Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERTAS KERJA
PROGRAM BORAK BISNES
2022

PENSYARAH
Dr. Enio Kang binti Mohd Sufian Kang

KUMPULAN 3

NAMA NO. MATRIK

MOHAMMAD AMMAR B. AHMAD ZULKIFLI 196466

MOHAMMAD IQHWAN SYAMIM BIN MOHD SAID 197328

MUHAMMAD SHAFIQ IQBAL BIN ADANAN 197547

MUHAMMAD AL-HAAFIZ BIN ABU BAKAR 197164

RABIATUL DIYANA BINTI AHMED@AHMAD 196590


1. PENDAHULUAN

Program webinar usahawan tani adalah aktiviti yang dianjurkan oleh


kumpulan 3 melalui kursus STE 3105 Perancangan dan Penilaian Program Dalam
Pendidikan Sains Pertanian. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar tahun akhir
Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan kerjasama panel jemputan iaitu
Mohamad Feisal Mohd Norawi.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan


meningkatkan ilmu, serta maklumat yang berguna untuk pelajar yang ingin
menceburi dalam bidang usahawan tani. Melalui program webinar ini, pelajar
akan didedahkan mengenai bagaimana proses permulaan pada awal
perniagaan seperti modal, tempat, pekerja, tempoh pelaksanaan, peralatan
dan bahan, dan pengurusan. seterusnya, program ini juga membuka ruang
dan meningkatkan semangat pelajar untuk menyertai bidang usahawan tani
selain daripada menjadi cikgu sains pertanian. Perkara ini mendorong kepada
peningkatan usahawan dalam pertanian yang menjurus kepada peningkatan
ekonomi bagi individu dan negara serta membantu meningkatkan hasil
pengeluaran produk pertanian selari dengan mengurangkan kebergantungan
kepada produk negara luar.

2. RASIONAL

Penganjuran program sesi perkongsian bersama usahawan tani ini


merupakan satu wadah bagi semua pelajar Pendidikan Sains Pertanian dalam
meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Sains Pertanian. Para pelajar
juga akan memperoleh idea baru dalam mempertingkatkan kemahiran serta
pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan. Oleh itu, ia secara langsung
akan dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan pelajar dan
masyarakat sekitar serta dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil minat
dan bakat mereka yang terpendam dalam kalangan pelajar bukan sahaja
dalam bidang pertanian malahan juga dalam bidang perniagaan.

3. MATLAMAT

3.1 Menerapkan minat dan kecintaan dalam menceburkan diri dalam bidang
usahawan tani.
3.2 Melahirkan generasi yang berdaya saing, kreatif dan inovatif serta sifat ingin
membantu orang lain.
3.3 Program ini akan membawakan seorang usahawan tani yang akan berkongsi
pengalaman beliau menjadi usahawan tani.

4. OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan minat terhadap perniagaan dan pertanian.


4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam keusahawanan dan
pertanian.
4.3 Meningkatkan semangat ingin mencuba melalui pengalaman yang
disampaikan oleh panel.
4.4 Memperkembangkan bakat usahawan pelajar melalui perkongsian panel.
4.5 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.

5. TARIKH PERLAKSANAAN
Program ini akan berlangsung pada 11.01.2022 ( Selasa )

6. TEMPAT :
Program ini dilaksanakan menggunakan platform secara maya di Google Meet/zoom
7. ANJURAN
Kumpulan 3, Pelajar Tahun Akhir Bacelor Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

8. HASIL PEMBELAJARAN
● Menyediakan sebuah platform untuk pelajar memperolehi maklumat yang
berguna mengenai usahawan tani.
● Pelajar tahun akhir BPSP berpeluang menceburi usahawan tani dengan
perkongsian pengalaman daripada panel jemputan.
● Menghasilkan satu platform yang baik untuk perkongsian ilmu, perkongsian
pengalaman dan kemahiran pemikiran kritis yang boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.
● Pelajar dapat memperoleh pengalaman dalam berorganisasi dan
mempamerkan kemahiran insaniah (soft skills) seperti kepimpinan dan
semangat kerjasama.

9. IMPAK PROGRAM
● Pelajar tahun akhir BPSP dapat menimba ilmu pengetahuan serta informasi
yang berguna untuk mengetahui lebih lanjut apa itu usahawan tani.
● Menjalinkan ukhwah antara pelajar, pensyarah dan panel semasa program ini
berlangsung.
● Menggalakkan pelajar menggunakan ilmu yang diperolehi semasa program ini
untuk menceburi bidang usahawan tani pada masa akan datang.
10. KUMPULAN SASARAN DAN JUMLAH PESERTA
Pelajar Pendidikan Sains Pertanian tahun akhir ( Semester 7 )

PERKARA JUMLAH

Pelajar 37

Pensyarah 1

Panel Jemputan 1

Jumlah Keseluruhan 39 orang


11. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN WEBINAR USAHAWAN TANI

PENASIHAT
Dr. Enio Kang binti Mohd Sufian Kang
( Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal )

AHLI JAWATANKUASA KECIL

BIL. NAMA JAWATAN NO.MATRIK NO.TELEFON

1. Muhammad Ammar bin Ahmad Pengarah 196466 018-2056232


Zulkifli

2. Mohamad Iqhwan Syamim bin T. Pengarah 197328 011-16155498


Mohamad Said

3. Rabiatul Diyana binti Setiausaha 196590 014-8729857


Ahmed@Ahmed

4. Muhammad Shafiq Iqbal bin Ajk Teknikal 197547 011-29998919


Adnan dan Multimedia

5. Muhammad Al-Haafiz bin Abu Tugas-tugas 197164 011-28625224


Bakar Khas
11. TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 11 Januari 2022(Selasa) Tempat : Google Meet/Zoom

Masa Aktiviti

2.00 pm Bacaan doa dan kata-kata aluan

2.05 pm Sesi perkongsian dari panel jemputan

2.50 pm Penutup

12. PENUTUP

Jawatankuasa penganjuran berharap agar Program Webinar ini dapat


diteruskan pada setiap tahun. Hal ini penting bagi memberi peluang kepada
pelajar terutamanya dalam meneroka pengalaman baru melalui webinar ini.
Semoga dengan penganjuran webinar ini akan memberikan satu pengalaman
baru kepada semua pelajar dan juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti
serta mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar tahun
akhir BPSP. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat
diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas
kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai