Anda di halaman 1dari 19

BAHAGIAN A

(Jawab semua soalan di ruang yang disediakan)

Ruang jawapan

1 6 11 16
2 7 12 17
3 8 13 18
4 9 14 19
5 10 15 20

1. Antara yang berikut, padanan manakah yang betul?

Kuantiti Simbol unit Alat

A Panjang kain m Angkup luar

B Jisim kepingan kuprum N Neraca spring
C Suhu air mendidih ⁰C Termometer
D Tempoh ayunan bandul cm Benang dan pembaris

2. Antara yang berikut, yang manakah fenomena semula jadi?

A  Pembinaan empangan
B  Pertumbuhan bayi
C  Penggunaan telefon bimbit
D  Penemuan ubat-ubatan baru

3. Rajah 1 menunjukkan sejenis tisu dalam badan.

Rajah 1

Tisu itu adalah

A   tisu saraf B   tisu otot

C  tisu epitelium D   tisu penghubung

1
4. Antara yang berikut, yang manakah organisma multisel?

5. Jadual menunjukkan empat bahan P, Q, R dan S yang berlainan ketumpatan.

Antara bahan berikut yang manakah akan tenggelam di dalam air yang mempunyai
ketumpatan 1 g cm–3?
A   P dan Q                           B   P dan R
C   R dan S                           D   Q dan S

6. Rajah 2 menunjukkan jirim dalam keadaan X berubah kepada keadaan Y apabila haba

dibebaskan.

Rajah 2

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang zarah-zarah apabila jirim
berubah daripada keadaan Xkepada keadaan Y?

A   Tenaga kinetik zarah-zarah berkurangan

B   Jarak di antara zarah-zarah menjadi lebih jauh
C  Zarah-zarah mengikut bentuk bekas
D   Saiz zarah-zarah bertambah
2
7. Rajah 3 menunjukkan seorang murid meniup belon.

Rajah 3

Mengapakah belon itu membesar?

A  Udara memenuhi ruang

B  Udara mengembang
C  Udara mempunyai jisim
D  Udara ringan

8. Langkah yang manakah dilaksanakan untuk menghalang dan mengawal pencemaran

udara?

A   Guna bahan api plumbum

B   Amalkan sistem kongsi kereta
C   Merokok di tempat awam
D   Amalkan pembakaran terbuka

9. Rajah 4 menunjukkan kereta mainan berspring yang diputar.

Rajah 4

Apakah perubahan tenaga yang berlaku apabila spring yang diputar itu dilepaskan?

A   Tenaga kinetik               →        Tenaga bunyi                               

B  Tenaga keupayaan           →          Tenaga bunyi                          
C   Tenaga kinetik               →          Tenaga keupayaan                                 
D   Tenaga keupayaan           →          Tenaga kinetik                          

3
10. Sumber tenaga manakah yang tidak boleh diperbaharui?

11. Apakah yang dimaksudkan dengan Biodiversiti ?

A Ekosistem di Bumi
B Kepelbagaian Organisma di Bumi
C Kepelbagaian benda hidup dan benda bukan hidup di Bumi
D Rantai makanan di Bumi

12. Kumpulan haiwan yang manakah hanya mengandungi haiwan tidak bertulang
belakang?

A Ayam, kambing, lipan, lipas

B Lipas, ayam, ular, buaya
C Lipas, semut, sotong, kucing
D Kerang, ketam, lipas, labah-labah

13. Rajah 5 di bawah menunjukkan hubungan antara organisma J, K dan L dalam satu
habitat.

Apakah yang diwakili oleh J, K dan L?

J K L
A Pengeluar Pengguna Pengguna
B Pengguna Pengeluar Pengurai
C Pengurai Pengguna Pengeluar
D Pengurai Pengeluar Pengguna
4
14. Rajah 6 di bawah menunjukkan sejenis interaksi

Rajah 6
Interaksi ini dikenali sebagai

A Mutualisme
B Persaingan
C Mangsa pemangsa
D Komensalisme

15. Susu dan ikan bilis antara contoh sumber makanan yang tinggi kandungan kalsium.
Seseorang individu yang kekurangan kalsium akan mengalami penyakit berikut
kecuali

A Osteoporosis
B Riket
C Anemia
D Darah lambat beku

16. Rajah 7 di bawah menunjukkan satu ujian makanan yang dijalankan terhadap air gula.

Rajah 7

Mendakan merah bata terbentuk apabila air gula yang telah dikukus dicampurkan
dengan larutan X. apakah yang diwakili oleh X?

A Reagen Benedict
B Reagen Millon
C Larutan iodin
D Etanol

17 Ananthan mengalami cirit – birit dan muntah selepas makan makanan yang terdedah
dan tercemar. Apakah penyakit yang mungkin dihidapinya?

A Diabetes B Malaria
C Taun D Selsema

5
18. Rajah 8 menunjukkan graf kepekatan antibodi pada seorang individu.

Rajah 8

Antara berikut, penyakit manakah yang berkaitan dengan graf pada Rajah 8?

A. Kolera C. Kanser
B. Demam denggi D. Polio

19. Seorang penjual aiskrim mencampurkan garam di sekeliling ais di dalam tong
aiskrimnya. Tujuan tindakannya itu adalah untuk

A Menyedapkan aiskrim yang dijual

B Menghalang aiskrim daripada cepat cair
C Meningkatkan suhu ais di dalam tong
D Membunuh mikroorganisma di dalam ais

20. Rajah 9 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk menentukan

komposisi air.

Rajah 9

Gas yang terkumpul melalui elektrod P adalah

A. Hidrogen C. Nitrogen
B. Oksigen D. Karbon dioksida

6
BAHAGIAN B

(Jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan)

1. Name the laboratory apparatuses below based on the answer given.

Namakan radas-radas makmal di bawah berdasarkan jawapan yang diberi.

Beaker Conical flask Filter funnel Test tube Measuring cylinder

Bikar Kelalang kon Corong turas Tabung uji Silinder penyukat

[4 markah]

2. (a) Rajah 10 menunjukkan satu organisma unisel.

Lengkapkan petak di bawah dengan perkataan yang diberi.

Vakuol Nukleus Sitoplasma

Rajah 10
[2 markah]

a) Isikan tempat kosong untuk melengkapkan pernyataan di bawah.

i) Kloroplas diperlukan oleh tumbuh – tumbuhan untuk menjalankan

proses ……………………………

ii) Nukleus mengawal ………………………… sel.

7
[2 markah]

3. (a) Berikut adalah beberapa pernyataan tentang kepentingan biodiversiti. Padankan

ruangan pernyataan dengan organisma yang berkaitan.

Pernyataan Organisma
Sumber makanan manusia Buaya
Eko-pelancongan Pokok getah
Bahan mentah industri Rafflesia
Membuat barangan kulit Lembu

[4 markah]

(b) Gariskan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat di bawah.

(i) Biodiversiti merupakan kepelbagaian organisma hidupan yang terdapat di bumi

sama ada tumbuhan, haiwan atau [ mikroorganisma / flora dan fauna ]

(ii) Biodiversiti terbentuk disebabkan kepelbagaian habitat dan [ alam sekitar / iklim ]

[2 markah]

4. Penyakit adalah satu keadaan yang luar biasa dan mengakibatkan ketidakselesaan
kepada badan kita.

(a) Bulatkan dua jenis penyakit berjangkit.

Tuberculosis Breast Cancer Tinea Asthma

Tuberkulosis Barah Payudara Panau Asma

[2 markah]

(b) Tandakan (/) bagi langkah-langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti penyakit itu.

i) Tambahkan klorin kedalam air minuman

ii) Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
iii) Tutup mulut dan hidung menggunakan topeng.
iv) Makan hanya makanan yang sejuk sahaja.
[2 markah]

(c) Nyatakan BENAR atau PALSU bagi penyataan berikut.

Pernyataan BENAR / PALSU

i) Patogen bagi penyakit Zika adalah virus zika.
ii) Patogen bagi penyakit Leptospirosis ialah protozoa.

[2 markah]
8
BAHAGIAN C

(Jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan)

5. (a) Rajah 11.1 di bawah menunjukkan sudu kelihatan bengkok apabila dimasukkan ke
dalam air.

Rajah 11.1

(i) Nyatakan fenomena yang berlaku.

__________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Jelaskan bagaimana fenomena ini berlaku.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Rajah 11.2 di bawah menunjukkan Raju memerhati seekor ikan di dalam akuarium.

Rajah 11.2

(i) Adakah Raju melihat ikan lebih dekat atau lebih jauh dari permukaan air?
Terangkan jawapan anda.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), lukis garis untuk menunjukkan kedudukan
sebenar ikan dalam rajah di atas.
9
[1 markah]

6. Rajah 12 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk menentukan komposisi

air.

Rajah 12

(a) (i) Namakan proses di dalam Rajah 12

_____________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Namakan bahan K yang ditambah ke dalam air suling dan nyatakan fungsinya.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Seorang pelajar menjalankan ujian untuk mengenalpasti gas X dan gas Y. Jadual
dibawah
menunjukkan keputusan ujian tersebut.

Gas Ujian Pemerhatian

X Kayu uji berbara Kayu uji berbara menyala

Y Kayu uji menyala Kedengaran bunyi ‘pop’

Berdasarkan keputusan ujian tersebut,

(i) Namakan gas X dan gas Y.

Gas X :__________________________
Gas Y :__________________________
[2 markah]

(ii) Nyatakan nisbah gas X kepada Y di dalam molekul air.

10
________________________________________________________________
[1 Markah]

7. Micheal sedang menonton saluran National Geographic yang menayangkan video

tentang suatu ekosistem hutan.

Rajah 13

(a) (i) Berdasarkan Rajah 13, nyatakan dua jenis interaksi antara haiwan.

__________________________________________________________________
[2 Markah]

(ii) Bina satu siratan makanan berdasarkan rajah itu.

[2 markah]

(b) Ramalkan dua kesan terhadap populasi rusa dan rumput jika satu populasi besar
harimau mendiami hutan itu untuk suatu tempoh masa yang lama.
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Wajarkah ekosistem hutan seperti gambar rajah di atas dikekalkan? Berikan alasan
anda

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________
[2 markah]

11
8. Seorang pakar pemakanan memberi ceramah kepada sekumpulan murid tentang gizi
seimbang. Dia menggunakan piramid makanan sebagai panduan untuk menentukan
makanan yang perlu diambil.

(a) Rajah 14 menunjukkan piramid makanan.

Rajah 14

(i) Apakah gizi seimbang?

______________________________________________________________
______________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Berdasarkan piramid makanan itu, mengapakah petani perlu mengambil lebih
makanan dari aras N?

______________________________________________________________
[1 markah]

(iii) Jika pundi hempedu seseorang dibuang, aras makanan yang manakah yang
pelu dielakkan dalam pemakanannya? Jelaskan jawapan anda.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[2 markah]

(b) Semasa ceramah itu, murid – murid diberikan maklumat nutrisi yang terdapat dalam
dua sampel makanan, Q dan R.

Q R
Maklumat nutrisi per 100 g Maklumat nutrisi per 100 g
Tenaga 263 kcal Tenaga 412 kcal
Protein 3.7 g Protein 13.9 g
Karbohidrat 57.4 g Karbohidrat 61.3 g
Lemak 0.3 g Lemak 14.1 g

12
Lemak tepu 0.0 g Lemak tepu 2.4 g
Serat 9.5 g Serat 10.9 g
Natrium 16 mg Natrium 660 mg

(i) Nyatakan dua faktor yang menentukan gizi seimbang bagi seseorang
individu.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Sampel makanan yang manakah jika diambil dalam kuantiti yang banyak
dalam jangka masa yang lama boleh memberi kesan negatif kepada
kesihatan. Jelaskan mengapa.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[2 markah]

9. (a) SMK Gunung menyertai satu pertandingan pidato sempena Karnival Sains peringkat

daerah. Peserta yang mewakili sekolah telah mengisi borang pendaftaran seperti
ditunjukkan dalam Rajah 15.1

BORANG PENDAFTARAN

Pertandingan pidato
Karnival Sains 2019

Tempat : HOTEL GEMILANG

Tajuk : Pencemaran Air
Kelebihan dan Keburukan Kaedah Pembersihan Air

Syarat pertandingan
1. Penyertaan secara individu
2. Berumur kurang 15 tahun
3. Tempoh masa penyampaian : 5 minit
4. Isi pidato meliputi aspek :
a) Sumber pencemaran – pertanian / domestik
b) Kaedah pembersihan air – semula jadi / kimia

Nama peserta : ……………………………………………………

Nama sekolah :……………………………………………………
Tarikh :……………………………………………………
Rajah 15.1

(i) Nyatakan satu contoh sumber air semula jadi.

__________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Nyatakan satu bahan cemar yang terdapat dalam sumber yang dinyatakan dalam
13
borang pendaftaran.

__________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Semasa rehat, peserta disajikan dengan minuman petang di tepi kolam renang hotel.
Mereka melihat seorang pekerja menabur klorin ke dalam kolam seperti dalam
Rajah 15.2

Rajah 15.2

Nyatakan kaedah yang digunakan dan nyatakan kelebihan kaedah tersebut.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Air bersih adalah selamat untuk diminum. Antara isi kandungan pidato mesti mengenai
kaedah pembersihan air. Peta pokok dalam Rajah 15.3 menunjukkan kaedah
pembersihan air.

Pembersihan air

Pendidihan Pengklorinan

Rajah 15.3

Banding dan bezakan kaedah yang ditunjukkan dalam Rajah 16.3.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[3 markah]

(d) Seorang daripada peserta mencadangkan kaedah penurasan patut digunakan untuk
pembersihan air kolam renang.

Anda diminta untuk menyediakan alat penurasan. Tulis prosedur untuk menyediakan alat

tersebut menggunakan semua bahan yang diberikan.

 Sabut kelapa
 Buluh
 Gumpalan daun kelapa
 Kepingan tempurung kelapa

Prosedur :

14
1. Buat lubang kecil pada dasar buluh.

2. ___________________________________________________________

3. ___________________________________________________________

4. ___________________________________________________________

[3 markah]

10. (a) Rajah 16.1 menunjukkan dua aktiviti yang membawa kesan negatif kepada
kesimbangan udara di Bumi.

Rajah 16.1

(i) Namakan aktiviti-aktiviti P dan Q

Aktiviti P : _________________________________
Aktiviti Q: _________________________________
[ 2 markah ]

(ii) Apakah kesan daripada aktiviti di atas ke atas alam sekitar ?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[2 markah]

(iii) Berikan dua contoh lain aktiviti manusia yang menyebabkan ketidakseimbangan
udara
di atmosfera.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Pada pendapat anda, cadangkan dua cara untuk mengekalkan

keseimbangan oksigen dan karbon dioksida dalam atmosfera.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Rajah 16.2 di bawah menunjukkan pengangkutan awam yang dibangunkan oleh
pihak kerajaan di kawasan Tasek Gelugor, pada masa sekarang.

15
Rajah 16.2

Adakah anda setuju pengangkutan awam di kawasan Tasek Gelugor membantu

dalam memelihara dan memulihara alam sekitar?. Terangkan.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[2 markah]

11. (a) Rajah 17.1 di bawah menunjukkan Atiq sedang berehat selepas bekerja di bawah
sinaran matahari yang terik untuk tempoh masa yang panjang. Atiq berasa dahaga
dan keletihan.

Rajah 17.1

Keadaan dahaga menunjukkan bahawa badan Atiq sedang mengalami kawalan

homeostasis.

(i) Nyatakan kawalan homeostasis yang sedang dialami oleh Atiq.

____________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Namakan dua sistem yang terlibat dalam kawalan homeostasis yang anda nyatakan
di 11 (a)(i).
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

16
(iii) Apakah yang menyebabkan Atiq berasa dahaga? Terangkan mekanisme
pembetulan bagi mengembalikan kandungan air normal dalam badan Atiq.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[3 markah]

(b) Homoestasis dalam tumbuhan melibatkan liang stoma. Nyatakan kepentingan stoma
kepada tumbuhan.
_______________________________________________________________________
[1 markah]
(c) Terangkan bagaimana transpirasi membantu dalam pengangkutan air dalam tumbuhan.
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[2 markah]
(d) Siti gemar memasak sup. Akan tetapi, dia menghadapi kekangan untuk mendapatkan
daun bawang yang segar. Berdasarkan barangan di bawah, lukis reka cipta sebuah
bekas untuk Siti menanam sendiri pokok bawang tanpa perlu menyiramnya setiap hari.
Terangkan cara anda membuat bekas tersebut.

botol air bawang tali benang tanah air

17
[1 markah]
Penerangan:

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
[2 markah]

PENGGANTIAN SOALAN 9 DAN 10 (BAHAGIAN A).

(ARAHAN: Abaikan soalan 9 dan 10 pada muka surat 3 dan 4. Gantikan no 9 dan 10
dengan soalan ini)

9. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah menerangkan tentang pembiakan

aseks?

A Pembahagian sitoplasma yang sama

B Nukleus asal daripada induk membahagi dua
C Proses tidak melibatkan cantuman antara dua sel seks
D Dua sel betina dihasilkan di akhir proses

10. Mengapakah kehamilan tidak berlaku walaupun persenyawaaan telah berlaku?

A Zigot mula membahagi secara berulang kali apabila bergerak ke tiub fallopio
B Hanya satu sperma boleh menembusi ovum semasa persenyawaan
C Embrio perlu menembusi dinding uterus yang menebal
D Embrio tidak mampu menempel dengan kuat pada dinding uterus

18

19

Anda mungkin juga menyukai