Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6 (SAHSIAH DIRI & PENGURUSAN MASA) ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENDAHULUAN Program Motivasi - Sahsiah Diri dan Pengurusan Masa diadakan khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September 2013 yang akan datang. Ini diharap akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid untuk berusaha mengurus dan mempersiapkan diri dan masa dengan betul sebaik mungkin sebagai persediaan menghadapi peperiksaan . MATLAMAT Memberi kesedaran kepada murid Tahun 6 tentang kepentingan pelajaran dan peranannya sebagai seorang murid . OBJEKTIF Memotivasikan murid-murid untuk berusaha ke arah kecemerlangan . Membina keyakinan diri dan semangat keberanian yang tinggi bagi menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar. Dapat menentukan matlamat ke arah kecemerlangan . Mempamerkan akhlak yang baik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan Menyedari bahawa pelajar perlu memberi tumpuan dan pengamatan yang mendalam semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Memastikan mereka dapat menguruskan masa dengan betul terutamanya untuk menghadapi peperiksaan Menyedari betapa pentingnya membuat persediaan awal menjelang peperiksaan . Dapat menguasai Kemahiran Belajar yang bersistematik . Memahami bahawa belajar adalah satu proses yang berterusan .

SASARAN Murid Tahun 6 255 orang PELAKSANAAN Tarikh Hari Masa Tempat ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling PENCERAMAH En. Shawira Bin Sulaiman Guru Bimbingan & Kaunseling SK Meru ANGGARAN PERBELANJAAN Hadiah kuiz murid (RM5.00 x 10 orang) JUMLAH SUMBER KEWANGAN PCG Bimbingan dan Kaunseling JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : Pengerusi : Naib Pengerusi : En. Mohd Sairi bin Hussin Tn. Hj. Mad San bin Suwandi En. Alias bin Atan Tn. Hj. Mohamed Muslimin bin Hj. Yaakob Pn. Rozita bt. Jantan - Guru Besar - GPK HEM - GPK Kurikulum - GPK Kokurikulum - Penyelia Petang RM 50.00 RM 50.00 : : : : 16 Mac 2013 Sabtu 08.00 pagi 10.00 pagi Surau SK Meru

Penyelaras Setiausaha AJK

: : :

En. Shawira bin Sulaiman Pn. Nur Wahida bt. Sulaiman Pn. Zaharah bt. Abd. Jalil Penyelaras Tahun 6 Semua guru mata pelajaran pada waktu-waktu tersebut Disemak oleh, En. Shawira bin Sulaiman Penyelaras Program Diluluskan oleh, ...

Disediakan oleh, Pn. Nur Wahida bt. Sulaiman Setiausaha Program

Anda mungkin juga menyukai