Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN A

[20 markah]
Jawab semua soalan.

1 Antara yang berikut, yang manakah contoh fenomena alam?

A Pembinaan jambatan.
B Penggunaan komputer.
C Penemuan vaksin baru.
D Pertumbuhan kanak-kanak.

2 Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan sains?

A Meningkatkan hasil pertanian.

B Meningkatkan nilai kewangan negara.
C Mengawal penularan penyakit berjangkit.
D Membolehkan pembinaan bangunan tinggi.

3 Apakah yang akan berlaku apabila dua bahan cecair dengan ketumpatan yang berbeza dicampurkan
bersama?

A Kedua-dua bahan akan bertukar ketumpatan.

B Kedua-dua bahan akan menolak satu sama lain.
C Kedua-dua bahan akan bercampur dengan seragam.
D Kedua-dua bahan akan terpisah mengikut ketumpatan masing-masing.

4
 Terdapat di dalam sel haiwan dan tumbuhan
 Penting untuk menjanakan tenaga di dalam sel

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah komponen tersebut?

A Mitokondrion C Nukleus
B Membran sel D Vakuol

5 Rajah 1 menunjukkan situasi yang berlaku pada Amin.

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, bagaimanakah tubuh Amin dapat mengatasi masalah situasi tersebut?

A Lebih banyak kencing. C Lebih transpirasi.

B Denyutan jantung berkurang. D Lebih berpeluh.

2
6 Bagaimanakah tumbuhan dapat mengelak daripada menjadi layu pada waktu tengahari yang panas?

A Meningkatkan perpeluhan.
B Meningkatkan kadar transpirasi.
C Mengurangkan saiz stoma pada daun.
D Mengurangkan penyerapan air daripada tanah.

7 Apakah pengurai yang menguraikan sisa makanan dalam usus besar manusia?

A Mukor C Pepijat
B Cacing D Bakteria

8 Antara berikut, proses yang manakah berkaitan dengan penyulingan air?

I Penurasan
II Pendidihan
III Kondensasi
IV Pemejalwapan

A I dan II C II dan III

B III dan IV D I dan IV

9 Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji sifat bunyi.

Rajah 2

Jika logam digantikan dengan tuala, pernyataan yang manakah benar?

A Tuala menyerap bunyi dengan baik.

B Logam membiaskan bunyi dengan baik.
C Bunyi detikan jam randik menjadi lebih kuat.
D Gema terhasil daripada bunyi detikan jam randik.

10 Apakah yang akan berlaku pada Bumi jika pelanggaran antara asteroid dan Bumi terjadi?

A Kesan rumah hijau.

B Suhu Bumi menurun.
C Tanaman menjadi semakin segar.
D Gelombang pasang surut yang besar.

3
11 Puan Irma telah memasak bubur kacang dan dia ingin memastikan bubur yang dimasaknya cukup
manis. Bahagian lidah manakah yang peka terhadap rasa manis.

12 P, Q, R, dan S ialah langkah-langkah proses pengangkutan oksigen dalam darah.

P – Oksihemoglobin terurai dan oksigen dibebaskan ke sel-sel badan

Q – Oksigen meresap dari alveolus ke dalam kapilari darah
R – Oksigen bergabung dengan hemoglobin membentuk sebatian hemoglobin
S – Oksigen masuk ke peparu semasa proses tarik nafas.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan proses pengangkutan oksigen dalam darah
manusia yang betul?

A PRQS C SQRP
B SPRQ D RPSQ

13 Rajah 3 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan asap rokok terhadap peparu.

Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah ialah pemerhatian yang betul bagi eksperimen tersebut?

I Suhu meningkat
II Warna kapas kekal putih
III Larutan penunjuk hidrogen karbonat bertukar dari merah ke hijau
IV Larutan penunjuk hidrogen karbonat bertukar dari merah ke kuning

A I dan II C II dan III

B III dan IV D I dan IV

14 Yang manakah padanan betul bagi sumber dan bahan pencemar yang dihasilkan?
4
Sumber Bahan pencemar
A Asap rokok Jelaga hitam
B Ekzos kenderaan Klorofluorokarbon
C Pembakaran terbuka Karbon dioksida
D Jerebu Karbon monoksida

15 Kebanyakkan mineral tidak larut dalam air. Apakah kebaikan ciri ini?

A Mengekalkan kualiti mineral

B Mengekalkan sifat kekerasan mineral
C Memudahkan proses melombong mineral
D Membolehkan mineral kekal wujud dalam bumi

16 Antara yang berikut, yang manakah BENAR tentang sistem peredaran darah manusia?

I Jantung mempunyai empat ruang

II Semua arteri membawa darah beroksigen
III Semua arteri membawa darah keluar dari jantung
IV Semua vena membawa darah memasuki jantung

A I, II dan III C II, III dan IV

B I, III dan IV D I, II, III dan IV

17 Yang manakah antara berikut menunjukkan logam dan kaedah pengekstrakan yang betul?

Elektrolisis bijih leburan Pemanasan campuran bijih dan karbon

A Kalium dan natrium Zink dan plumbum
B Kalium dan zink Natrium dan plumbum
C Ferum dan timah Ferum dan aluminium
D Kalsium dan zink Magnesium dan emas

18 Antara faktor berikut, yang manakah menentukan kumpulan darah seseorang?

A Jenis permakanan yang diambil

B Warna dan kepekatan darah
C Jenis antigen dan antibodi
D Jenis antigen dan hormon

19 Empat batang pokok keembung yang ditanam di dalam empat pasu telah diletakkan di beberapa
kawasan berbeza. Pokok manakah yang akan layu terlebih dahulu?

A Di tepi tingkap
B Di dalam ruang tamu
C Di bawah tempat simpan kereta
D Di kawasan lapang di hadapan rumahnya

5
20 Rajah 4 menunjukkan sejenis sel darah manusia.

Rajah 4

Apakah fungsi sel darah tersebut?

A Mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan

B Mengangkut nutrien, antibodi, hormon dan enzim
C Membantu pembekuan darah untuk menghentikan pendarahan
D Melawan penyakit dengan membunuh mikroorganisma dalam badan

………….

Sila isikan jawapan BAHAGIAN A dalam ruangan di bawah.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Markah BAHAGIAN A:

20

6
BAHAGIAN B
[20 Markah]
Jawab semua soalan.

1 (a) Padankan aktiviti mengukur berikut dengan alat pengukur yang betul.

AKTIVITI MENGUKUR ALAT PENGUKUR

Jisim botol air

Angkup vernier

Diameter guli Pita Pengukur

Neraca tiga alur

[2 markah]

(b) Gariskan jawapan yang betul mengenai alat pengukuran.

(i) Ammeter digunakan untuk menilai arus elektrik dan unit S.I yang terlibat ialah meter /
Ampere / Kelvin

(ii) Alat pengukuran yang paling tepat untuk mengukur isipadu cecair ialah buret / silinder
penyukat / bikar
[2 markah]

2 (a) Tandakan (✔) bagi pernyataan yang betul tentang gelombang bunyi.

(i) Bunyi boleh merambat melalui objek bukan logam. 

(ii) Sehelai kemeja-T adalah satu pemantul bunyi yang baik.

(iii) Kita boleh mengesan bunyi dalam frekuensi 20 Hz hingga 20 000 Hz. 
(iv) Bunyi tikus mendecit ialah bunyi berfrekuensi rendah.

[2 markah]

(b) Padankan jenis medium dengan kelajuan pemindahan bunyinya.

7
[2 markah]

3 (a) Padankan organ deria dengan rangsangan yang dinyatakan.

Telinga

Kulit

Mata

[2 markah]

(b) Nyatakan BENAR atau PALSU bagi pernyataan di bawah.

