Anda di halaman 1dari 10

SULIT

ULIT 018018 21

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU

UJIAN SUMATIF 1 2022 ( OGOS )


SAINS TAHUN 6 KERTAS 1

NAMA MURID : ____________________________

KELAS : _____________________________

Arahan : Kertas 1 ini mengandungi 25 soalan. Setiap soalan mempunyai empat pilihan
jawapan iaitu A,B,C dan D. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.

1. Rajah 1 menunjukkan satu proses.

Rajah 1
Apakah nama proses tersebut?

A. Persaingan
B. Pencernaan
C. Perkumuhan
D. Persenyawaan
2. Rajah 2 menunjukkan organ pembiakan perempuan.

Y
X

Rajah 2
Apakah organ X dan Y

X Y
A Ovari Faraj
B Uterus Faraj
C Tiub fallopio Uterus
D Tuib fallopio Ovari

3. Maklumat berikut adalah berkaitan suatu organ pembiakan perempuan.

• Menghubungkan ovari kepada uterus

• Tempat berlakunya proses persenyawaan

Apakah organ pembiakan tersebut?

A. Faraj C. Testis
B. Zakar D. Tiub fallopio

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang fungsi sistem saraf periferi?

A. Menghantar maklumat dari bahagian badan ke sistem saraf pusat.


B. Pusat kawalan bagi kesemua aktiviti dalam badan.
C. Memproses dan mentafsir maklumat yang diterima
D. Memberi arahan kepada bahagian badan untuk bertindak

2
5. Rajah 3 menunjukkan sistem saraf manusia

Rajah 3
Pasangan saraf yang manakah membentuk sistem saraf pusat?

A. W dan X C. X dan Z
B. W dan Y D. Y dan Z

6. Gambar dalam Rajah 4 menunjukkan setitis air kolam yang diperhatikan di


bawah mikroskop.

Rajah 4
Pemerhatian ke atas mikroorganisma tersebut membuktikan bahawa ______.

A. mikroorganisma boleh bernafas


B. mikrorganisma boleh bertumbuh
C. mikroorganisma boleh bergerak
D. mikroorganisma boleh membuat makanannya sendiri

3
7. Peter mendapati sebahagian roti yang dibelinya telah berkulat sebelum tiba tarikh
luputnya. Antara berikut, yang manakah mungkin menyebabkan hal itu berlaku?

A. Roti itu lembap kerana terkena air.


B. Roti itu disimpan di dalam peti sejuk.
C. Bungkusan plastik roti itu tidak diikat.
D. Habuk terkena pada permukaan roti itu

8. Gambar dalam Rajah 5 menunjukkan tiga doh yang telah dibiarkan selepas
30 minit. Saiz asal doh dan jumlah gula yang dimasukkan ke dalam setiap
doh adalah sama.

Rajah 5

Pilih inferens yang tepat berkaitan keadaan doh- doh tersebut.

A. Doh a dibancuh dengan air sejuk.


B. Doh b dicampurkan dengan yis paling sedikit
C. Doh c dimasukkan dengan kuantiti yis paling banyak
D. Semua doh dimasukkan kuantiti yis yang sama banyak.

9. Apakah kepentingan suntikan vaksin?

A. Untuk menguatkan sistem imunisasi badan.


B. Untuk mengelakkan badan manusia mengalami alahan.
C. Untuk mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit.
D. Untuk meningkatkan pertumbuhan mikroorganisma dalam badan manusia.

4
10. Bagaimanakah penyediaan makanan yang kotor boleh menyebabkan manusia
mendapat penyakit berjangkit seperti taun?

Rajah 6

A. Yis bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida yang berbahaya kepada
makanan.

B. Bakteria seperti Salmonella membiak dengan cepat apabila makanan tidak


dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak.

C. Virus yang ada di udara menghasilkan vaksin yang menyedapkan rasa makanan itu.

D. Bakteria menghasilkan bau yang merosakkan nutrien pada makanan.

11. Maklumat di bawah menunjukkan beberapa spesies haiwan yang ada di dalam
sebuah habitat.

Rajah 7

Haiwan yang manakah akan bersaing untuk mendapatkan makanan?

A. Rusa dan harimau C. Harimau dan helang


B. Helang dan dubuk D. Harimau dan dubuk

5
12. Seorang petani ingin mengurangkan persaingan antara tanaman di kebunnya.
Bagaimanakah cara untuk dia melakukannnya?

A. Menanam pelbagai jenis tanaman


B. Menyiram air dalam kuantiti yang banyak
C. Menabur pelbagai jenis baja dalam kuantiti yang banyak
D. Menjauhkan jarak antara anak-anak pokok yang ditanam

13. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan persaingan interspesies?

14. Apakah jenis simbiosis di antara haiwan- haiwan ini?

Rajah 9
A. Parasitisme
B. Komensalisme
C. Mutualisme
D. Interspesies

6
15. Pokok dedalu tumbuh pada batang pokok durian. Apakah kesan jangka panjang
kepada pokok durian ini?

A. Pokok durian akan mati


B. Pokok durian tidak berbuah
C. Pokok durian tidak membesar
D. Daun pokok durian keguguran

16. Rajah 10 menunjukkan pokok rafflesia. Mengapakah tumbuhan itu diancam


kepupusan?

Rajah 10
A. Kerana pemburuan haram
B. Kerana hakisan tanah
C. Kerana kehabisan sumber makanan
D. Kerana diambil untuk tujuan perubatan tradisional

17. Apakah yang dimaksudkan dengan "Pemeliharaan hidupan"

A. Menanam semula hutan yang ditebang


B. Memperbanyakkan haiwan yang diancam kepupusan
C. Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.
D. Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati
oleh generasi akan datang

18. Seorang penyelidik telah menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji spesies
haiwan yang terancam. Maklumat berikut menunjukkan keputusannya.

• Bilangan tapir lebih banyak daripada panda


• Bilangan gajah lebih banyak daripada tapir
• Bilangan penyu lebih banyak daripada bilangan gajah.

7
Carta palang manakah mewakili maklumat di atas?

19. Berikut merupakan haiwan yang diancam kepupusan kecuali _____________.

A. dugong C. tenggiling
B. quagga D. orang utan

20. Antara berikut, yang manakah dapat membantu mengelakkan spesies yang terancam
daripada menjadi pupus?

A. Hutan tertentu diisytiharkan sebagai hutan simpan


B. Aktiviti pertanian dipertingkatkan demi menjana ekonomi negara
C. Semua spesies diisytiharkan sebagai spesies yang dilindungi
D. Lebih banyak barang yang diperbuat daripada haiwan dikeluarkan

21. Aktiviti berikut melibatkan daya tarikan dan tolakan kecuali _______________.

A. membilas baju
B. menaikkan bendera
C. mengemop lantai
D. mendayung sampa

8
22. Apakah kesan daya yang yang ditunjukkan dalam Rajah 11?

Rajah 11

A. Daya mengubah kelajuan objek


B. Daya menggerakkan objek yang pegun
C. Daya mengubah arah pergerakan objek
D. Daya memberhentikan objek yang bergerak

23. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti pada Rajah 12 ?

Rajah 12

A. Semakin bertambah jisim beban, semakin berkurang jumlah daya geseran yang
dihasilkan
B. Semakin berkurang jisim beban, semakin berkurang jumlah daya geseran yang
dihasilkan.
C. Semakin bertambah licin permukaan, semakin bertambah sukar beban yang berat
ditolak.
D. Semakin bertambah kasar permukaan, semakin bertambah mudah beban ditolak.

9
24. Rajah 13 menunjukkan bongkah kayu ditolak di atas suatu permukaan. Langkah ini
diulang di atas jenis permukaan yang berbeza dengan daya tolakan yang sama.

Rajah 13
Di atas permukaan manakah bongkah kayu bergerak paling jauh?
A. Papan
B. Permaidani
C. Kertas pasir
D. Lantai berjubin

25. Rajah 14 menunjukkan carta palang bagi satu penyiasatan apabila sebiji guli
digolekkan di atas empat permukaan yang berbeza.

Rajah 14

Apakah permukaan R,S dan T?

R S T
A Kad manila Kertas pasir Kaca
B Kertas pasir Kad manila Kaca
C Kertas pasir Kaca Kad manila
D Kaca Kertas pasir Kad manila

SOALAN KERTAS 1 TAMAT, SILA HITAMKAN JAWAPAN ANDA PADA MUKA


SURAT TERAKHIR KERTAS 2.

10

Anda mungkin juga menyukai