Anda di halaman 1dari 24

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3


STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

TAFSIRAN
o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid Instrumen o : : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

TAFSIRAN BAND
BAND 1 2 3 4 PERNYATAAN BAND TAHU TAHU DAN FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

BAND
1 2 3

PERNYATAAN STANDARD
Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka. Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual. Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional. Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik. Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

BAND
1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD
B1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

DESKRIPTOR
B1D1 Menyatakan dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan pada sumber alam , buatan manusia , hasil seni visual dan kraf tradisional.

EVIDENS
B1D1E1 Menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan pada sumber alam dan buatan manusia B1D1E2 Menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan pada hasil seni visual B1D1E3 Menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan pada kraf tradisional

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

2 Tahu dan Faham

B2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia, hasil seni visual dan kraf tradisional.

B2D1 Menjelaskan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka pada sumber alam, benda buatan manusia, hasil seni visual dan kraf tradisional.

B2D1E1 Menjelaskan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan pada sumber alam dan benda buatan manusia. B2D1E2 Menjelaskan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan pada hasil karya Seni Halus. B2D1E3 Menjelaskan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan pada hasil karya Komunikasi Visual. B2D1E4 Menjelaskan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan pada hasil karya Kraf Tradisional.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3 Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.

B3D1 Mengaplikasikan Asas Seni Reka dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional berdasarkan gubahan idea.

B3D1E1 Menghasilkan lakaran lukisan berdasarkan gubahan idea asas dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka. B3D1E2 Menghasilkan lakaran catan berdasarkan gubahan idea asas dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka. B3D1E3 Menghasilkan lakaran arca berdasarkan gubahan idea asas dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka. B3D1E4 Menghasilkan lakaran cetakan berdasarkan gubahan idea asas dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka. B3D1E5 Menghasilkan lakaran idea reka bentuk grafik berdasarkan gubahan idea asas dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka. B3D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka corak dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui proses penghasilan kraf batik atau tenunan.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

10

B3D2 Menghasilkan karya seni visual menerusi penerokaan proses, alat, media dan teknik berdasarkan gubahan dan reka bentuk asas.

B3D2E1 Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka menerusi lakaran, penerokaan proses, media dan teknik berdasarkan gubahan asas. B3D2E2 Menghasilkan catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran catan, penerokaan proses, media dan teknik berdasarkan gubahan asas. B3D2E3 Menghasilkan reka bentuk arca teknik acuan, luakan atau timbulan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik. B3D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil (sutera saring) dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik asas. B3D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik risalah atau pembungkusan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik. B3D2E6 Menghasilkan batik atau tenunan yang mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea motif dan reka corak

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

11

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab

B4 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.

B4D1 Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional berdasarkan idea dan proses.

B4D1E1 Menghasilkan lakaran idea lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan gubahan yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan lukisan dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek. B4D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan gubahan yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan catan dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B4D1E3 Menghasilkan lakaran idea arca dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik. B4D1E4 Menghasilkan lakaran idea cetakan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

12

B4D1E5 Menghasilkan lakaran idea reka bentuk grafik risalah atau pembungkusan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi penekanan kepada ilustrasi, mukataip dan reka letak. B4D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka corak batik atau tenunan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul. B4D2 Menggunakan media yang sesuai dan teknik yang betul serta membuat kemasan di dalam gubahan penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional. B4D2E1 Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan gubahan idea, penerokaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul serta mempunyai kemasan dengan memberi penekanan kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek. B4D2E2 Menghasilkan catan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan gubahan idea, penerokaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul serta mempunyai kemasan dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek. B4D2E3 Menghasilkan arca dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan gubahan idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul serta mempunyai kemasan dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D). DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

13

B4D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau sutera saring dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan gubahan idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul serta mempunyai kemasan dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan. B4D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik risalah atau pembungkusan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media dan teknik yang sesuai serta mempunyai kemasan dengan memberi penekanan kepada ilustrasi, mukataip, warna dan reka letak. B4D2E6 Menghasilkan batik atau tenunan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka, berdasarkan gubahan idea, penggunaan media yang sesuai serta proses dan teknik yang betul serta mempunyai kemasan dengan memberi penekanan kepada motif dan reka corak. B4D3E1 Mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa menjalankan aktiviti penghasilan seni visual seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan berkeyakinan diri. B4D4E1 B4D3 Mempamerkan dan memperihalkan hasil karya Mengamalkan nilai kendiri yang baik sendiri. semasa menjalankan aktiviti.

B4D4 DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

14

Membuat apresiasi terhadap karya sendiri.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

15

BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Terpuji

PERNYATAAN STANDARD B5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mengikut proses penghasilan serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik

DESKRIPTOR B5D1 Menghasilkan lakaran karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang mempunyai tema dan mengaplikasikan Asas Seni Reka dengan betul dan kreatif

EVIDENS B5D1E1 Menghasilkan lakaran idea lukisan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul dan kreatif berdasarkan gubahan yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B5D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul dan kreatif berdasarkan gubahan yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B5D1E3 Menghasilkan lakaran idea arca mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul dan kreatif berdasarkan gubahan yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dalam penghasilan arca dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D). B5D1E4 Menghasilkan lakaran idea cetakan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul dan kreatif berdasarkan gubahan yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

16

B5D1E5 Menghasilkan lakaran idea risalah atau pembungkusan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul dan kreatif berdasarkan gubahan yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik dengan memberi penekanan kepada mukataip, ilustrasi, gubahan warna dan reka letak. B5D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka corak batik atau tenunan yang menarik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul dan kreatif berdasarkan gubahan yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul. B5D2 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang kreatif serta membuat kemasan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media dan teknik yang betul dan sesuai. B5D2E1 Menghasilkan lukisan yang kreatif mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul berdasarkan gubahan idea, penggunaan media , proses dan teknik yang sesuai dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B5D2E2 Menghasilkan catan yang kreatif mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul berdasarkan gubahan idea, penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

