Anda di halaman 1dari 13

Kertas Kerja:

Program Beramah Mesra Pelajar Diploma Semester 1


Bersama Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan
Pengajian Polisi (FSPPP) 2017

Anjuran:
Diploma in Public Administration Club (DiPAC)
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
(Sesi September 2017)
1.0 Pendahuluan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, selawat serta salam keatas
Nabi Muhammad S.A.W penghulu akhir zaman.

Bersempena dengan kemasukan pelajar pelajar baru bagi semester 1 2017, program ini adalah
satu keperluan bagi para pelajar baru mengenali dekan dan pensyarah bagi program FSPPP.
Selain itu, program ini juga mampu merapatkan hubungan sillaturrahim di antara para pelajar
semester 1 dengan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Justeru, bagi sesi September 2017, pihak Pelajar Part 1 Diploma in Public Admistration Club
(DiPAC) UiTM Seremban bercadang untuk menganjurkan program, ‘Beramah Mesra Pelajar
Semester 1 Bersama Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) bagi
mengeratkan ukhwah dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa dengan semua pensyarah
FSPPP sert semua kakitangan awam UiTM Seremban.

Tujuan Kertas Kerja

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan serta sokongan penuh dari pihak
pengurusan tertinggi FSPPP bagi program “Program Beramah Mesra Pelajar Diploma
Semester 1 Bersama Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) 2017”

Pelaksanaan Program

Program Beramah Mesra ini adalah satu program menjalinkan hubungan di mana kelab
DiPAC cuba untuk menerapkan ciri-ciri atau nilai murni di dalam program ini. Program ini
boleh dikatakan sebagai program yang memberi impak besar di mana ia melibatkan seluruh
warga UiTM Seremban terutamanya semua pelajar Diploma Pentadbiran Awam (AM110)
dan Diploma Pentadbiran Korporat (AM120) Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
Part 1. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi nafas baru kepada mahasiswa UiTM
untuk mereka mengenali para pensyarah dan dekan FSPPP. Apa yang kelab DiPAC cuba
lakukan pada program ini adalah untuk mengisi hati-hati mahasiswa ini dengan aktiviti-
aktiviti yang meruntun jiwa mereka. Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti jamuan
makan beramai-ramai, pertandingan Public Speaking, pertandingan Choral Speaking serta
pertandingan montaj terbaik sepanjang minggu Interim.

Semua aktiviti didalam program “Program Beramah Mesra Pelajar Diploma Semester 1
Bersama Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) 2017” Fakulti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi melibatkan semua pelajar part 1 Diploma Pentadbiran
Awam (FSPPP). Pertandingan public speaking, choral speaking serta pertandingan montaj
terbaik minggu interim, aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim
di antara pelajar baharu dan barisan pendidik FSPPP.

Secara umumnya program ini merupakan aktiviti wajib bagi kelab DiPAC yang diadakan
pada setiap semester. Program ini merupakan program sosial dan kemasyarakatan yang sering
dijalankan oleh kelab DiPAC ketika kemasukan baru warga UiTM untuk meningkatkan
ukhwah antara mahasiswa dan para pendidik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi(FSPPP).

Justifikasi Program

Program ini diwujudkan bukan sahaja untuk mengeratkan silahturahim dalam kalangan
pelajar tetapi untuk menepati tuntutan program berbentuk sosial. Dalam pada itu, program ini
dapat meninggikan martabat kelab DiPAC sebagai kelab berprestasi tinggi dan unggul dalam
melaksanakan semua jenis program di dalam dan luar universiti. Kelab DiPAC memainkan
peranan penting dalam membentuk sahsiah mahasiswa/i melalui program berbentuk sosial
dan kemasyarakatan bagi mengekalkan mahasiswa/i yang cemerlang daripada segi rohani dan
jasmani.

2.0 Latar belakang program

Tarikh

 14hb Julai 2017

Hari

 Jumaat

Masa

 2.15 malam – 6.30 petang


Tempat

 Pusat Kegiatan Pelajar Toh Puan Sungei Ujong, UiTM Seremban

3.0 Skop dan Aktiviti

3.1 Senarai acara

 Program Beramah Mesra ini akan dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Pentadbiran
dan Pengajian Polisi, UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban, Seremban 3.

