Anda di halaman 1dari 21

BUKU PERGERAKAN/OUTING

PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA
ANGKA GILIRAN
ALAMAT RUMAH

TELEFON PENJAGA

MAKLUMAT DORM

TAHUN DORM
1 SVM
2 SVM
1 DVM
2 DVM

PERHATIAN :
JIKA BUKU PERGERAKAN INI HILANG ATAU DIJUMPAI, SILA KEMBALIKAN
KEPADA ;
PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN
KOLEJ VOKASIONAL GERIK
JALAN KUALA RUI
33300 GERIK, PERAK
TEL : 05-7916288/05-7916488
PENERANGAN

1. Buku Pergerakan ini adalah tertakluk kepada syarat keluar masuk Kolej
Kediaman yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
2. Setiap penghuni Kolej Kediaman diwajibkan memiliki buku ini bagi
tujuan rekod keluar masuk Kolej Kediaman.
3. Buku ini hendaklah sentiasa ditunjukkan kepada pihak kawalan
keselamatan apabila hendak masuk dan keluar dari Kolej Kediaman.
4. Buku ini hendaklah sentiasa dijaga untuk mengelak dari sebarang
kehilangan dan kecurian.
5. Buku ini hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengurusan Kolej
Kediaman Gerik jika didapati hilang dan dijumpai di mana-mana.

PERAKUAN

Atas segala kuasa yang telah diperuntukkan, maka dengan ini diperuntukkan
kuasa kepada Ketua Warden dan warden-warden melaksanakan
tanggungjawab sebagaimana yang telah diperuntukkan dengan membuat
teguran atau mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan supaya semua
penghuni Kolej Kediaman dapat mematuhi segala peraturan yang termaktub
dalam “Peraturan Disiplin Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia”.

COP & TANDATANGAN


PENGETUA /PENGARAH

1
1.0 PERATURAN AM DI KOLEJ KEDIAMAN
Peraturan kolej kediaman yang disediakan ini adalah untuk panduan penghuninya dan
menjadikan setiap penghuninya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Mana-mana
pelajar yang kurang selesa perlulah datang dan berbincang dengan Warden, Ketua Warden,
Pengarah atau wakilnya.
Pelajar hendaklah berkelakuan baik sepanjang berada di kolej kediaman.
Pelajar perlu menghormati pensyarah / warden / pengawas / ketua asrama dan sentiasa
mematuhi arahan mereka.
Pelajar perlu mematuhi jadual waktu harian / cuti yang disediakan oleh pengurusan kolej
kediaman.
Pelajar perlu mematuhi peraturan kolej dan kolej kediaman yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan kolej.
Pelajar dilarang berada di dalam dorm ketika sesi persekolahan, solat berjemaah dan kelas
persediaan malam.

Berikut merupakan salahlaku yang boleh dikenakan hukuman:


Jenayah
Bergaduh / buli / keluar dari kolej kediaman tanpa kebenaran (fly) / pelacuran / mencuri /
bawa minuman keras / menyimpan senjata / berjudi / salahguna dadah / membawa dan
merokok.
Kurang Sopan
Melawan warden / pengawas asrama / mengganggu dan mengejek orang lain / provokasi /
berdua-duaan lelaki dan perempuan di kawasan asrama, dewan makan, surau atau
kawasan yang jauh dari pandangan orang lain.
Berunsurkan Lucah
Mengintai / bercumbu / tidur berdua-duaan (melakukan hubungan sejenis/tidak sejenis) /
mengeluarkan kata-kata lucah / membawa bahan lucah / menconteng, menulis, melukis
menyimpan dan menonton bahan lucah.
Tidak Kemas
Berpakaian tidak kemas / berkuku panjang / tidak mengemas katil dan almari / tidak
menjaga kebersihan dorm.
Vandelisme
Merosakkan harta kolej / menconteng / penyalahgunaan elektrik (penyambungan extension).
Tidak Jujur
Berbohong / menipu / tidak amanah / mencuri / mengambil barang orang lain / tidak jelaskan
yuran.

