Anda di halaman 1dari 13

SULIT 1511/1

1. Apakah peralatan perlindungan diri yang digunakan untuk membersihkan badan yang
terkena bahan kimia?
A. Penyiram kecemasan
B. Kabinet aliran laminar
C. Kebuk wasap
D. Pembilas mata

2. Mengapakah bahan yang mempunyai nilai pH lebih daripada 9 tidak boleh dibuang ke
dalam singki?
A. Bahan mudah terbakar
B. Bahan yang berbau kuat
C. Bahan yang neutral
D. Bahan yang bersifat mengakis

3. Apakah kategori bahan sisa biologi bagi haiwan makmal?


A. Kategori A
B. Kategori B
C. Kategori C
D. Kategori D

4. Rajah 1 menunjukkan satu alat pemadam kebakaran.

Rajah 1
Apakah jenis kebakaran yang boleh dipadamkan dengan menggunakan alat pemadam
pada Rajah 1?
A. Bahan pepejal
B. Gas
C. Cecair
D. Peralatan elektrik

2
SULIT 1511/1

5. Rajah 2 menunjukkan bantuan pernafasan yang diberikan sewaktu CPR.

Rajah 2
Apakah tujuan hembusan mulut ke mulut dilakukan?
A. Untuk membekalkan oksigen ke dalam peparu mangsa
B. Untuk menyegarkan mangsa
C. Untuk mengelakkan mangsa daripada cedera
D. Untuk membantu menghasilkan peredaran darah mangsa

6. Rajah 3 menunjukkan seorang perempuan dengan tanda dia sedang tercekik.

Rajah 3
Apakah jenis bantuan kecemasan yang harus diberikan kepada perempuan itu?
A. Mencuci luka
B. Resusitasi kardiopulmonari (CPR)
C. Tekanan dan hembusan
D. Heimlich Manoeuvre

3
SULIT 1511/1

7. Antara termometer berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat suhu badan
tanpa bersentuhan dengan badan?

A.

B.

C.

D
.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan titik nadi?


A. Tempat pada badan untuk merasai denyutan nadi
B. Tempat pada badan untuk mengukur suhu
C. Tempat pada badan untuk mengukur tekanan darah
D. Tempat denyutan nadi tidak dapat dirasai

4
SULIT 1511/1

9. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan bacaaan untuk seorang individu yang
tekanan darahnya adalah normal?
A. 140/70 mmHg
B. 110/100 mmHg
C. 120/60 mmHg
D. 120/80 mmHg

10. Rajah 3 menunjukkan beberapa kilang dalam satu Kawasan perindustrian.

Rajah 3
Antara kaedah berikut, yang manakah paling sesuai bagi mengurangkan pencemaran
udara daripada kilang – kilang ini?
A. Pastikan cerobong asap kilang adalah rendah dan dekat dengan Bumi
B. Tutup cerobong – cerobong asap kilang tersebut
C. Menukarkan sumber dengan arang
D. Meningkatkan prestasi dan menyelenggarakan dandang kilang dengan betul

5
SULIT 1511/1

11. Rajah 4 menunjukkan label cekap tenaga.

Rajah 4
Apakah maksud bintang pada label tersebut?
A. Jenis soket
B. Penarafan tenaga
C. Jumlah julat tenaga
D. Jenis mesin

12. Antara berikut, yang manakah menunjukkan sifat dominan pada seseorang individu?
A. Rambut kerinting
B. Rambut perang
C. Mata biru
D. Cuping telinga melekap

13. Apakah yang berlaku kepada bilangan kromosom seseorang individu yang mengalami
Sindrom Turner?
A. Individu itu mempunyai kurang bilangan autosom
B. Individu itu mempunyai kurang bilangan kromosom seks
C. Individu itu mempunyai lebihan satu autosom
D. Individu itu mempunyai lebihan satu kromosom seks

14. Penyakit yang manakah berkaitan dengan mutasi kromosom?


A. Hemofilia
B. Buta warna
C. Albinisme
D. Sindrom Down

6
SULIT 1511/1

15. Rajah 5 menunjukan suatu sel yang mengalami pembahagian sel.

Rajah 5
Apakah struktur L?
A. Nukleus
B. Sitoplasma
C. Kromosom
D. Membran sel

16. Rajah 6 menunjukkan kacukan antara dua pokok, bunga berwarna ungu dan bunga
berwarna kuning.

Rajah 6
Jika P mewakili gen dominan bagi bunga ungu dan p mewakili gen resesif bagi bunga
kuning, apakah genotip kedua – dua induk tersebut?
A. pp X PP
B. PP X pp
C. Pp X pp
D. Pp X Pp

7
SULIT 1511/1

17. Rajah 7 menunjukkan tiga jenis haiwan.

Rajah 7
Apakah jenis sokongan bagi haiwan P, Q dan R?

P Q R
A. Rangka dalam Rangka luar Rangka hidrostatik
B. Rangka dalam Rangka hidrostatik Rangka luar
C. Rangka hidrostatik Rangka luar Rangka dalam
D. Rangka luar Rangka hidrostatik Rangka dalam

18. Apakah sistem yang diperlukan oleh kanggaru bagi mengelakkannya daripada mudah
tumbang Ketika tidak bergerak?
A. Mempunyai empat kaki
B. Memiliki poket di bahagian hadapannya
C. Menggunakan ekornya sebagai tongkat
D. Berdiri bersebelahan pokok untuk bersandar

19. Maklumat berikut menunjukkan pertumbuhan bagi seekor ketam.

 Menanggalkan kutikel berulang kali semasa


pertumbuhannya
 Proses penanggalan kutikel ini dinamakan X

Apakah yang dimaksudkan dengan X?

A. Epidermis
B. Apolisis
C. Ekdisis
D. Metamorfosis

8
SULIT 1511/1

20. Rajah 8 menunjukan keratan rentas badan cacing tanah.

Rajah 8
Apakah fungsi keta?
A. Untuk menyerap makanan
B. Membekalkan nutrien
C. Digunakan untuk pergerakan
D. Digunakan untuk perkumuhan

21. Rajah 9 menunjukkan sistem rangka manusia.

Rajah 9
Apakah bahagian berlabel X dan Y?

X Y
A. Tibia Radius
B. Radius Tibia
C. Femur Humerus
D. Humerus Femur

9
SULIT 1511/1

22. Rajah 10 menunjukkan sendi lutut manusia.

Rajah 10
Apakah fungsi utama bagi cecair P?
A. Bertindak sebagai pelincir
B. Menyerap bahan perkumuhan
C. Memberikan kestabilan
D. Bertindak sebagai kusyen

23. Antara struktur berikut, yang manakah memberikan sokongan pada tumbuhan berkayu?
A. Tendril
B. Akar cengkam
C. Batang berongga
D. Duri

24. Antara berikut, yang manakah betul bagi fungsi sistem endokrin?
A. Penting dalam pertumbuhan sel – sel baharu
B. Menghantar maklumat ke seluruh badan menggunakan hormon
C. Menyingkirkan bahan kumuh keluar daripada badan
D. Mengangkut darah beroksigen dan darah yang terdeoksigen dalam badan manusia

10
SULIT 1511/1

25. Rajah 11 menunjukkan sistem endokrin bagi seorang lelaki.

Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah berfungsi mengawal kuantiti air yang
diserap semula oleh ginjal?

26. Antara berikut, yang manakah kesan pengambilan minuman beralkohol secara
berterusan?
A. Mempunyai minda yang jelas
B. Ulser mulut
C. Sirosis hati
D. Meningkatkan sistem keimunan badan

27. Rajah 12 menunjukkan suatu situasi.

Rajah 12
Antara berikut, yang manakah benar tentang situasi lelaki itu?
A. Denyutan jantung lelaki itu menjadi lebih perlahan
B. Tekanan darah lelaki itu berkurang
C. Lebih banyak glukosa dalam badan lelaki itu ditukarkan kepada glikogen
D. Kadar metabolisma lelaki itu adalah tinggi

11
SULIT 1511/1

28. Apakah fungsi hormon yang dihasilkan oleh pankreas?


A. Mengawal aras glukosa dalam darah
B. Mengawal kadar metabolisma badan
C. Mengawal kuantiti air yang diserap semula oleh ginjal
D. Mengawal perkembangan fizikal dan mental dalam kanak – kanak

29. Maklumat berikut menunjukkan kesan daripada sejenis dadah.

 Mengubah laluan impuls di dalam otak


 Menyebabkan halusinasi
 Kecelaruan
Apakah dadah itu?

A. Steroid
B. Ketamin
C. Morfin
D. Amfetamin

30. Dadah yang manakah dipreskripsikan oleh doktor untuk mengurangkan kesakitan?
A. Gam
B. Morfin
C. Ekstasi
D. Ganja

31. Apakah faktor luaran yang mempengaruhi kesihatan minda?


A. Pengambilan alkohol
B. Diet yang tidak seimbang
C. Aras glukosa darah
D. Tekanan darah tinggi

32. Antara bahan berikut, yang manakah terdiri daripada atom?


A. Air
B. Helium
C. Karbon dioksida
D. Natrium klorida

12
SULIT 1511/1

33. Rajah 13 menunjukkan susunan zarah dalam satu bahan.

Rajah 13
Apakah bahan tersebut?
A. Air
B. Zink
C. Oksigen
D. Besi oksida

34. Semua jirim termasuk air boleh dikelaskan sebagai bahan. Apakah jenis bahan air?
A. Bahan atom
B. Bahan molekul
C. Bahan ion
D. Bahan molekul

35. Antara gas dalam udara, gas manakah yang merupakan bahan atom?
A. Oksigen
B. Nitrogen
C. Helium
D. Karbon dioksida

36. Jenis perubatan manakah yang lazimnya digunakan untuk merawat pesakit di hospital
atau klinik kerajaan di seluruh Malaysia?
A. Perubatan herba
B. Perubatan komplementari
C. Perubatan moden
D. Perubatan tradisonal

37. Rahman mengambil ubat untuk melegakan sakit kepala. Apakah jenis ubat yang diambil
oleh Rahman?
A. Ubat analgesik
B. Ubat antibiotik
C. Ubat psikoteraputik
D. Bahan antioksidan

13
SULIT 1511/1

38. Bagaimanakah ubat – ubatan disalahgunakan?


A. Pengambilan ubat mengikut dos yang ditetapkan
B. Pengambilan ubat mengikut peringkat umur yang ditetapkan
C. Pengambilan ubat sebelum terikh luput pada ubat
D. Pengambilan ubat secara berlebihan

39. Vitamin manakah yang berfungsi sebagai bahan antioksidan?


A. Vitamin B
B. Vitamin C
C. Vitamin D
D. Vitamin K

40. Apakah kesan kebocoran radioaktif?


A. Mutasi sel
B. Hakisan tanah
C. Pemanasan dunia
D. Penipisan ozon

- KERTAS SOALAN TAMAT -

14

Anda mungkin juga menyukai