Anda di halaman 1dari 28

1. Rajah 1 menunjukkan satu set gigi manusia.

Rajah 1
Kebiasaannya, pada peringkat umur berapakah set gigi tersebut mula tanggal?

A 5 – 6 bulan
B 5 – 6 tahun
C 10 – 11 bulan
D 21 – 22 tahun
2. Rajah 2 menunjukkan satu set kegigian manusia.

Rajah 2
Antara berikut, yang manakah menunjukkan masa set kegigian tersebut mula
tumbuh?

A 3 – 5 bulan
B 6 – 10 bulan
C 12 – 24 bulan
D 11 – 21 tahun
3. Maklumat berikut adalah mengenai gigi manusia.

Saya merupakan set gigi yang akan tumbuh menggantikan gigi


susu. Biasanya, bilangan saya akan lengkap ketika usia
mencecah 21 tahun.

Berdasarkan maklumat di atas, berapakah bilangan ‘saya’ apabila mencapai


usia 21 tahun?

A 12
B 20
C 24
D 32
4. Flos gigi biasa digunakan dalam amalan menjaga kebersihan gigi.
Apakah kegunaan flos gigi?

A Menjadikan gigi cantik.


B Membantu memutihkan gigi.
C Menolong mencegah sakit gigi.
D Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.
5. Ali mengalami masalah pereputan gigi akibat suka makan
makanan yang manis dan malas menggosok gigi. Antara berikut, pernyataan
manakah yang benar tentang masalah yang dialami Ali?

A Makanan manis menyebabkan pereputan gigi.


B Virus dalam badan membiak dengan aktif dan merosakkan gigi.
C Kita hendaklah menggosok gigi sekurang-kurangnya sekali sehari supaya
gigi menjadi sihat dan kuat.
D Bakteria di dalam mulut merembeskan asid yang merosakkan gigi semasa
proses penguraian sisa makanan di celah gigi.
6. Jadual 1 menunjukkan tentang haiwan K dan L.

K Bernafas melalui spirakel yang terdapat di bawah abdomen


L Bernafas melalui insang

Jadual 1

Antara yang berikut, yang manakah berkemungkinan haiwan K dan L?

K L
A Lipas Udang
B Kucing Tikus
C Burung Katak
D Lalat Ikan paus
7. Antara berikut, haiwan manakah yang bernafas menggunakan
spirakel ?

A Ketam
B Lebah
C Cicak
D Kelawar
8. Rajah 3 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 3
Bagaimanakah tumbuhan tersebut membiak?

A Spora
B Biji benih
C Anak pokok
D Keratan batang
9. Rajah 4 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 4
Bagaimana cara tumbuhan di atas membiak?
A Membiak melalui keratan batang
B Membiak melalui anak benih
C Membiak melalui spora
D Membiak melalui biji benih
10. Rajah 5 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 5
Bagaimanakah tumbuhan ini membiak?

A Melalui biji benih


B Melalui keratan batang
C Melalui anak pokok
D Melalui spora
11. Maklumat berikut adalah tentang ciri-ciri buah P.

 Berwarna terang
 Isi boleh dimakan
 Biji yang keras dan sukar dicernakan

Bagaimanakah buah P dipencarkan ?


A Melalui air
B Melalui haiwan dan manusia
C Melalui angin
D Melalui mekanisme letupan
12. Rajah 6 menunjukkan haiwan K.

Rajah 6
Bagaimanakah haiwan K memastikan kemandirian spesisnya?
A Telur mengandungi racun
B Telur disimpan di bawah daun dalam air.
C Bertelur banyak dan berlendir
D Telur sentiasa dibawa di atas badan
13. Maklumat berikut menunjukkan satu cara haiwan melindungi
diri daripada cuaca dan perubahan iklim.

Pada musim sejuk, haiwan J bergerak ke kawasan


yang panas untuk melahirkan anak dan mendapatkan
makanan.

Apakah haiwan J?

A Burung laying-layang
B Harimau
C Ikan paus
D Buaya
14. Maklumat berikut adalah berkenaan dengan pencaran biji
benih sejenis tumbuhan.

R - Kulit berlilin
S - Batang boleh lentur
T - Daunnya pecah-pecah
U - Sabut berongga

Antara ciri-ciri yang tersenarai di atas, yang manakah dapat membantu


pencaran buah kelapa?

A R dan S
B R dan U
C S dan T
D T dan U
15. Pak Osman menanam pokok jagungnya di kawasan sawah
padi berdekatan dengan rumahnya. Selepas beberapa
minggu, didapati semua pokok jagungnya mati. Mengapa
kejadian tersebut terjadi ?

A Haiwan perosak memakan semua pokok jagung Pak Osman


B Pokok jagung tidak mendapat air yang mencukupi
C Pokok jagung memerlukan tanah pasir untuk hidup
D Akar pokok jagung reput kerana terendam dalam air
16. Tumbuhan menjalankan satu proses untuk membuat makanannya sendiri.
Apakah nama proses tersebut?

A Kondensasi
B Penyejatan
C Fotosintesis
D Pengaratan
17. Apakah kepentingan proses fotosintesis kepada hidupan?

A Membekalkan karbon dioksida kepada hidupan lain


B Menyediakan tempat tinggal untuk hidupan lain
C Membekalkan air kepada hidupan lain
D Membekalkan makanan kepada hidupan lain.
18. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan Rajah 7 di
bawah?

Rajah 7
A Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan air
B Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan graviti
C Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya
D Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan
19. Yang manakah merupakan hasil daripada proses fotosintesis?

A Oksigen
B Karbon dioksida
C Klorofil
D Air
20. Rajah 8 menunjukkan daun tumbuhan hijau yang mengandungi
klorofil. Bagaimanakah klorofil membantu tumbuhan menjalankan
proses fotosintesis?

Rajah 8
A Klorofil menukarkan gula kepada kanji
B Klorofil menghasilkan oksigen yang banyak
C Klorofil membantu tumbuhan menyerap karbon dioksida
D Klorofil membantu menyerap tenaga daripada cahaya matahari
21.
22.
23.
24.
25.
26. Rajah 12 menunjukkan belon yang berbeza bentuk yang diisi dengan gas.
27.
28.

Anda mungkin juga menyukai