Anda di halaman 1dari 18

SK LANGGAR,16150 KOTA BHARU, KELANTAN

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN PERSATUAN
SAINTIS MUDA

1
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN SAINTIS MUDA SK
LANGGAR

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Persatuan Saintis muda Sk Langgar merupakan suatu


inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan
yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek
kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang
sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial.

Penubuhan Persatuan ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan


bakal pendidik dengan ilmu sains dan juga sebagai platform untuk
mencungkil bakat murid-murid Sk Langgar dalam bidang sains dan
teknologi. Selain itu, Persatuan ini juga memberi peluang kepada murid-
murid di sekolah ini yang berminat untuk menyertai segala pertandingan
sains dan inovasi yang akan diadakan. Dengan menyertai Persatuan ini,
ahli-ahli persatuan Saintis Muda akan didedahkan kaedah pendidikan sains
yang berkualiti. Persatuan ini juga dapat membantu murid-murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat pada
masa lapang.

Di samping itu, penubuhan Persatuan ini juga ingin melahirkan


murid-murid yang berpengalaman dan dapat menguasai pengetahuan
asas mengenai kemahiran sains. Pelaksanaan Persatuan ini melibatkan
semua ahli Persatuan Saintis Muda Sk Langgar dan juga terbuka kepada
semua warga sekolah yang berminat.

2
2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Persatuan Saintis Muda Sk Langgar ini bermatlamat


untuk memantapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman Sains seiring dengan matlamat kerajaan Malaysia bagi
merealisasikan salah satu daripada aspirasi negara iaitu untuk
memantapkan kemahiran sains teknologi dan komunikasi (ICT) dalam
kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya menjadikan Persatuan Saintis Muda
sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang
berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras
pembangunan kemajuan negara Malaysia.

3.0 OBJEKTIF PERSATUAN

3.1.Untuk mewujudkan murid-murid celik ilmu sains sebagai suatu


pendekatan kearah kemajuan bidang sains teknologi di Malaysia
3.2.Untuk meningkatkan minat murid bagi mempelajari ilmu-ilmu sains yang
terdapat dalam persekitaran mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
3.3. Memberi peluang kepada pelajar menceburi bidang sains tidak kira
peringkat umur semasa di dalam sekolah.
3.4. Melahirkan murid yang mempunyai kemahiran inovasi sains yang
akan mewakili sekolah, daerah, bahagian, negeri dan seterusnya mewakili
negara pada suatu hari nanti.
3.5. Melahirkan pelajar berdisiplin dan fokus dalam bidang yang diceburi
serta mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dalam kelab.
3.6. Melatih murid dalam meningkatkan kefahaman dalam subjek sains
melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelab ini
3.7. Dapat mewujudkan sekolah moden dengan mengaplikasikan
kemahiran sains di kawasan-kawasan sekolah.

4.0 RASIONAL

Penubuhan Persatuan Saintis Muda Sk Langgar ini adalah penting kerana:

4.1 Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua


sekolah dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif
dalam matapelajaran Sains.

3
4.2 Persatuan ini berperanan sebagai satu-satunya platform kepada
murid-murid Sk Langgar untuk mempelajari asas-asas kemahiran
penaakulan dan saintifik.
4.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara mengurus
dan mengendalikan aktiviti sains yang menarik dan bermanfaat
kepada mereka.
4.4 Pergerakan Persatuan Saintis Muda yang didaftarkan di bawah nama
Sk Langgar mampu mengharumkan nama sekolah ini sebagai sebuah
sekolah yang mengangkat martabat matapelajaran sains.
4.5 Penubuhan Persatuan ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan
kefahaman murid-murid terhadap kepentingan pengetahuan dan
kemahiran membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang murid
yang berfikir secara kritikal dan analitikal.