2
2.0 JADUAL HARI PENGAJIAN
Jadual Harian

MASA AKTIVITI CATATAN

5.30 PAGI BANGUN SEBELUM SUBUH PENGURUSAN DIRI


6.00 PAGI SOLAT SUBUH BERJEMAAH WAJIB SEMUA PELAJAR
6.30 PAGI KULIAH SUBUH WAJIB SEMUA PELAJAR
6.45 PAGI SARAPAN PAGI DEWAN MAKAN
7.30 PAGI ROLL CALL PAGI BLOK MASING-MASING
7.45 PAGI BERGERAK KE BILIK KULIAH/BENGKEL SEMUA PELAJAR
8.00 PAGI KULIAH AKADEMIK /AMALI BENGKEL SEMUA PELAJAR
12.30 TGHRI MAKAN TENGAHARI SEMUA PELAJAR
1.00 PETANG SOLAT ZOHOR BERJEMAAH SEMUA PELAJAR
1.45 PETANG TAZKIRAH ZOHOR PELAJAR DVM
2.00 PETANG KULIAH AKADEMIK /AMALI BENGKEL PELAJAR SVM/DVM
4.30 PETANG SOLAT ASAR BERJEMAAH PELAJAR SVM/DVM
5.30 PETANG MINUM PETANG SEMUA PELAJAR
5.45 PETANG BERSUKAN MENGIKUT KEPERLUAN
6.30 PETANG MAKAN MALAM SEMUA PELAJAR
7.00 PETANG SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH WAJIB SEMUA PELAJAR
7.45 MALAM KULIAH MAGHRIB WAJIB SEMUA PELAJAR
8.45 MALAM SOLAT ISYAK BERJEMAAH WAJIB SEMUA PELAJAR
9.00 MALAM KELAS PREP/ULANGKAJI PELAJARAN BILIK PREP SVM/DVM
10.30 MALAM MINUM MALAM SEMUA PELAJAR
11.30 MALAM LIGHT OFF SEMUA DORM

Peraturan Tambahan Jadual Harian


Semua pelajar kolej kediaman perlu melibatkan diri semasa gotong-royong hujung minggu.
Warden bertugas akan membuat pemeriksaan pada pukul 10.15 pagi setiap hari Sabtu.
Kebenaran keluar ke Bandar (outing) bergantung pada warden bertugas.
Pelajar dibenarkan menonton televisyen pada waktu bebas pelajar, hari cuti umum atau am
dan cuti hujung minggu bermula pada waktu-waktu sesuai sehingga pukul 10.00 malam
sahaja.
Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam dorm atau kawasan sekitar blok semasa waktu
pengajian dan pada waktu solat fardhu setiap hari. Pagar blok akan dikunci semasa waktu
pengajian oleh warden blok/pengawal keselamatan pada jam 7.15 pagi dan akan dibuka
pada jam 5.15 petang atau selepas solat Asar berjemaah.
3
Jadual yang diberikan adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

3.0 KELAS-KELAS PERSEDIAAN BELAJAR MALAM.


Kelas persediaan
Kehadiran adalah WAJIB untuk semua pelajar kolej kediaman.

Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan menganggu pelajar lain semasa kelas
persediaan berlangsung.
Pelajar lelaki dan perempuan perlu berada di tempat kelas
belajar yang ditetapkan.
Penggunaan perpustakaan tertakluk kepada kebenaran warden.
Pelajar yang membuat bising atau tidur dianggap telah melakukan
kesalahan disiplin. MPP bertanggungjawab untuk membuat laporan
kepada warden / Ketua warden.
Belajar Lewat Malam
Belajar lewat malam adalah tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, pelajar boleh
menggunakan bilik persediaan yang disediakan sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja.
Pelajar tidak dibenarkan berada di tempat lain selain daripada dorm selepas jam 12.00
tengah malam. Tindakan boleh dikenakan jika ada pelajar yang ingkar.

