Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM CERAMAH KESEMPURNAAN SOLAT

TEMPAT:
ARAS 5, POLITEKNIK METR0 KUANTAN

TARIKH:
26 JANUARI 2018

DISEDIAKAN OLEH:
EXCO KEROHANIAAN DAN MORAL
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dibuat untuk memohon kelulusan program dan peruntukan dari pihak
pengurusan Politeknik Metr0 untuk menganjurkan program ceramah kesempurnaan
solat untuk pelajar semesta 2.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Exco kerohaniaan dan moral, Politeknik Metr0 Kuantan.

3.0 LATARBELAKANG PROGRAM

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar muslim.
Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang
hebat di dalam kehidupan seharian. Jika baik solatnya, maka baiklah ibadah-ibadah lain. Jika
buruk solatnya, akan buruklah seluruh amalannya. Hal ini kerana isu pemahaman dan pengamalan
solat yang lemah dalam kalangan pelajar Muslim. Sehubungan itu, kami mengambil inisiatif ini untuk
menganjurkan program ceramah kesempurnaan solat ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran dan amalan solat mereka dalam kehidupan seharian.semoga segala usaha keras
kami disini bakal membuatkan hasil .maklumat kursus adalah seperti berikut:

NAMA PROGRAM : Ceramah Kesempurnaan Solat


PESERTA : PELAJAR MUSLIM DHF2A, DHF2B DAN DUP2
PENGANJUR : Exco Kerohaniaan Dan Moral
TARIKH : 26 Januari 2018
MASA : 2.30 pm – 4.30 pm
HARI : Jumaat
TEMPAT : Aras 5, Politeknik Metr0 Kuantan

4.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, peserta akan dapat


4.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara solat yang betul berdasarkan
rukun dan syarat- syarat yang telah ditetapkan.

4.2 Menanam sikap tanggungjawap untuk melaksanakan solat fadhu sebagai yang
wajib dalam kehidupan harian.

4.3 Memantapkan rohani dan jasmani para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang
berkaitan ibadah.
5.0 JUSTIFIKASI

5.1 Bertujuan melahirkan generasi unggul khususnya pelajar yang merupakan


pemangkin kecemerlangan di masa akan datang.

5.2 Pelajar dapat menjadi insan yang menyeimbangkan tuntutan agama dengan
urusan kehidupan dunia yang semakin mencabar bagi mencapai kejayaan di
dunia dan di akhirat.

6.0 TENTATIF PROGRAM

Program ini akan dijalankan selama dua jam yang melibatkan aktiviti ceramah yang
wajib bagi mencapai objektif. (rujuk lampiran I)

7.0 STRUKTUR BELANJAWAN PROGRAM

Pelaksanaan perbelanjaan program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak


penurusan Politeknik Metr0 Kuantan.
(sila rujuk lampiran II untuk maklumat belanjawan terperinci)

8.0 ORGANISASI

Program yang dirancang ini akan diuruskan oleh Ahli Jawatan Kuasa Perwakilan
Pelajar Certusan Idea Dari Exco Kerohaniaan Dan Moral untuk mengadakan program
“Ceramah Kesempurnaan Solat”. (sila rujuk lampiran III)

9.0 IMPLIKASI

Pelaksanaan program yang dirancang ini mampu menyediakan pelajar dengan


maklumat akan kewajipan solat fardu dan perlu memahaminya dan mempelajari solat
fardu dari semasa ke semasa agar pelaksanaannya lebih betul dan menepati ajaran
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
10.0 KESIMPULAN

Bagi pihak jawatankuasa kerja program, kami amat berharap agar program ini dapat
membei manfaat yang cukup bermakna kepada pelajar-pelajar Politeknik Metr0 Kuantan
yang bakal terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
program ini.

Sehubungan itu, program "Ceramah Kesempurnaan Solat” yang dirancang ini mampu
menghasilkan pelajar akan dapat memperbaiki diri dari sudut memahami solat dan
mengamalkannya. Dengan mengetahui kepentingan solat dan kesan yang diperolehi
hasil daripada solat dalam pelbagai sudut yang positif akan meningkatkan kesedaran
pelajar terhadap kewajipan solat. Mereka juga akan menyedari betapa pentingnya solat
bukan sekadar kewajipan bagi setiap muslim semata-mata tetapi keperluan solat yang
amat besar kepada manusia di dalam pelbagai sudut dan lapangan kehidupan yang
meliputi aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual.
11.0 PENGESAHAN

Kertas kerja program “Ceramah Kesempurnaan Solat” ini disediakan bagi mendapatkan
kebenaran dan kelulusan pelaksanaan oleh pihak pengurusan Politeknik Metr0 Kuantan.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

........................................................... ............................................................

MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHD IZWAN EN. MOHD ASYRAF BIN ROSLI
Exco kerohaniaan dan moral Penasihat pewakilan pelajar
Politeknik METrO Kuantan Politeknik METrO Kuantan
Tarikh : Tarikh :

Disahkan Oleh: Diluluskan Oleh:

........................................................... ............................................................
EN. AHMAD RASA’ARIM B. RAZZALI EN.MOHD JALIL BIN CHE JUSOF
Ketua Jabatan Pengarah
Politeknik METrO Kuantan Politeknik METrO Kuantan
Tarikh : Tarikh :
LAMPIRAN I

ATURCARA PROGRAM

26 januari 2018, jumaat

Masa Perkara

2.15 PM PENDAFTARAN

2.30 PM

4.30 PM PENUTUP
LAMPIRAN II

A) KOS PELAKSANAAN PROGRAM

BIL YURAN KURSUS JUMLAH

1. Penceramah

Kos Makan & Minum

Cenderahati

2. Jumlah Keseluruhan
LAMPIRAN III

B) Penganjuran progam

BIL JAWATAN NAMA

1. PENGERUSI Muhammad Zulhilmi bin Mohd Izwan

2. NAIB PENGERUSI Nursyaurah Aina binti Muhammad

3. SETIAUSAHA Umi Kalsom binti Hamid

4. BENDAHARI Nurul Izzah binti Mohd Saupi

5. AJK TEKNIKAL & MC Noor Hayati binti Shafie &

Nurfakhriah Aini binti Mohamad Pazi

6. AJK PENDAFTARAN Izzul Amier bin Ismail &

Nur Afizah binti Yacob

7. AJK MAKANAN & Mohamad Afis Azmi bin Nordin &


CENDERAHATI
Nurshafiqah binti Kamaruzaman

8. AJK TEMPAT Muhammad Azrulsyam bin Khalid &

Akmal Fikri bin Mazhar &

Nur Amirah binti Ramli

9. AJK PROMOSI .Nur Basirah binti Abdul Khalim’

Anda mungkin juga menyukai