Anda di halaman 1dari 8

1.

Antara yang berikut, manakah yang dilakukan terlebih dahuu sebelum menjalankan sesuatu
eksperimen Sains?
A. Membuat hipotesis
B. Merancang eksperimen
C. Menentukan pemboleh ubah
D. Menyenaraikan alat dan bahan

2. Jadual 1 menunjukkan hasil pemerhatian seorang murid di dalam suatu eksperimen.

Masa ( minit) Suhu (C°)

1 22

2 24

3 27

4 32

Apakah pola bacaan suhu yang ditunjukkan dalam Jadual 1?


A. Menaik
B. Menurun
C. Mendatar
D. Mendatar dan manaik

3. Antara yang berikut, manakah merupakan kemahiran manipulatif yang diamalkan semasa
menjalankan eksperimen?
A. Merancang eksperimen
B. Mengendalikan spesimen
C. Mengumpul data
D. Membuat laporan lengkap

4. Antara peraturan di dalam bilik Sains yang berikut, manakah betul?


A. Masuk ke dalam bilik Sains dengan kebenaran guru.
B. Masuk ke dalam bilik Sains tanpa kebenaran guru.
C. Guna peralatan dalam peti kecemasan tanpa kebenaran guru.
D. Berlari di dalam bilik Sains semasa menjalankan ujikaji.

5. Maizatul membuang bahan yang masih membara ke dalam tong sampah. Ramalkan apakah yang
akan berlaku?
A. Keracunan
B. Kecederaan
C. Kebakaran
D. Kematian

1
6. Rajah 1 menunjukkan seorang murid yang sedang melakukan suatu penyiasatan.

Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh murid itu?


A. Menjalankan penyiasatan tanpa kebenaran guru.
B. Menghidupkan penunu Bunsen dengan menggunakan mancis.
C. Menghidu bau gas penunu Bunsen tanpa izin guru.
D. Tali leher murid itu tidak dikemaskan sebelum penyiasatan dijalankan.

7. Noriman menghidupkan suis kipas dan membuka cermin tingkap di dalam bilik Sains sebelum
kelas bermula. Mengapakah Noriman perlu berbuat demikian?
A. Supaya bilik Sains tidak panas
B. Supaya berlaku pengaliran udara
C. Untuk menghalau serangga daripada masuk ke bilik Sains
D. Supaya eksperimen dapat dijalankan dengan lebih cepat.

8. Rajah 2 menunjukkan seorang murid menghidu suatu bahan kimia tanpa kebenaran guru di dalam
bilik Sains.
A. Boleh menyebabkan kematian
B. Boleh menyebabkan keracunan
C. Boleh menyebabkan kecederaan
D. Boleh menyebabkan kebakaran

9. Mengapakah peraturan bilik Sains perlu dipatuhi oleh setiap murid?


A. Untuk memastikan murid sayang akan murid.
B. Untuk memastikan bilik Sains kukuh dan dapat digunakan untuk generasi akan datang
C. Untuk emastikan murid sentiasa rajin dan bersemangat untuk belajar
D. Untuk memastikan bilik Sains bersih dan selamat untuk pembelajaran

10. Bagaimanakah seekor singa memastikan kemandirian spesiesnya?


A. Menyorokkan anaknya di bawah batu
B. Memasukkan anak ke dalam mult
C. Menyembunyikan anak di dalam kantung
D. Menyerang musuh yang mengganggu anaknya

2
11. Antara yang berikut, manakah yang membantu memastikan kemandirian spesies katak?
A. Katak bertelur dalam kuantiti yang sedikit
B. Telur katak diselaputi lendir yang berbau
C. Katak bertelur di bawah permukaan air
D. Katak sentiasa berada dekat dengan telurnya

12. Rajah 3 menunjukkan seekor haiwan.

Bagaimanakah haiwan ini melindungi diri daripada cuaca panas yang melampau?
A. Bermigrasi ke tempat yang lebih sejuk
B. Merendamkan diri di dalam lumpur
C. Berlindung diri di dalam gua
D. Mempunyai lapisan lemak tebal di bawah kulit

13. Rajah 4 menunjukkan seekor haiwan.

Bagaimanakah haiwan berikut memastikan kemandirian spesiesnya?


A. Memberi makan kepada anaknya
B. Menimbus telurnya di dalam tanah
C. Menyembunyikan telurnya di bawah permukaan daun
D. Membawa anaknya bersama-sama ke mana sahaja

14. Apakah maksud kemandirian spesies?


A. Keupayaan hidupan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau
B. Keupayaan hidupan untuk melindungi diri daripada musuh
C. Keupayaan hidupan untuk mendapatkan makanan untuk terus hidup
D. Keupayaan hidupan untuk mengekalkan spsiesnya daripada kepupusan.

3
15.

Ulat gonggok akan menggulungkan dirinya

apabila diganggu.

Antara haiwan berikut, yang manakah melindungi diri dengan cara yang sama dengan ulat
gonggok?
A. Tenggiling
B. Landak
C. Kala jengking
D. Sotong kurita

16. Maklumat berikut menunjukkan beberapa tingkah laku khas yang terdapat pada haiwan.

 Berhibernasi
 Menyamar
 Bermigrasi

Apakah kepentingan tingkah laku khas di dalam maklumat di atas?


