Anda di halaman 1dari 2

TUGAS KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

1. Ketua dan penolong ketua tingkatan adalah orang yang bertanggungjawab


menjaga pelajar dan kelas semasa ketiadaan guru.
2. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab ke atas buku kawalan
kelas.
3. Ketua dan penolong ketua tingkatan mesti mencari guru sekiranya guru tidak
hadir ke kelas selepas 5 minit.
4. Ketua dan penolong ketua tingkatan mesti memastikan pelajar berbaris di luar
kelas sekiranya tiada perhimpunan pada jam 7.20 pagi.
5. Pelajar tidak boleh masuk ke kelas dan mesti berada dalam barisan sehingga
guru masa pertama masuk ke kelas. Sekiranya 5 minit selepas selesai bacaan
doa dan pengumuman guru tidak hadir ke kelas maka ketua dan penolong ketua
tingkatan mesti mencari guru masa pertama di bilik guru. Jika tiada di bilik guru,
sila rujuk di pejabat.
6. Dalam apa jua keadaan, ketua dan penolong ketua tingkatan mesti sentiasa
memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat, kemas dan ceria. Ketua dan
penolong ketua tingkatan bolehlah meminta AJK kelas berfungsi mengikut
jawatan yang disandang. Minta kerjasama rakan-rakan di dalam kelas untuk
bertanggungjawab bersama.
7. Sebarang kemalangan dan kejadian di dalam kelas adalah menjadi
tanggungjawab ketua dan penolong ketua tingkatan untuk terus melaporkan
perkara tersebut kepada guru kelas. Sekiranya guru kelas tiada pada hari
kejadian maka terus laporkan kepada guru disiplin.
8. Ketua dan penolong ketua tingkatan wajib memastikan buku kawalan kelas
dihantar dan diletakkan di rak mengikut kelas masing-masing di bilik sahsiah
setiap hari selepas waktu terakhir. Kegagalan ketua dan penolong ketua
tingkatan berbuat demikian boleh mengakibatkan Ketua dan penolong ketua
tingkatan dipanggil ke bilik siasah untuk disiasat dan diberi penalti.
9. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab membantu pengawas
mengawal kelas setiap masa.
10. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab membantu pengawas
dan guru memastikan kekemasan diri pelajar di dalam kelas masing-masing.

Senarai Kehadiran Program Kursus Kepimpinan


Ketua dan Pen.Ketua Tingkatan (23/04/16)

Bil

Nama

Kelas

Jawatan

Anda mungkin juga menyukai