4.0 PAKAIAN
Keluar Bandar / Balik Kampung / Ke Kolej Kediaman
Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam kolej kediaman dan berkasut. (Baju korporat
kolej, T-shirt rasmi kolej, T-shirt kolej kediaman dan berseluar slack).
Semasa Bermain/Sukan/Riadah
Pelajar perlu memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat semasa melakukan aktiviti.
Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa melakukan aktiviti.
Semasa Kelas Persediaan Malam
Pelajar lelaki berpakaian baju melayu atau jubah.
Pelajar perempuan perlulah memakai pakaian baju kurung atau jubah.
Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai seluar kecuali pelajar bukan Islam.

4
Pakaian Seharian
Pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam)
Semasa Makan Di Dewan Makan
Pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat.
Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai seluar kecuali pelajar bukan Islam dan
memakai pakaian yang bersih.
Pelajar perempuan perlu memakai pakaian baju kurung atau jubah ketika makan malam dan
supper.
Semasa Aktiviti Kokurikulum
Sukan dan Permainan
Pakaian sukan dan memakai kasut
Kelab dan Persatuan
Pakaian kemas dan memakai kasut
Unit Beruniform
Pakaian unit berunifom / T-shirt kolej dan memakai kasut
Semasa persediaan diri
Pelajar mesti memakai pakaian yang kemas dan menutup aurat ketika berada di dalam
dorm atau semasa berada di bilik air.
Pelajar perempuan tidak dibenarkan berada di koridor dalam keadaan tidak menutup aurat.

5.0 DEWAN MAKAN


Waktu makan – ikut jadual yang ditetapkan
Pelajar mesti beratur mengambil makanan dan tidak dibenarkan berebut-rebut.
Kebersihan Dewan Makan adalah tanggungjawab bersama para penghuni.
Pelajar yang menyertai sebarang pertandingan di luar kolej boleh memaklumkan terlebih
dahulu untuk membuat tempahan makanan di Dewan Makan.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bahagian dapur dewan makan
Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan atau peralatan makanan keluar dari dewan
makan
Jawatankuasa Makanan
Menyediakan laporan bertulis tentang penyediaan makanan pada tiap-tiap hari.
Melaporkan kepada warden mana-mana pelajar yang melanggar peraturan dewan makan.
Pelajar yang menghadapi masalah pemakanan hendaklah berbincang dengan Penyelia
Asrama dengan membawa surat akuan doktor.
5
Pelajar perlu meletakkan pinggan dan gelas ke dalam bekas yang disediakan selepas
makan.

6.0 KELUAR MASUK KOLEJ KEDIAMAN


Pelajar-pelajar hanya dibenarkan pulang ke kampung mengikut ketetapan oleh pihak kolej.
Keluar ke Bandar (Outing)
Semua pelajar dibenarkan keluar ke bandar pada hari-hari tertentu sahaja.
Pelajar dikehendaki mendaftarkan diri di pondok pengawal sewaktu keluar dan pulang
daripada outing dan mengikut masa yang ditetapkan.
Pelajar-pelajar yang outing wajib menggunakan pakaian t-shirt kolej kediaman.
Pelajar-pelajar dibenarkan outing seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang bersama
penjaga dan jam 2.00 petang hingga 6.00 petang bagi pelajar yang outing tanpa penjaga.
Pelajar hanya dibenarkan outing sekali sahaja samada bersama penjaga atau outing sendiri.
Buku outing perlu dikumpulkan sebelum diserahkan kepada warden bertugas untuk
ditandatangani.
Balik Kampung
Setiap pelajar mestilah mempunyai Buku Kebenaran Balik Kampung dan Keluar ke Bandar
yang disimpan oleh warden blok masing-masing.
Pelajar yang ingin balik selain balik wajib mestilah memohon kebenaran daripada Warden
dan mengemukakan surat dan cop daripada pejabat HEM. Permohonan hendaklah dibuat
selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari hari Rabu minggu berkenaan.
Pelajar hendaklah datang semula ke asrama SELEWAT-LEWATNYA pada pukul 6.00
petang hari Ahad/selepas tamat cuti
Pelajar perlu memastikan waris menandatangani buku kebenaran balik kampung.

7.0 IBADAT
Tuntutan Ibadat
Diwajibkan menunaikan Rukun Islam dan aktiviti agama yang diadakan di kolej dan kolej
kediaman (Solat berjemaah, solat jumaat, berpuasa, menutup aurat, ceramah dan menjaga
adab pergaulan)
Pelajar yang menunjukkan akhlak yang buruk serta ingkar dan malas menunaikan tuntutan
Agama Islam boleh DISINGKIR dari kolej kediaman.
Pelajar tidak dibenarkan mengamalkan ajaran sesat.

6
8.0 PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN AIR
Menjimatkan penggunaan air dan elektrik.
Tidak dibenarkan mencuci pakaian kotor selepas pukul 11.00 malam.
Sambungan elektrik secara haram tidak dibenarkan.
Alat-alat persendirian yang menggunakan elektrik tidak dibenarkan dibawa ke kolej
kediaman / kolej (kecuali Komputer).
Jaga keselamatan peralatan elektrik kolej.
Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang alat elektronik termasuklah telefon bimbit,
tablet dan alat telekomunikasi lain. Sebarang kehilangan yang berlaku adalah
tanggungjawab pelajar sendiri.

9.0 KEGIATAN KOKURIKULUM


Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum kolej/ kolej
kediaman seperti persatuan, permainan atau sukan dan unit beruniform.
Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di dalam dan di luar kolej hendaklah mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Semua pelajar perlu berada di kawasan permainan untuk menjalankan aktiviti atau kawasan
yang selamat untuk melakukan aktiviti.
Dilarang bermain ketika hari hujan, berguruh atau berkilat.
Pelajar dibenarkan membawa alat-alat permainan sukan sendiri dan perlu memaklumkan
kepada warden.
Pelajar tidak dibenarkan menjemput pasukan luar atau kumpulan luar bermain atau apa juga
aktiviti TANPA KEBENARAN BERTULIS daripada Pengarah atau wakilnya.

10.0 KESELAMATAN DAN KEBAKARAN DI KOLEJ KEDIAMAN


Tindakan Ketika Berlaku Kebakaran
Loceng Amaran akan dibunyikan secara berterusan dengan panjang.
Amaran lain ialah laungan “API, API, API….
Telefon nombor 999 untuk menghubungi Bomba dan Polis.
Pelajar hendaklah bersegera turun mengikut laluan yang telah ditetapkan
Utamakan keselamatan diri daripada harta benda.
Kejutkan kawan yang tidur sebelum turun menyelamatkan diri.
Jangan panik, gugup, tergopoh-gapah, berebut-rebut atau melaung tidak tentu arah.
Semua pelajar dikehendaki berkumpul di padang kolej.

7
MPP dan pengawas asrama dikehendaki mengarahkan pelajar bergerak ke tempat yang
ditetapkan.
Tindakan Mencegah Kebakaran
Pelajar dilarang menggunakan lilin, pelita, ubat nyamuk dan sebarang alat yang boleh
menyebabkan punca kebakaran tidak dibenarkan.
Pelajar hendaklah melaporkan kepada Penyelia Asrama / warden jika berlaku sebarang
kerosakan elektrik.
Latihan menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran akan dijalankan dari semasa ke
semasa.
Semua alat pemadam api hendaklah dijaga dengan baik dan tidak digunakan sesuka hati
atau sengaja menggunakannya.

11.0 BILIK/ DORM


Katil dan loker ditentukan oleh pihak kolej. Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat
pertukaran dorm tanpa kebenaran dan menginap di dorm lain.
Setiap dorm mesti melantik Ketua Dorm dan Penolong.
Mestilah sentiasa kemas, bersih dan tersusun. Kain cadar hendaklah dipasang rapi, bantal
bersarung, tuala dan pakaian disidai di tempat sidaian yang disediakan.
Pelajar TIDAK DIBENARKAN memindah keluar/masuk apa-apa perabot / harta benda kolej
tanpa kebenaran warden.
Wajib menjaga kebersihan dalam dorm dan kawasan sekitar kolej kediaman (selipar dan
kasut disusun di tempat yang disediakan).
Setiap dorm wajib mempunyai carta organisasi dan jadual bertugas harian masing-masing.
Ketua/AJK wajib melaporkan pelajar yang tidak ada semasa pemeriksaan malam.
Tidak dibenarkan membawa alat-alat komunikasi seperti telefon bimbit, radio, kamera &
sebagainya. Pihak kolej kediaman tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan.
Pemeriksaan Dorm akan diadakan setiap pagi.
Pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan permainan mistik.

12.0 BILIK RAWATAN DAN REHAT


Dibawah kawalan dan tanggungjawab Penyelia Asrama/warden
Penyelia asrama/warden dengan bantuan MPP biro kebajikan bertanggungjawab dalam:
Mengawas dan menjaga kebersihannya
Mengurus pesakit dan mendapatkan rawatan
Menguruskan makan minum.

8
Pelajar yang tinggal dalam bilik sakit mestilah mendapatkan kebenaran daripada warden /
pensyarah bertugas dan penyelia asrama
Pelajar-pelajar lain dilarang masuk ke dalam bilik sakit.

13.0 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI


Kebersihan
Pelajar perlu memastikan koridor bersih daripada sebarang pakaian, bekas makanan dan
lain-lain
Pemeriksaan kebersihan kolej kediaman akan sentiasa diadakan oleh warden bertugas
harian
Kebersihan bilik di kolej kediaman adalah tanggungjawab setiap ahli. Penghuni dorm yang
kotor akan didenda.
Kebersihan kawasan kolej kediaman adalah tanggungjawab semua penghuni.
Dewan makan, bilik bacaan, bilik tetamu, koriror bilik dorm, bilik air, dan tandas mestilah
sentiasa dijaga kebersihannya.
Gunakan tong sampah yang disediakan.
Kesihatan
Jika berlaku sebarang kes kesihatan segera hubungi warden blok/warden bertugas

14.0 KESELAMATAN
Dilarang keras membuli / bergaduh / bertumbuk, mencetuskan pergaduhan atau menghasut
/ batu api. Pelajar yang didapati melakukan kesalahan ini akan DIBUANG kolej kediaman
tanpa amaran dan tidak boleh merayu.
Keselamatan harta benda pelajar adalah tanggungjawab masing-masing. Pelajar
dikehendaki mengunci loker / almari kepunyaan sendiri.
Dilarang keras membawa senjata tajam.
Semua peraturan kolej dan kolej kediaman wajib dipatuhi. Tindakan keras akan dikenakan
jika gagal mengikut peraturan.
Pelajar dilarang keras membuat sambungan elektrik.

15.0 LARANGAN MEMBAWA MASUK MAKANAN DARI LUAR DAN BERNIAGA


Sebarang bentuk perniagaan tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas kebenaran pihak
kolej dan kolej kediaman.
Jika didapati pelajar melakukan kesalahan ini TINDAKAN boleh diambil (merampas
barangan pernigaan dengan serta merta dan tindakan lanjut bergantung kepada
pengurusan kolej kediaman)
9
16.0 PELAWAT
Waktu melawat kolej kediaman adalah pada hari Sabtu dan Ahad / hari kelepasan awam
dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang.
Semua pelawat (termasuk ibu bapa/penjaga) tidak dibenarkan berada dalam kawasan kolej
kediaman tanpa kebenaran
Penghuni kolej kediaman DILARANG menjemput orang luar atau pelajar harian masuk ke
kawasan kolej atau kolej kediaman.
Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej kediaman dan naik ke dorm pelajar.
Lawatan di luar waktu (perkara 18.1) boleh dipertimbangkan jika ibubapa/penjaga sendiri
berjumpa Timbalan Pengarah Sokongan Akademik(TPSA), Ketua Warden atau Warden.
Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan membawa pulang pelajar (selain dari waktu yang telah
ditetapkan) kecuali mendapat kebenaran dari Pengarah atau wakilnya.

17.0 KEROSAKAN PERALATAN / KELENGKAPAN / KEMUDAHAN


Pelajar yang sengaja merosakkan kemudahan, kelengkapan dan peralatan di kolej/kolej
kediaman hendaklah membayar harga barang-barang tersebut atau menggantikannya
dengan yang baru dan serupa.

