bin Mohd Nor Hasliza Binti Bakar


Guru Sains Tahun 5 Ketua Panitia Sains SKTS

Anda mungkin juga menyukai