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI

Minggu Aktiviti Objektif Perincian Aktiviti

1 Mesyuarat Membolehkan Perlantikan AJK


Agung Tahunan persatuan/kelab
Perbincangan
diuruskan dengan
Perlembangaan
berkesan
Taklimat Kepentingan
Kokurikulum

2 Pengenalan Memberi ahli-ahli Ceramah &


perlembangan / kesedaran tentang Penerangan Guru
Orientasi peranan dan Penasihat
tanggungjawab
Aktiviti Kumpulan
mereka
Mengenali Moto
Visi & Misi
Lagu & Ikrar
3 Perancangan Membolehkan Merancang Aktiviti
Tahunan guru menjalankan Sepanjang Tahun
aktiviti
persatuan/kelab
dengan lebih
teratur
4 Identiti Memupuk Mencipta Logo

4
Persatuan / semangat dan T-Shirt
Kelab mengeratkan
Penyediaan Papan
hubungan antara
Buletin
ahli-ahli
Taman Angkat

Sudut Kokurikulum

5 Lawatan Memupuk minat Lawatan sambil


ahli belajar ke agensi yang
berkenaan.

Pusat Sains
Petrosains
Zoo negara

6 Peningkatan Memupuk nilai- Kursus


Diri nilai murni dalam
Seminar
ahli-ahli
Motivasi

7 Kempen Meningkatkan Kempen Kitar Semula


kefahaman dan
Anti Dadah / Anti
penghayatan ahli-
Merokok
ahli tentang

8 Kempen persatuan/kelab Kebersihan

Sopan santun

Kempen Bahasa

Alam Sekitar

Patriotisme

9 Ceramah Mewujudkan Kepentingan dan


kesedaran tentang Aplikasi Sains dalam
kepentingan

5
Matapelajaran Kehidupan

Meningkatkan
pengetahuan ahli
10 Penyediaan Memberi peluang Penyediaan :
Hari kepada ahli-ahli
Kuiz sains
Kokurikulum untuk
Pameran Sains
menunjukkan
bakat/mempamerk Pertandingan
11 Hari Roket Air
an hasil kerja
Kokurikulum
mereka

12 Khidmat Memupuk nilai- Gotong Royong


Masyarakat nilai murni
Lawatan Rumah
Kebajikan

13 Jamuan Menunjukkan Ucapan Guru


Perpisahan penghargaan Penasihat
kepada Guru
Ucapan Pengerusi
Penasihat dan AJK
Mengeratkan Sijil Penghargaan
hubungan antara
ahli-ahli

14 Penilaian Mengikhtirafkan Pengiraan Markah


Kokurikulum ahli-ahli yang Kokurikulum setiap
berjasa pelajar.

6.0 NAMA PERSATUAN

Persatuan Saintik Muda Sk Langgar.

6
7.0 LOGO PERSATUAN

MAKSUD SIMBOL DALAM LOGO

Kelalang Kon - Sains sebagai teras dalam


kehidupan

Bulatan mengelilingi kelalang kon -Melambangkan kesepakatan antara ahli


persatuan

Jarum warna-warni - Melambangkan penglibatan daripada


ahli yang pelbagai

8.0 MOTTO PERSATUAN

SAINS UNTUK SEMUA

9.0 VISI

Untuk menjadikan sains sebagai subjek yang menyeronokkan dan mampu


membentuk pelajar yang dapat berfikir secara kritikal dan analitikal.

10.0 MISI

Membentuk ahli yang kreatif dan inovatif dalam subjek sains.


Memupuk sikap kepimpinan dan semangat berpasukan yang tinggi dalam
kalangan ahli.
Menyediakan aktiviti sains yang menarik dan bermanfaat kepada ahli
Melahirkan ahli yang mampu mengaplikasikan ilmu-ilmu sains dalam
kehidupan seharian.

11.0 LAGU PERSATUAN

KAMI SAINTIS MUDA

7
Kamilah Saintis Muda
Memberi Khidmat Menabur Jasa
Bantu Rakan Semua
Jaga Kesihatan Hidup Bermakna

Mari Rakan Semua


Berkongsi Ilmu Menjana Minda
Otak Cergas Kesihatan Terjaga
Sejahtera Hidup Selamanya

Korus:
Usah Buang Masa Lagi
Bersamalah Kita Berpadu Usaha
Kesihatan Diri Fokus Utama
Hubungan Mesra Hidup Ceria

Harga Diri Terpelihara


Maju Bangsa Maju Negara
Jangan Leka, Berubah Segera
Cergas Ke Arah Jaya
( Ulang Korus )

12.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN SAINTIS MUDA SEKOLAH


KEBANGSAAN LANGGAR

10.1 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Dr. Mat bin Tere


Guru Besar Sk Langgar

Penasihat : Ahmad bin Lah


Penolong Kanan Kokurikulum
Sk Langgar

Penyelaras 1 : Pn Aminah binti Anggur


Ketua Panitia Sains
Sk Langgar

8
10.2 JAWATANKUASA PERSATUAN

Pengerusi : Najib bin Mahathir

Naib Pengerusi : Ros binti Mah

Setiausaha : Muhammad Khairul Hanan bin Khalid

Bendahari : Sharizat binti Khairi

AJK

Tahun 6 : S.Subramaniam

: Adila binti Yasir

Tahun 5 : Zaid bin Hamidi

: Alain Delon

Tahun 4 : Steve Job

: Chempaka binti Awe

13.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Saintis Muda di Sk Langgar


ini merupakan satu aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan
prestasi murid dalam bidang sains dan seterusnya menaikkan nama baik
sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran
dan disiplin yang diterapkan dalam Persatuan Saintis Muda juga mampu
melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah
tinggi. Oleh yang demikian, matlamat negara Malaysia untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan dalam bidang sains dan
teknologi juga boleh dicapai melalui penubuhan Persatuan ini. Justeru,
adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Persatuan Saintis Muda
ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan Sk
Langgar.

9
Disediakan oleh :

............................................................................
(MUHAMMAD KHAIRUL HANAN BIN KHALID)
Setiausaha
Persatuan Saintis Muda
SK Langgar,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

Disemak Oleh :

...............................
(AHMAD BIN LAH)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Langgar,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

Disahkan Oleh :

...............................
(Dr. MAT BIN TERE )
Guru Besar
SK Langgar,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

10
Surat Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Kelab dan
persatuan

Setiausaha Persatuan Saintis Muda, Rujukan Tuan:


RBA0007/PKS/05/2002(5)

Sekolah Kebangsaan Langgar, Rujukan Kami:


SKC/07/P/2016(2)
16150 Kota Bharu Kelantan Tarikh: 20 Oktober
2016

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Langgar,

Melalui: Guru Penasihat/Pemimpin Persatuan Saintis Muda

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Persatuan


Saintis Muda Sekolah Kebangsaan Langgar

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan
surat tuan RBA0007/PKS/05/2002(5) bertarikh 18 Oktober 2016.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Persatuan Saintis


Muda Sekolah Kebangsaan Langgar telah diadakan pada 12 April 2017 jam
9.00 pagi di Dewan Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Langgar. Mesyuarat telah
memutus dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan
Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti Utama, dan Senarai Ahli
Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke
tarikh Mesyuarat Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Saintis Muda


Sekolah Kebangsaan Langgar dengan penuh harapan memohon sudilah apa
kiranya tuan mengesahkan Kelab Saintis Muda Sekolah Kebangsaan Langgar ini
dan mendaftarkannya sebagai sebuah kelab dan persatuan dalam bidang
kokurikulum di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia
Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei
1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan


Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.

5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan


disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

11
..
( NUR SAHADAH BINTI AJIK )
Setiausaha,
b.p. Pengerusi Persatuan Saintis Muda Sekolah Kebangsaan Langgar

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

LAPORAN KAJIAN KES

1.0 PENGENALAN

Pada 8 Mac 2017, saya telah diberikan taklimat kerja kursus berkenaan
kajian kes kokurikulum persatuan. Tugasan yang diberikan saya dikehendaki
membuat satu tinjauan mengenai kaedah bagi satu persatuan untuk mengumpul
dan mendapatkan dana bagi melaksanakan sesuatu projek. Kerja kursus ini
memberi pilihan kepada saya untuk membuat kajian kes pada mana-mana
persatuan di sekolah. Saya telah membuat keputusan untuk memilih Persatuan
Sains di SK Sri Melor yang berada di daerah Kota Bharu untuk mendapatkan
maklumat-maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan kajian kes tersebut.
Kajian kes ini dilakukan sepanjang minggu Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) pada 12 Mac 2017 sehingga 16 Mac 2017.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN SAINS

Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Sri Melor, Kota Bharu dibentuk pada
tahun 1999. Persatuan ini ditubuhkan oleh Pn Hasnah binti Hassan yang
merupakan ketua panitia Sains masa itu. Beliau dibantu oleh beberapa orang
guru sains yang lain dalam menubuhkan persatuan. Persatuan ini ditubuhkan
pada tahun kedua sekolah ini dibuka. Anggota -anggota persatuan ini berjumlah
56 orang pada ketika itu. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Tiga hingga
Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk membantu meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Sains serta memudahkan pelajar bertukar-tukar
pendapat tentang pelajaran ini. Aktiviti yang pertama dilakukan oleh Persatuan
Sains di sekolah ini ialah Kem Sains bagi tahun 6 pada tahun 1999.

3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN SAINS

12
Proses bagi penubuhan Persatuan Sains pula ialah membentuk
jawatankuasa penaja untuk menetapkan tujuan dan matlamat kelab, aktiviti dan
kegiatan. Peraturan dan perlembagaan. Proses seterusnya ialah jawatankuasa
penaja membuat draf perlembagaan persatuan dan draf aktiviti tahunan.
Kemudian, jawantankuasa penaja akan menulis permohonan rasmi kepada Guru
Besar dengan menyertakan dokuman seperti draf perlembagaan, draf aktiviti
tahunan dan senarai nama jawatankuasa penaja. Setelah mendapatkan
kelulusan daripada Guru Besar, proses pendaftarkan ahli-ahli kelab atau
persatuan. Apabila ahli telah berdaftar, mesyuarat agung penubuhan haruslah
diadakan untuk memilih Ahli Jawatankuasa, merancang aktiviti tahunan kelab
dan pengesahan dokumen kelab atau persatuan.

Berikut merupakan carta alir penubuhan persatuan Persatuan Sains:

MULA
CARTA ALIRAN PENUBUHAN PERSATUAN SAINS

Mesyuarat Penaja

Surat permohonan Penubuhan dari JK Penaja Persatuan

TIDAK
Kelulusan Pengetua

YA
Surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran dari Guru Penasihat

TIDAK
SEMAK TERIMA

YA

Surat Pelantikan Pengetua kepada guru penasihat

Surat penerimaan pelantikan kepada guru penasihat

Menyenaraikan tanggungjawab guru penasihat

Surat penurunan kuasa daripada pengetua kepada AJK Persatuan

Perlaksanaan persatuan
13

TAMAT
4.0 AKTIVITI PERSATUAN SAINS SK SRI MELOR (2017)

BI AKTIVITI OBJEKTIF PERINCIAN AKTIVITI CATATAN


L
1. Mesyuarat Membolehkan persatuan Pelantikan AJK Senarai AJK
Agung Tahunan dan kelab diuruskan Perbincangan Perlembagaan
dengan berkesan Perlembagaan Buku Laporan
Taklimat Kepentingan Kokurikulum
Aktiviti Kokurikulum
(Penilaian Kokurikulum)
2. Pengenalan Memberi ahli-ahli Taklimat Guru Penasihat
Perlembagaan kesedaran tentang Aktiviti Kumpulan
peranan dan -mengenali Moto
tanggungjawab mereka -misi dan visi persatuan
atau kelab

3. Perancangan Membolehkan guru-guru Merancang aktiviti Takwim sekolah


Tahunan menjalankan aktiviti sepanjang tahun Panduan Aktiviti
persatuan atau kelab 1. Sains Persatuan atau
dengan lebih teratur Rekreasi Kelab
2. Pembinaan
Bahan
Bantu
Belajar
3. Buku skrap
4. Kuiz Sains
5. Minggu
Sains
6. Pertanding
an Sudut
Sains

