Anda di halaman 1dari 14

Rancangan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3

Tarikh : 4 April 2012 Hari : Rabu Masa : 1 Jam 20 Minit Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tingkatan : 3 Amanah Bilangan Pelajar : 25 Orang ( 13 Perempuan, 12 Lelaki ) Bidang : Kraf Tradisional Unit Pembelajaran : Batik Objektif Hasil Pembelajaran : 1 ) Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa . 2) Mengaplikasikan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi. 3) Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Alat dan Bahan : Pensel, pensel warna, pen, pen teknikal, canting, kain, kayu pemidang, warna fabrik, lilin, sodium silikat, soda ash, sarung tangan, apron, rozin, minyak masak, dapur, periuk, tempat merebus, besen. Alat Bantuan Mengajar : CD Interaktif, Karya Guru, Gambar-gambar proses penghasilan, Buku Teks, Buku Rujukan, LCD Projektor, Komputer, Video Aktiviti : Pelajar belajar di dalam kelas secara formal dengan berpaksikan guru Pelajar membuat rujukan dan perbincangan secara berkumpulan Pelajar didedahkan dengan teknik membatik Pelajar menjalani proses penghasilan karya secara individu Penilaian : Pelajar mempersembahkan karya dengan memberi perhatian kepada aspek kreatif menggunakan bahan dan teknik yang sesuai, serta mendokumentasikan portfolio secara jujur dan teratur.

Minggu 1

Tajuk KRAF TRADISIONAL Batik

Isi Pembelajaran Pengenalan Definisi Sejarah perkembangan Fungsi Motif batik Jenis-jenis batik Alatan membatik Bahan membatik Proses membatik

Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat : Menyatakan kembali definisi batik dengan tepat. Mengenali dan menyenaraikan nama tokoh-tokoh kraf tradisional batik. Mengenali dan menyenaraikan latar belakang dan apakah sumbangan yang disumbangkan oleh tokoh berkenaan. Menyampaikan dengan jelas unsur seni yang terdapat pada motif batik. AKTIVITI :

Aktiviti

Pelajar akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di Makmal Komputer sekolah. Pelajar menonton CD Interaktif yang telah disediakan oleh guru sambil mencatat isi-isi penting yang terkandung dalam tayangan. Secara individu, pelajar menjalani kuiz dan menjawab sekurang-kurangnya 70% kuiz dengan tepat. Secara berkumpulan, pelajar akan mencari imej motif-motif batik di internet dan melakar kembali di atas sehelai kertas dan mengkaji unsur seni dan elemen prinsip rekaan yang terdapat dalam motif batik yang diperolehi. Soalan Kuiz : 1) Apakah definisi batik? 2) Senaraikan tiga tokoh batik di Negara kita. 3) Negeri manakah yang merupakan pelopor kepada perkembangan batik di Malaysia? 4) Bilakah seni batik mula

diperkenalkan di Tanah Melayu? 5) Motif apakah yang sesuai untuk kepala kain? 2 Alatan dan bahan Alatan membatik : Canting Pemidang kayu Berus Periuk Dapur dan plat pemanas Besen atau bekas air Bekas merebus fabrik Penyidai Sarung tangan Apron Bahan membatik : Kain putih Lilin Rozin Minyak masak Pewarna (reactive type) Sodium silikat Soda Ash Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat : Mengutamakan dan mengaplikasikan ciri-ciri keselamatan sepanjang berada di bengkel / studio seni. Menyenaraikan jenis-jenis canting dengan tepat. Menguasai kemahiran psikomotor dalam menggunakan alatan dan bahan sebanyak 50%. Membancuh lilin dengan campuran dan sukatan yang betul. Mengaplikasikan percubaan kecil dalam menghasilkan cantingan yang kemas. Membancuh warna dengan tepat. AKTIVITI : Pelajar akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di studio seni Pelajar diberi demonstrasi oleh guru dan pembantu studio tentang cara-cara membancuh lilin dengan sukatan dan campuran yang tepat sambil mengutamakan aspek-aspek keselamatan. Pelajar diberi demonstrasi oleh guru tentang cara-cara membancuh warna dengan tepat. Pelajar melakukan percubaan sendiri mencanting menggunakan canting di atas fabrik. Pelajar di demonstrasikan oleh guru tentang cara-cara mematikan warna menggunakan sodium silikat sambil mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan. Pelajar diberi kerja rumah agar mencari kain perca dan tisu untuk dibawa ke kelas yang seterusnya.

