Anda di halaman 1dari 13

1 Rajah 1 menunjukkan keadaan sepohon tumbuhan selepas seminggu.

Rajah 1

Mengapakah tumbuhan itu menjadi layu selepas seminggu?


A Tumbuhan itu tidak mendapat cahaya matahari
B Tumbuhan itu tidak mendapat udara
C Tumbuhan itu tidak mendapat air
D Tumbuhan itu tidak mendapat ruang yang mencukupi

2 Antara alat berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk menyukat isi padu
cecair?

A Tabung uji
B Silinder penyukat
C Jam randik
D Pembaris

3 Rajah 2 menunjukkan sebatang magnet bar.

Rajah 2

Ramalkan apa yang akan berlaku jika sebatang paku didekatkan pada
magnet itu
A Paku menjauhi magnet bar
B Paku tertarik pada magnet bar
C Tiada apa-apa yang berlaku pada paku itu
D Paku itu akan berpusing
4 Berikut merupakan kemahiran proses sains kecuali

A memerhati

B melukis

C mengelas

D membuat inferens

5 Rajah 3 menunjukkan satu penyiasatan

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan itu?

A Akar tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan

B Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti

C Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air

D Akar tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya


6.Antara organ berikut, yang manakah menyerap oksigen semasa pernafasan?

A Peparu

B Trakea

C Dada

D Hidung

7.Apakah yang berlaku semasa manusia menghembuskan nafas?

A Saiz dada mengembang

B Udara masuk ke dalam peparu

C Dada mengembang

D Dada menurun

8.Rajah 4 menunjukkan organ-organ yang terlibat dalam proses pernafasan.

Rajah 4
Apakah organ-organ yang berlabel X dan Y?

X Y
A Peparu Trakea

B Trakea Dada

C Trakea Peparu

D Dada Peparu
9.Mengapakah kadar pernafasan aktiviti cergas lebih tinggi berbanding kadar
pernafasan aktiviti pasif?
A Badan memerlukan lebih banyak oksigen
B Hidung memerlukan lebih banyak udara
C Badan boleh melakukan banyak aktiviti
D Otak memerlukan udara

10. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.

Kadar pernafasan Aktiviti

Tinggi
X

Sederhana
Y

Rendah
Z

Apakah aktiviti X, Y dan Z?

X Y Z
A Bermain Memasak Mencangkul
biola
Berlari Bermain Tidur
B boling

Berbaring Bersenam Membaca


C

Berbasikal Berenang Menonton


D televisyen

11. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?


A Penyingkiran karbon dioksida daripada badan
B Penyingkiran bahan buangan daripada badan
C Penyingkiran saiz dan bentuk badan
D Membuang tinja daripada badan

12. Antara berikut, yang manakah bukan bahan kumuh?


A Peluh C Wap air
B Air kencing D Najis
13. Rajah 5 menunjukkan satu organ perkumuhan.

Rajah 5
Apakah bahan kumuh yang dihasilkan oleh organ di atas?
A Air kencing C Wap air
B Karbon dioksida D Peluh

14. Antara berikut, yang manakah merupakan proses penyingkiran bahan makanan
yang tidak diperlukan daripada badan?
A Pernafasan C Penyahtinjaan
B Perkumuhan D Pembiakan

15.Rajah 6 menunjukkan suatu gerak balas terhadap rangsangan.

Rajah 6
Apakah rangsangan yang terlibat dalam situasi di atas?
A Cahaya C Rasa
B Bau D Bunyi

16. Antara maklumat berikut, yang manakah diperoleh dengan menggunakan deria
pendengaran?
A Ambulans membunyikan siren kecemasan
B Kiub ais berasa sejuk
C Daun pokok menjadi kekuningan
D Daging basi mengeluarkan bau yang busuk

17. Apakah gerak balas Haikal apabila dia terpijak batu yang tajam?
A Dia menangis
B Dia melompat tinggi
C Mengangkat kaki serta-merta
D Tidak berbuat apa-apa

18. Rajah 7 menunjukkan seekor haiwan.

Rajah 7
Apakah organ pernafasan haiwan di atas?
A Peparu C Spirakel
B Insang D Kulit lembap

19. Rajah 8 menunjukkan empat ekor haiwan P, Q, R dan S.

P R

Q S

Rajah 8
Haiwan yang manakah bernafas melalui spirakel?
A P dan S C P dan Q
B R dan Q D R dan S
20. Antara berikut, yang manakah bukan organ pernafasan haiwan?
A Peparu C Spirakel
B Insang D Jantung

21. Rajah 9 menunjukkan seekor belalang.

Rajah 9
Mengapakah belalang tidak mati apabila kepalanya direndam dalam air?
A Kerana belalang boleh bernafas dalam air.
B Kerana air mengandungi oksigen
C Kerana struktur pernafasannya terletak di bahagian abdomennya
D Kerana belalang boleh hidup di darat dan di dalam air

22. Rajah 10 menunjukkan kumpulan- kumpulan haiwan vertebrata.

Vertebrata

Mamalia Burung Reptilia X Ikan

Rajah 10
Apakah kumpulan haiwan X?
A Herbivor C Amfibia
B Sisik kering D Invertebrata
23. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sepunya sekumpulan vertebrata.

