Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemandirian spesies haiwan?


A. Kekuatan haiwan untuk melindungi anaknya.
B. Keupayaan haiwan untuk bertelur dan melahirkan anak.
C. Keupayaan haiwan untuk mengekalkan spesiesnya.
D. Keupayaan haiwan untuk menyembunyikan dirinya.

2. Antara haiwan berikut, yang manakah akan memancutkan dakwat hitam apabila berada dalam
keadaan bahaya?

A. B. C. D.

3. Rajah 1 menunjukkan sejenis haiwan.

Rajah 1

Bagaimanakah haiwan ini mengekalkan kemandirian spesiesnya?


A. Mempunyai bisa.
B. Mempunyai tanduk.
C. Hidup berkumpulan.
D. Memutuskan anggota badan.

4. Antara berikut, yang manakah dipadankan dengan ciri dan tingkah laku yang betul?

Haiwan Ciri dan tingkah laku khas


A. Kerbau Berkuku tajam
B. Landak Mempunyai duri tajam
C. Ulat gonggok Memutuskan anggota badan
D. Lipas Mempunyai sengat yang berbisa
5. Rajah 2 menunjukkan seekor haiwan.

1
Rajah 2

Bagaimanakah haiwan ini melindungi diri daripada musuh?


A. Menggulungkan badannya.
B. Memutuskan anggota badan.
C. Mengeluarkan racun berbisa.
D. Memancutkan dakwat hitam.

6. Apakah tingkah laku khas burung bangau untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk yang
melampau?
A. Bermigrasi.
B. Berhibernasi.
C. Berendam di dalam lumpur.
D. Makan dengan banyak sebelum tiba musim sejuk.

7. Apakah haiwan yang memutuskan anggota badannya untuk melindungi diri daripada musuh?

A. B. C. D.

8. Rajah 3 menunjukkan sekumpulan kerbau sedang berendam di dalam lumpur.

Rajah 3

Apakah tujuan tingkah laku ini dilakukan?


A. Untuk meningkatkan suhu badan.
B. Untuk menyejukkan badannya.
C. Untuk membersihkan badannya.
D. Untuk mengurangkan rasa lapar.
9. Rajah 4 menunjukkan seekor haiwan.

2
Rajah 4

Bagaimanakah haiwan ini menjaga dan melindungi anaknya?


A. Menyusukan anaknya.
B. Membina sarang untuk anaknya.
C. Membawa anaknya di dalam mulut.
D. Menyembunyikan anaknya di dalam jerumun.

10. Apakah yang dilakukan oleh kanggaru untuk menjaga anaknya?


A. Membina sarang untuk anaknya.
B. Membawa anaknya di dalam mulut.
C. Membawa anaknya di dalam kantung.
D. Menyembunyikan anaknya di dalam hutan.

11. Rajah 5 menunjukkan satu siratan makanan di sawah padi.

Rajah 5

Apakah yang akan berlaku pada bilangan belalang dan helang jikabilangan ayam berkurang
dengan banyak?

Belalang Helang
A. Bertambah Bertambah
B. Bertambah Berkurang
C. Berkurang Berkurang
D. Berkurang Bertambah

12. Rajah 6 menunjukkan sejenis tumbuhan.

3
Rajah 6

Apakah ciri khas tumbuhan ini untuk melindungi diri daripada musuh?
A. Mengeluarkan racun.
B. Mempunyai duri yang tajam.
C. Mengeluarkan bau busuk.
D. Mempunyai getah yang melekit.

13. Rajah 7 menunjukkan sejenis buah tempatan.

Rajah 7

Mengapakah buah tersebut mempunyai getah yang melekit?


A. Untuk mengekalkan bentuk buah.
B. Untuk memerangkap serangga.
C. Untuk mengelakkan dari dimakan oleh musuh.
D. Untuk menyebabkan luka pada musuh yang menyentuhnya.

14. Baca pernyataan di bawah.

Tumbuhan ini beracun pada daun, batang, bunga


dan akar.

Antara yang berikut, yang manakah adalah tumbuhan yang dinyatakan di atas?
A. Pokok labu.
B. Pokok buluh.
C. Pokok durian.
D. Pokok alamanda.

15. Tumbuhan ini mengeluarkan bau busuk untuk menghalang diri daripada didekati oleh musuh.

4
A. B. C. D.

16. Antara tumbuhan berikut, yang manakah dipadankan dengan ciri penyesuaian terhadap iklim
yang tepat.

Tumbuhan Ciri penyesuaian


A. Pokok kelapa Kulit buah yang kalis air
B. Bunga pakma Batang yang tebal dan keras
C. Pokok kunyit Daun bergulung
D. Pokok keladi Daun berbulu halus

17. Apakah ciri khas pokok pisang untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas?
A. Mempunyai akar yang panjang.
B. Mempunyai daun berpecah-pecah.
C. Mempunyai daun berbentuk jarum.
D. Mempunyai batang yang dapat menyimpan air.

18. Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri sejenis biji benih.

 Mempunyai sabut berongga.


 Mempunyai kulit luar yang kalis air.

Apakah cara pencaran biji benih tersebut?