Pernyataan BENAR / PALSU

(i) Imej yang jatuh pada titik buta tidak akan kelihatan. BENAR

(ii) Makanan akan berasa lebih lazat apabila hidung dipicit. PALSU

[2 markah]

4 (a) Rajah di bawah menunjukkan satu model sistem respirasi manusia. Tandakan (✔) di dalam

8
petak yang disediakan bagi bahagian yang mewakili sistem respirasi manusia yang betul.

P: Trakea

Q: Diafragma

R: Peparu

S: Bronkus

[2 markah]

(b) Bulatkan komposisi udara sedutan bagi komponen udara berikut :

Komponen Udara sedutan

21 %
Oksigen 16 %

0.03 %
Karbon dioksida 4%

[2 markah]

5 (a) Susun mineral mengikut turutan menurun kereaktifan.

Emas Aluminium Ferum Magnesium

Magnesium Aluminium Ferum Emas

, , ,

[2 markah]

(b) Mineral semula jadi wujud dalam dua keadaan iaitu mineral unsur atau mineral sebatian.
Tandakan (✔) pada mineral unsur.

(i) Ferum  (iii) Plumbum 

(ii) Bauksit (iv) Galena

[2 markah]

BAHAGIAN C

9
[60 Markah]
Jawab semua soalan

6 Ketebalan epidermis kulit berbeza pada bahagian-bahagian berbeza pada tubuh manusia. Jadual di bawah
menunjukkan ketebalan epidermis bagi beberapa bahagian tubuh manusia

Bahagian tubuh Ketebalan epidermis (µm)

Pipi 38.8
Cuping telinga 30.0
Abdomen 46.6
Lengan 74.9
Punggung 96.5

(a) (i) Berdasarkan jadual di atas, cadangkan bahagian tubuh yang paling sesuai untuk menerima
suntikan?
_________________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Jelaskan jawapan anda di a (i).

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Berikan faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Penduduk di negara sejuk lazimnya memakai penutup telinga semasa musim sejuk. Jelaskan
mengapa.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[3 markah]

(d) Bahagian kulit manakah yang digunakan oleh orang buta ketika menggunakan kaedah Braille
untuk membaca? Berikan alasan untuk jawapan anda.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]

10
7 Rajah 5 menunjukkan satu siri kereaktifan logam.

Au Ag Hg Cu Pb Sn Fe H Zn C Al Mg Ca Na K
Kereaktifan terhadap oksigen semakin bertambah

Rajah 5

(a) Logam disusun dalam siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas terhadap unsur X. Namakan
unsur X.
______________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Mengapakah unsur kalium tidak wujud sebagai unsur semula jadi dalam mineral?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Apakah yang dapat diperhatikan apabila emas dipanaskan dalam udara? Terangkan jawapan anda.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Mengapakah unsur bukan logam seperti hidrogen dan karbon ditunjukkan dalam siri kereaktifan
logam?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[1 markah]
(e) Rajah di bawah menunjukkan relau bagas yang digunakan untuk mengekstrak timah.

(i) Namakan bahan yang dialirkan keluar dari relau bagas melalui bahagian yang berlabel
R :______________________________________________________________________
S :______________________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Nyatakan contoh agen penurunan yang lazimnya digunakan untuk mengekstrak logam
daripada bijihnya di dalam relau bagas.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

11
8 (a) Rajah di bawah menunjukkan sampel darah selepas diemparkan. Namakan lapisan X, Y dan Z
yang terbentuk.

[3 markah]

(b) Nyatakan fungsi komponen darah Z dan terangkan kesan yang berlaku sekiranya seseorang
kekurangan komponen darah Z dalam badannya.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Fatimah telah kehilangan banyak darah akibat keguguran. Doktor telah mengenal pasti kumpulan
darah beliau sebagai ‘B’.

(i) Namakan kumpulan darah yang sesuai diterima oleh Fatimah.

_________________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Nyatakan dan terangkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya darah yang tidak
sepadan dipindahkan ke dalam tubuh Fatimah.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Rajah 6 menunjukkan sebuah beg berisi darah seorang penderma yang telah diuji.

Rajah 6
(i) Beg darah tersebut mengandungi beberapa bahan kimia seperti natrium sitrat. Apakah fungsi
natrium sitrat?
_________________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Nyatakan kelebihan menderma darah

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[1 markah]

12
9 Rajah di bawah menunjukkan dua balang gas A dan B yang ditelangkupkan ke atas sebatang lilin yang
menyala. Balang gas A mengandungi udara sedutan manakala balang gas B mempunyai udara hembusan.
Jam randik dalam rajah di sebelahnya pula menunjukkan masa yang diambil oleh lilin dalam balang gas
untuk padam.

(a) Ramalkan masa yang diambil oleh lilin dalam tabung gas B untuk padam. Wajarkan ramalan anda.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
[3 markah]

(b) Udara sedutan mungkin mengandungi bahan terampai seperti habuk. Sesetengah orang mengalami
alahan terhadap habuk dalam udara yang disedutnya.

(i) Alice keluar bersiar-siar di dalam taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang
berkembang mekar. Beberapa minit kemudian, Alice mula bersin berulang kali. Dapatkah
anda jelaskan apa yang berlaku kepada Alice?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[3 markah]

(ii) Apakah amalan yang sepatutnya Alice lakukan apabila pergi bersiar-siar di taman bunga?
__________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) “Seorang perokok pasif akan mengalami kesan yang sama dengan perokok aktif.”

Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas? Wajarkan.

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
[3 markah]

13
10 (a) Rajah 7.1 menunjukkan perbualan antara dua rakan tentang alam sekitar.

Mestilah ada! Melalui

perkembangan sains dan
Lily, adakah cara lain yang teknologi, kita dapat
lebih efektif untuk memanfaatkannya untuk
mengawal pencemaran mengawal pencemaran
udara selain mengetatkan udara.
undang-undang?

Rajah 7.1

Jelaskan dengan memberi contoh bagaimanakah sains dan teknologi dapat membantu kita
mengawal pencemaran udara yang semakin teruk ini?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
[3 markah]

(b) Rajah 10.2 menunjukkan suatu situasi yang pernah berlaku di Malaysia pada bulan September 2019.

Rajah 7.2

(i) Berdasarkan rajah 7.2, nyatakan masalah yang dialami dan berikan punca.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Huraikan kesan kesihatan yang dialami oleh rakyat akibat situasi tersebut.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Kebakaran adalah suatu yang perlu kita elakkan. Nyatakan sikap berjaga-jaga yang boleh kita ambil
di rumah kita untuk mengelakkan kebakaran.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
[3 markah]

14
11 (a) Rajah 8 menunjukkan trak yang digunakan untuk menabur garam di permukaan jalan bersalji yang
mempunyai sedikit air.

Rajah 8

(i) Wajarkan kebaikan kaedah tersebut kepada pemandu.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Adakah kaedah tersebut sesuai untuk kawasan bersalji yang mana semua air telah membeku?
Terangkan.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) (i) Sebelum air sampai ke rumah pengguna, air telah melalui proses pembersihan dalam loji
pembersihan air. Pada pendapat anda, adakah air daripada pili air itu selamat untuk diminum
terus?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Proses pembersihan air untuk memastikan setiap penduduk menerima air bersih menelan kos
yang besar. Penggunaan air yang tidak terkawal boleh menyebabkan pembaziran. Banyak
aktiviti harian yang kita jalani setiap hari melibatkan pembaziran air tanpa kita sedari.

Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan kelestarian air.

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]

15
(c) Sempena Minggu Sains, anda dikehendaki mencipta satu penuras air mudah dengan menggunakan
bahan-bahan yang diberi.

Lakarkan penuras air yang dicipta dan terangkan kaedah penghasilannya.

Penerangan:
_____________________________________________________________________________

(2 markah)

-KERTAS SOALAN TAMAT-

16

Anda mungkin juga menyukai