Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Kertas Kerja Pengurusan Kokurikulum

Tajuk Program :
Webinar : Kelebihan dan Kekurangan PdPR

Subjek :
MPU2071 - Pengurusan Kokurikulum

Ahli Kumpulan :
1. Elyia Iryantie Binti Othman
2. Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki

Kumpulan :
D1.4

Tarikh :
09 Julai 2021 (Jumaat)

Masa :
9.30 – 10.30 malam

Tempat :
Pelantar Google Meet
1.0 Pendahuluan

Warga pendidik masa kini haruslah mempunyai sifat responsif serta dinamik dan cerdik
akal dalam menyesuaikan diri kerana setiap guru pasti akan menghadapi kelainan dan cabaran
dari semasa ke semasa dalam usaha mendidik. Dengan berpaksikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013– 2025) yang mana telah menggariskan setiap individu murid
hendaklah mampu untuk mendapat kemudahan dalam pendidikan bagi mencapai atau
memperoleh potensi murid tersebut dan mempunyai peluang untuk mengikuti pendidikan,
meskipun mereka tidak dapat hadirkan diri ke sekolah.
Apabila Wabak Covid-19 melanda kita secara tiba tiba, wabak ini telah menghantui
seluruh pelosok dunia dan telah mengubah 360 darjah landskap dunia pendidikan negara kita
khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi warga pendidik mahupun murid.
Seterunya, ia juga telah memberi cabaran yang amat besar kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia, guru-guru atau warga pendidik dan ibu bapa serta para penjaga setelah sesi
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah terpaksa ditutup dan digantikan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah atau dikenali sebagai PdPR. Hal ini
demikian, secara tidak langsung, seluruh negara harus menerima segala perubahan ke arah
norma baharu yang kita hadapi ini meskipun ia amat berbeza dengan norma hidup kita
sebelum ini secara khususnya dalam bidang pendidikan di negara kita ini.

2.0 Matlamat

Webinar ini direalisasikan dengan tujuan untuk membincangkan segala perihal berkaitan
pembelajaran dan pengajaran di rumah(PdPR) yang merupakan satu norma baharu buat negara.
Pembelajaran dan pengajaran di rumah(PdPR) secara tidak langsung telah melibatkan kemahiran
TMK yang agak tinggi dan ia telah memberi banyak impak kepada setiap lapisan masyarakat di
negara kita dalam usaha menyampaikan pendidikan kepada anak bangsa. Oleh itu, bagi memastikan
pendidikan di norma baharu ini dapat diakses oleh murid-murid, setiap agen sosialisasi itu hendaklah
memainkan peranannya dalam memastikan proses PdPR itu dapat disampaikan kepada murid.
Namun begitu, telah menjadi kebiasaan bagi setiap perkara yang terjadi dimana, setiap yang berlaku
itu pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Selain itu juga, webinar yang bakal
membincangkan Kelebihan dan Kekurangan PdPR ini turut dianjurkan bagi memenuhi objektif
kursus MPU2071.

2
3.1 Objektif

Diantara objektif webinar ini dilakukan adalah :

i. Mengenalpasti kelebihan proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah.


ii. Mengenalpasti kekurangan proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah.
iii. Mengenalpasti hala tuju PdPR agar tidak tersasar dan seiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
iv. Melahirkan hubungan yang positif diantara warga pendidik serta ibu bapa
atau penjaga dalam usaha bersama-sama memastikan pendidikan dapat
disampaikan kepada murid meskipun di norma baharu.

4.0 Sasaran

Program webinar ini mensasarkan melebihi 25 orang warga pendidik, ibu bapa dan para pelajar
akan terlibat.

