Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

1.0 PENDAHULUAN

CoACar KTS 2019 adalah satu program yang akan dilaksanakan di SMK Kijal sebagai
kemuncak pelaksanaan aktiviti Ko-Akademik peringkat sekolah melibatkan pelbagai agensi
dan komuniti setempat. Pelaksanaan aktiviti ini adalah selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Sehubungan itu, antara salah satu program yang dirancang adalah
pertandingan inovasi iaitu Pertandingan Model Bandar Teknologi Hijau . Pertandingan ini
akan melibatkan semua sekolah menengah di Malaysia.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

Antara objektif Pertandingan Model Bandar Teknologi Hijau adalah untuk :

2.1 Menanam minat ahli Persatuan Sains terhadap penciptaan dan inovasi terutama
berkaitan dengan Sains dan Teknologi Hijau.

2.2 Memberikan nilai tambah terhadap aktiviti kokurikulum kepada ahli Persatuan Sains
untuk melibatkan diri dalam penyertaan yang berstatus Kebangsaan.

2.3 Mampu menjana idea dalam merekabentuk sebuah model bandar terancang dengan
mengambil kira sektor-sektor Teknologi Hijau yang terdapat di dalam sesebuah
bandar.

2.4 Mengukuhkan proses pdpc ahli Persatuan Sains dan mampu mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang dipelajari dalam perancangan dan pembangunan kehidupan
sebenar.

2.5 Melahirkan ahli Persatuan Sains yang berani melontarkan idea, berhujah dan
berdepan dengan orang ramai terutama semasa sesi pembentangan.

3.0 PENGENALAN PERTANDINGAN

Pertandingan Model Bandar Teknologi Hijau terbuka kepada semua pelajar dari semua
sekolah menengah di Malaysia (Tingkatan 1 hingga 5) dan terhad kepada 15 pasukan yang
terawal mendaftarkan penyertaan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 pelajar dan 2 guru
pengiring. Yuran pendaftaran adalah RM60 setiap pasukan. Penginapan setiap pasukan
juga disediakan. Manakala makan dan minum peserta sahaja disediakan pada hari
pertandingan tersebut. Pelajar-pelajar perlu menghasilkan sebuah model bandar terancang
yang mengaplikasikan konsep Teknologi Hijau. Reka bentuk bandar melibatkan sektor-
sektor seperti;

i. Tenaga (Energy)
ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and Wastewater)
iii. Bangunan (Building)
iv. Pengangkutan (Transportation)
v. Industri (Industry)
vi. Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)
vii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology (ICT))
7.0 JADUAL PERTANDINGAN

8.00 pagi : Pendaftaran dan penyediaan model


10.30 pagi : Sesi Penghakiman
2.00 petang : Penyampaian hadiah

8.0 KEWANGAN

8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1.1 Bantuan Kokurikulum Sekolah

- Yuran Pendaftaran 1 pasukan x RM 60.00 = RM 60.00


- Bahan habis guna RM 120.00 = RM 120.00

8.1.2 Panitia Sains

- Set Arduino Uno 1 set x RM 35.00 = RM 35.00


- Solar panel & motor 3 kit x RM 40.00 = RM 120.00

JUMLAH: = RM 335.00

9.0 PENUTUP

Pada akhir pertandingan ini, diharapkan para peserta akan dapat menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman untuk menghasilkan Model Bandar Teknologi Hijau. Dengan
input-input yang dikongsikan oleh peserta dari sekolah-sekolah lain diharap dapat
membantu mempertingkatkan lagi kemahiran pelajar SMK Bukit Kuang pada masa akan
datang.

DIsediakan oleh, Disemak dan disahkan,

……………………………….. ………………………………..
(NURUL SALWANA SAMSUDIN) (M. ROSLI BIN IBRAHIM)
Setiausaha II Unit Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Bukit Kuang SMK Bukit Kuang

Diluluskan oleh,

……………………………..
(EN. WAN MOHD SALLEH BIN WAN ISMAIL)
Pengetua
SMK Bukit Kuang

Anda mungkin juga menyukai