Anda di halaman 1dari 7

UNIT KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN TIARA PERMAI

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN MUDA KOKURIKULUM

1. Pendahuluan
Kursus Kepimpinan Kokurikulum merupakan satu program yang melibatkan
barisan kepimpinan tertinggi setiap unit kokurikulum iaitu badan beruniform,
kelab dan persatuan, sukan permainan serta rumah sukan sekolah. Barisan
kepimpinan yang dipilih ini merupakan para pelajar yang diberikan
tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah,terutamanya dalam hal
meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik.
Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan. Melalui kursus ini, bakat-bakat murid dalam kepimpinan
dapat dicungkil dan dididik untuk menjadi pemimpin muda yang berwawasan
pada masa hadapan.

2. Matlamat
Kursus kepimpinan ini bermatlamat untuk murid dan melahirkan murid yang
berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam aspek pengurusan
bidang kokurikulum. Selain itu, kursus ini bertujuan membentuk sifat
tanggungjawab, keyakinan diri , kepimpinan dan melahirkan murid yang cerdas,
cergas, progresif serta berdaya saing dalam menguruskan unit masing-masing.
Di samping itu, ia bertujuan untuk memastikan kemenjadian murid sebagai insan
yang seimbang dan harmonis serta menghargai tanggungjawab yang diberikan.

3. Objektif
Antaranya ialah :
3.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali
kawan-kawan.
3.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
3.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan.
3.4 Meyakinkan diri sendiri,khususnya apabila bercakap di hadapan
khalayak.

UNIT KOKURIKULUM SK TIARA PERMAI 2022/2023 Page


UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TIARA PERMAI

3.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.


3.6 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh
pihak sekolah

4. Kumpulan Sasaran
4.1 80 orang pemimpin tertinggi dalam semua unit di bawah kokurikulum
4.2 13 orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru penasihat unit
kokurikulum

5. Tentatif Program
Tarikh : 23 September 2023 (Sabtu)
Masa : 08:00 pagi – 12:00 tengahari
Tempat : SK Tiara Permai
Jadual Program : Rujuk Lampiran 1

6. Jawatankuasa

Pengerusi : Puan Safiah binti Mohamad Wardi (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Puan Nur Sa’adah binti Mat Sutris (PK Kokurikulum)
: Encik Noorjimi bin Kharudin ( PK Pentadbiran)
: Puan Zarina binti Zahari (PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : En. Uzair bin Ibrahim ( Setiausaha Kokurikulum )
Bendahari : Puan Farah Wahida binti Tajudin
Penyelaras : Cik Nurul Akmal bin Abdullah

Jawatankuasa Pelaksana
Pendaftaran : Pn Farah Wahida binti Tajudin

UNIT KOKURIKULUM SK TIARA PERMAI 2022/2023 Page


UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TIARA PERMAI

Pn. Amiras Ainu binti Rosdi


PA Sistem : En. Kamal bin Kasim
Makanan : Pn Nik Latifah binti Jusoh
En. Syed Zaqhwan bin Syed Abd Halim
Alatan & Persiapan : En. Mohd Rahimi bin Ahmad Latifi
Tempat En. Yahya bin Yusuf
Pengerusi Majlis : Pn Roslaini binti Abdul Ghani
Fotografi : Cik Nor Sabrina Kang binti Ahmad
Pn. Eliaa binti Mohtar
Dokumentasi : En. Uzair bin Ibrahim
Kebersihan : En. Yahya bin Yusof
Hadiah & Sijil : Cik An Nur Qistina binti Abdul Rahim
Cik Nurul Akmal binti Abdullah
Banner & Backdrop : En. Syed Zaqhwan bin Syed Abd Halim
: En. Yahya bin Yusof
En. Mohd Rahimi bin Ahmad Latifi
Pn. Amiras Ainu binti Rosdi
En. Syed Zaqhwan bin Syed Abd Halim
En. Kamal bin Kasim
Fasilitator Cik Nurul Akmal binti Abdullah
Cik An Nur Qistina binti Abdul Rahim
Pn. Nik Latifah binti Jusoh
Cik Nor Sabrina Kang binti Ahmad
Pn. Roslaini binti Abdul Ghani
Pn. Eliaa binti Mohtar

7. Anggaran Perbelanjaan

UNIT KOKURIKULUM SK TIARA PERMAI 2022/2023 Page


UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TIARA PERMAI

Bil Perkara Butiran Sumber Kewangan Jumlah


1 Minum pagi 80 X RM3.00 BKK RM240.00
2 Banner 10 kaki x 8 kaki BKK RM100.00
3 Hadiah 10 x RM30.00 BKK RM300.00

Jumlah RM640.00

8. Sumber Kewangan
- Bantuan Kokurikulum & Sukan

9. Penutup
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di
dalam kursus kepimpinan ini akan dapat membantu serta meningkatkan
kualiti serta keyakinan murid sebagai pemimpin muda khasnya dalam
menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Oleh itu, kerjasama dari semua
pihak dalam menjayakan kursus ini amatlah diharapkan dan dihargai.

Disediakan oleh

UNIT KOKURIKULUM SK TIARA PERMAI 2022/2023 Page


UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TIARA PERMAI

(UZAIR BIN IBRAHIM)


Setiausaha Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Tiara Permai,
Kuala Lumpur.

Disemak oleh

(NUR SA’ADAH BINTI MAT SUTRIS)


GPK Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Tiara Permai
Kuala Lumpur.
______________________________________________________________

KELULUSAN GURU BESAR

Permohonan : Diluluskan / Tidak Diluluskan

Catatan :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Tarikh : ____________________________

___________________________
(SAFIAH BT MOHAMAD WARDI)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tiara Permai
Kuala Lumpur

LAMPIRAN 1

TENTATIF KURSUS KEPIMPINAN MUDA KOKURIKULUM

UNIT KOKURIKULUM SK TIARA PERMAI 2022/2023 Page


UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TIARA PERMAI

23 SEPTEMBER 2023 (SABTU)

Masa Aktiviti

7:40 pagi Pendaftaran

Ice Breaking / Pembahagian Kumpulan


8:10 pagi
(Biskut Amanah)

Cipta Logo & Moto Kumpulan


- manila kad / kertas mahjong /kain
8:30 pagi putih – marker pen – biru merah hitam
Tugasan Kayu bendera cari sendiri
Laman permai
9:20 pagi Minum Pagi
LDK – Stesen Permainan kumpulan
Stesen 1 – Amiras, Elia (bilik muzik)
Stesen 2 – Sabrina , Roslaini ( Kain
Pelekat) 3 Helai – Gelanggang Bola
Jaring
Stesen 3 – Annur, Kak Nik , Akmal
( Kertas A4) LOBI SKTP
Stesen 4 – Yahya, Rahimi ( Tank
9:40 pagi
Kertas) – Depan Blik PJ (ubat
stapler)surat khabar
Stesen 5 – Kamal, Zaqhwan (Video
Buruk)

Bergerak sendiri cari stesen


Buat bawak kertas

11:30
Majlis Penutup
tengahari

UNIT KOKURIKULUM SK TIARA PERMAI 2022/2023 Page


UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TIARA PERMAI

UNIT KOKURIKULUM SK TIARA PERMAI 2022/2023 Page 1

Anda mungkin juga menyukai