Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Geografi dalam KBSM dan KSSM

KBSM GEOGRAFI KSSM GEOGRAFI


1. Berpandukan Huraian Sukatan 1. Berpandukan Dokumen Standard
Pelajaran (HSP) dan Panduan Kurikulum Sekolah Menengah
Perkembangan Pembelajaran (DSKP)
Murid (PPPM)

2. Mengandungi topik sukatan dan Mengandungi :


huraian SK – Standard Kurikulum
SP – Standard Pembelajaran
SPi – Standard Prestasi

Perubahan standard pembelajaran kurikulum dalam sistem pendidikan


Malaysia mempunyai penambahan dan penambahbaikan yang dengan jelas
memaparkan perbezaan di antara kedua-dua standard pembelajaran kurikulum
berkenaan iaitu KBSM dan KSSM. Perbezaan yang dipaparkan adalah berkaitan
kandungan, pedagogi dan pentaksiran.

KBSM dan KSSM menggunakan bahan kurikulum yang berbeza. Ketika


KBSM digunakan, bahan kurikulum yang menjadi panduan guru adalah berpandukan
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
(PPPM). Namun kini, bahan kurikulum guru berdasarkan KSSM adalah berpandukan
Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Menengah (DSKP). Kandungan kurikulum
bagi KBSM Geografi adalah terdiri daripada Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal
dan Manusia dan Kajian Geografi Tempatan. Kandungan kurikulum bagi KSSM
Geografi pula adalah terdiri daripada Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal, Geografi
Manusia, Geografi Kawasan, Isu dan Pengurusan Alam Sekitar dan Kerja Lapangan.

KBSM adalah berfokus tentang pendekatan bersepadu, penekanan nilai murni,


dan peningkatan penggunaan bahasa manakala KSSM berfokus tentang menekankan
kemahiran abad ke-20, pendedahan awal teknikal dan vokasional, menekankan proses
berfikir dan komunikasi dalam penyelesaian masalah, struktur semula konten selari
dengan dasar transformasi negara dan trend antarabangsa, menitikberatkan didik hibur
dalam P&P dan pendekatan bersepadu. Oleh yang demikian, KSSM menggunakan
strategi pengajaran berpusatkan kepada murid, pendekatan bersepadu, pembelajaran
berasakan kerja projek, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran secara
koperatif dan pengajaran tematik. Kemahiran berfikir aras tinggi juga diperkenalkan
untuk mencapai matlamat dan fokus KSSM.
Berkaitan elemen penilaian dan pentaksiran, KBSM adalah berasaskan hasil
pembelajaran dimana satu set pencapaian objektif akan dirangka dalam memastikan
murid mencapai pelbagai kemahiran, pengetahuan dan sikap mengikut aturan
pencapaian yang diharap akan dicapai oleh murid. Bagi KBSM pula, elemen penilaian
dan pentaksiran adalah berasaskan standard (standard kandungan & standard
pembelajaran) iaitu
1. Kualiti, ekuiti, akauntabiliti
2. Memastikan semua murid melepasi piawaian yang ditetapkan
3. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas untuk tujuan
meningkatkan tahap pembelajaran murid
4. Membolehkan pelaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah

KSSM menggunakan pentaksiran secara berterusan, perekodan dan pelaporan.

Anda mungkin juga menyukai