A. Air.
B. Angin.
C. Haiwan.
D. Mekanisme letupan.

19. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri bagi biji benih yang dipencarkan melalui
angin?
A. Kulit yang berlilin.
B. Struktur bersayap.
C. Sabut yang berongga.
D. Bau yang harum.

20. Rajah 8 menunjukkan empat jenis buah.

5
Rajah 8

Antara yang berikut, yang manakah biji benihnya dipencarkan oleh haiwan dan manusia?
A. Buah keembung dan kelapa.
B. Buah kelapa dan rambutan.
C. Buah rambutan dan pepulut.
D. Buah keembung dan pepulut.

21. Rajah 9 menunjukkan sejenis biji benih.

Rajah 7

Apakah yang akan berlaku pada tumbuhan tersebut jika biji benih tidak dipencarkan?
A. Hidup dengan subur.
B. Tumbuh dekat dekat dengan pokok induk.
C. Kurang persaingan dengan pokok induk.
D. Mendapat keperluan asas yang mencukupi.

22. Antara yang berikut, yang manakah bukan kepentingan kemandirian spesies tumbuhan?
A. Mengekalkan keseimbangan alam.
B. Memastikan kelangsungan bekalan oksigen.
C. Memastikan kelangsungan bekalan makanan.
D. Memastikan penghasilan baja untuk tumbuhan.

23. Rajah 8 menunjukkan satu sumber tenaga elektrik.

Rajah 8
Antara pernyatan berikut, yang manakah benar mengenai sumber tenaga elektrik di atas?
A. Tenaga kimia ditukarkan menjadi tenaga elektrik.
B. Tenaga cahaya ditukarkan menjadi tenaga elektrik.
C. Tenaga kinetik daripada angin ditukarkan menjadi tenaga elektrik.
D. Tenaga kinetik daripada air ditukarkan menjadi tenaga elektrik.

6
24. Rajah 9 menunjukkan suatu objek.

Rajah 9

Apakah sumber tenaga elektrik bagi objek ini?

A. B. C. D.

25. Antara yang berikut, alat yang manakah dipadankan dengan sumber tenaga elektrik yang betul?

Alat Sumber tenaga


A. Basikal Dinamo
B. Kereta Penjana
C. Radio Jana kuasa hidroelektrik
D. Jam dinding Sel suria

BAHAGIAN B

Jawab semua soalan.

1. (a) Rajah 1.1 menunjukkan seekor ikan.

7
Rajah 1.1

i. Apakah tingkah laku khas yang dilakukan oleh ikan ini apabila diancam oleh musuh?

(1 markah)

ii. Berikan satu contoh haiwan lain yang mempunyai ciri khas yang sama seperti ikan ini.

(1 markah)

(b) Rajah 1.2 menunjukkan beberapa jenis haiwan.

Beruang kutub Unta


Burung bangau Ikan paus

Rajah 1.2

i. Berdasarkan haiwan-haiwan di atas, haiwan manakah yang bermigrasi?

(2 markah)

ii. Mengapakah haiwan-haiwan ini bermigrasi?

(1 markah)

/ 5 markah
2. Perhatikan rajah 2.1 di bawah.

8
Belalang
Burung pipit Tikus
Padi Ular
Rajah 1.2

(a) Namakan habitat bagi rantai makanan di atas.

(1 markah)

(b) Berdasarkan rajah di atas, namakan :


i. Pengeluar dalam rantai makanan tersebut.
___________________________________________________________________________
(1 markah)

ii. Pengguna dalam rantai makanan tersebut :


___________________________________________________________________________
(1markah)

(c) Dari manakah pengeluar mendapat tenaga?

(1 markah)

(d) Berdasarkan hidupan di atas, bina dua rantai makanan.

i.__________________________________________________________________________

ii._________________________________________________________________________
_
(4 markah)

(e) Ramalkan kesan pada hidupan dalam rajah di atas sekiranya proses fotosintesis tidak berlaku.

(2 markah)

/ 10 markah

3. Rajah 3.1 menunjukkan hidupan yang tinggal di ladang kelapa sawit.

9
Rajah 3.1

(a) Bina satu siratan makanan yang melibatkan hidupan di atas.

(3 markah)

(b) Ramalkan perkara yang akan berlaku pada populasi burung hantu jika banyak pokok kelapa
sawit ditebang.

(1 markah)

(c) Berikan satu alasan bagi jawapan kamu di (b).

(1 markah)

/ 5 markah

4. (a) Rajah 4.1 menunjukkan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di halaman rumah Puan Maria.

10
Pokok bunga mawar Cendawan
Rajah 4.1

i. Nyatakan ciri khas yang terdapat pada tumbuhan tersebut untuk melindungi diri daripada
musuh.

Pokok bunga mawar : ________________________________________________________

Cendawan : ________________________________________________________
(2 markah)

ii. Bagaimanakah ciri khas di atas dapat membantu tumbuhan tersebut melindungi diri daripada
musuh.

Pokok bunga mawar : ________________________________________________________

Cendawan : ________________________________________________________
(2 markah)

(b) Rajah 4.2 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 4.2

Bagaimanakah tumbuhan ini menyesuaikan diri dengan angin kencang di pantai?

(1 markah)

/ 5 markah

SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai