Anda di halaman 1dari 2

SELAMAT PAGI KAWAN-KAWAN SERTA SAUDARA SAUDARI CIKABOOMM CIKABOOM

Marilah kita tumpukan perhatian ke hadapan.Hari ini saya ingin memperkenalkan seorang murid
yang bernama Mail Lambung.Mari kita lihat bagaimana keadaan Mail Lambung semasa hadir ke
sekolah dan belajar di dalam kelas.

Kawan-Kawan….Mari kita tanya Mail Lambung kenapa dia tidak bertenaga di dalam kelas??

(abestian akan jawab)

Ohhhhhhhh…rupa-rupanya dia tidak bersarapan lagi pada pagi ini

Amalan bersarapan penting buat pelajar di negara ini tetapi masih ada yang enggan melakukannya?

Sarapan pagi ialah salah satu daripada sajian makanan yang perlu kita ambil setiap hari.Agak malang
apabila pengambilan sarapan pagi diambil ringan oleh sesetengah pihak.Tidakkah mereka sedar akan
faedah-faedah mengambil sarapan pagi?

Salah satu faedah sarapan pagi ialah membekalkan tenaga. Jika kita memulakan hari dengan perut
kosong,dikhuatiri badan akan terasa lesu dan tidak bermaya.Faktor-faktor inilah yang mengganggu
kelancaran kita menjalani rutin harian seperti belajar dengan bekerja.

Selain itu,mereka yang tidak menjamah sebarang makanan pada waktu pagi cenderung untuk rasa
lapar.Perut akan mula "berkeroncong" minta diisi.Hal ini secara tidak langsung mengganggu setiap
aktiviti yang sedang kita lakukan.Kita juga akan mudah hilang fokus untuk belajar.

.Sebelum itu saya ingin menjemput dua orang chef yang pernah memenangi Master Chef Malaysia
pada tahun lepas.Dipersilakan Chef Ellenvia dan Chef Farrendiany. Mari kita lihat contoh resepi
sarapan pagi yang sesuai yang akan disediakan oleh chef-chef kita.

1)Sandwich telur Bereh Boh

Bahan-bahan yang diperlukan

-telur

-roti dua keeping

-daun salad

-mayonis

-kobis ungu

-planta

2)Air Susu Nyum Nyum


Sekarang kita boleh lihat bagaimana chef chef kita menyediakan sarapan pagi

1.panaskan api dan masukkan satu sudu planta

2.masukkan adunan telur ke dalam kuali.ratakannya.

3.pecahkan telur yang hampir masak tu sehingga hancur.

4.Setelah siap,tutup api dan masukkan telur yang digoreng kedalam mangkuk.masukkan sedikit
mayonis,kobis ungu dan kacau sehingga sebati.

5.setelah sebati,letak bahan itu ke atas sekeping roti.letak dua keping tomato dan tindihkannya
dengan sekeping roti lagi.Potong roti tu menjadi bentuk segitiga.

Nampaknya sarapan pagi kita telahpun siap.Mari kita bagi mail lambung cuba sarapan tersebut.

(abestian akan cuba dan lakonkan watak yg bertenaga)

Wahhhh..nampak tak?!!!!..begitu bersemangat sekali mail lambung selepas makan sarapan pagi

Hal ini demikian tubuh kita memerlukan tenaga yang diperolehi daripada sumber karbohidrat seperti
roti dan glukosa daripada secawan teh atau susu.khasiat telur goreng pula dapat mengekalkan
ketajaman penglihatan dan kesihatan mata

Bukan itu sahaja,sarapan pagi juga boleh mengelakkan obesiti.Obesiti atau kegemukan terjadi
apabila seseorang tidak mengambil makanan secara seimbang seperti contoh di hadapan.

(melvien melakonkan watak)

Kesan daripada rasa lapar menyebabkan mereka mengambil makanan tengah hari dalam kuantiti
yang banyak.Natijahnya,sarapan pagi mampu mengawal pemakanan seseorang.

Selain itu,penyakit-penyakit yang tidak diundang seperti "gastrik"mudah menyerang mereka yang
tidak mengambil sarapan pagi .Kita lihat contoh di hadapan.

(Danish melakonkan watak)

.Hal ini demikian kerana sistem badan tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik.Hal sebaliknya
berlaku sekiranya kita mengambil sarapan pagi secara tetap iaitu dapat mengekalkan kesihatan
tubuh badan.Oleh itu,penting sekali bersarapan sebelum memulakan hari untuk tubuh yang lebih
sihat.

Kesimpulannya, amalan bersarapan perlulah diamalkan oleh pelajar di negara ini. Jika amalan ini
dilaksanakan sudah pasti pelajar akan mendapat banyak manfaatnya. Bak kata pepatah badan sihat
otak cerdas yang mengingatkan kita agar menjaga kesihatan diri untuk memperoleh minda yang
mampu mengharungi cabaran pendidikan di sekolah tersebut.Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai