Anda di halaman 1dari 11

CADANGAN KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI MASJID UPM

PADA:
13 dan 14 Januari 2024

TEMPAT:
Masjid UPM

ANJURAN:
Bakti Siswa (QKK 2101) Kumpulan 6
Kursus Kokurikulum Berkredit

Semester 1 dan Sesi 1

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar


Universiti Putra Malaysia

DENGAN KERJASAMA:
Pusat Islam
Universiti Putra Malaysia
PROGRAM GOTONG-ROYONG DI MASJID UPM (QKK 2101)
KUMPULAN 6, UPM SEM 1 2023/2024

1.0 TUJUAN

1.1 Memohon kelulusan program dan bantuan pengangkutan daripada Prof. Dr.
Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti
Putra Malaysia (UPM), dan pihak Masjid UPM, bagi mengadakan Program
gotong-royong di Masjid UPM.

1.2. Memohon bantuan kewangan dan perkhidmatan daripada YBhg. Prof. Madya
Dr. Omrah bin Hassan @ Hussin, Pengarah, Pusat Kokurikulum dan
Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengadakan
Program Gotong-Royong di Masjid UPM.

1.2 Memohon kebenaran daripada pihak Masjid UPM bagi mengadakan Program
Gotong-royong di Masjid UPM.

2.0 PENGENALAN

Tanggungjawab dalam pembangunan masyarakat harus dilihat sebagai satu gerakan


yang harus dimainkan oleh semua pihak terutamanya penglibatan secara menyeluruh
komuniti setempat. Semua tenaga harus digemblengkan dan disatukan bagi mencapai
hasrat tersebut.

Untuk mencapai hasrat ini, masyarakat perlu diberi pendidikan, pendedahan, dan
pengetahuan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sosial yang harus
dimainkan oleh semua pihak bagi menjamin satu bentuk masyarakat yang boleh
mendukung wadah dan perjuangan bangsa di masa akan datang.

Cetusan ilham oleh kepimpinan di Universiti Putra Malaysia dengan diterajui oleh Pusat
Kokurikulum telah melahirkan Kursus Kokurikulum Berkredit Bakti Siswa yang diyakini
dapat melahirkan pelajar berketerampilan tinggi, mempunyai peribadi yang terpuji serta
jati diri yang jitu dengan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah yang dijalankan.

Menyedari akan kepentingan ini Bakti Siswa Kumpulan 6 menjalankan dan melaksanakan
program "Gotong-Royong di Masjid UPM" seiring dengan matlamat Universiti Putra
Malaysia yang mahukan pelajar yang berdaya saing dan berketerampilan melalui
pembelajaran berterusan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, diharapkan dapat
meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar dalam mengendalikan sesuatu program
yang melibatkan komuniti yang ramai dan berbilang kaum supaya dapat melahirkan
pemimpin intelektual tertinggi serta daya saing yang unggul dalam berbagai bidang.
3.0 TEMA

"SISWA UPM BERILMU BERBAKTI UNTUK KOMUNITI"

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan nilai kepimpinan dan kemahiran komunikasi melalui pelbagai aktiviti
menarik bagi mencari penyelesaian dalam kalangan murid-murid sekolah serta
mahasiswa dan mahasiswi.

4.2 Memupuk rasa keprihatinan dan kerjasama dalam diri pelajar terhadap alam
sekitar melalui aktiviti gotong-royong.

5.0 JUSTIFIKASI PROGRAM

Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi memenuhi keperluan subjek Bakti Siswa
( QKK2101). Dalam pada itu, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menguruskan
sesebuah program besar yang melibatkan komuniti dengan lebih baik. Program ini
diharapkan dapat memupuk nilai-nilai murni dan mempraktikkan kemahiran kepimpinan
yang telah diajar di dalam kelas agar dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang
mempunyai minda dan sahsiah kelas pertama serta mempunyai semangat berpasukan
dalam menjayakan sesuatu program. Program ini merupakan satu program yang
dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi di mana program ini turut melibatkan
pelajar-pelajar daripada sekolah rendah. Pelajar-pelajar daripada sekolah rendah yang
akan hadir ke program ini dijemput bagi menambah ilmu pengetahuan serta dijemput bagi
membantu mereka dalam menanam nilai-nilai murni di dalam diri.

Program ini dijalankan selama dua (2) hari yang bertempat di Masjid UPM, Serdang,
Selangor. Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah khususnya
kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, dan pemikiran kritis dalam menjalankan
program pendedahan yang cukup kepada pelajar untuk menguruskan sesuatu program
dibawah kendalian pelajar sendiri. Peserta yang terlibat juga berpeluang untuk berkongsi
pengalaman dan menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sekolah yang lain supaya ilmu
dan nilai-nilai murni yang diperolehi daripada program dapat disebarkan demi membentuk
masyarakat dan generasi yang lebih berilmu dan berbakti.
6.0 IMPAK PROGRAM

6.1 Impak kepada komuniti


- Komuniti dapat mengeratkan hubungan bersama mahasiswa, mahasiswi, dan
pelajar yang lain dengan lebih kuat.
- Komuniti dapat memperolehi kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dan
kepentingan penglibatan bersama dalam kalangan komuniti (pelajar dan orang
awam).

6.2 Impak kepada pelajar


- Pelajar dapat memperoleh pengalaman dan pendedahan dalam mengendalikan
suatu program yang melibatkan komuniti.
- Pelajar dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari
melalui program diantara pelajar yang lain.
- Pelajar dapat memupuk dan mengembangkan nilai murni, kemahiran insaniah dan
kemahiran teknikal yang lebih tinggi.
- Pelajar berpeluang untuk berbakti kepada komuniti melalui program yang
dianjurkan.

6.3 Impak kepada universiti


- Universiti dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan berketerampilan serta
menaikkan imej institusi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

7.0 MAKLUMAT PROGRAM

7.1 Tarikh : 13 dan 14 Januari 2024

7.2 Tempat : Masjid UPM

7.3 Anjuran : Kursus Bakti Siswa (QKK2101) Kumpulan 6 Kokurikulum Berkredit

8.0 TETAMU KEHORMAT

Majlis Perasmian
YBhg. Prof. Madya Dr. Omrah Hassan@ Hussin
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar
Universiti Putra Malaysia

9.0 SENARAI PELAJAR KKB (QKK2101)


Rujuk Lampiran A
10.0 KUMPULAN SASARAN DAN JUMLAH PESERTA
-Pelajar UPM (Kelab Bakti Siswa).

-Anggaran jumlah peserta: 30 orang

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran B

12.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran C

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Rujuk Lampiran D

14.0 SYOR

Berharap agar pihak Timbalan Naib Canselor (HEPA) & Pusat Kokurikulum dan
Pembangunan Pelajar (PKPP) dapat meluluskan program ini mengikut
perancangan yang telah dirancang. Akhir sekali, mendapat kebenaran daripada
pihak pentadbir Pusat Masjid UPM, Serdang, Selangor untuk mengadakan
program di sana supaya dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang
aspek kepimpinan dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar
universiti dengan memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing untuk
menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.
PENGESAHAN KERTAS KERJA

a) Disediakan oleh: Pengarah Program

………………………………………
Tandatangan
Nama : Kyle John Boudville
No. Matrik : 224807
No. Telefon : 0122181660
Tarikh : 10/11/2023
Emel : 224807@student.upm.edu.my

b) Disemak oleh: Fasilitator

………………………………………
Tandatangan
Nama :Izzat Fadhli bin Hamda
Jawatan :Fasilitator (QKK2101) Bakti Siswa Kumpulan 6
No. Telefon :0136451079
Tarikh : 09/01/2024
Emel : izzat.hamdan@eltc.edu.my

c) Disahkan oleh: Fasilitator Khas

………………………………………
Tandatangan
Nama : MUSLIYANA BINTI MANSOR
Jawatan : Fasilitator Khas
No. Telefon : 017-7331538
Tarikh :
Emel : musliyana@upm.edu.my
Lampiran A

SENARAI PELAJAR KURSUS BAKTI SISWA (QKS 2101) Kumpulan 6 :

BIL. NAMA MATRIK PELAJAR


1. KIRTHANA A/P C.KALAICHELVAN 215431
2. LI ZIYU 218463
3. ZAID ABDUN NAAFI 218508
4. WANG YUN 218575
5. YU JIAYI 218669
6. RIFLI FAIZULLAH 218714
7. MUHAMMAD AFIQ ANAQI BIN KHALILI 223194
SUKARNO
8. NURULAIN NATASYA BINTI MARZUKI 223324
9. FARHANA BINTI ROSSALIM 223482
10. NURLAILATUL ALIYA BINTI ABDUL RAMAN 223498
11. TAN ANGEL 223785
12. NORATIRAH BINTI RAHIM 223889
13. AIELYA NATASHA BINTI AZROM 223908
14. SITI NUR SYAHEERA BINTI KHUSYAIRI 224181
15. IRENE NATASHA GERALL 224219
16. NUR DIANA ARISYAH BINTI RAHIM 224571
17. KYLE JOHN BOUDVILLE 224807
18. NUR AYUNIE IDDAYU BINTI HASWADI 225050
19. NUR A'RIFAH HANANI BINTI ZAHARI 225265
20. NUR SYARAH YUSRINA BINTI RUZMAN 225381
21. WAN NUR A'AINA NABILAH BINTI MEOR 225659
AMIR HAMZAH
22. TANG BOYA 225764
23. SUN MENG 225787
24. DUAN YAN 225792
25. YAN ENTING 225824
26. MAARIJ SIDQIN SUKMA 225840
27. NAZIFA TASNEEM LABIBAH 225848
28. SACHI KANAYA THURAYA 225855
29. WU HONGYI 225860
30. AISHATUL FAQIEHAH BINTI MOHD SA00001
KHIRULTHZAM
Lampiran B

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENASIHAT PROGRAM
En. Izzat Fadhli Bin Hadman

PENGARAH
Kyle John Boudville

TIMBALAN PENGARAH
Nazifa Tasneem Labibah

SETIAUSAHA
Nur Ayunie Iddayu Binti Haswadi

BENDAHARI
Nurlailatul Aliya binti Abdul Raman

KETUA JAWATANKUASA
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERALATAN
Rifli Faizzulah
Kirthana A/P C.Kalaichelvan

JAWATANKUASA MAKANAN
Nur Diana Arisyah binti Rahim

JAWATANKUASA PENAJAAN
Nur Syarah Yusrina Binti Ruzman
Aielya Natasha Binti Azrom
Lampiran C

TENTATIF PROGRAM

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI MASJID UPM

13-14 Januari 2024

Hari Sabtu: 13/01/2024

Masa Aktiviti Kumpulan yang terlibat

8:30am - : Berkumpul di Masjid Semua Kumpulan


9:15am UPM dan bersedia
untuk majlis perasmian
9:15am - : Majlis Perasmian KUMPULAN 3
9:30am
9:30am- : Gotong royong sekitar Semua Kumpulan
1:00pm masjid

1:00pm - : Makanan tengah Hari Semua Kumpulan


2:00m

2:00pm - : Berkumpul di masjid dan Semua Kumpulan


2:30pm bersihkan kelengkapan
gotong royong.

2:30pm Bersurai Semua Kumpulan


Hari Ahad: 14/01/2024

Masa Aktiviti Kumpulan yang terlibat


8:30am - : Berkumpul di Masjid Semua Kumpulan
9:15am UPM dan makan
Sarapan
9:15am - : Gotong royong sekitar Semua Kumpulan
1:00pm masjid
1:00pm - : Makanan tengah Hari Semua Kumpulan
2:00pm
2:00pm - : Berkumpul di masjid dan Semua Kumpulan
2:15pm bersihkan kelengkapan
gotong royong.
2:15pm - : Majlis penutup Kumpulan 4
2:30pm
2:30pm : Bersurai Semua Kumpulan
Lampiran D

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA HARGA UNIT JUMLAH

1 Makanan dan Minuman

Sarapan (13/1/2024) RM 5 x 35 orang RM 175.00

Tengah hari (13/1/2024) RM 7 x 35 orang RM 245.00

Sarapan (14/1/2024) RM 5 x 35 orang RM 175.00

Tengah hari (14/1/2024) RM 7 x 35 orang RM 245.00

2 Majlis Perasmian

Banner RM90.00 RM90.00

3 Kos Kontingensi (5%) RM45.00

JUMLAH KESELURUHAN RM975.00

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL. PERKARA JUMLAH

1 Sumbangan Pusat Islam UPM RM840.00

2 Sumbangan Fasilitator RM135.00

JUMLAH KESELURUHAN RM975.00

Anda mungkin juga menyukai