Anda di halaman 1dari 16

1. Rajah 1 menunjukkan satu pengelasan haiwan.

Antara haiwan berikut, yang


dan K?

J K
A itik ikan
B burung ular
C lalat ayam
D nyamuk penyu

2. Rajah 2 menunjukkan keadaan daun-daun pokok kubis di kebun Pak Ali.

Apakah inferens yang boleh dibuat?

A. daun-daun itu dimakan oleh beluncas


B. daun-daun itu tidak menjalani proses fotosintesis
C. daun-daun itu melindungi diri daripada musuh
D. daun-daun itu disembur racun perosak secara berlebihan

3. Rajah 3 menunjukkan perubahan bilangan ikan di sebuah sungai.

Apakah pemerhatian yang dapat dibuat?

A. banjir sering berlaku pada bulan Januari hingga April


B. ikan telah mati akibat sungai yang telah mengalami pencemaran
C. lebih banyak ikan dipancing pada empat bulan pertama tahun
berkenaan
D. bilangan ikan di sungai itu semakin berkurang dari Januari hingga April

1
4. Pokok bunga yang ditanam di dalam pasu oleh Mary semakin membesar. Mary
memindahkan pokok bunga itu ke pasu yang lebih besar dengan berhati-hati.
Apakah kemahiran manipulatif yang dipatuhi oleh Mary?

A. melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul


B. menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
C. membersihkan peralatan dengan cara yang betul
D. mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat

5. Rajah 4 menunjukkan satu persembahan wayang kulit.

Mentol skrin

Patung

Rajah 4

Bayang-bayang terbentuk di atas skrin. Bagaimanakahah saiz bayang-bayang itu

boleh dibesarkan?

A Besarkan saiz skrin


B Tambah kecerahan mentol
C Dekatkan patung ke arah skrin
D Dekatkan patung ke arah mentol

6. Maklumat manakah yang berkaitan dengan kejadian fasa-fasa Bulan?

A Putaran Bulan pada paksinya


B Peredaran Bulan mengelilingi Bumi
C. Bulan memancarkan cahayanya sendiri
D. Bulan berada di antara Bumi dengan Matahari

7. Adam sedang berdiri di atas puncak sebuah bukit. Dia ingin melihat sekolahnya
yang

terletak 1 km dari bukit itu. Alat yang manakah sesuai digunakan untuk melihat

sekolahnya dengan jelas?


A. Teleskop
B. Binokular
C. Mikroskop
D. Kanta pembesar

2
8. Rajah 5 menunjukkan suatu model dibina menggunakan surat khabar.

Rajah 5

Apakah faktor yang mempengaruhi kestabilan model itu?

A Tinggi dan luas tapak


B Luas tapak dan bentuk
C Tinggi dan bahan yang digunakan
D Bentuk dan bahan yang digunakan

9. Rajah 6 menunjukkan penyiasatan tentang sifat gas.

Benang

Lidi Belon bocor


sate

Belon

Rajah 6

Apakah sifat gas tersebut?

A Boleh mengalir
B Memenuhi ruang
C Mempunyai jisim
D Mempunyai isi padu yang tetap

3
10. Rajah 7 menunjukkan sistem pernafasan manusia.

Rajah 7

Manakah urutan yang betul bagi pengaliran udara semasa menghembus


nafas?

A Hidung Trakea Peparu


B Mulut Trakea Peparu
C Trakea Peparu Mulut
D Peparu Trakea Hidung

11. Antara berikut, padanan manakah benar ?

ORGAN FUNGSI

A Testis Tempat sperma dihasilkan

B Faraj Tempat untuk embrio berkembang

C Ovari Tempat proses persenyawaan berlaku

D Tiub Fallapio Tempat ovum dihasilkan

12. Rajah 8 menunjukkan organ pembiakan lelaki

4
Rajah 8

Antara berikut, bahagian manakah berfungsi menghasilkan sperma ?

A. J
B. K
C. L
D. M

13. Rajah 9 menunjukkan satu carta alir yang menunjukkan urutan perkembangan
zigot dalam tempoh sembilan bulan

Rajah 9

Apakah yang diwakili oleh X, Y dan Z?

X Y Z

A Bayi Fetus Embrio

B Embrio Fetus Bayi

C Fetus Embrio Bayi

D Fetus Bayi Embrio

14. Rajah 10 menunjukkan sistem saraf manusia

5
Rajah 10

Apakah yang diwakili oleh P dan Q ?

P Q

A Sistem saraf periferi Sistem saraf pusat

B Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi

C Sel saraf Neuron

D Neuron Sel saraf

15. Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi sistem saraf manusia ?

A. Menterjemahkan rangsangan
B. Pusat untuk menerima maklumat
C. Menjana sel-sel pembiakan manusia
D. Mengkoordinasikan gerak balas

16. Antara berikut, yang manakah menunjukkan bahawa mikroorganisma bertumbuh?

A. kewujudan bakteria dalam makanan


B. tompokan kulat yang semakin bertambah pada roti dari sehari ke sehari
C. belon yang mengembang apabila dipasangkan pada botol yang berisi
larutan nutrien yis
D. kedudukan paramecium yang sentiasa berubah-ubah apabila diperhatikan
di bawah mikroskop

17. Antara berikut, yang manakah hanya dapat dilihat di bawah mikroskop elektron?

A. alga

6
B. virus
C. bakteria
D. fungi

18. Antara berikut, yang manakah dijumpai pada roti yang berkulat?

A. fungi
B. bakteria
C. virus
D. protozoa

19. Rajah 11 menunjukkan proses rawatan sisa di sebuah loji kumbahan

Rajah 11

Mikroorganisma X digunakan untuk merawat sisa kumbahan di dalam loji


kumbahan. Apakah mikroorganisma X ?

A. Alga
B. Virus
C. Bakteria
D. Protozoa

20. Seorang ahli keluarga anda mengalami selesema dan batuk. Apakah cara terbaik
yang dilakukan untuk menghalang penyakit itu daripada berjangkit kepada ahli
keluarga yang lain?

A. memakai penutup kepala


B. memakai topeng penutup mulut dan hidung
C. melupuskan barangan peribadi
D. berkurung di dalam rumah sehingga sihat

21 Berikut merupakan maklumat yang diperoleh semasa Fauziah dan Nuriah


melihat sejenis mikroorganisma dengan mikroskop.

7
Fauziah : Lihat, mikroorganisma ini tidak tetap di satu tempat sahaja.

Nuriah : Ya, betul.Nampaknya mikroorganisma ini mempunyai struktur halus


seperti kaki di sekeliling badannya

Apakah proses hidup yang ditunjukkan oleh mikroorganisma tersebut?

A. Mikroorganisma bernafas
B. Mikroorganisma bertumbuh
C. Mikroorganisma bergerak
D. Mikroorganisma memerlukan makanan

22 Rajah 12 menunjukkan keadaan gigi seorang murid

Rajah 12

Apakah punca gigi murid itu menjadi rosak ?

A. Selalu menggosok gigi


B. Suka minum minuman manis
C. Menggososk gigi tanpa ubat gigi
D. Tindakan bakteria di dalam mulut

23 Antara penyakit berikut, yang manakah tidak disebabkan oleh mikroorganisma?

A. beguk
B. kurap
C. selesema
D. diabetes

24 Rajah 13 menunjukkan tompok hitam pada sebiji epal selepas beberapa hari

8
Rajah 13

Apakah keadaan yang menyebabkan pembentukan tompok hitam pada buah


epal?

A Panas dan kering


B Sejuk dan lembap
C Sejuk dan kering
D Panas dan lembap

25 Rajah 14 menunjukkan keadaan sekeping roti

Rajah 14

Apakah yang akan berlaku jika Suhaimi termakan roti tersebut ?

A. Gigi rosak
B. Gusi berdarah
C. Batuk dengan kuat
D. Keracunan makanan

26 Rajah 15 menunjukkan dua jenis makanan

9
Rajah 15

Apakah jenis mikroorganisma yang boleh digunakan dalam pembuatan makanan


di atas ?

A Virus
B Fungi
C Alga
D Protozoa

27 Rajah 16 menunjukkan persaingan yang wujud antara haiwan

Rajah 16

Apakah faktor persaingan antara burung -burung dalam rajah di atas ?

A. Air
B. Makanan
C. Pasangan
D. Tempat tinggal

28 Apakah yang menyebabkan berlakunya persaingan antara haiwan?

A. haiwan tidak hidup dalam satu habitat


B. haiwan berlainan spesies hidup bersama
C. keperluan asas haiwan adalah terhad
D. haiwan makan makanan yang berlainan

29 Antara haiwan berikut, yang manakah tidak menunjukkan jenis interaksi yang

10
sama ?

11
30 Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan
langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan?

A. penanaman semula pokok yang telah ditebang


B. pengunjung di pantai memungut telur penyu
C. mewartakan hutan simpan
D. mengadakan kempen kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan
hidupan

31. Rajah 17 menunjukkan hidupan yang diancam kepupusan.

Hidupan

Haiwan
Tumbuhan

Beruang panda Tongkat ali

Orang utan Orkid selipar

K L

Rajah 17

Apakah yang diwakili oleh K dan L?

K L

A Tapir Periuk kera

B Kerbau Pokok bakau

C Merpati Bunga raya

D Penyu Pokok durian

12
32 Rajah 18 menunjukkan satu aktiviti yang dilakukan oleh manusia

Rajah 18

Apakah akibat daripada aktiviti tersebut?

A. Flora dan fauna diancam kepupusan


B. Hutan lebih bersih
C. Sumber bahan mentah Bumi semakin bertambah
D. Spesies haiwan dan tumbuhan terpelihara dengan baik

33 Antara yang berikut, kumpulan haiwan manakah yang telah pupus ?

13
34 Antara haiwan berikut, yang manakah diburu untuk mendapatkan
sumbunya?

A
B

C
D

35 Apakah maksud spesies yang diancam kepupusan ?

A. Spesies yang telah lenyap di Bumi


B. Spesies yang tidak wujud lagi di Bumi
C. Spesies yang bilangannya semakin sedikit
D. Spesies yang bilangannya masih banyak di Bumi

36 Maklumat di bawah menunjukkan dua pasang haiwan yang berinteraksi


antara satu sama lain.

. Monyet dan tupai

. Tikus dan burung pipit

Apakah jenis interaksi yang ditunjukkan oleh haiwan tersebut?

A. Persaingan
B. Kerjasama
C. Mangsa pemangsa
D. Simbiosis

37. Apakah maksud daya ?

A. Tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu obejk


B. Tarikan yang bertindak ke atas objek yang bergerak
C. Tolakan yang bertindak ke atas objek
D. Tenaga yang bertindak ke atas objek

14
38. Antara aktiviti berikut, yang manakah melibatkan daya tarikan dan tolakan?

A.
C..

B.
D.

39 Rajah 19 menunjukkan satu aktiviti

Rajah 19

Apakah kesan daya yang ditunjukkan di atas?

A. mengubah bentuk objek


B. mengubah kelajuan objek
C. menggerakkan objek pegun
D. mengubah arah gerakan objek

40. Antara situasi berikut, yang manakah bukan kesan daya?

A. troli bergerak ke hadapan apabila ditolak


B. tin aluminium kemik apabila dipijak
C. sebiji bola bergolek apabila disepak
D. pokok pandan tumbuh ke arah cahaya matahari

15
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

….……………………… ………………………….
HASNIDA BINTI IBRAHIM NURHANI BINTI TAMMIZI
GURU SAINS TAHUN 6 KETUA PANITIA SAINS

DISAHKAN OLEH,

….…………………..
CHE AMAH @ ASMAH BINTI SALEH
PK PENTADBIRAN
SK SEKSYEN 18

16

Anda mungkin juga menyukai