17

B5D2E3 Menghasilkan arca yang kreatif mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul berdasarkan gubahan idea dan penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D). B5D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau sutera saring yang kreatif dan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul berdasarkan lakaran idea dan penggunaan media proses dan teknik yang sesuai dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan. B5D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik risalah atau pembungkusan yang kreatif dan mengikut tema, dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul berdasarkan gubahan idea, penggunaan media dan teknik yang sesuai dengan memberi penekanan kepada mukataip, ilustrasi, gubahan warna dan reka letak. B5D2E6 Menghasilkan batik atau tenunan yang kreatif dan menarik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul berdasarkan gubahan idea, penggunaan media, serta proses dan teknik yang sesuai dengan memberi perhatian kepada reka corak. B5D3 Mendokumentasikan maklumat tentang perkembangan seni visual di Malaysia dan kaitannya dengan pengaruh Seni Islam , Seni Barat dan serantau DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013) B5D3E1 Menghasilkan jurnal seni visual tentang salah satu hasil karya Seni Halus atau Komunikasi Visual atau Kraf Tradisonal dalam kehidupan budaya tempatan dan kaitannya dengan pengaruh Seni Islam, Seni Barat dan serantau.

18

B5D3E2 Menghasilkan jurnal seni visual tentang peralatan tradisional atau alat permainan atau perhiasan diri dalam kehidupan budaya tempatan dan kaitannya dengan pengaruh Seni Islam, Seni Barat dan serantau.

B5D4 B5D4E1 Mengamalkan nilai kendiri yang Mengamalkan nilai kendiri yang terpuji semasa terpuji semasa menjalankan aktiviti. menjalankan aktiviti penghasilan seni visual seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakin diri.

B5D5 B5D5E1 Membuat apresiasi terhadap hasil Menghargai sumber alam ciptaan Tuhan dalam karya sendiri menggunakan bahasa proses penghasilan karya. seni. B5D5E2 Mempamer dan memperihal hasil karya sendiri dengan menggunakan bahasa seni.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

19

BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Adab Mithali

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

B6D1 Menghasilkan lakaran karya Halus, Komunikasi Visual dan Tradisional yang kreatif, betul unik dengan mengaplikasi Asas Reka dan mempunyai elemen tambah.

Seni Kraf dan Seni nilai

B6D1E1 Menghasilkan lakaran idea lukisan yang menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul, kreatif dan unik menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B6D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul, menerusi penerokaan dan penelitian pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B6D1E3 Menghasilkan lakaran idea arca yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul menerusi penerokaan dan penelitian pelbagai media dan teknik dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D). B6D1E4 Menghasilkan lakaran idea yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul menerusi penerokaan dan penelitian pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

20

B6D1E5 Menghasilkan lakaran idea risalah atau pembungkusan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik, secara manual atau berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). B6D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka corak batik atau tenunan yang kreatif dan unik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul. B6D2 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang kreatif dan unik dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media dan teknik mengikut prosedur yang betul, secara manual dan berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). B6D2E1 Menghasilkan lukisan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, menerusi penggunaan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B6D2E2 Menghasilkan catan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, menerusi penggunaan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

21

B6D2E3 Menghasilkan arca yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea menerusi penggunaan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada bentuk konkrit (3D). B6D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau sutera saring yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea dan penggunaan media, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan B6D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik risalah atau pembungkusan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea yang kreatif dan unik, serta menggunakan media dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada mukataip, ilustrasi, gubahan warna dan reka letak. B6D2E6 Menghasilkan batik atau tenunan yang kreatif dan unik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada reka corak dan kemasan.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

22

B6D3 B6D3E1 Memahami dan mengetahui proses Menyediakan portfolio hasil karya sendiri penghasilan karya mengikut format berdasarkan tema kajian dan lakaran olahan idea, portfolio penerokaan, penggunaan media dan teknik. B6D4 Mendokumentasikan maklumat tentang perkembangan seni visual di Malaysia dalam kehidupan budaya tempatan dan kaitannya dengan pengaruh Seni Islam, Seni Barat dan serantau serta membuat apresiasi dan penghargaan B6D4E1 Menghasilkan jurnal seni visual lengkap tentang salah satu hasil karya Seni Halus atau Komunikasi Visual atau Kraf Tradisional dalam kehidupan budaya tempatan dan kaitannya dengan pengaruh Seni Islam, Seni Barat dan serantau. B6D4E2 Menghasilkan jurnal seni visual yang lengkap tentang peralatan tradisional atau alat permainan tradisional atau perhiasan diri dalam kehidupan budaya tempatan dan kaitannya dengan pengaruh Seni Islam, Seni Barat dan serantau. B6D4E3 Mendokumentasi cara memelihara , mengekal dan memajukan peralatan tradisional atau alat permainan tradisional atau perhiasan diri. B6D5 Membudayakan nilai kendiri terpuji yang boleh dicontohi semasa menjalankan aktiviti. B6D5E1 Mengamal nilai baik semasa menjalankan aktiviti seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakin diri dan menjadi contoh yang baik kepada rakan sebaya. B6D5E2 Menjadi pembimbing menjalankan aktiviti.

rakan

sebaya

sewaktu

B6D6 B6D6E1 Membuat apresiasi terhadap hasil Mempamerkan dan membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan hasil karya rakan. hasil karya sendiri dan hasil karya rakan menggunakan bahasa seni. DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

23

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (JULAI 2013)

24

Anda mungkin juga menyukai