• Bernafas melalui peparu


• Berdarah sejuk
• Membiak melalui persenyawaan luar

Apakah nama kumpulan haiwan itu?


A Burung
B Mamalia
C Reptilia
D Ikan

24. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri sepunya reptilia dan amfibia?
A Badan ditutup bulu pelepah
B Menjalankan persenyawaan dalam
C Bernafas melalui insang
D Berdarah sejuk

25. Antara berikut, yang manakah adalah haiwan berdarah panas?

A C

B D

26. Antara berikut, yang manakah merupakan haiwan daripada kumpulan


mamalia?
A Penguin C Buaya
B Ikan lumba-lumba D Katak
27. Rajah 11 menunjukkan sejenis tumbuhan

Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D, bahagian manakah yang menyerap


air?

28. Mengapakah daun pokok semalu menguncup apabila disentuh?


A Untuk menyamar seperti daun layu
B Untuk mengelakkan daripada dimakan oleh musuh
C Untuk memerangkap serangga
D Untuk melindungi daripada cuaca panas

29 Apakah maksud proses fotosintesis?


A Proses tumbuhan menghasilkan makanan sendiri
B Proses tumbuhan membebaskan oksigen
C Proses tumbuhan menghasilkan buah
D Proses tumbuhan menghasilkan sumber makanan kepada manusia

30 Mengapakah tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan untuk mencari


makanan?
A Haiwan memerlukan banyak makanan berbanding daripada tumbuhan
B Tumbuhan perlukan cahaya matahari sahaja untuk hidup
C Tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri
D Air yang diserap oleh tumbuhan memberikan cukup nutrien.
31 Rajah 12 menunjukkan suatu penyiasatan di dalam makmal dalam tempoh
satu minggu.

Rajah 12
Apakah kesimpulan penyiasatan ini?
A Tumbuhan memerlukan air untuk hidup
B Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup
C Tumbuhan memerlukan tanah untuk hidup
D Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup

32 Antara berikut, yang manakah bukan rangsangan terhadap tumbuhan?

A Cahaya C Graviti
B Sentuhan D Udara
33. Antara berikut, peringkat yang manakah menunjukkan mula berlakunya
proses fotosintesis?

34 Persamaan berikut menunjukkan proses fotosintesis bagi tumbuhan.

Apakah hasil proses fotosintesis yang mewakili X dan Y?

X Y
A Oksigen Air
Oxygen Water
B Protein Kanji
Proteins Starch
C Oksigen Kanji
Oxygen Starch
D Air Oksigen
Water Oxygen
35. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak betul tentang proses
fotosintesis?
A Proses tumbuhan menghasilkan makanan sendiri
B Memerlukan kanji
C Memerlukan cahaya matahari dan klorofil
D Membebaskan gas oksigen

36 Antara berikut, organ yang manakah terlibat dalam proses pernafasan manusia?
A Perut C Ginjal
B Trakea D Kulit

37. Rajah 13 menunjukkan sejenis tumbuhan

Rajah 13
Mengapakah tumbuhan di atas tidak menjalankan proses fotosintesis?
A Kerana ia tidak mempunyai daun
B Kerana ia tidak mempunyai batang
C Kerana ia tidak mempunyai klorofil
D Kerana ia tidak mempunyai akar

38. Apakah organ pernafasan yang membolehkan haiwan bernafas di darat dan di
dalam air?
A Peparu dan insang
B Spirakel dan kulit lembap
C Kulit lembap dan peparu
D Insang dan spirakel
39. Antara berikut, yang manakah melibatkan kemahiran proses sains ‘mengelas’?
A Meramalkan keadaan cuaca hari esok
B Mengukur ketinggian sepohon pokok
C Membandingkan saiz anak pokok yang baru bercambah
D Membahagikan haiwan kepada dua kumpulan

40. Antara berikut, yang manakah merupakan alat pengukur yang paling sesuai
untuk mengukur panjang dan lebar sebuah padang bola?
A Pita pengukur
B Pembaris
C Selinder penyukat
D Penyedut minuman

Anda mungkin juga menyukai