Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA BULAN SAINS DAN MATEMATIK

TAHUN 2014
SMK DATO SHAHARDIN, LABU
1. PENDAHULUAN
Sains dan matematik merupakan bidang ilmu yang sangat luas serta penting kerana
melibatkan kehidupan seharian. Tidak hairanlah ia wajar diberi perhatian oleh semua
pihak terutama guru-guru sains dan matematik bagi meningkatkan tahap penguasaan
ilmu para pelajar. Bulan Sains dan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada
semua pelajar untuk memahami dan menghayati mata pelajaran Sains dan Matematik
bertemakan Memartabatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Program ini akan
dapat menarik minat pelajar terhadap inovasi Sains dan Matematik yang lebih menjurus
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi memandangkan dunia masa kini makin
mencabar. Harapan program ini agar murid akan bersedia membuka minda dan
memerima pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dengan lebih baik
daripada sebelumnya.
1.1

Objektif
Meningkatkan budaya reka cipta dan inovasi dalam kalangan diri pelajar
Memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam diri pelajar
Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik
adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap
bekerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.

1.2

Rasional
Tujuan bulan Sains dan Matematik diadakan untuk menimbulkan minat dalam
kalangan pelajar untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih
mendalam terutamanya berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Pelajar juga
diharapkan akan lebih meminati mata pelajaran Sains dan Matematik. Matlamat
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah adalah untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi .
Pelajar diharap mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini dengn
berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Justeru, pelajar akan dapat
mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat
yang bertanggungjawab , bersikap dinamik terhadap alam sekeliling dan
mengagumi penciptaan alam.

2. KUMPULAN SASARAN
Pelajar tingkatan 1, 2 dan 4
3. PELAKSANAAN
Tarikh : 16 hingga 30 Jun 2014
Hari
: Sepanjang Sesi Persekolahan

Tempat : SMK Dato Shahardin, Labu


4. JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat
:Tn. Haji Ab Kadir b Haji Nordin
Pengerusi
:En. Johari bin Jaafar
Penyelaras
: Pn. Rozita bt Razak
Setiausaha
: Pn. Aliyani binti Sayuti
Bendahari
:Pn. Noraidah Sabroon
AJK Buku Program/ Dokumentasi :Cik Mimi Suryati bt Pungut
AJK Bunting :En. Mohd. Shaari Mohd. Nor
AJK Hadiah : Pn. Zaimimah Ahmad
AJK Majlis Pelancaran :
5. JAWATANKUASA PELAKSANA
Semua guru mata pelajaran Sains dan Matematik
6. JADUAL PELAKSANAAN
MINGGU/
TARIKH
MINGGU 1
16- 20 Jun
2014

MASA
7.25 7.55
(17. 6. 2014)

2.30 ptg
4.00 ptg

MINGGU 1,
MINGGU 2
16- 27 Jun
2014

Sepanjang
masa

AKTIVITI

TINDAKAN

TEMPAT
Tapak
perhimpunan
harian

Majlis
Pelancaran

Pn. Siti
Fatimah , Pn.
Nik Maizan

Dokumentasi
dan Buku
Program

Cik Mimi
Suryati

Bunting

En. Shaari

Explorace

Buletin (Teka
Silang Kata)

Pertandingan
Membina ABM
3D Sains dan
Matematik

Pertandingan
Mind mapping
I-think KBat

En Kwan
Voon Nam,
En. Shaari
Pn. Nor
Aleywati,
Puan
Nurazyati
Pn. Salmina
dan Pn.
Kamala

Pn. Norafidah

Persekitaran
sekolah

Kelas

Kelas masingmasing

MINGGU 2
23-30 Jun
2014

30 Jun 2014

7.25- 7.55
pagi

Pertandingan
Untuk Guru

Pn. Nordaliza

Aktiviti Sains di
makmal- Magic
Egg

Pn. Siti
Makmal
Norasikin, Pn.
Noraidah &
Pn. Aliyani

Hadiah

Pn. Zaimimah

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
- Rujuk Lampiran
8. PENUTUP
Segala program dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digariskan.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat kelulusan pihak tuan.

Disediakan oleh,
.............................
Pn. Aliyani Sayuti
Setiausaha Program
Diluluskan oleh,
.............................

Disahkan oleh,
......................................
Pn. Rozita bt Razak
Ketua Bidang Sains& Matematik

Anda mungkin juga menyukai