14
7. Ceramah
8. Pertanding
an poster
9. Pameran
Projek dan
hasil
aktiviti
4. Kempen Meningkatkan kefahaman
dan penghayatan ahli-ahli
tentang persatuan atau
kelab
5. Minggu Panitia Mewujudkan kesedaran 1. Kuiz Sains
2. Minggu Sains
tentang kepentingan
3. Pertandingan
matapelajaran
Sudut Sains
Memupuk minat ahli 4. Ceramah
5. Pertandingan
Poster
6. Khidmat Memupuk nilai-nilai murni 1. Gotong-royong
2. Rumah kebajikan
Masyarakat
7. Jamuan Menunjukkan 1. Ucapan guru
penghargaan kepada guru penasihat
2. Ucapan pengerusi
penasihat dan AJK
3. Penyampaian Sijil
Mengeratkan hubungan
antara ahli-ahli
8. Penilaian Mengiktiraf ahli-ahli yang 1. Sijil (AJK & Murid Buku Panduan
Kurikulum berjasa Tahun 6) Penilaian
Kokurikulum

5.0 STRATEGI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENJANA KEWANGAN

Antara kaedah yang telah digunakan oleh persatuan sains Sk Sri Melor
untuk menjana kewangan kelab adalah melalui Kutipan Sumber Wang Awam
(SUWA). SUWA merupakan peruntukan kewangan daripada pihak kementerian
pelajaran yang telah ditetapkan disekolah tersebut. Malah, bukan itu sahaja,
strategi lain yang telah digunakan oleh persatuan sains SK Sri Melor untuk
mendapatkan sumber pendapatan adalah melalui sumbangan daripada Ibu bapa
murid itu sendiri. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disalurkan sama ada
melalui pihak PIBG sekolah tersebut ataupun secara peribadi kepada guru

15
penasihat persatuan.Akhir sekali, kaedah yang telah dilaksanakan untuk
menjana sumber kelab adalah melalui yuran tahunan yang dikenakan kepada
ahli persatuan sains tersebut. Yuran yang dikenakan adalah RM10.00 setahun
bagi setiap ahli.

6.0 ISU-ISU BERBANGKIT

Antara masalah kewangan Persatuan Sains ialah:

6.1 Kutipan Wang Sumber Wang Awam (SUWA) yang tidak mencukupi

Masalah ini merupakan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah di mana
masalah wang SUWA yang tidak mencukupi. Menurut responden didapati
bahawa kebanyakan kutipan yuran seperti yuran kertas ujian, yuran peperiksaan,
yuran sukan/permainan adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan
berkenaan. Hal ini menjejaskan kewangan sekolah menyebabkan peruntukan
wang kepada persatuan turut terjejas. Pihak sekolah terpaksa menggunakan
peruntukan lain untuk menampung perbelanjaan tertentu. Oleh itu, pihak
sekolah tidak dapat menyalurkan peruntukan yang mencukupi kepada persatuan
untuk digunakan dalam mengadakan aktiviti yang dirancang.

6.2 Masalah Kutipan Yuran Keahlian

Bagi menampung perbelanjaannya, sesebuah persatuan dibenarkan


mengutip yuran keahlian. Kadar bayaran yuran keahlian yang bakal dikutip telah
ditentukan dalam Perlembagaan Persatuan berkenaan atau keputusan
mesyuarat Jawatankuasa Kerja persatuan semasa penubuhan. Namun demikian,
persatuan mengalami masalah dalam mengutip yuran keahlian. Responden
menyatakan masalah ini berlaku kerana sikap bendahari persatuan yang tidak
berusaha mengutip yuran keahlian daripada semua ahli. Selain itu, sikap ahli-ahli
persatuan yang membelanjakan wang yuran keahlian yang diberi oleh ibu bapa.
Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar yuran keahlian digunakan
pada tempat lain. Kesannya, mereka tidak membayar yuran keahlian yang
ditetapkan.

6.3 Kebergantungan kepada peruntukan daripada pihak sekolah dan pihak luar

Masalah ini berlaku apabila ahli-ahli dalam persatuan terlalu bergantung


kepada peruntukan ataupun sumbangan daripada pihak lain seperti PIBG dalam
menjana pendapatan. Responden menyatakan apabila kewangan persatuan
semakin berkurang, banyak yang dirancang terpaksa dibatalkan. Kadang-kadang

16
terpaksa meminta yuran khas untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Mereka
kurang berusaha untuk menjana sendiri ekonomi persatuan melalui aktiviti
seperti keusahawanan.

7.0 ANALISIS SWOT

Kekuatan (STRENGTH):

Apabila dianalisis, sememangnya salah satu kekuatan yang utama dalam


Persatuan Sains ialah melalui aktiviti dan program yang dijalankan. Hal ini
kerana, setiap aktiviti dan program tersebut mencapai matlamat yang telah
ditetapkan, sama ada dari aspek kemahiran, penaakulan dan juga kognitif murid
dalam bidang sains. Tambahan lagi kekuatan persatuan ini juga terdiri daripada
ajk tertingginya yang sentiasa komited dalam menjalankan amanah dalam
mendidik murid-murid dan gaya pengurusan yang professional dalam
menguruskan perancangan dan pelaksanaan setiap aktiviti atau program yang
ingin dijalankan.Dalam masa yang sama masih menguruskan persatuan mencari
tajaan dana walaupun berada dalam kekangan masa dengan pekerjaan.

Kelemahan (WEAKNESS):

Setiap kekuatan pastinya wujud kelemahan,setelah dianalisis,kelemahan yang


dikenalpasti dalam Persatuan Sains SK Sri Melor ialah kekurangan tajaan dana
yang besar.sekalipun persatuan ini berjaya mendpaat dana daripada sekolah dan
juga ibu bapa Jumlah tajaan tersebut masih tidak mencukupi tambahan lagi dana
yang diberi juga berada dalam jumlah yang kecil dan ini menyebabkan
kesukaran untuk pelaksanaan beberapa program atau aktiviti sahaja. Selain itu,
sekolah kekurangan bilik menyebabkan bilik operasi yang diperuntukkan terlalu
sempit dan terhad malah menyukarkan menjalankan aktiviti.

Peluang (OPPORTUNITIES):

Antara peluang yang boleh dilihat dilaksanakan oleh Persatuan Sains SK Sri
Melor adalah, melalui persatuan ini, murid-murid dapat melibatkan dengan
dengan pertandingan inovasi yang diadakan setiap tahun. Pertandingan inovasi
ini bukanlah hanya di adakan pada peringkat sekolah sehaja, tetapi ia turut
dijalankan pada peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Malah bukan itu
sahaja, murid yang berjaya memenangi pertandingan inovasi pada peringkat

17
kebangsaan juga akan berpeluang untuk mewakili negara dalam pertandingan
inovasi peringkat antarabangsa.

Ancaman (THREATS):

Ancaman yang akan dihadapi oleh organisasi ataupun projek yang boleh
menghalang perkembangan persatuan ini ialah masalah kerjasama ahli di dalam
persatuan,persatuan yang mempunyai perngurusan dan perancagan yang baik
tetapi tidak mempunya kerjasama dalam keahlian akan menyebbakan sesuatu
persatuan itu sukar maju dan berkembang ,oleh itu ahli majlis tertinggi perlu
menyelesaikan masalah ini dengan mempublisitikan atau mempromosikan lagi
persatuan ini supaya dapat menarik lebih ramai ahli dan dalam masa yang sama
mencari lebih banyak tajaan bagi mendapat dana yang lebih banyak untuk
fasiliti dan program yang akan dilakukan oleh persatuan.dan dari sini juga boleh
dilihat bahawa ancaman dari segi kesukaran mencari dana atau tajaan untuk
persatuan disebabkan masih ramai yang tidak mengenali lagi persatuan ini.

18

Anda mungkin juga menyukai