Anda di halaman 1dari 2

TUGAS-TUGAS

KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS


1.
Ketua dan penolong ketua kelas adalah orang yang bertanggungjawab
menjaga pelajar dan kelas semasa ketiadaan guru.
2.
Ketua dan penolong ketua kelas bertanggungjawab ke atas buku
laporan disiplin kelas.
3.
Ketua dan kelas ketua kelas mesti mencari guru sekiranya guru tidak
hadir ke kelas selepas 5 minit.
4.
Ketua dan penolong kelas mesti memastikan pelajar membersihkan
kelas sekiranya tiada perhimpunan pada jam 6.40 pagi.
5.
Dalam apa jua keadaan, ketua dan penolong ketua kelas mesti
sentiasa memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat, kemas dan
ceria. Ketua dan penolong ketua kelas bolehlah meminta AJK kelas berfungsi
mengikut jawatan yang disandang. Minta kerjasama rakan-rakan di dalam
kelas untuk bertanggungjawab bersama.
6.
Sebarang kemalangan dan kejadian di dalam kelas adalah menjadi
tanggungjawab ketua dan penolong ketua tingkatan untuk terus
melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas. Sekiranya guru kelas 1 tiada
pada hari kejadian maka terus laporkan kepada guru disiplin.
7.Ketua dan penolong ketua kelas wajib memastikan buku laporan disiplin
dan sentiasa merekodkan salah laku pelajar dihantar kepada ketua guru
disiplin di bilik sahsiah setiap hari jumaat sebelum waktu rehat jam 9.40
pagi. Kegagalan ketua dan penolong ketua kelas berbuat demikian boleh
mengakibatkan Ketua dan penolong ketua kelas dipanggil ke bilik disiplin
untuk disiasat dan diberi denda.
8.
Ketua dan penolong ketua kelas
pengawas mengawal kelas setiap masa.

bertanggungjawab

membantu

9.
Ketua dan penolong ketua kelas bertanggungjawab membantu
pengawas dan guru memastikan kekemasan diri pelajar di dalam kelas
masing-masing.
1

10. Ketua dan penolong ketua kelas bertanggungjawab membantu


pengawas dan guru memastikan harta benda sekolah terjaga dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai