Anda di halaman 1dari 17

KERTAS 1 (40 markah)

MASA : 1 JAM
JAWAB SEMUA SOALAN

1. Rajah 1 menunjukkan keratan rentas sebatang gigi manusia.

Rajah 1.
Antara struktur gigi tersebut, terdapat bahagian x yang dibina daripada kalsium karbonat.Ini
hampir menyamai dengan binaan cengkerang telur walaupun kedua-duanya mempunyai
kekuatan yang berbeza.
Apakah bahagian X tersebut?
A. Enamel
B. Dentin
C. Saraf
D. Gusi.

2. Rajah 2 menunjukkan peringkat kitaran seekor nyamuk.

Rajah 2.
Antara yang berikut, manakah urutan pemeringkatan yang betul mengenai kitaran hidup
haiwan tersebut?
A. Z, W, Y, X
B. Z, Y, W, X
C. W, X, Z, Y
D. X, Y, W, Z
1
3. Apakah yang dimaksudkan dengan “perkumuhan manusia”?
A. Pencernaan makanan di dalam perut manusia
B. Pembuangan sisa makanan daripada usus manusia
C. Pengeluaran bahan buangan melalui peparu, ginjal dan kulit.
D. Penyingkiran bahan yang tidak diperlukan daripada badan manusia.

4. Antara maklumat berikut, yang manakah diwarisi oleh manusia daripada keturunannya?
A. Panjang rambut
B. Daya berfikir
C. Warna kulit
D. Kebersihan diri

5. Rajah 3 menunjukkan proses fotosintesis.

Rajah 3
Proses tersebut merupakan cara tumbuhan menghasilkan makanan dalam bentuk kanji. Proses
tersebut juga membawa faedah kepada kehidupan manusia.
Antara yang berikut, manakah sumbangan utama proses tersebut kepada manusia?

A. Kanji yang dihasilkan oleh proses tersebut boleh dijadikan sumber tenaga elektrik.
B. Proses tersebut membantu mengitar air secara semulajadi di permukaan bumi.
C. Proses tersebut menghasilkan Oksigen yang diperlukan untuk manusia bernafas.
D. Penggunaan cahaya Matahari dalam proses ini membantu menstabilkan suhu di Bumi

2
6. Rajah 4 menunjukkan perlakuan sejenis haiwan.

Rajah 4.

Haiwan ini mengisi udara ke dalam badannya dan mengeluarkan duri-duri di sekeliling
badannya. Mengapakah haiwan tersebut berkelakuan sedemikian?

A.Untuk membunuh musuhnya.


B. Untuk menakutkan musuhnya.
C. untuk mengesan musuh di persekitarannya.
D. Untuk menyimpan makanan di dalam badannnya.

7. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara memencarkan biji benih.


Mengapakah biji benih tumbuhan perlu dipencarkan?

A. Untuk mengelakkan induk daripada mati.


B. Tumbuhan boleh mengalami kepupusan.
C. Untuk mengelakkan persaingan antara anak benih dan induk
D. Pertumbuhan tumbuhan terganggu kerana berjauhan dengan induk.

3
8. Berikut ialah satu penyataan.

ASINGKAN PESAKIT YANG MENGHIDAP CACAR

Antara yang berikut, manakah satu alasan bagi menyokong pernyataan tersebut?

A. Penyakit tersebut tiada ubatnya.


B. Badan pesakit akan berbau yang tidak menyenangkan.
C. Pesakit tersebut akan melakukan perlakuan di luar kawalan.
D. Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh merebak daripada seseorang kepada
seseorang yang lain.

9. Hubungan simbiosis antara ikan pari dengan ikan Remora sering kali dapat dilihat di lautan.
Pada pendapat kamu, mengapakah ikan Remora bergantung pada ikan pari?

A. Ikan remora makan lumut yang terdapat pada badan ikan pari.
B. Ikan remora akan bersaing untuk makanan ikan pari
C. Sisa makanan ikan pari menjadi sumber makanan ikan remora.
D. Ikan remora makan najis ikan pari.

10. Rajah 5 menunjukkan seekor harimau jawa.

Rajah 5.
Harimau jawa merupakan antara haiwan karnivor yang telah pupus. Suatu ketika dahulu,
haiwan ini pernah mendiami Bumi di kawasan negara Asia. Antara yang berikut, manakah
haiwan karnivor yang mengalami nasib yang sama seperti harimau jawa tersebut?

4
11. Manakah yang berikut dikelaskan dengan betul?

Bahan yang boleh ditarik oleh Bahan yang tidak boleh


magnet ditarik oleh magnet.

A Pembaris besi, plastisin Kapas, paku

B Klip kertas, paku tekan Pembaris plastik, kertas

C Paku tekan, lilin Lilin, paku

D Kertas, sudu besi Klip kertas, pembaris besi.

12. Rajah 6 menunjukkan dua objek X yang berjisim sama di atas neraca mampatan.

Rajah 6.
Berapakah jisim satu objek X?

5
A.1000 g
B.1200 g
C. 1500 g
D. 1800 g

13. Mengapakah kita perlu menggunakan unit piawai semasa membuat pengukuran?

A. Unit piawai membantu kita bekerja dengan lebih cepat.


B. Unit piawai memberikan bacaan yang konsisten
C. Unit piawai menghalang berlakunya kesilapan dalam penghitungan.
D. Unit piawai memberikan ketepatan dalam pengukuran.

14. Terdapat beberapa sumber tenaga di dunia ini bersifat habis guna dan tidak boleh
diperbaharui. Penggunaannya secara berterusan akan menyebabkan sumber bekalannya
semakin berkurang.
Antara yang berikut, manakah yang mempunyai kaitan dengan maklumat tersebut?

6
15. Rajah 7 menunjukkan dialog antara Aisyah dengan Azrul semasa mereka mengunjungi
sebuah kolam renang.

Rajah 7.

Apakah maksud ‘pembiasan’ yang diperkatakan oleh Azrul?

A. Keadaan cahaya yang memasuki sesuatu cecair.


B. Pergerakan cahaya daripada satu medium ke medium yang lain.
C. Cahaya yang terkena pada sesebuah objek dialihkan pada objek yang lain.
D. Penapisan cahaya yang menyebabkan pandangan kita berbeza dengan keadaan sebenar.

16. Antara langkah keselamatan berikut, yang manakah mesti dilakukan semasa menggunakan
cerek elektrik?

A. Gunakan wayar penebat yang telah bocor.


B. Letakkan cerek di tempat yang kering.
C. Gunakan tangan yang basah semasa memasang palam ke soket.
D. Memasang banyak plag pada satu soket.

7
17. Rajah 8 menunjukkan dua proses yang terlibat semasa perubahan keadaan air.

Rajah 8
Apakah proses X dan Y?

X Y
A Penyejatan Pembekuan
B Pendidihan Kondensasi
C Kondensasi Penyejatan
D Pembekuan Pendidihan

18. Rajah 9 menunjukkan seorang pekerja sedang menolak kotak kayu di atas lantai.

Rajah 9
Maklumat yang berikut menunjukkan empat jenis situasi yang berbeza.

M – Objek lebih besar


N – Objek lebih berat
O – permukaan lebih kasar
P – Permukaan lebih kecil

8
Antara berikut, yang manakah menyebabkan geseran lebih besar antara dua permukaan?

A. M dan N
B. M dan P
C. N dan O
D. O dan P

19. Rajah 10 menunjukkan seorang lelaki menarik kotak kayu yang berisi beban di atas lantai.

Rajah 10

Apakah cara yang paling sesuai bagi memudahkannya melakukan kerja itu?

A. Basahkan lantai biliknya dengan air.


B. Sapukan lapisan gris di atas lantai
C. Gunakan tali lebih tebal untuk menarik kayu
D. Letakkan pengguling di bawah kotak kayu.

20. Antara yang berikut, bola manakah yang paling laju?

A. Bola P bergerak sejauh 20 m dalam masa 10 saat.


B. Bola Q bergerak sejauh 15 m dalam masa 5 saat.
C. Bola R bergerak sejauh 24 m dalam masa 6 saat.
D. Bola S bergerak sejauh 35 m dalam masa 7 saat.

9
21. Sebuah kereta bergerak sejauh 360km dalam masa 3 jam. Hitung kelajuannya.

A. 100 km/j
B. 120 km/j
C. 180 km/j
D. 360 km/j

22. Rajah 11 di bawah menunjukkan pengelasan objek kepada dua kumpulan

Rajah 11
Namakan objek lain yang boleh di kelaskan ke dalam kumpulan P dan Q
P Q
A Rod besi Kertas
B Gabus Belon Getah
C Kertas tisu Gelang getah
D Cermin kaca Pensel

23. Maklumat berikut menyatakan ciri-ciri bahan X.


 Kalis air
 Tidak mudah koyak
 Berasal daripada petroleum

Apakah bahan X?

A. Kain sintetik
B. Sutera
C. Getah
D. Kulit
10
24. T ialah suatu proses perubahan keadaan bahan. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan
proses T.

T : Wap air berubah menjadi cecair

Antara berikut yang manakah merupakan contoh proses T.

25. Rajah 12 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan untuk memerhati perubahan

keadaan jirim yang melibatkan beberapa proses.

Rajah 12

Nyatakan proses yang terlibat dalam perubahan keadaan jirim di atas?