18.0 HUKUMAN DAN TATATERTIB


KEKEMASAN DIRI / KETERAMPILAN PELAJAR
RAMBUT PANJANG

Kali 1 Amaran lisan/ maklumkan kepada ibubapa

Kali 2 Rambut digunting dengan bayaran RM 2.00 tanpa


amaran / Kaunseling
KESALAHAN

Kali 3 Rambut digunting dengan bayaran RM 4.00 tanpa


amaran / Kaunseling

Berikutnya Kerja Amal

RAMBUT BERFESYEN

Kali 1 Amaran lisan/ maklumkan kepada ibubapa

Kali 2 Rambut digunting dengan bayaran RM 2.00 tanpa


amaran / Kaunseling
KESALAHAN

Kali 3 Rambut digunting dengan bayaran RM 4.00 tanpa

10
amaran / Kaunseling

Berikutnya Kerja Amal

MISAI / JANGGUT

Kali 1 Amaran lisan/ maklumkan kepada ibubapa

Kali 2 Potong / cukur janggut dan misai dengan bayaran


rm2.00
KESALAHAN

Kali 3 Potong / cukur janggut dan misai dengan bayaran


rm4.00

PAKAIAN PELAJAR (LELAKI DAN PEREMPUAN)

Kali 1 Amaran dan dibetulkan


KESALAHAN Kali 2 Kaunseling dan amaran bertulis
Kali 3 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej

Berikutnya Digantung kolej sehingga berpakaian mengikut


peraturan kolej.

BERSOLEK / MEMAKAI BARANG PERHIASAN

Kali 1 Amaran dan dibetulkan / dirampas


KESALAHAN Kali 2 Kaunseling dan Amaran Bertulis

Kali 3 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej

KEBERADAAN PELAJAR / KETEPATAN MASA


DATANG LEWAT KE KOLEJ

Kali 1 Catat nama dan surat amaran (sesalinan kepada ibu


bapa/Penjaga)
Kali 2 Kaunseling
KESALAHAN

Kali 3 Penjaga dipanggil ke kolej

Berikutnya Rotan 1 kali

11
PONTENG KELAS

Kali 1 Catat nama dan surat amaran


KESALAHAN Kali 2 Kaunseling

Kali 3 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej

Berikutnya Rotan 1 kali

PONTENG KOLEJ / KETIDAKHADIRAN TANPA SEBAB (BERTURUT – TURUT)

3 HARI Surat Amaran 1


KESALAHAN 10 Surat Amaran 2

17 Surat Amaran Akhir

31 Buang Kolej

PONTENG KOLEJ / KETIDAKHADIRAN TANPA SEBAB (TIDAK BERTURUT – TURUT)

