Anda di halaman 1dari 11

Sains Tahun 4

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012


Skema Jawapan Nama Guru .. Kelas

SULIT BAHAGIAN A Baca dan jawab semua soalan dengan betul. Tandakan jawapan anda di kertas jawapan yang disediakan. 1. Salmi tertinggal tumbuhannya di dalam sebuah almari selama seminggu. Antara berikut, manakah yang menunjukkan keadaan tumbuhan itu? A. Mati B. Berbuah C. Menjadi pendek D. Masih hijau 2. Tumbuhan memerlukan air, udara dan .......... untuk hidup. A. cahaya matahari B. makanan C. tempat tinggal D. tanah 3. Gambar dibawah menunjukkan 1 situasi.

Mengapakah manusia memerlukan air? A. Untuk pertumbuhan diri B. Untuk melindungi diri daripada bahaya C. Untuk berada dalam keadaan sihat D. Untuk menjadikan diri lebih kuat 4. Yang mana satukah tempat tinggal tupai? A.

C.

B.

D.

SULIT 5. Kekurangan _____________ akan menyebabkan manusia mati dengan segera. A. makanan B. cahaya C. udara D. air 6. Rajah dibawah menunjukkan permukaan air di dalam sebuah bikar yang dilapisi dengan minyak dalam suatu penyiasatan.

Antara berikut, yang manakah dikaji dalam penyiasatan ini? A. Haiwan memerlukan air B. Haiwan memerlukan udara C. Haiwan memerlukan cahaya D. Haiwan memerlukan makanan 7. Tumbuhan dan haiwan adalah sama kerana kedua-duanya ............ I. memerlukan air untuk hidup II. boleh membuat makanan sendiri III. memerlukan udara untuk hidup IV. boleh bergerak sendiri A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 8. Rajah dibawah menunjukkan seekor haiwan

Bagaimanakah haiwan ini melindungi diri daripada hujan dan matahari? A. Dengan menghasilkan madu di dalam sarang B. Dengan membina sarang di atas pokok C. Dengan hidup bersama dalam kumpulan yang besar D. Dengan hidup di dalam lubang bawah tanah 9. Apakah yang dikeluarkan ketika manusia bernafas? A. Nitrogen B. Helium C. Oksigen D. Karbon dioksida

SULIT 10. Mengapa manusia dan haiwan perlu berkumuh dan bernyahtinja? A. Untuk menjadi kurus B. Untuk menambahkan berat badan C. Untuk membuang air daripada badan D. Untuk membuang bahan buangan yang tidak diperlukan badan 11. Apabila kita memegang objek yang panas, kita akan menarik tangan dengan cepat. Apakah kesimpulan yang boleh kita ambil daripada perlakuan ini? A. Badan kita boleh memegang objek yang panas B. Badan kita tidak boleh merasa kepanasan C. Badan kita bertindak balas dengan semua objek D. Badan kita bertindak balas dengan objek yang panas 12. Haiwan dalam gambar dibawah bernafas melalui ......................................

A. B. C. D.

insang kulit lembap paru-paru liang pernafasan

13. Gambar dibawah menunjukkan kitaran hidup katak.

A. B. C. D.

Q, P, R, S Q, R, P, S S, R, P, Q S, P, R, Q

14. Gambar dibawah menunjukkan ulat beluncas. Bahagian yang manakah merupakan struktur pernafasan ulat beluncas tersebut?

SULIT 15. Rajah dibawah menunjukkan seekor haiwan

Antara haiwan dibawah, yang manakah yang menjalani kitar hidup yang sama seperti haiwan di atas? I. Rama-rama II. Lebah III. Angsa IV. Siput A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV 16. Kawasan yang bertanda X bertindak balas terhadap ......................

