Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Kelas : 1 Anggerik

Tarikh :

Subjek : Pendidikan Moral

Kelebihan

Berdasarkan pengajaran yang telah saya jalankan pada hari ini terdapat beberapa
kelebihan dan kekuatan yang dapat saya perhatikan. Antaranya adalah, dalam pdpc pada
kali ini, murid tidak berasa bosan dengan setiap aktiviti yang telah saya laksanakan. Hal ini
kerana, setiap aktiviti tersebut sangat menarik dan menerapkan unsur didik hibur di
dalamnya. Maka, secara tidak langsung dengan cara ini murid akan lebih fokus terhadap
pengajaran saya di dalam kelas.

Kelemahan

Dari segi kelemahan pula, terdapat satu masalah yang berlaku sepanjang sesi
pdpc berjalan iaitu, kesemua murid tersebut agak lewat masuk ke kelas kerana mereka telah
diarahkan untuk bergerak ke dewan. Maka, saya mengalami kesukaran untuk menjalankan
pdpc tepat pada masanyadan setersunya telah menyebabkan pengajaran saya terganggu
dan tidak dapat diselesaikan tepat pada masanya.

Penambahbaikan

Antara penyelesaian yang boleh saya laksanakan adalah, saya perlu bersedia
lebih awal sekiranya berlaku masalah seperti yang terjadi pada hari ini, sebagai contohnya,
saya boleh menggantikan aktiviti pdpc yang telah dirancang dengan aktiviti pdpc lain yang
mengambil masa yang lebih singkat. Dengan cara ini, sudah pasti proses pengajaran dapat
berjalan lancar dan dapat di siapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai