Anda di halaman 1dari 14

Jawab semua soalan

1. Rajah 1 menunjukkan struktur satu sel tumbuhan.

Rajah 1
Antara yang berikut, yang manakah terdapat pada bahagian berlabel Z?
A. Nukleoplasma
B. Sitoplasma
C. Air
D. Sap sel
2. Antara yang berikut, yang manakah fungsi ribosom?
A. Menjalankan fotosintesis
B. Tapak sintesis protein
C. Tapak respirasi sel
D. Mengawal aktiviti sel
3. Antara tisu berikut, yang manakah adalah tisu penghubung?
I.
Neuron
II.
Hormone
III.
Rawan
IV. Darah
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
4. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang tisu vaskular?
A.
B.
C.
D.

Tisu vascular merupakan tempat simpanan produk fotosintesis


Tisu vascular menjalankan proses pengangkutan air dan nutrient dalam tumbuhan
Tisu vascular merupakan tapak aktiviti fotosintesis
Tisu vascular menutupi permukaan luar batang, akar dan daun

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 1

5. Maklumat berikut menerangkan jenis pergerakan merentasi membrane plasma.


Pergerakan molekul menentang kecerunan kepekatan dengan bantuan protein
pembawa dan menggunakan tenaga
Apakah jenis pergerakan ini?
A. Osmosis
B. Pengangkutan aktif
C. Resapan ringkas
D. Resapan berbantu
6. Encik Khairun menanam anak-anak sawi dalam pasu bunga dan menyiramnya selalu. Selepas
seminggu, dia menambah baja kepada anak-anak sawi yang mula tumbuh, keesokkan harinya
semua tanamannya layu. Apakah yang patut dilakukan untuk mengelakkan tanaman ini layu?
A. Udarakan tanah dengan menggembur
B. Menambah tanah ke dalam pasu
C. Menambah lebih air kepada tanah
D. Menambah lebih baja kepada tanah
7. Apakah yang berlaku kepada sel darah merah selepas direndam di dalam air suling?
A. Meletus
B. Segah
C. Flasid
D. Krenasi
8. Sejalur ubi kentang telah direndam di dalam larutan sukrosa 30%. Pemerhatian manakah yang
betul selepas satu jam?
A.

C.

B.

D.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 2

9. Rajah 2 menunjukkan struktur X dalam satu sel yang terlibat dalam penghasilan enzim luar sel.

Rajah 2
Apakah yang akan berlaku jika struktur X gagal bercantum dengan jasad Golgi?
A. Protein tidak diubah suai
B. Protein tidak disintesis
C. Protein tidak dihidrolisiskan
D. Protein tidak dinyahaslikan
10. Rajah 3 menunjukkan struktur molekul protein

Rajah 3
Antara yang berikut, yang manakah aras organisasi protein ini?
A. Tertier
B. Primer
C. Sekunder
D. Kuartener
11. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang tindak balas enzim pada suhu 37C?
A. Tindak balas meningkat
B. Tindak balas menurun
C. Tindak balas maksimum
D. Tindak balas kekal sama

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 3

12. Antara yang berikut, yang manakah memperlahankan atau menghentikan aktiviti enzim?
A. Kofaktor
B. Hasil
C. Substrat
D. Perencat
13. Apakah kepentingan mitosis?
A. Menghasilkan sel diploid
B. Menghasilkan sel haploid
C. Menghasilkan sel gamet
D. Menghasilkan sel dengan variasi genetic
14. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri seorang lelaki yang mengalami kecacatan genetic.
Mempunyai 47 kromososm (44+XXY)
Kurang otot badan
Tulang yang lemah
Apakah punca kecacatan genetic ini?
A. Sinapsis tidak berlaku semasa profasa I
B. Sitokinesis tidak berlaku semasa telofasa II
C. Membrane nucleus tidak terbentuk semasa telofasa II
D. Kromatid beradik tidak terpisah semasa anafasa II
15. Rajah 4 menunjukkan satu fasa mitosis di dalam sel.

Rajah 4
Apakah fasa itu?
A. Profasa
B. Metafasa
C. Anafasa
D. Telofasa

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 4

16. Rajah 5 menunjukkan proses persenyawaan dalam manusia.

Rajah 5
Apakah nombor kromosom di R dan S?
R
S
A
23
23
B
23
46
C
46
23
D
46
46
17. Jessica tidak suka makan sayuran dan buah-buahan. Apakah yang akan berlaku kepadanya jika
dia tidak mengambil makanan tersebut bagi jangka masa panjang?
A. Dia akan mengidap osteoporosis
B. Dia mungkin mengalami sembelit
C. Dia mungkin menghidap kwasyiorkor
D. Dia mungkin mengalami tekanan darah rendah
18. Rajah 6 menunjukkan sebahagian daripada salur pencernaan manusia.

Rajah 6
Antara dua organ berikut, yang manakah merembes enzim untuk pencernaan protein?
A. P dan Q
B. P dan R
C. Q dan R
D. Q dan S
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 5

19. Rajah 7 menunjukkan kolon manusia

Rajah 7
Apakah fungsi rectum?
A. Menyerap air
B. Menyimpan bakteria
C. Menghasilkan antibiotic
D. Menyimpan tinja
20. Rajah 8 menunjukkan struktur satu kloroplas.

Rajah 8
Antara yang berikut, yang manakah tapak bagi tindak balas cahaya?
A. P
B. Q
C. R
D. S
21. Antara pernyataan berikut, yang manakah paling tepat menghuraikan respirasi dalaman?
A. Proses pemindahan oksigen dan karbon dioksida di antara organisma dan persekitaran
B. Proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida merentasi permukaan respirasi
C. Pengoksidaan molekul organic dalam sel hidup yang membebaskan tenaga dalam bentuk
ATP
D. Tindak balas antara molekul glukosa dan oksigen di mana karbon dioksida dan air
dibebaskan
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 6

22. Antara yang berikut, dalam bentuk manakah terhasil kebanyakan karbon dioksida apabila
kembali ke peparu semasa respirasi sel?
A. Ion bikarbonat dalam plasma
B. CO2 terlarut dalam plasma
C. Karboksihemoglobin dalam darah
D. Asid karbonik dalam limfa
23. Apakah pusat kawalan bagi pengawalan kadar pernafasan?
A. Badan carotid
B. Kemoreseptor periferi
C. Kemoreseptor pusat
D. Medulla oblongata
24. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang respirasi tumbuhan?
A. Tumbuhan tidak perlu bernafas pada waktu siang kerana oksigen yang cukup dibebaskan
semasa fotosintesis
B. Kadar respirasi adalah lebih tinggi pada waktu malam berbanding waktu siang
C. Akar sesetengah tumbuhan telah disesuaikan untuk menjalani respirasi anaerobic
D. Produk respirasi anaerobic tumbuhan adalah etanol, CO2, H2O dan tenaga
25. Antara yang berikut, bakteria manakah dapat menjalankan proses penitritan?
I.
Bakteria pendenitritan
II.
Nitrobacter
III.
Rhizobium
IV. Nitrosomonas
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
26. Pasangan organisma manakah yang menunjukkan mutualisme?
A. Alga dan kulat
B. Ikan yu dan ikan remora
C. Paku pakis dan pokok besar
D. Cacing pita dan lembu
27. Apakah spesies perintis dalam pengkolonian kolam?
A. Tumbuhan herba
B. Tumbuhan amfibia
C. Tumbuhan terapung
D. Tumbuhan tenggelam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 7

28. Antara yang berikut, yang manakah penyesuaian bagi Sonerratia sp. Supaya dapat tumbuh di
paya bakau?
I.
Daun sukulen dan tebal
II.
Vivipara
III.
Akar banir
IV. Kepekatan osmosis sap sel tinggi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. I dan II
29. Antara aktiviti manusia berikut, yang manakah mengancam ekosistem?
I.
Pengindustrian
II.
Pengurusan pembangunan yang terancang
III.
Penyahhutanan
IV. Pemuliharaan hutan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
30. Apakah kesan terhadap persekitaran apabila udara tercemar dengan gas nitrogen oksida dan
sulfur oksida?
A. Tsunami
B. Eutrofikasi
C. Kerosakan hutan
D. Hakisan tanah dan tanah runtuh
31. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang B.O.D?
A. Semakin tinggi nilai B.O.D, semakin rendah darjah pencemaran
B. Semakin tinggi nilai B.O.D, semakin tinggi oksigen terlarut dalam sampel air
C. Sejenis ujian yang digunakan untuk mengukur darjah pencemaran air
D. Pada aras B.O.D yang tinggi, populasi ikan dalam sungai bertambah
32. Apakah gas utama yang menyebabkan kesan rumah hijau?
A. Metana
B. Karbon dioksida
C. Nitrogen oksida
D. Kloroflurokarbon

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 8

33. Rajah 9 menunjukkan satu keratan membujur jantung manusia.

Rajah 9
Antara bahagian yang berlabel A, B, C atau D, manakah menerima darah yang kembali dari
ginjal?
34. Pilih urutan yang betul bagi penghantaran impuls saraf melalui dinding jantung.
A. Nodus sinoatrium (SA) Cabangan berkas gentian Purkinje nodus atrioventrikel
(AV)
B. Nodus atrioventrikel (AV) nodus sinoatrium (SA) cabangan berkas gentian
Purkinje
C. Nodus sinoatrium (SA) nodus atrioventrikel (AV) cabangan berkas gentian
Purkinje
D. Gentian Purkinje cabangan berkas nodus atrioventrikel (AV) nodus sinoatrium
(SA)
35.

Dalam darah, oksigen bergabung dengan X dalam eritrosit untuk membentuk Y.


Apakah X?
A. Hormon
B. Globulin amino
C. Hemolimfa
D. Hemoglobin

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 9

36. Rajah 10 menunjukkan sejenis sistem peredaran darah bagi satu haiwan.

Rajah 10
Antara yang berikut, manakah menghuraikan sistem peredaran haiwan itu?
A. Ini ialah satu sistem peredaran ganda dua tidak lengkap di mana tekanan darah dalam
saluran darah adalah tinggi.
B. Ini ialah satu sistem peredaran ganda dua lengkap di mana tekanan darah dalam saluran
darah adalah tinggi.
C. Ini ialah satu sistem peredaran tunggal dan tertutup di mana tekanan darah dalam saluran
darah adalah rendah.
D. Ini ialah satu sistem peredaran ganda dua tidak lengkap di mana tekanan darah dalam
saluran darah adalah rendah.
37.

Apakah bahan X?
A. Trombin
B. Vitamin K
C. Ion kalsium
D. Protrombin
38. Seorang pekerja kilang mengalami pendarahan dalam yang tidak berhenti selepas kemalangan
yang memotong tangan kirinya. Apakah yang akan terjadi jika darahnya tidak dapat beku?
A. Tekanan darahnya akan menurun.
B. Kapilari darahnya akan mengembang.
C. Kadar pernafasannya akan meningkat.
D. Denyutan jantungnya akan meningkat.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 10

39. Sistem limfa disambung kepada sistem peredaran melalui


A. duktus toraks
B. duktus limfa kanan
C. vena pulmonary
D. vena subklavikel
40. Antara yang berikut, manakah ialah peranan sistem limfa?
I.
Untuk mengumpul dan mengembalikan cecair interstis kepada sistem peredaran.
II.
Untuk mempertahankan badan daripada penyakit dengan menghasilkan limfosit.
III.
Untuk mengangkut eritrosit yang ditapis keluar dari kapilari.
IV. Untuk mengangkut hasil akhir lemak yang dicerna dari vilus ke hati.
A. I dan II
B. I, II dan IV
C. I, II dan III
D. I, III dan IV
41. Jenis keimunan yang boleh diperoleh secara semula jadi oleh anak dari ibu sama ada melalui
plasenta ke fetus atau susu ibu dikenali sebagai
A. keimunan aktif buatan.
B. keimunan aktif semula jadi.
C. keimunan pasif buatan.
D. keimunan pasif semula jadi.
42. Rajah 11 menunjukkan proses yang melibatkan satu leukosit.

Rajah 11
Apakah proses yang ditunjukkan?
A. Pengaglutinatan
B. Lisis
C. Fagositosis
D. Peneutralan
43. Apakah tujuan merendamkan akar pokok keembung ke dalam larutan eosin semasa eksperimen
menyiasat sistem vaskular tumbuhan?
A. Untuk mewarnakan tisu floem.
B. Untuk mewarnakan tisu xilem.
C. Untuk mewarnakan tisu berkas vaskular.
D. Untuk mewarnakan tisu tiub tapis.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 11

44. Rajah 12 menunjukkan keratan rentas bagi batang dan akar dikotiledon.

Rajah 12
Bahagian berlabel A, B, C atau D, manakah dalam pengangkutan bahan organik seperti sukrosa
dari daun?
45. Rajah 13 menunjukkan keputusan satu eksperimen terhadap satu batang.

Rajah 13
Antara pernyataan yang berikut, manakah tidak benar tentang fenomena yang ditunjukkan dalam
Rajah 13?
A. Hasil fotosintesis tidak dapat diangkut dari daun ke bahagian bawah gelang.
B. Air terkumpul di bahagian atas gelang.
C. Floem telah dikeluarkan tetapi xilem masih berfungsi.
D. Bahagian atas gelang membengkak menunjukkan pengangkutan bahan organik adalah
proses berterusan.
46. Apakah fungsi dinding berlignin dalam salur xilem?
A. Ia mencegah salur xilem dari runtuh di bawah daya tekanan.
B. Ia membantu salur xilem melekat antara satu sama lain.
C. Ia membantu dalam pengangkutan air dan garam mineral
D. Ia menunjukkan perbezaan antara salur xilem yang berlainan.

47. Satu eksperimen dijalankan untuk menyiasat kadar transpirasi suatu tumbuhan dalam sehari.
Faktor pergerakan udara dan kelembapan relatif dimalarkan. Graf dalam Rajah 14 menunjukkan
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 12

keputusan yang diperoleh dari jam 0000 hingga jam 1200. Ramalkan kadar transpirasi selepas
jam 1200.

Rajah 14
48. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi ialah
I.
Suhu
II.
pergerakan udara
III.
kelembapan relative
IV. kepekatan karbon dioksida
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV
49. Antara graf yang berikut, manakah menunjukkan hubungan antara kadar transpirasi dan
keamatan cahaya dengan betul?
A.
C.

B.

D.

50. Rajah 15 menunjukkan keadaan satu stoma.


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 13

Rajah 15
Apakah yang berlaku semasa proses ini?
A. Kadar transpirasi berkurang.
B. Sel pengawal menjadi flasid.
C. Karbon dioksida dihalang dari memasuki daun.
D. Kehilangan wap air

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2016

Page 14

Anda mungkin juga menyukai