A. B. C. D.

graviti dan air air dan udara udara dan cahaya matahari sentuhan dan udara

17. Tumbuhan yang manakah membiak dengan cara yang sama?

A. B. C. D.

I dan II I dan IV II dan III III dan IV 4

SULIT 18. Rajah dibawah menunjukkan eksperiman tentang tindak balas tumbuhan

Bahagian tumbuhan yang manakah yang bertindak balas terhadap cahaya matahari? A. Akar B. Daun C. Ranting D. Pucuk 19. Kerbau, gajah dan monyet hidup dalam kumpulan kerana kelakuan ini membantu mereka.. A. mencari makanan bersama-sama apabila lapar B. memanaskan badan mereka
C. melindungi diri mereka bersama-sama apabila diganggu atau diserang oleh musuhnya

D. melarikan diri dari musuh mereka 20. Rajah dibawah menunjukkan sejenis ikan.

Apakah perlakuan khas haiwan diatas bagi melindungi dirinya daripada musuh? A. Hidup berkelompok B. Berpura-pura mati C. Berenang dengan laju D. Menyamarkan diri 21. Musang gurun dapat melindungi dirinya daripada cuaca panas yang melampau kerana ia A. mempunyai telinga yang besar B. mempunyai bonggol di belakang badannya C. menghasilkan air kencing yang pekat D. berkubang di dalam air 22. Musang Artik akan bertukar warna bulu daripada warna perang ke warna putih apabila musim sejuk. Hal ini membolehkan Musang Artik .. A. mendapatkan makanan dengan mudah B. mengelakkan haba hilang daripada badannya C. bermigrasi dengan mudah D. menyembunyikan diri daripada musuhnya 5

SULIT 23. Antara yang berikut, ciri-ciri manakah yang membantu beruang kutub melindungi dirinya daripada cuaca yang melampau? I. Kuku yang tajam II. Memburu dalam air yang sejuk III. Bulu yang tebal IV. Lapisan lemak yang tebal A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV 24. Rajah dibawah menunjukkan sejenis tumbuhan

Bagaimanakah tumbuhan ini melindungi dirinya? A. Berbulu halus yang akan memberikan rasa gatal B. Mempunyai getah yang beracun C. Berbau busuk D. Daunnya berduri dan menyebabkan rasa gatal 25. Buah kelapa mempunyai kulit yang __________ dan __________. A. tebal dan keras B. tebal dan berbulu C. keras dan berbulu D. lembut dan berbau busuk 26. Tumbuhan manakah yang mempunyai duri untuk melindungi diri mereka?

27. Salah satu cara mengukur masa dengan tepat ialah dengan cara menggunakan A. jam tangan B. jam pasir C. titisan air D. cahaya matahari

SULIT

28. Rajah berikut menunjukkan sejenis pokok bakau.

Apakah fungsi akar jangkang pokok bakau ini? A. Menyokong pokok agar tidak mudah tercabut B. Menangkap ikan sebagai makanan C. Menjadi tempat tinggal ikan D. Bertindak balas terhadap gempa bumi. 29. Rajah dibawah menunjukkan sejenis tumbuhan

Apakah ciri-ciri khas tumbuhan diatas untuk mengelakkan kehilangan air? I. Menggulungkan daunnya II. Menyimpan air dalam batangnya III. Mempunyai daun yang berbentuk jarum IV. Akar yang panjang A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. III dan IV 30. Rajah dibawah menunjukkan berat sebiji bola.

Jika 2 biji bola ditambah ke penimbang, berapakah berat keseluruhan bola tersebut? A. 2 kg B. 4 kg C. 6 kg D. 8 kg

SULIT BAHAGIAN B Baca dan jawab setiap soalan dengan jawapan yang betul. Jika anda tidak dapat menjawab, sila teruskan dengan soalan yang lain. 1. Dalam satu eksperimen, 3 ekor belalang diletakkan di dalam dua balang kaca yang sama besar. Ruang atas balang kaca P diletakkan kasa dawai dan ruang atas balang kaca Q diletakkan penutup bekas plastik seperti dalam rajah 1. Kedua-dua balang kaca ditinggalkan selama beberapa hari.