10 Surat Amaran 1
KESALAHAN 20 Surat Amaran 2

40 Surat Amaran Akhir

60 Buang Kolej

PONTENG PERHIMPUNAN / MAJLIS RASMI / SOLAT 5 WAKTU / SOLAT JUMAAT

Kali 1 Catat nama / Amaran/Kaunseling

Kali 2 Kerja Amal

Kali 3 Pelajar Luar : sesi kauseling


KESALAHAN Pelajar Kolej Kediaman : amaran dan surat akujanji

Berikutnya Panggil ibubapa/penjaga beserta menandatangani


surat akujanji
Pelajar Kolej Kediaman:gantung/buang asrama

PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM

Kali 1 Catat nama dan amaran


KESALAHAN Kali 2 Kaunseling

12
Kali 3 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej

Berikutnya Sijil Kokurikulum SVM tidak akan dikeluarkan

PONTENG ROLL CALL TANPA SEBAB DI KOLEJ KEDIAMAN

Kali 1 Catat nama dan amaran


KESALAHAN Kali 2 Tahan Outing / Surat aku janji

Kali 3 Kerja Amal

Berikutnya

ROKOK
MENYIMPAN ROKOK / SHISHA / VAPE

Kali 1 Rotan 1 kali di punggung, amaran bertulis

Kali 2 Rotan 2 kali di punggung


*Pelajar Kolej Kediaman – Buang Kolej Kediaman/
Rayuan dan akujanji

Kali 3 Rotan 3 kali di punggung


KESALAHAN
Pelajar Kolej Kediaman – Buang Kolej Kediaman

Kali 4 Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak


melebihi 14 hari)
Kali 5 Buang Kolej

MENGHISAP ROKOK / SHISHA / VAPE

Kali 1 Rotan 1 kali di punggung, amaran bertulis


Kali 2 Rotan 2 kali di punggung
*Pelajar Kolej Kediaman – Buang Kolej Kediaman/
Rayuan dan akujanji
Kali 3 Rotan 3 kali di punggung
KESALAHAN
Pelajar Kolej Kediaman – Buang Kolej Kediaman

Kali 4 Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak


melebihi 14 hari)

Kali 5 Buang Kolej

13
MENGEDAR / MENJUAL ROKOK // SHISHA //VAPE

Kali 1 Rotan 1 kali di punggung, amaran bertulis

Kali 2 Rotan 2 kali di punggung


*Pelajar Kolej Kediaman – Buang Kolej Kediaman/
Rayuan dan akujanji

Kali 3 Rotan 3 kali di punggung


KESALAHAN
Pelajar Kolej Kediaman – Buang Kolej Kediaman

Kali 4 Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak


melebihi 14 hari)

Kali 5 Buang Kolej

BARANG LARANGAN
TELEFON BIMBIT

1. Amaran
2. Ibu bapa / penjaga / wakil penjaga pelajar
perlu hadir ke kolej
Kali 1 3. Pelajar mengemukakan Surat Aku Janji tidak
mengulangi kesalahan tersebut
4. Telefon bimbit diserahkan kepada ibu bapa /
KESALAHAN penjaga / wakil penjaga

Pihak kolej berhak mengambil tindakan yang


difikirkan sesuai selari dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 2 /2009 bertarikh 25 Mac 2009
Kali 2
Penguatkuasaan Larangan Membawa dan
Menyimpan Telefon Bimbit oleh Murid Sekolah

SENJATA

KESALAHAN Kali 1 Digantung persekolahan tidak melebihi 14 hari dan


laporan polis(tujuan siasatan).
Kolej Kediaman : Amaran Keras/buang Kolej

14
kediaman/Akujanji

Kali 2 Buang kolej kediaman.


Gantung kolej ( 1 minggu)

DADAH / GANJA / SYABU / KETUM

KESALAHAN Kali 1 Rotan 1 – 3 kali di punggung, amaran bertulis dan


laporan polis dan gantung kolej untuk tujuan siasatan
*Dibuang kolej jika didapati bersalah

BAHAN LUCAH/BAHAN MULTIMEDIA TERLARANG

Kali 1 Amaran bertulis


KESALAHAN Kali 2 Kaunseling

Kali 3 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej


Berikutnya Rotan 1 kali di punggung

KAWASAN LARANGAN DI KOLEJ DAN KOLEJ KEDIAMAN


MENCEROBOH KAWASAN YANG DIWARTAKAN SEBAGAI KAWASAN LARANGAN
(Berada di tempat yang tidak sepatutnya)

Kali 1 Amaran bertulis


KESALAHAN Kali 2 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej

Kali 3 Buang Kolej / Kolej Kediaman

PERGAULAN PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN


BERKHALWAT / BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK/PENDAHULUAN ZINA

Kali 1 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej


KESALAHAN Kali 2 Buang Kolej Kediaman/Rayuan & Akujanji

Kali 3 Buang Kolej

MENGINTAI PELAJAR BERLAINAN JANTINA

Kali 1 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej

15
KESALAHAN Kali 2 Buang Kolej Kediaman/Rayuan & Akujanji

Kali 3 Buang Kolej

BERCUMBU-CUMBUAN

Kali 1 Ibubapa/Penjaga dipanggil ke kolej


KESALAHAN Kali 2 Buang Kolej Kediaman/Rayuan & Akujanji

Kali 3 Buang Kolej

BERGADUH

Kali 1 Digantung pengajian tidak melebihi 14 hari


*Pelajar Kolej Kediaman – Buang Kolej Kediaman.
KESALAHAN **Laporan polis untuk tujuan siasatan

Kali 2 Dibuang Kolej

KESALAHAN JENAYAH
MENCURI

Kali 1 Rotan (1 – 3 kali),Penjaga dipanggil ke kolej


*Amaran bertulis/Surat aku janji, bayar balik
KESALAHAN **Laporan polis untuk tujuan siasatan

Kali 2 Digantung kolej tidak melebihi 14 hari.