A. Untuk melindungi anaknya
B. Untuk haiwan bernafas
C. Untuk haiwan melindungi diri
D. Untuk haiwan membiak

17. Antara yang berikut, manakah betul menerangkan rantai makanan?


A. Gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
B. Interaksi antara haiwan yang sama spesies
C. Hubungan makanan antara hidupan
D. Penghasilan makanan sendiri oleh semua hidupan

18. Mengapakah tumbuhan hijau dipanggil sebagai pengeluar dalam rantai makanan?
A. Tumbuhan hijau boleh membuat makanannya sendiri
B. Tumbuhan hijau mendapat tenaga daripada matahari
C. Tumbuhan hijau dapat membiak dengan cepat
D. Tumbuhan hijau mengeluarkan udara dan air kepada haiwan

4
19. Rajah 5 menunjukkan hubungan makanan antara hiduan di sawah padi.

Padi → Tikus → Ular → Helang

Apakah persamaan antara ular dan helang?


A. Kedua-duanya makan tumbuhan dan haiwan
B. Kedua-duanya makan tumbuhan sahaja
C. Kedua-duanya merupakan pengeluar
D. Kedua-duanya merupakan pengguna

20. Antara yang berikut, manakah betul menunjukkan kedudukan ‘belalang’ dalam suatu rantai
makanan?
A. Rumput → Ular → Belalang → Burung pipit
B. Rumput → Belalang → Burung pipit → Ular
C. Belalang → Rumput → Burung pipit → Ular
D. Ular → Burung pipit → Belalang → Rumput

21. Rajah 6 menunjukkan hubungan makanan antara hidupan yang tinggal di kawasan kolam.

Apakah sumber tenaga utama dalam rantai makanan di atas?


A. Matahari
B. Rumpai air
C. Ikan
D. Bangau

22. Rajah 7 menunjukkan satu siratan makanan.

Burung Ular

Buah Lalat Katak

Cacing

5
Berapakah rantai manakah yang terdapat dalam gambar rajah di atas?

A. 1
B. 2
C. 3
D. 4

23. Rajah menunjukkan pokok kelapa.

Daun yang berpecah-pecah membantu pokok kelapa melindungi diri daripada


A. musuh
B. angin kuat
C. musuh
D. tanah runtuh

24. Rajah 7 menunjukkan satu siratan makanan yang terdapat di kebun sayur.

Apakah yang akan berlaku kepada katak dan burung pipit jika racun serangga disembur di kebun
itu?
A. Semua katak dan burung pipit mati
B. Bilangan katak dan burung pipit semakin bertambah
C. Bilangan katak dan burung pipit kekal sama
D. Bilangan katak semakin berkurang manakala bilangan burung pipit semakin bertambah.

6
25. Antara yang berikut, manakah ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri daripada musuh?
A. Akar panjang
B. Bulu halus
C. Batang yang boleh menyimpan air
D. Daun berpecah-pecah

26. Seekor tikus ditemui mati selepas beberapa jam memakan sejenis cendawan. Antara yang berikut,
manakah menyebabkan tikus itu mati?
A. Cendawan yang dimakan itu mempunyai racun
B. Cendawan yang dimakan itu mempunyai bulu halus
C. Cendawan yang dimakan itu mempunyai getah
D. Cendawan yang dimakan itu mempunyai duri

27. Maklumat di bawah menunjukkan dua kumpulan tumbuhan.

KUMPULAN X KUMPULAN Y
Pokok betik Pokok nangka
Nangka Buluh

Antara yang berikut, manakah menunjukkan ciri khas tumbuhan yang betul?

KUMPULAN X KUMPULAN Y
A Mengeluarkan getah Berbulu halus
B Berbulu halus Berduri
C Berduri Berkulit tebal
D Berkulit tebal Mengeluarkan getah

28. Rajah menunjukkan tempat tinggal John.

Antara yang berikut, manakah sesuai ditanam di sekitar rumah John?


A. Pokok getah
B. Pokok keladi
C. Pokok kelapa
D. Pokok ru

7
29. Maklumat berikut menunjukkan beberapa ciri tumbuhan X untuk menyesuaikan dirinya dengan
perubahan iklim.

Menggugurkan daunnya apabila tiba musim panas


untuk mengurangkan kehilangan air

A. Pokok pisang
B. Pokok buluh
C. Pokok getah
D. Pokok kelapa

30. Rajah menunjukkan tiga tumbuhan berbeza yang diletakkan di tengah padang dalam cuaca yang
panas selama dua minggu.

Apakah pemerhatian yang boleh dibuat selepas dua minggu?


A. X tumbuh lebih rendah berbanding Y dan Z
B. Y tumbuh lebih tinggi berbanding X dan Z
C. Z kelihatan masih segar manakala X dan Y kelihatan layu
D. Kesemua X, Y dan Z

Anda mungkin juga menyukai