Rajah 1 a) Belalang dalam balang kaca yang manakah yang akan mati dahulu? Belalang dalam balang Q 1 markah b) Berikan sebab bagi jawapan anda di (a)? Pilih mana-mana jawapan - Kerana udara tidak dapat masuk ke dalam balang Q. - Kerana balang Q ditutup dengan plastik dan menghalang udara masuk 1 markah c) Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasi (diubah) dalam eksperimen ini? Kehadiran udara 1 markah d) Apakah pemboleh ubah yang dimalarkan (ditetapkan) dalam eksperimen ini? Jenis balang / jumlah belalang / jumlah daun / kawasan diletakkan balang 1 markah e) Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini? haiwan memerlukan udara untuk hidup. Jika ada ayat yang memberikan maksud yang sama, sudah boleh diberikan markah 1 markah 8

SULIT

2. Daniel telah mengelaskan beberapa ekor binatang kepada dua kumpulan

Pembiakan Haiwan

Harimau Gajah Kucing Arnab


a) Nyatakan 2 cara haiwan membiak. I. II. Melahirkan anak Bertelur

Katak Belalang Burung Ayam

2 markah b) Daripada pemerhatian, nyatakan: I. II. Apa yang diubah (dimanipulasikan) Jenis haiwan Apa yang diperhatikan cara pembiakan haiwan 2 markah c) Nyatakan binatang lain yang mempunyai cara pembiakan yang sama seperti gajah. Apa-apa sahaja jenis haiwan yang membiak secara melahirkan anak 1 markah 3. Tiga tumbuhan diletakkan di dalam kebun selama seminggu. Tumbuhan-tumbuhan ini tidak disiram air selama seminggu. Jadual 1 menunjukkan keadaan tumbuhan selepas seminggu. Jenis tumbuhan Keadaan pokok Pokok Kaktus Tiada perubahan Jadual 1 a) Apakah tujuan eksperimen ini? Untuk menyiasat hubungan antara jenis tumbuhan dengan keadaan tumbuhan selepas seminggu 1 markah b) Mengapakah pokok kaktus tidak layu? Kerana pokok kaktus boleh menyimpan air dengan lama boleh juga menerima jawapan murid yang bersesuaian. 9 1 markah Pokok Cili Layu Pokok Bunga Mawar Layu

SULIT c) Dalam eksperimen ini, .... a. Apa yang ditetapkan (dimalarkan) kawasan diletakkan tumbuhan / tempoh masa eksperimen dijalankan / tempoh masa dijalankan eksperimen b. Apa yang diubah (dimanipulasikan) jenis tumbuhan c. Apa yang diperhatikan keadaan pokok 3 markah 4. Gambar dibawah menunjukkan dua jenis binatang

a) Nyatakan kawasan di mana setiap kumpulan haiwan itu tinggal. I. II. Binatang P: Binatang Q: kawasan beriklim sejuk / kawasan sejuk / kawasan kutub kawasan beriklim panas / kawasan panas / kawasan gurun 2 markah

b) Apakah ciri-ciri khas yang ada pada binatang di atas bagi menyesuaikan dirinya terhadap cuaca yang melampau? I. II. Binatang P: Binatang Q: berbulu lebat atau tebal / lapisan lemak yang tebal mempunyai bonggol / mengeluarkan air kencing yang

pekat / buah pinggang yang cekap 2 markah c) Apakah kelakuan khas badak sumbu untuk menyesuaikan dirinya terhadap cuaca yang melampau? Berkubang di dalam air atau lumpur ketika panas 1 markah
*SEKIRANYA GURU-GURU MERASAKAN JAWAPAN MURID HAMPIR SAMA DENGAN SKEMA JAWAPAN, JAWAPAN TERSEBUT BOLEH DIANGGAP BETUL. **PEMBERIAN MARKAH ADALAH TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA GURU SENDIRI. SKEMA JAWAPAN HANYA DISEDIAKAN UNTUK MEMBANTU GURU SAHAJA.

Sekian, terima kasih. 10

Anda mungkin juga menyukai