Anda di halaman 1dari 10

SAINS TAHUN 4 KSSR Semakan

1. Rajah 1 menunjukkan keputusan suatu penyiasatan.

Rajah 1

Apakah yang dibuktikan dalam penyiasatan itu?

A. Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap air


B. Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap graviti
C. Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan
D. Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari

2. Pokok Semalu akan menguncupkan daunnya untuk melindungi diri daripada


keadaan persekitaran. Antara berikut, yang manakah merupakan gerak balas pokok
semalu?
A. Cahaya Matahari
B. Air
C. Sentuhan
D. Graviti

3. Apakah yang dimaksudkan dengan fotosintesis?


A. Proses pergerakan tumbuhan
B. Proses tumbuhan membuat makanan sendiri
C. Proses pembiakan tumbuhan
D. Proses perkumuhan tumbuhan

4. Kanji yang terhasil disimpan sebagai makanan dalam daun.


Apakah fungsi kanji kepada tumbuhan?
A. Untuk tumbuhan membuat makanan
B. Untuk tumbuhan berkumuh
C. Untuk tumbuhan bergerak balas
D. Untuk tumbuhan mengeluarkan bunga dan buah
5. Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan ke atas tumbuhan.

Apakah yang ditunjukkan oleh penyiasatan itu?


I. Akar bergerak balas terhadap air
II. Pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari
III. Akar dan pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari
IV. Akar bergerak balas terhadap udara

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Antara yang berikut, yang manakah diperlukan oleh tumbuhan semasa proses
fotosintesis?

I. Air III. Baja


II. Oksigen IV. Karbon dioksida

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

7. Rajah di bawah menunjukkan tindak balas anak benih.

Apakah gerak balas yang ditunjukkan oleh P?


A. Tarikan graviti C. Cahaya
B. Air D. Sentuhan
8. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan pasangan haiwan dan organ
pernafasannya yang betul?

Haiwan Organ pernafasan


A Kelawar Spirakel
B Ular Kulit lembap
C Ketam Peparu
D Berudu Insang

9. Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai struktur pernafasan yang sama
seperti belalang?

A. C.

B. D.

10. Rajah di bawah menunjukkan pengelasan berdasarkan sistem pernafasan haiwan.

X Y
A Spirakel Peparu
B Kulit Peparu
C Kulit Spirakel
D Peparu Spirakel

11. Rajah di bawah menunjukkan organ pernafasan seekor haiwan bertanda P.

Haiwan yang manakah mempunyai organ yang sama seperti haiwan itu?
A. Ikan paus C. Penyu
B. Udang D. Helang

12. Rajah di bawah menunjukkan beberapa ekor haiwan.

Haiwan manakah yang bernafas melalui organ pernafasan yang serupa?

A. R dan S
B. Q dan R
C. P dan R
D. P dan Q

13. Rajah di bawah ialah carta tentang seekor katak.

Apakah struktur X dan Y?

X Y
A Kulit lembap Insang
B Spirakel Kulit lembap
C Peparu Kulit lembap
D Peparu Insang

14. Maklumat berikut mengenai haiwan X.

Bernafas melalui peparu


Tinggal di dalam air

Apakah haiwan X?
A. Udang
B. Ikan paus
C. Pepatung
D. Kucing

15. Rajah di bawah menunjukkan dua kumpulan haiwan.

Antara berikut, yang manakah boleh dikelaskan dalam kumpulan P dan Q?

P Q
A Ikan lumba-lumba Siput gondang
B Rama-rama Monyet
C Katak Ikan lumba-lumba
D Monyet Katak

16. Rajah menunjukkan seekor haiwan

Organ pernafasan bagi haiwan di atas ialah


A. Peparu
B. Insang
C. Spirakel
D. Kulit lembap

17. Antara haiwan berikut, yang manakah dipadankan dengan organ pernafasannya
dengan betul?
Haiwan Organ pernafasan
A. Burung bangau Spirakel
B. Dolfin Insang
C. Cacing Kulit lembap
D. Rama-rama Peparu

18. Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan vertebrata


A. Haiwan yang tidak bertulang belakang.
B. Haiwan yang bertulang belakang.
C. Haiwan yang mempunyai tulang yang kuat.
D. Haiwan yang tidak mempunyai tulang yang kuat.

19. Apakah persamaan di antara burung dan mamalia.


A. Membiak dengan cara bertelur.
B. Tinggal di air.
C. Bernafas menggunakan peparu.
D. Litupan badan yang sama.

20. Kenapakah haiwan platipus dikategorikan sebagai mamalia.


A. Melahirkan dan menyusukan anak.
B. Bertelur tetapi menyusukan anak.
C. Hidup di darat.
D. Berbulu halus.

21. Suatu eksperimen dijalankan oleh sekumpulan murid seperti ditunjukkan


dalam rajah di bawah.

Apakah tujuan eksperimen ini?