A. Pendidihan dan Kondensasi


B. Penyejatan dan Kondensasi
C. Pendidihan dan pembekuan
D. Kondensasi dan pembekuan
11
26. Pernyataan berikut adalah tentang kepentingan sumber air

Manusia dan haiwan minum air untuk terus hidup

Apakah yang perlu dilakukan untuk menjaga dan mengekalkan kebersihan sumber air?
A. Mencemarkan alam sekitar
B. Meningkatkan suhu bumi
C. Membina kilang jauh dari sumber air
D. Mengurangkan kandungan oksigen dalam air

27. Rajah 13 menunjukkan titisan air yang terbentuk pada permukaan luar gelas yang diisi
dengan jus limau dan ais. Titisan air itu diuji dengan kertas litmus biru dan merah.

Rajah 13

Apakah yang dapat diperhatikan?


A. Kertas litmus merah bertukar biru
B. Kertas litmus biru bertukar merah
C. Kertas litmus merah dan biru bertukar putih
D. Kertas litmus merah dan biru tidak berubah warna

12
28. Rajah 14 menunjukkan sejenis makanan.

Rajah 14

Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan ciri makanan di atas apabila rosak?

A. Berbau busuk
B. Menjadi kehitaman
C. Berlendir di bawah kepaknya
D. Berketul-ketul

29. Sekeping roti di letakkan di dalam sebuah almari. Selepas seminggu, kulat bertumbuh di atas
permukaan roti itu. Apakah keadaan yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut?
A. Panas dan kering
B. Sejuk dan lembut
C. Panas dan lembap
D. Sejuk dan kering

30. Rajah menunjukkan bagaimana bahan buangan dillupuskan secara terancang.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili K dan L?

13
K L

A Tapak perlupusan sampah Insinerator

B Pusat kitar semula Tapak pelupusan sampah

C Pusat kitar Insinerator

D Insinerator Pusat kitar semula

31. Antara berikut, manakah bukan kandungan yang membentuk tanah kebun?
A. Pasir
B. Plastik
C. Tumbuhan mati
D. Batu-batu kecil

32. Maklumat berikut menyenaraikan empat planet dalam Sistem Suria


P – Zuhrah
Q – Bumi
R – Utarid
S- Marikh

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan yang betul bermula daripada planet
yang paling dekat dengan Matahari?

A. P, Q, R, S
B. P, R, Q, S
C. R, P, Q, S
D. R, P, S, Q

14
33. Seorang guru sains menggunakan bola tenis untuk menggambarkan saiz Bumi. Antara
berikut, objek manakah yang boleh digunakan untuk menggambarkan saiz Matahari dan
Bulan?
Matahari Bulan

A Bola tampar Bola sepak

B Guli Bola pingpong

C Bola keranjang Bola sepak

D Bola keranjang Guli

34. Apakah yang menyebabkan kejadian siang dan malam?


A. Bumi berputar pada paksinya
B. Bulan memantulkan cahaya Matahari
C. Bumi berputar mengelilingi Matahari
D. Bumi dan Bulan berputar mengelilingi Matahari

35. Rajah 15 menunjukkan fasa-fasa bulan

Rajah 15

Apakah fasa bulan pada X ?


A. Bulan sabit
B. Anak Bulan
C. Bulan separa
D. Bulan purnama

15
36. Rajah 16 menunjukkan kedudukan bulan semasa berlakunya gerhana bulan

Rajah 16

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan Bulan semasa berlakunya gerhana bulan
separa?

A. S dan R
B. R dan Q
C. Q dan P
D. R dan P

37. Buruj manakah yang coraknya menyerupai haiwan?


A. Buruj skorpio dan buruj Ursa Major
B. Buruj Pari dan buruj Biduk
C. Buruj Skorpio dan buruj Belantik
D. Buruj Belantik dan buruj Ursa major

16
38. Rajah 17 menunjukkan satu alat

Rajah 17

Alat ini di gunakan bagi membantu manusia mengatasi had keupayaan


A. Otak
B. Deria penglihatan
C. Deria pendengaran
D. Anggota badan, iaitu tangan

39. Antara langkah-langkah berikut, yang manakah adalah amalan penggunaan bahan yang
Berhemah?
A. Sentiasa menggantikan peralatan yang lama dengan peralatan yang baru
B. Tidak membawa beg sendiri semasa hendak membeli belah di pasar raya.
C. Menggunakan bekas makanan sendiri semasa membeli makanan bagi menggantikan
bekas polistirena.
D. Sentiasa menggunakan bahan-bahan yang terlarang

40. Apakah yang di maksudkan dengan mesin kompleks?

A. Gabungan dua atau lebih mesin ringkas


B. Mesin yang di perbuat daripada logam
C. Mesin yang dicipta oleh manusia dengan menggunakan motor
D. Alat yang membantu manusia melakukan kerja dengan mudah dan cepat

17

Anda mungkin juga menyukai