* Buang kolej kediaman

Kali 3 Buang Kolej

BERJUDI

Kali 1 Rotan (1 – 3 kali),Penjaga dipanggil ke kolej


*Amaran bertulis/Surat aku janji
KESALAHAN ** Lapor kepada Polis untuk tujuan siasatan
Kali 2 Digantung kolej tidak melebihi 14 hari.
*Buang kolej kediaman

Kali 3 Buang kolej.

16
BULI

Kali 1 Rotan (1 – 3 kali),Penjaga dipanggil ke kolej


*Amaran bertulis/Surat aku janji
KESALAHAN ** Lapor kepada Polis untuk tujuan siasatan

Kali 2 Digantung pengajian tidak melebihi 14 hari


**Laporan polis untuk tujuan siasatan
*Buang kolej kediaman

Kali 3 Buang Kolej

MELAWAN GURU / WARDEN / STAF

Rotan (1 – 3 kali),Penjaga dipanggil ke kolej


*Amaran bertulis/Surat aku janji
KESALAHAN Kali 1 ** Lapor kepada Polis untuk tujuan siasatan

Kali 2 Buang Kolej Kediaman

Kali 3 Buang Kolej

KUMPULAN HARAM/KONGSI GELAP

Laporan polis
KESALAHAN Kali 1 * Pelajar Kolej Kediaman – Buang Kolej Kediaman
Kali 2 Buang Kolej

VANDALISME
ROSAK HARTA BENDA KOLEJ, KOLEJ KEDIAMAN,
ROSAK HARTA BENDA PENSYARAH, STAF, PELAWAT, PELAJAR LAIN

Penjaga dipanggil ke kolej


*Bayaran ganti rugi mengikut kerosakan
Kali 1 * Pelajar Kolej Kediaman –, amaran bertulis dan
dikenakan bayaran ganti rugi mengikut kerosakan
KESALAHAN
Nama direkodkan dalam Log Laku Musnah

17
Kali 2 Digantung pengajian tidak melebihi 14 hari

Kali 3 Dibuang kolej

KELUAR KOLEJ/KOLEJ KEDIAMAN TANPA KEBENARAN

KESALAHAN Kali 1 Amaran KERAS/Kauseling


Surat Akujanji

Kali 2 Buang Kolej kediaman

19.0 LAIN LAIN KESALAHAN


MENJALANKAN SEBARANG URUSNIAGA TANPA KEBENARAN

KESALAHAN Kali 1 Amaran.

Kali 2 Amaran.Barangan niaga dirampas

Kali 3 Kaunseling

KESALAHAN – KESALAHAN YANG TIDAK DINYATAKAN


*Hukuman dan tindakan adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Kolej Vokasional
Gerik
*Sebarang perubahan dan pindaan bergantung kepada budi bicara Pengarah Kolej
Vokasional Gerik

18
REKOD KELUAR MASUK
KOLEJ KEDIAMAN/ASRAMA
BALIK KAMPUNG
Tarikh Masa Cop & Tandatangan Tarikh Masa Cop Pegawai
Keluar Tandatangan Ibubapa/Penjaga Masuk Keselamatan
Warden
REKOD KELUAR MASUK
KOLEJ KEDIAMAN/ASRAMA
KELUAR KE BANDAR/LAIN-LAIN URUSAN
Tarikh Masa Cop & Destinasi Tarikh Masa Cop Pegawai
Keluar Tandatangan Masuk Keselamatan
Warden

Anda mungkin juga menyukai