Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

AKTIVITI ZUMBA

TEMA : “ COMMIT TO BE FIT ”

KOLEJ JASMINE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Anjuran:

Jawatan Perwakilan Kolej (JPK)

UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam

Tarikh:

Tempat:

Kolej Jasmine UiTM Puncak Perdana

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) MALAYSIA


KAMPUS PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM

RINGKASAN KERTAS KERJA


Kolej Kediaman Kolej Jasmine, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia,
Kampus Puncak Perdana
Anjuran Jawatan Perwakilan Kolej (JPK)
Tajuk Program AKTIVITI ZUMBA
TEMA : “COMMIT TO BE FIT”
Objektif Keseluruhan I. Mewujudkan silaturrahim dalam kalangan
Program Jawatankuasa Perwakilan Kolej dengan warga Kolej
Jasmin.
II. Melahirkan belia yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan
dan rekreasi.
III. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
intelek,rohani,emosi dan sosial
Tarikh dan Tempat Sabtu – 20 Oktober 2018
Dewan Seminar Fakulti Pengurusan Maklumat
(Tarikh Minggu Ke 7 kuliah)

Anggaran Perbelanjaan
RM 450.00
1.0 PENDAHULUAN

Jawatan Perwakilan Kolej (JPK) merupakan sebuah persatuan yang terdiri


daripada para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Fakulti Filem, Teater &
Animasi (FITA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana. Program ini
bertujuan untuk memberikan keseronokan dan kegembiraan sebenar yang akan dapat
dirasai oleh para pelajar apabila mereka menyertai, mengambil bahagian atau terlibat
secara langsung. Ia juga menjurus kepada pendedahan peringkat awal untuk menanamkan
minat yang lebih mendalam terhadap aktiviti yang bercorak pertandingan. Secara tidak
langsung, ia juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada para pelajar
untuk digunakan pada masa yang bersesuaian. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat
kesukanan dalam diri pelajar untuk digabungkan serta digunakan di dalam suasana
pembelajaran yang berkaitan. Melalui aktiviti yang sedemikian, para pelajar akan
didedahkan dengan peraturan dan kemahiran yang sebenar untuk diaplikasikan dalam
permainan sama ada dalam bentuk pertandingan atau bukan pertandingan. Selain itu,
program ini dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar dalam menempuh kehidupan
pada masa akan datang.

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
untuk mengadakan program “Aktivit Zumba” yang bertemakan ”Commit To Be Fit”.
Matlamat program ini adalah bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang sihat serta
mempunyai sikap yang positif seperti percaya dan yakin kepada diri sendiri serta
perkembangan yang seimbang dari seg jasmani, emosi, rohani, dan mental . Melalui aktiviti
ini juga, para pelajar akan dinilai dari pelbagai sudut sama ada secara kumpulan ataupun
individu. Pemupukan nilai murni yang lain akan dapat dicungkil atau dipupuk melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, program ini dapat mencungkil bakat
semulajadi yang telah ada dalam diri pelajar untuk dikembangkan. Program ini juga
diharapkan dapat memberikan keseronokan dan kegembiraan dalam diri pelajar agar
pelajar akan lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam sukan-sukan yang lain.
Program ini akan dijalankan pada 20 Oktober 2018 sabtu iaitu pada minggu ke 7
kuliah bertempat di Dewan Seminar kolej Jasmin. Biro-biro JPK yang akan ditugaskan
memantau aktiviti.Setiap penyertaan akan diberikan kupon kolej sebagai penyertaan
mereka dalam meyertai program-program kolej. Sekiranya program ini mendapat
penyertaan ramai maka program ini boleh dicadangkan untuk dijadikan program berkala
untuk setiap bulan dengan tema dan aktiviti sukan yang berlainan.

Akhir sekali, program ini amat baik untuk dilaksanakan kerana memberi peluang
kepada para pelajar untuk merialisasikan dan mengasah bakat mereka dalam aktiviti
Zumba dan secara tidak langsung mendidik pelajar-pelajar lain agar menjadi insan yang
lebih produktif, sihat dan cemerlang dalam pelajaran.

2.0 OBJEKTIF
 Mewujudkan silaturrahim dalam kalangan Jawatankuasa Perwakilan Kolej dengan
warga Kolej Jasmin.
 Melahirkan belia yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan sosial

3.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh : 20 Oktober2018
Tempat : Kolej Jasmine, UiTM Puncak Perdana
Jawatan Perlaksana : 17 orang Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej JPK dan
Penasihat JPK
Peserta : Para pelajar kampus UiTM Puncak Perdana

4.0 TENTATIF PROGRAM


Hari dan Tarikh –( Sabtu) 20 Oktober 2018

Masa - 8:30 pagi-10:30 pagi

5.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Sila rujuk lampiran A

6.0 KEPERLUAN PERALATAN

Sila rujuk lampiran B

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk lampiran C

8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat memupuk semagat para pelajar agar dapat
sentiasa bersikap produktif dan dapat memupuk budaya sihat dalam kalangan para pelajar di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana.

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA “ AKTIVITI ZUMBA”
TEMA : “ COMMIT TO BE FIT ”

Penasihat : ENCIK MAZLI BIN MOIN

Ketua Program : NURUL LIYANA BINTI AZMAN

Naib Ketua Program : PUTERI SYAFIRAHELMEE BINTI KATIMAN

Setiausaha : ANIS SHAFIZAH BINTI ABDUL RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA NAMA
Penasihat ENCIK MAZLI BIN MOIN

Ketua Projek NURUL LIYANA BINTI AZMAN

Timbalan Ketua Projek PUTERI SYAFIRAHELMEE BINTI KATIMAN

Setiausaha ANIS SHAFIZAH BINTI ABDUL RAHMAN

MOHD HASIF BIN DOL RAHIM


Biro Teknikal & Logistik MUHAMMAD ERIC ZAHAN BIN RUDYSHAM

MUHAMMAD SYAFIQ BIN OTHMAN


Biro Multimedia dan Publisiti PUTERI BINTI AL KHAWARIZMI

FATIN AMIRA BINTI RAMLAN


Biro Program & Aktiviti
SITI NURHIDAYAH BINTI AHMAD MOHMUD
EASTER JAWAI ANAK PAUL
MUHAMMAD ALIF BIN SHARBANY
Biro Kecemasan
HAIFA BAJUNAID BINTI HARIZ

Biro Makanan & Minuman NUR HALIMATUL JANNAH BINTI AZHAR

LAMPIRAN B

KEPERLUAN PERALATAN

Dari pihak Fasiliti


Berikut adalah senarai barangan yang kami perlukan dari pihak Fasiliti
untuk digunakan semasa program ini dijalankan.

 Speaker / Audio
 Mikrofon
 Dewan Seminar Kolej Jasmin
 Peti Pertolongan Cemas

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Barangan Jumlah

1. Minuman& Makanan Air Mineral x 250 botol RM 200.00


Roti Gardenia x 250bungkus RM 250.00

JUMLAH RM 450.00

Disediakan oleh:
………………………………….

(NURUL LIYANA BINTI AZMAN)

Ketua Projek Pertandingan Futsal Tema : Tepati masa

Universiti Teknologi MARA

Disemak Oleh:

……………………………………

(MUHAMMAD ERIC ZAHAN BIN RUDYSHAM)

Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej

Kolej Jasmine

Universiti Teknologi MARA

Disahkan Oleh:

…………………………………...

(ENCIK MAZLI BIN MOIN)

Penasihat Program

Universiti Teknologi MARA

Anda mungkin juga menyukai