Lilin dan canting

Kayu pemidang

Berus

Besen

Periuk dan dapur

Tempat merebus kain

Soda ash

Sodium Silikat

Pewarna batik

Teknik

Teknik Membatik : Teknik konvensional i) Teknik cracking ii) Teknik berus

Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat : Menyatakan kembali teknik-teknik dalam penghasilan batik.

AKTIVITI : Pelajar akan menjalankan aktiviti sepenuhnya di studio seni.

Teknik resis i) Ikat dan celup Teknik canting i) Lurus ii) Organik Teknik blok Teknik stensil

Menghuraikan kesesuaian teknik dalam penghasilan. Mengaplikasikan teknik-teknik membatik di atas fabrik berlainan jenis. Menggunakan kemahiran mencanting untuk menghasilkan karya yang menarik dan kemas.

Dalam aktiviti ini, pelajar akan menggunakan alatan dan media dengan teknik-teknik yang telah diajar. Penggunaan alatan sebagai cara untuk memberi kemahiran kepada pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya/ produk. Pelajar akan menjalani eksperimen secara individu mengenai teknik-teknik membatik sekaligus mengasah kemahiran mencanting mereka. Setiap pelajar akan mengaplikasikan semua teknik yang telah dipelajari dan hasil karya akan dimuatkan dalam portfolio masing-masing. Setiap pelajar perlu melebihi tahap 60% markah bagi penilaian portfolio eksperimentasi mereka.

Proses Pembentukan Idea

Pengertian Idea dalam penghasilan seni Sumber idea Pendekatan penjanaan idea

Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat : Memahami dan menyenaraikan pengertian konsep pembentukan idea. Mengaplikasikan pendekatan yang digunakan untuk memahami penjanaan idea. Mencari penyelesaian bagi permasalahan visual yang wujud semasa proses pembentukan idea.

AKTIVITI : Sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan di makmal komputer sekolah Pelajar akan menggunakan enjin carian Google untuk mencari maklumat dan menjana idea. Secara berkumpulan, pelajar membincangkan permasalah visual yang muncul. Pelajar menggunakan pendekatan temuramah, penerokaan, peniruan, pembacaan, pemerhatian dalam menjana idea. Pelajar menjalani proses penjanaan ide, pengolahan idea, kajian rekaletak, kajian warna dan memuatkan hasil

carian mereka di dalam portfolio masing-masing. 5 Proses Penghasilan karya (karya akhir) Langkah-langkah penghasilan 1) Penekanan kepada teknik 2) Pengolahan dan gubahan Penghasilan karya akhir Kemasan Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat : Mengaplikasikan semua teknik yang telah diajar oleh guru. Menghasilkan sebuah karya yang kemas dan menarik. AKTIVITI : Menghasilkan produk atau hasil karya berkenaan dengan bidang yang ditetapkan. Dalam bidang ini, setiap pelajar perlu menghasilkan sebuah hiasan dinding bersaiz 3 kaki x 2 kaki. Motif yang ditetapkan : flora, fauna dan kosmos Pelajar perlulah menjalani proses pembentukan idea hingga proses penghasilan karya dan semua proses hendaklah diportfoliokan.

Penilaian

Pendekatan sejarah dan kritikan seni visual

Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat : Memahami dan menyenaraikan konsep dan kaedah sejarah seni visual Mengaplikasikan sistem yang teratur dan menghayati sesuatu karya seni visual.

AKTIVITI : Sesi pengajaran dan pembelajaran akan diadakan sepenuhnya di dalam kelas. Pelajar ditayangkan dengan slide show karya mereka dan gambar mereka semasa proses penghasilan karya berlaku.

Pelajar membentangkan hasil karya masing-masing selama 3 minit setiap seorang. Pelajar menggunakan kaedah DBAE-kritikan, semasa proses pembentangan. Guru telah menilai dan memberi gred kepada semua hasil karya pelajar yang telah disiapkan. Penilaian yang melibatkan penguasaan teknik, komposisi, warna, dan dari sudut formalistik. Penilaian juga turut menguji kefahaman mereka mengenai penggunaan media.Penilaian nilai, sikap dan peranan mereka turut di catat. Pelajar perlu mengatasi had markah 80%.

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF


KURIKULUM PENDIDIKAN SENI (MPS3063) KUMPULAN B

RANCANGAN PELAJARAN TINGKATAN 3 KRAF TRADISIONAL (BATIK)

NAMA : NO ID : PENSYARAH :

NABILA BINTI AZLAN D20101038859 PROF MADYA IBERAHIM BIN HASSAN

Anda mungkin juga menyukai