Anda di halaman 1dari 12

1

SULIT

SAINS
Kertas 1
Tahun 4 SEKOLAH KEBANGASAAN PIASAU
Mei PETI SURAT 120, 89158 KOTA BELUD
2019
1 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019


TAHUN 4

Nama : …………………………………………………… Kelas : ……………………..

SAINS
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


2

1. Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud inferens?

A. Mencatat pemerhatian
B. Membuat pernyataan umum
C. Merekodkan maklumat
D. Membuat kesimpulan awal

2. Antara peraturan bilik Sains berikut, yang manakah adalah salah?

A. Buang sisa kimia ke dalam tong sampah


B. Laporkan segera sebarang kecederaan
C. Lakukan kerja dengan teliti dan cermat
D. Simpan radas sains di tempat yang betul

3. Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan kebakaran semasa


berada di bilik Sains?

A. Membuang mancis yang berbara ke dalam tong sampah


B. Membuka tingkap
C. Bergurau dengan rakan
D. Makan di dalam bilik Sains

4. Rajah 1 menunjukkan objek yang terdapat di dalam bilik Sains. Apakah


kegunaan objek ini?

Rajah 1

A. untuk membasuh mata yang terkena bahan kimia


B. untuk menyelamatkan mangsa renjatan elektrik
C. untuk memadam api semasa berlaku kebakaran
D. untuk membunuh serangga perosak di dalam bilik Sains

5. Ahmad dan Hafiz mengukur ketinggian pertumbuhan biji benih yang


ditanam oleh mereka pada minggu lepas. Apakah kemahiran proses sains
yang digunakan oleh mereka berdua?

A. memerhati
B. berkomunikasi
C. mentafsir data
D. mengukur dan menggunakan nombor

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


3

6. Rajah 2 menunjukkan sekumpulan murid melakukan penyiasatan terhadap


beberapa ekor ikan di dalam bekas kaca untuk memerhatikan cara
pergerakannya.

Rajah 2

Apakah yang harus dibuat pada ikan-ikan tersebut selepas kajian dibuat?

A. membawa pulang ikan ke rumah


B. tuangkan air bersama ikan ke dalam sinki
C. membunuh ikan tersebut sebelum buang
D. tuangkan air bersama ikan ke dalam kolam ikan di Taman Sains

7. Rajah 3 menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh seorang budak lelaki


apabila terdegar bunyi hon kereta.

Rajah 3

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan Rajah 3?

A. manusia kuat berlari


B. manusia mudah terkejut
C. manusia boleh melindungi diri
D. manusia bergerak balas terhadap rangsangan

8. Seorang murid menyiram pokoknya yang diletakkan di dalam bilik gelap


setiap hari. Walau bagaimanapun, dia mendapati pokok itu layu selepas
seminggu. Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan pokoknya tumbuh
dengan sihat?

A. Dia perlu meletakkan baja ke dalam pasu


B. Dia perlu menyiram pokok dengan lebih kerap
C. Dia perlu mendedahkan pokok tersebut kepada cahaya matahari
D. Dia perlu memasang kipas untuk pokok tersebut

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


4

9. Antara aktiviti berikut, yang manakah mempunyai kadar pernafasan


yang tinggi?

A. membaca buku C. menebang pokok


B. mandi D. mencuci pinggan mangkuk

10. Mengapakah manusia tidak boleh berada di dalam air untuk satu
jangka masa yang lama?

A. kerana tiada makanan di dalam air


B. kerana cahaya matahari akan terbias apabila melalui medium air
C. kerana udara tidak mencukupi untuk manusia bernafas di dalam air
D. kerana ruang yang terhad mengakibatkan pergerakan manusia
terbatas

11. Antara berikut, yang manakah benar tentang udara hembusan?

A. ia mengandungi lebih oksigen dan air


B. ia mengandungi lebih karbon dioksida
C. ia mengandungi garam mineral dan protein yang tidak diperlukan
D. ia mengandungi karbon dioksida dan oksigen yang sama banyak

12. Rajah 4 menunjukkan sistem pernafasan manusia.

Rajah 4

Urutan yang manakah betul bagi pengaliran udara semasa menarik nafas?

A. Hidung → Trakea → Peparu C. Trakea → Peparu → Mulut


B. Mulut → Hidung → Peparu D. Peparu → Trakea → Hidung

13. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri perwarisan?

A. Bilangan jari.
B. Bentuk badan.
C. Saiz badan.
D. Rupa paras.

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


5

14. Rajah menunjukkan seorang budak lelaki menarik tangannya dengan pantas
apabila tersentuh cerek yang panas.

Gerak balas ini menunjukkan bahawa

A. manusia bernafas
B. manusia membiak
C. manusia boleh bergerak balas
D. manusia bergerak balas terhadap rangsangan

15. Rajah 5 menunjukkan satu tabiat buruk manusia.

Rajah 5

Apakah yang akan berlaku kepada lelaki tersebut sekiranya dia memandu
kereta?

A. dia akan memandu lebih berhati-hati


B. dia akan diberi laluan oleh pemandu lain
C. dia akan kemalangan
D. dia tidak akan mengantuk

16. Rajah di bawah menunjukkan sejenis haiwan.

S
Q
R

Antara bahagian berlabel berikut, yang manakah merupakan organ


pernafasan haiwan tersebut?

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


6

A. S C. Q
B. R D. P

17. Rajah 6 menunjukkan tiga jenis haiwan.

Rajah 6

Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang haiwan-haiwan itu?

A. Hidup di darat
B. Bernafas melalui kulit lembap
C. Mempunyai kulit yang lembap
D. Mempunyai cara pembiakan yang berbeza

18. Rajah menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan struktur pernafasan


masing-masing.

Antara berikut, yang manakah mewakili X dan Y?

X Y
A Kelawar Rama-rama
B Katak Ular
C Ikan paus Tapak sulaiman
D Lembu Buaya

19. Rajah 7 menunjukkan seekor belalang yang diletakkan di dalam bekas kaca.

Rajah 7

Apakah yang akan berlaku kepada belalang itu selepas satu minggu?

A. hidup C. sihat
B. mati D. masih muda

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


7

20. Rajah 8 menunjukkan tiga jenis haiwan, K, L dan M.

Rajah 8

Antara berikut, yang manakah betul berdasarkan organ pernafasan haiwan


tersebut?

K L M
A Spirakel Peparu Insang
B Spirakel Insang Peparu
C Insang Spirakel Peparu
D Peparu Insang Spirakel

21. Rajah 9 menunjukkan dua jenis haiwan, X dan Y.

Rajah 9

Apakah persamaan ciri bagi X dan Y?

A. habitat
B. tabiat makan
C. struktur pernafasan
D. cara membiak

22. Puan Anna menjemur sebidang karpet di laman rumahnya. Selepas dua hari,
rumput yang ditutupi karpet tersebut bertukar menjadi kekuningan.
Mengapakah situasi ini boleh berlaku?

A. rumput yang ditutupi karpet tidak dapat bernafas


B. rumput berkenaan tidak dapat makanan
C. rumput tersebut tidak dapat air
D. rumput tersebut tidak dapat cahaya matahari yang mencukupi

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


8

23. Rajah 10 menunjukkan tindak balas anak benih.

Rajah 10

Apakah gerak balas yang ditunjukkan oleh P?

A. Tarikan graviti C. Cahaya


B. Air D. Sentuhan

24. Rajah 11 menunjukkan tumbuhan yang diletakkan di dalam sebuah


kotak.

Rajah 11

Apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan tumbuhan itu tumbuh


tegak?

A. Keluarkan tumbuhan dan letak di tempat terbuka


B. Letak tumbuhan di dalam kotak berwarna hitam
C. Siram tumbuhan dengan kerap
D. Tutup lubang pada kotak itu

25. Rajah 12 menunjukkan sejenis tumbuhan yang bergerak balas terhadap


rangsangan.

Rajah 12

Gerak balas itu adalah terhadap

A. sentuhan C. graviti
B. air D. cahaya matahari

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


9

26. Rajah 13 menunjukkan satu tumbuhan muda yang digantung secara terbalik
dalam satu kotak gelap dan dibiarkan di kawasan yang cerah. Satu lubang
dibuat pada satu bahagian kotak itu.

Rajah 13

Ke arah manakah pucuk tumbuhan itu akan tumbuh selepas seminggu?

A. R C. T
B. S D. U

27. Rajah 14 menunjukkan bahagian daun yang ditutup dengan kain hitam.

Rajah 14

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyiasatan ini?

A. Tumbuhan memerlukan air


B. Tumbuhan memerlukan udara
C. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari
D. Tumbuhan memerlukan makanan

28. Antara berikut, yang manakah unit yang betul untuk pengukuran panjang?

Pengukuran Unit
A. Panjang rambut Kilometer
B. Panjang pemadam Sentimeter
C. Panjang buku tulis Meter
D. Panjang sebatang sungai Milimeter

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


10

29. Rajah 15 menunjukkan satu anak benih kacang hijau dalam sebuah pasu
yang diletakkan dalam satu kotak dengan hanya satu lubang di bahagian
tepi.

Rajah 15

Apakah yang akan berlaku kepada anak pokok itu selepas dua minggu?

A. Ia akan mati
B. Ia akan tumbuh secara menegak
C. Ia akan layu dan menjadi kuning
D. Pucuknya akan tumbuh menghala ke bahagian lubang itu

30. Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah tidak bergerak balas
terhadap cahaya matahari?

A. Batang C. Pucuk
B. Akar D. Daun

31. Daun tumbuhan Y akan terlipat apabila disentuh. Apakah tumbuhan Y?

A. Pokok keembung C. Pokok keladi


B. Pokok semalu D. Pokok lidah buaya

32. Antara berikut, yang manakah alat pengukur yang piawai bagi ukuran
panjang?

A. Pita pengukur C. Tapak kaki


B. Jengkal D. Depa

33. Antara berikut, yang manakah boleh mengukur masa dengan tepat?

A. C.

B. D.

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


11

34. Rajah 16 menunjukkan sebuah kubus dan kuboid

Rajah 16
Berapakah bilangan kubus boleh dimuatkan dalam kuboid itu?

A. 48 C. 72
B. 60 D. 84

35. Rajah 17 menunjukkan satu bikar dan satu silinder penyukat yang berisi air.

Rajah 17

Apakah jumlah isi padu air yang terkandung dalam silinder penyukat itu
selepas air di dalam bikar dituang ke dalamnya?

A. 45 cm3 C. 85 cm3
B. 65 cm3 D. 95 cm3

36. Antara peristiwa berikut, yang manakah tidak boleh digunakan untuk
mengukur masa?

A. Titisan air C. Denyutan nadi


B. Ayunan bandul D. Lantunan bola

37. Antara yang berikut, yang manakah bersamaan dengan 1 minit?

A. 60 jam C. 60 saat
B. 60 minit D. 60 minggu

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah


12

38. Rajah 18 menunjukkan tiga biji guli yang sama jenis dan saiz di dalam sebuah
silinder penyukat.

Rajah 18

Berapakah isi padu sebiji guli ?

A. 5 cm3 C. 15 cm3
B. 2 cm3 D. 10 cm3

39. Rajah 19 menunjukkan satu alat yang digunakan untuk mengukur jisim objek.

Rajah 19

Bagaimanakah cara yang betul untuk membaca skala pada alat


penimbang jisim tersebut?

A. Dari bahagian hadapan


B. Dari bahagian bawah.
C. Dari bahagian sisi.
D. Dari bahagian atas.

40. Rajah di bawah menunjukkan luas kawasan berlorek.


1 cm

1 cm

Berapakah luas kawasan berlorek?

A. 8 cm2 C. 10 cm2
B. 9 cm2 D. 11cm2

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

Anda mungkin juga menyukai