Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

“SEHARI BERSAMA BOMBA”

PERSATUAN KOR SISWA BOMBA BANTUAN


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BUKIT JELUTONG


NO 3, PERSIARAN TEBAR LAYAR
U8 SHAH ALAM

28 SEPTEMBER 2019
1.0 TUJUAN
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf Hal Ehwal
Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam mengenai Persatuan Kor Siswa
Bomba dan juga memberi pendedahan akan jalan kerja yang dilakukan oleh Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Justeru itu, program ini juga bertujuan untuk memberi
ilmu pengetahuan kepada staf HEP UiTM Shah Alam berkenaan dengan ilmu asas
kebombaan.

2.0 LATAR BELAKANG

Program ini diadakan selaras dengan kewujudan Persatuan Kor Siswa Bomba yang baru
sahaja ditubuhkan serta meningkatkan ilmu kepimpinan kepada ahli persatuan ini. Program
ini bakal menjadi titik permulaan bagi para pelajar untuk merangka serta melaksanakan lebih
banyak program yang memberi impak kepada para pelajar, warga universiti serta komuniti
luar.

Sesuai dengan misi dan visi persatuan, program ini juga akan memberi sedikit
pencerahan kepada staf UiTM mengenai fungsi-fungsi unit kebombaan yang ada di Malaysia,
bahagian-bahagian yang terdapat dalam unit menyelamat serta kebombaan dan juga skil serta
kemahiran yang dipelajari oleh ahli persatuan yang boleh dimanfaatkan di dalam dan luar
kelas. Kemahiran ini sememangnya menjadikan persatuan ini sangat menarik dan dapat
meletakkan persatuan ini dalam kelas mereka sendiri. Dalam program yang bakal dijalankan
ini, jawatankuasa yang terlibat mampu mempamerkan ilmu-ilmu mereka serta mengatasi
cabaran yang akan datang.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Mendedahkan staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam mengenai kegunaan
peralatan keselamatan yang terdapat di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong Shah
Alam dan cara-cara menggunakannya.

3.2 Mendedahkan kepada staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengenai kepentingan
usaha menyelamat oleh pihak Bomba dan Penyelamat dan apa yang dipelajari oleh Kor
Siswa Bomba dan agensi keselamatan yang lain.

3.3 Dapat meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam
menyelamatkan diri dan mencegah risiko daripada perkara yang tidak diingini seperti
apabila berlaku kebakaran.

4.0 ANJURAN

Persatuan Kor Siswa Bomba Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam.

5.0 PESERTA

40 orang staf Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

(Seperti Lampiran A)

6.0 BUTIRAN PROGRAM

(Seperti lampiran B)
7.0 HASIL AKTIVITI

7.1 Meningkatkan pengetahuan tentang asas kebombaan

7.2 Menerapkan semangat kerjasama dalam pasukan melalui aktiviti yang dijalankan.

7.3 Dengan aktiviti ini dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci akan cara-cara

menyelamatkan diri dengan lebih sistematik terhadap perkara yang tidak diingini.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

(Seperti Lampiran C)

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

(Seperti Lampiran D)

10.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar dan dapat
membentuk insan yang mempunyai jiwa kental, bersemangat dan mempunyai jati diri serta
berdikari. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amat dihargai. Justeru dapat
memberi sedikit pencerahan tentang ilmu kebombaan kepada staf-staf di Universiti
Teknologi MARA (UiTM).
Disediakan oleh,

______________________________
(MUHAMMAD HUSSINI BIN MANSOR)
Setiausaha Program
“Sehari Bersama Bomba”
Persatuan Kor Siswa Bomba
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

Disemak oleh,

______________________________
(MUHAMMAD HAZIQ ZUHDI BIN SOHAIMI)
Pengarah Program
“Sehari Bersama Bomba”
Persatuan Kor Siswa Bomba
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

Disahkan oleh,

______________________________
(IR JUNAIDI MUSLIM)
Penasihat
Persatuan Kor Siswa Bomba
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
Lampiran B: Atur cara Program “Sehari Bersama Bomba”

28/09/2019

MASA AKTIVITI

7.00 a.m Berkumpul di padang kawad UITM Shah Alam

8.00 a.m Tiba di jabatan bomba dan penyelamat negeri Selangor

8.15 a.m Zumba

8.30 a.m Makan pagi

9.00 a.m Ice Breaking dan taklimat program

10.15 a.m Slot ‘Fire Skill’

12.15 p.m Rehat makan tengah hari dan solat zohor

2.00 p.m Slot ‘Mesra bersama Korsib’

4.00 p.m Persembahan

Majlis perasmian penutupan

Majlis penyampaian cenderahati

Sesi bergambar

5.50 p.m Minum petang

6.00 p.m Bertolak pulang ke UiTM


Lampiran C: Jawatankuasa pelaksana

“Sehari Bersama Bomba”

28 September 2019

JAWATAN NAMA
Penasihat Ir. Junaidi Muslim
Pengarah Program Muhammad Haziq Zuhdi Bin Sohaimi
Timbalan Pengarah Siti Aisyah Binti Jaafar
Setiausaha Muhammad Hussini Bin Mansor
Naib Setiausaha Nur Khalida Binti Mohd Sani
Bendahari Siti Noraishah Binti Ibrahim
Biro Perhubungan dan Diplomatik Nur Shakina Binti Mat Sofi
Biro Pendaftran dan Jemputan Amirul Akmal Bin Zulkifli
Biro Program Auni Yasmin Binti S Har Vian Kamar
Biro Protokol Nur Alya Izzati Binti Shafik
Biro Makanan Muhammad Hazim Taqiuddin Bin Harun
Biro Cenderahati Nurameylia Binti Rasaidi
Biro Logistik dan Tugas-tugas Khas Nasrin Bin Sajis
Biro Multimedia Nur Aqilah Amni Binti Nadzari
Lampiran D: Implikasi Kewangan

BIL PERKARA RM
1 Elaun Makanan RM 900
2 Keperluan Program RM 200
3 Kain Rentang RM 80
4 Cenderamata RM 100
5 Laporan Program dan Gambar Aktiviti RM 30
6 Bayaran Jurulatih RM 600
7 Hadiah RM 450

JUMLAH RM 2360

Anda mungkin juga menyukai