A. Untuk menyiasat bahawa tumbuhan memerlukan makanan untuk hidup
B. Untuk menyiasat bahawa tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk
hidup
C. Untuk menyiasat bahawa tumbuhan memerlukan udara untuk
berfotosintesis
D. Untuk menyiasat bahawa tumbuhan memerlukan air untuk
berfotosintesis

22. Rajah di bawah menunjukkan tumbuhan yang diletakkan di dalam sebuah kotak.
Apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan tumbuhan itu tumbuh tegak?

A. Keluarkan tumbuhan dan letak di tempat terbuka


B. Letak tumbuhan di dalam kotak berwarna hitam
C. Siram tumbuhan dengan kerap
D. Tutup lubang pada kotak itu

23. Rajah di bawah menunjukkan sebatang tumbuhan berbunga.

Apakah yang akan berlaku jika sebahagian daripada bilangan daun itu ditutup dengan
kertas hitam?

A. Tiada kanji dihasilkan oleh tumbuhan itu


B. Kanji yang dihasilkan oleh tumbuhan itu berkurang
C. Bunga tumbuhan itu gugur
D. Daun-daun tumbuhan itu gugur

24. Daun tumbuhan Y akan terlipat apabila disentuh.


Apakah tumbuhan Y?

A. Pokok keembung
B. Pokok semalu
C. Pokok keladi
D. Pokok lidah buaya
25. Apakah kepentingan tumbuhan terhadap haiwan dan manusia?
I. Membekalkan karbon dioksida kepada manusia
II. Membekalkan oksigen kepada manusia
III. Sebagai sumber makanan kepada haiwan
IV. Menyerap oksigen dari udara
A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. II dan III

26. Apakah kepentingan fotosintesis kepada manusia?


A. Tumbuhan menghasilkan sumber makanan kepada manusia.
B. Tumbuhan membebaskan karbon dioksida untuk manusia bernafas.
C. Tumbuhan memberikan manusia air untuk minum.
D. Tumbuhan memberikan manusia tenaga untuk manusia bergerak.

27. Haiwan vertebrata ialah...


A. haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang.
B. haiwan yang mempunyai tulang belakang.
C. haiwan yang tidak mempunyai tulang rusuk.
D. haiwan yang mempunyai tulang tulang rusuk.

28. Berapakah jumlah kelas haiwan vertebrata?


A. 5
B. 4
C. 3
D. 2

29. Kelas haiwan bagi ular,buaya dan cicak adalah


A. Reptilia
B. Amfibia
C. Burung
D. Ikan

30. Berikut merupakan sifat cahaya, kecuali


A. Cahaya bergerak lurus
B. Cahaya dapat dipantulkan
C. Cahaya dapat dibiaskan
D. Cahaya boleh diregangkan

31. Apakah kegunaan pantulan cahaya.

8
A. Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata kita.
B. Menarik semua objek ke arah pusat bumi.
C. Pembentukan pelangi
D. Getaran dapat dihasilkan.

32. Daya tarikan graviti Bumi ialah daya yang


A. menarik semua objek ke arah pusat Bumi.
B. menolak semua objek ke arah pusat Bumi.
C. menolak semua objek ke luar Bumi
D. menarik semua objek ke luar Bumi.

33. Tuas terdiri daripada tiga bahagian


A. fulkrum, beban dan daya
B. fulkrum, titik tetap, beban dan daya
C. Beban dan daya
D. Fulkrum dan daya

34. Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu;


A. meletakkan fulkrum paling jauh dengan beban
B. meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban
C. menambahkan beban
D. mengurangkan daya

35. Bagaimana bunyi dihasilkan?


A. Ketukan, tiupan, gesekan, petikan, tepukan
B. Ketukan, tiupan, gesekan, petikan, tepukan, teriakan
C. Jeritan, tiupan dan bisikan
D. siulan, balingan dan lompatan

 
36. Contoh-contoh bunyi yang berfaedah.
A. Bunyi siren ambulan, bunyi telefon bimbit, bunyi jam, bunyi loceng penjual
B. Bunyi kapal berlepas, bunyi daripada kerja-kerja pembinaan
C. Bunyi bising kenderaan, bunyi daripada kerja-kerja pembinaan
D. Bunyi haiwan bergaduh dan bunyi kapal berlepas.

37. Haiwan yang berdarah panas terdiri daripada kelas haiwan


A. reptilia, amfibia dan ikan
B. mamalia dan burung
C. Ikan dan reptilian
D. Amfibia dan ikan

9
38. Yang manakah antara berikut bukan Tenaga Boleh Dibaharui
A. Matahari
B. Bateri
C. Angin
D. Air

39. Yang manakah antara berikut merupakan bahan daripada Sumber Asas haiwan?
A. Kapas
B. Kulit
C. Logam
D. Plastik

40. Yang manakah antara berikut bukan bahan daripada Sumber Asas Tumbuhan?
A. Tanih
B. Kayu
C. Kapas
D. Getah

10

Anda mungkin juga menyukai