Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

TARIKH : 29 NOVEMBER 2023


HARI : WEDNESDAY
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

ANJURAN:
PELAJAR TAHUN 3 DVM
PROGRAM PEMASARAN
2023
1.0 PENDAHULUAN

Pendedahan dan kesedaran terhadap keadaan haiwan dan alam sekitar


merupakan aspek penting dalam usaha kita untuk melestarikan keanekaragaman hayat
dan menjaga keseimbangan ekosistem. Semakin meningkatnya perubahan iklim,
pemusnahan habitat, dan ancaman terhadap haiwan, memerlukan tindakan kolektif untuk
memastikan kelangsungan hidup spesies dan kelestarian alam sekitar.
Dengan meningkatkan kesedaran dan pemahaman kita terhadap impak aktiviti
manusia terhadap haiwan dan alam sekitar, Kolej Vokasional Gombak di bawah anjuran
pelajar tahun 3 Program Pemasaran berhasrat untuk menganjurkan lawatan sambal
belajar ke Farm In The City bertempat di Seri Kembangan agar kita dapat bersama-sama
mengambil tindakan yang positif untuk melindungi kehidupan di bumi ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberikan pengalaman dan peluang untuk melihat haiwan secara langsung,
menyentuh, dan mendengar tentang spesies yang mungkin sukar diakses oleh
orang awam.
2.2 Pendedahan awal kepada para pelajar akan dapat membuka minda dan memberi
pengalaman berguna untuk membina diri menjadi insan yang cemerlang,berfikiran
kreatif,kritis dan aktif
2.3 Mengeratkan ikatan silaturahim antara pelajar dan pensyarah
2.4 Meneruskan semangat setia kawan,daya saing,toleransi serta membuka minda
pelajar

3.0 ANJURAN

Pelajar Tahun 3 DVM Program Pemasaran

4.0 SASARAN

1. 24 pelajar tahun 3 Program Pemasaran Kolej Vokasional Gombak – rujuk lampiran


2. 4 pensyarah pengiring – rujuk lampiran

5.0 YURAN LAWATAN

RM 36.00 – Bayaran tiket masuk ke Farm In The City


6.0 CADANGAN PROGRAM

TARIKH : 29 November 2023 (Rabu)


MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT LAWATAN :
1. Farm In The City Seri Kembangan
2. IOI City Mall, Putrajaya

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengarah : Puan Hajjah Norhayati binti Abdul Rahman


Timbalan Pengarah Akademik : En. Rozman bin Abd. Aziz
Timbalan Pengarah Sokongan : Pn. Mazlina binti Ibrahim
Akademik
Ketua Jaminan Kualiti : Pn. Siti Kamariah binti Omar
Ketua Jabatan Perniagaan : Pn. Sumaiyah binti Mamat Zambi
Ketua Program : Pn. Mariam binti Ab Aziz

8.0 JAWATANKUASA KERJA

Guru Penasihat : Pn. Mariam binti Ab Aziz (Pensyarah)


Penyelaras / Ketua Lawatan : Pn. Nur Zakira Hafizah binti Ismail (Pensyarah)
Bendahari : Pn. Siti Rohani binti Abdul Aziz (Pensyarah)
Nur Nadiah Binti Mohd Nashruddin (Pelajar)
AJK Unit Dokumentasi : Siti Nasuha Athirah Binti Mohamed Fauzi (Pelajar)
Siti Nur Izzah Binti Azlin (Pelajar)
AJK Unit Fotografi : Fatihah Xaviera Binti Abdul Rahman (Pelajar)
Siti Nurul Rashidah Binti Abdul Rahman (Pelajar)
AJK Unit Pengangkutan : Pn. Rohaya binti Abd Aziz (Pensyarah)
Muhammad Aqil Bin Mohd Nizam (Pelajar)
Muhammad Danial Azim Bin Abdul Malek (Pelajar)
AJK Unit Disiplin : Pn. Siti Sabrina binti Mohd Zahudi (Pensyarah)
AJK Unit Keselamatan dan : Muhammad Syahmi Bin Ahmad Shukri (Pelajar)
Kecemasan Nur Aisyah Balqis Binti Abd Halim (Pelajar)
9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.45 a.m Berkumpul di kantin


9.00 a.m Bergerak menaiki bas ke Farm In The City
10.00 a.m Tiba di Farm In The City dan sesi lawatan
12.30 p.m Bergerak ke IOI City Mall, Putrajaya
1.00 p.m Makan tengahari dan solat zohor di IOI City Mall, Putrajaya
2.00 p.m Bermain bowling di Wangsa Bowl @ IOI City Mall
5.00 p.m Bergerak pulang ke Kolej Vokasional Gombak

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan,program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Semoga pelajar dapat memanfaatkan program ini dengan
sebaik mungkin. Diharapkan segala aktiviti yang dirancang dapat mencapai matlamatnya
dan dapat memberi impak positif kepada pelajar Program Pemasaran Kolej Vokasional
Gombak dalam membangunkan diri secara amnya dalam menaikkan imej Kolej
Vokasional Gombak.
Disediakan oleh, Di semak oleh,

………………………….............. …………………………….
(NUR ZAKIRA HAFIZAH BINTI ISMAIL (MARIAM BINTI AB AZIZ)
Penyelaras lawatan, Ketua Program Pemasaran,
Program Pemasaran, Kolej Vokasional Gombak
Kolej Vokasional Gombak

Di sahkan oleh, Di sokong oleh,

…………………………………….. …………………………………………..
(SUMAIYAH BINTI MAMAT ZAMBI) (NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
Ketua Jabatan Perniagaan, Pengarah Kolej Vokasional Gombak
Kolej Vokasional Gombak

Anda mungkin juga menyukai