3.2 Senarai pertandingan

 Majlis ini akan diserikan dengan pertandingan public speaking, choral speaking dan
pertandingan montaj terbaik bagi minggu interim yang bakal dipersembahkan oleh
pelajar-pelajar Diploma Pentadbiran Awam (AM110) dan Diploma Pentadbiran
Korporat (AM120).

3.3 Aktiviti lain

 Sesi bergambar bersama para dekan, pensyarah dan kesemua mahasiswa/i part 1
FSPPP 2017.

1.0 Objektif Program

 Mengeratkan ukhwah dan silaturrahim diantara para pelajar AM110 dan AM120

dengan barisan pensyarah FSPPP UiTM Kampus Seremban melalui program bersifat

sosial, kemasyarakatan dan keislaman.

 Untuk menjernihkan lagi hubungan sesama insan.

 Untuk memupuk semangat kerjasama, pengurusan organisasi dan pengurusan majlis

dikalangan Ahli Pelajar Part 1 DiPAC dengan menganjurkan program ini.

 Mengukuhkan jalinan kerjasama di antara kelab DiPAC dengan semua kakitangan

UiTM Seremban.
2.0 Kumpulan Sasaran

 Semua pelajar part 1 Diploma Pentadiran Awam (AM110) dan Diploma Pentabiran

Korporat Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi seramai 250 orang pelajar.

 Pensyarah FSPPP UiTM Seremban iaitu seramai 20 orang pensyarah.

7.0 Lokasi Majlis

Bil. Lokasi Tujuan


1. Pusat Kegiatan Pelajar Toh Puan Sungei Semua aktiviti dijalankan di Pusat
Ujong Kegiatan Pelajar Toh Puan Sungei
Ujong.

LAMPIRAN A

8.0 Tentatif Program

Masa Aktiviti
2.15 pm – 2.30 pm Pendaftaran

2.30 pm – 3.00 pm Ketibaan VIP


3.00 pm – 3.30 pm Ucapan Perasmian ‘’ Program Beramah Mesra Pelajar Diploma
Semester 1 Bersama Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan
Pengajian Polisi (FSPPP) 2017’’ oleh Prof. Madya Dr. Posiah
Mohd Isa
3.30 pm – 5.00 pm Pertandingan dan jamuan makan
5.00 pm – 5.30 pm Sesi bergambar.

6.30 pm Bersurai

LAMPIRAN B

9.0 Senarai Jawatankuasa

9.1 Jawatankuasa Induk

Penaung : Prof Madya Dr. Posiah Mohd Isa (Dekan FSPPP)

Penasihat : En. Mohd Idham Bin Mohd Yusof (Penasihat DiPAC)

Pengarah : Faris Anwar Redza Bin Azizul Rahman

Timbalan Pengarah : Muhd Sulaiman Badri B Mohd Razali


Setiausaha : Alia Bt Abdullah

Bendahari : Nur Halieza Bt Zakaria

9.2 Jawatankuasa Pelaksanan

Biro Logistik, Fasiliti dan Teknikal : Muhamad Amirul Syafiq Bin Shahronnizal

: Aiman Harith Bin Mohd Rozali

Biro Dewan dan Protokol : Meor Amsyar Najmi B Meor Aris

: Dayang Aniz Khuzaira Bt Abdullah

Biro Makanan : Nur Alia Qistina Bt Aizatul Akmal

: Nurul Atiqah Bt Zulkifli

Biro Multimedia dan Publisiti : Muhammad Farid Wajdi B Saidi

Biro Tugas-tugas Khas : Farah Patricia Bt Zainul Mukhtar

Biro Disiplin : Adam B Ahmad Rizal

: Nik Husnina Fatini Bt Nik Hussin

Biro Keselamatan : Muhammad Zarul Hisyamuddin B Mohd Zaidi

10.0 Skop Kerja Jawatankuasa Pelaksana

Skop tugasan biro

Biro Skop tugasan

Logistik, Fasiliti dan i. Memastikan dan menyediakan segala peralatan dan


Teknikal
keperluan program.
ii. Berperanan untuk menyediakan PA system dan peralatan
elektik dan elektronik.
iii. Menyediakan pelan lantai untuk setiap program yang
berlangsung.
iv. Memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan tempat
program berlangsung.
v. Berhubung terus dengan pihak BPPF, Polis Bantuan dan
Konsesi.
vi. Menyediakan pelan kontigensi bagi menghadapi sebarang
kejadian yang tidak diingini.
vii. Memastikan pemasangan banner, bunting dan penunjuk
arah mengikut spesifikasi yang tepat.
viii. Memastikan keselamatan VIP dan tetamu jemputan.
ix. Menyediakan kertas kerja bagi biro.
x. Lain-lain tugasan yang difikirkan perlu.

Program, i. Menyelaraskan semua aktiviti dan program berjalan lancar


pertandingan dan
seperti yang dirancang
aktiviti
ii. Memastikan terdapat peserta bagi setiap pertandingan.
iii. Memastikan kehadiran semua pelajar bagi setiap program
dan acara.
iv. Memastikan tiada pertindihan acara.
v. Menyediakan borang penyertaan bagi setiap pertandingan.
vi. Menyediakan kertas kerja bagi biro.
vii. Lain-lain tugasan yang difikirkan perlu.

Biro Dewan dan i. Memastikan susun atur semua peralatan untuk para
Protokol
mahasiswa/i FSPPP dan aktiviti pelajar mengikut kepada
protocol
ii. Memastikan semua peralatan untuk sesi beramah mesra
tersedia mengikut kepada protocol
iii. Memastikan nama VIP dan tetamu kehormat adalah betul.
iv. Menyelaraskan majlis perasmian.
v. Menghias dan susun atur Pusat Kegiatan Pelajar mengikut
spesifikasi majlis yang dijalankan.
vi. Menyediakan skrip pengacara majlis.
vii. Menyediakan pengacara majlis.
viii. Menyediakan pembaca doa.
ix. Menyediakan kertas kerja bagi biro.
x. Lain-lain tugasan yang difikirkan perlu.
Biro Makanan i. Menyediakan makanan bagi urusetia.
ii. Menyediakan makanan bagi VIP dan tetamu kehormat.
iii. Menyediakan pelan lantai bagi kedudukan meja makan
VIP.
iv. Mendapatkan senarai nama VIP, tetamu dan urusetia bagi
tujuan sediaan makanan.
v. Mencari pembekal makanan.
vi. Menyediakan sebut harga, LO bagi makanan.
vii. Menyediakan kertas kerja bagi biro.
viii. Lain-lain tugasan yang difikirkan perlu.

Biro tugas-tugas i. Mendapatkan pembekal bagi hadiah pertandingan


khas, cenderahati dan
ii. Menyediakan cenderahati bagi tetamu VIP, perasmi, penaja
hadiah
iii. Menyediakan sijil penyertaan bagi urusetia.
iv. Menyediakan sijil penghargaan bagi penaja, peniaga dan
pameran.
v. Menyediakan LO, sebut harga bagi hadiah, cenderahati.
vi. Menyediakan hamper (pelan kontigensi).
vii. Menyediakan kertas kerja bagi biro.
viii. Lain-lain tugasan yang difikirkan perlu.

Biro multimedia dan i. Menyediakan rekaan bagi poster, banner, flyers, bunting,
publisiti.
buku program dan lain-lain rekaan yang perlu.
ii. Menyedia tag nama urusetia.
iii. Menghantar press release kepada radio bagi tujuan publisiti.
iv. Menyediakan montaj perasmian.
v. Menyebarkan maklumat kepada pelajar dan orang awam
mengenai program melalui pelbagai saluran media.
vi. Menyediakan kertas kerja bagi biro.
vii. Lain-lain tugasan yang difikirkan perlu.

Biro Jemputan, i. Menyediakan senarai jemputan.


pendaftaran dan
ii. Menyediakan surat jemputan kepada VIP, perasmi, tetamu
tajaan.
kehormat.
iii. Menyediakan borang pendaftaran untuk kehadiran
pengunjung.
iv. Menyediakan sticker KI kepada peserta, pelajar yang hadir
ke program.
v. Mencari penaja untuk menaja program.
vi. Menyenaraikan organisasi yang berpotensi untuk menjadi
penaja.
vii. Menyediakan kertas kerja bagi biro.
viii. Lain-lain tugasan yang difikirkan perlu.

Biro Keselamatan i. Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan berlangsung


dalam keadaan yang terkawal.
ii. Menjaga setiap aspek keselamatan agar tiada perkara yang
tidak diingini berlaku.
iii. Menjaga pergerakan lalu lintas semasa aktiviti sedang
dijalankan.
iv. Memastikan pergerakan program berjalan lancar.
v. Meweujudkan kerjasama dengan polis bantuan bagi
melicinkan perjalanan setiap program.
vi. Menyusun pergerakan aktiviti agar tidak mengganggu
protocol majlis.

11.0 Keperluan dan Peralatan Program


Peralatan Sewaan
Bil Jenis Peralatan Bilangan Tujuan
.
1. Meja Makan VIP 2 Untuk tetamu jemputan semasa
program berjalan.
2. Kerusi Banquet VIP 10 Untuk tujuan semasa makan dan
aktiviti
3. Meja panjang 10 Untuk tujuan pelajar semasa program

4 Kerusi 250 Untuk pelajar semasa program

Peralatan Tempahan

Bil Jenis Peralatan Bilangan Tujuan


.
1. Skrin layar putih dan 2 unit Untuk pertandingan dan ucapan
projector dekan.
2. PA Sistem 1 unit Untuk diletakkan di perkarangan
Pusat Kegiatan Pelajar
3. Mikrofon 6 unit Bagi keperluan sepanjang program
4. Walkie Talkie 7 unit Untk memudahkan komunikasi
semasa program berlangsung
5. Cable wayar 2 unit Untuk pemasangan ke laptop
6. Extension 2 unit Untuk penyambungan wayar
LAMPIRAN C

12.0 Perincian Perbelanjaan

LAMPIRAN C1

12.1 Belanjawan bagi Beramah Mesra FSPPP

Bil. Perkara Harga Se- Kuantiti Jumlah (RM)


unit
1. Makanan Program
VIP
- Makanan RM12.00 20 orang RM 240.00

PELAJAR

- Makanan RM4.00 250 orang RM1000.00

RM1 240.00

2. Percetakan
Banner RM50.00 1 unit RM50.00

3. Laporan RM50.00

4. Hadiah
Pertandingan Public Speaking RM200.00 1 unit RM200.00
Choral Speaking RM150.00 1 unit RM150.00
Pertandingan Montaj Terbaik RM100.00 1 unit RM100.00

JUM RM 1760.00
LAH:
13.0 PENUTUP

Secara konklusinya, Program Beramah Mesra merupakan program yang bersifat sosial dan
kemasyarakatan. Berdasarkan kepada aktiviti-aktivii dan pertandingan yang dianjurkan,
terdapat beberapa kesan positif dan kelebihan daripada program yang ingin dianjurkan:

1.) Mampu mendidik mahasiswa supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang baik
dalam kehidupan seharian.
2.) Memberi impak yang positif dalam pembentukan jati diri mahasiswa.
3.) Memberi imej yang positif pada pihak luar kerana UiTM mampu mewujudkan suasana
yang bersifat Keislaman dalam mentadbir kampus.
4.) Meningkatkan kemahiran berfikir dan bekerja dalam suatu kumpulan dalam
menjalankan program impak besar.
5.) Membuka ruang kepada mahasiawa dalam meneruskan legasi kepimpinan yang
seimbang dunia dan akhirat dalam melahirkan generasi masa depan yang cemerlang.

Justeru, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) amat berharap sekiranya
pihak pengurusan FSPPP UiTM Cawangan Negeri Sembilan dapat meluluskan serta
menyokong penuh program ini bagi tujuan serta matlamat yang telah dinyatakan. Sekian,
Terima Kasih.

Disediakan Oleh : Disokong Oleh :

_________________________________ ____________________________________
FARIS ANWAR REDZA B AZIZUL RAHMAN EN. MOHD IDHAM BIN MOHD YUSOF

PENGARAH PROJEK, KOORDINATOR AM110/PENASIHAT


DiPAC
UiTM SEREMBAN. UiTM SEREMBAN.

Anda mungkin juga menyukai