5.0 Butiran Program

Webinar ini akan dilaksanakan mengikut butiran berikut :

i. Tarikh : 09 Julai 2021 (Jumaat)


ii. Masa : 9.30 – 10.30 malam
iii. Tempat : Secara atas talian (Google Meet)

6.0 Panel Jemputan / Penceramah

Puan Nurfatin Izyani Zulkepli, Alumni Universiti Teknologi Malaysia Pahang dan Encik
Muhammad Syamil Bin Hafiz , guru dari Sekolah Kebangsaan KLIA.

3
7.0 Cadangan Aturcara

Masa Aturcara Program


9.30 malam : Penyediaan pelantar Google Meet dan percubaan tayangan slaid
9.33 malam : Kemasukan peserta
9.35 malam : Bacaan Doa serta Ucapan alu-aluan pengerusi
9.40 malam : Pengenalan diri panel mewakili guru dan ibu bapa
9.45 malam : ‘Sesi Ngeteh’ - Webinar : Kelebihan dan Kekurangan PdPR
10.15 malam : Sesi soal jawab & penutup
10.30 malam : Sesi tamat

8.0 Jawatankuasa Pelaksana

Bil Jawatankuasa Nama Pelaksana


1. Penyelaras Program Puan Siti Salmiah binti Mohd Alias
2. Ketua Program Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki
3. Setiausaha Elyia Iryantie Binti Othman
4. Bendahari Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki
5. Surat Jemputan Elyia Iryantie Binti Othman
6. Sijil Penyertaan Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki
7. Penyediaan Slaid Elyia Iryantie Binti Othman
8. Penyediaan Tempat Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki
 Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki
9. Moderator  Elyia Iryantie Binti Othman

10. Publisiti Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki

4
9.0 Proses Kerja

Bil Jawatankuasa Pelaksana Tugasan Kerja


Merangka, merancang dan memastikan sesi ‘Sesi
Ketua Program Muhammad Nashrul Ngeteh’ bersama dua panel jemputan tidak
1. Amirullah mengaitkan sebarang isu yang melibatkan
perkauman atau sebarang isu yang sensitif dan
menyinggung mana-mana pihak yang berkenaan.
2. Setiausaha Elyia Iryantie Menyediakan kertas kerja bagi program ‘Sesi
Othman Ngeteh’ - Webinar : Kelebihan dan Kekurangan
PdPR.
Muhammad Nashrul Mengemukakan perbelanjaan program dan
3. Bendahari
Amirullah saguhati kepada panel jemputan.
4. Surat Jemputan Elyia Iryantie Menyediakan surat jemputan kepada panel-panel
Othman jemputan.
5. Sijil Penyertaan Muhammad Nashrul Menyediakan sijil penyertaan digital untuk peserta
Amirullah yang mengisi kehadiran.
6. Penyediaan Elyia Iryantie Menyediakan slaid bagi program webinar pihak
Slaid Othman penganjur dan daripada panel-panel jemputan.
7. Penyediaan Muhammad Nashrul Memastikan pelantar Google Meet sentiasa
Tempat Amirullah beroperasi dengan baik dan menekan butang
terima peserta semasa pendaftaran.
8. Moderator Muhammad Nashrul Mengemukakan persoalan, perbincangan dan
Amirullah mengusulkan hal berkaitan Kelebihan dan
Kekurangan PdPR.
Elyia Iryantie
Othman
9. Publisiti : Poster Muhammad Nashrul Menyediakan poster webinar untuk tujuan
Amirullah pemasaran

5
10.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan Jumlah


1. Pelantar Google Meet RM0 RM0
2. Sijil Penghargaan (Digital) RM0 x 25 peserta RM0
3. Mereka bentuk Slaid RM0 x 1 RM0
4. Publisiti : Poster RM50 x 1 RM50
5. Elaun Panel Jemputan RM150 x 2 RM350
Jumlah Perbelanjaan : RM350

11.0 Penutup

Usaha yang jitu serta komitmen dalam mempertingkatkan dan memantapkan kualiti
pendidikan negara demi anak bangsa kita adalah sebahagian tugas utama warga pendidikan
dan juga ibu bapa atau penjaga murid itu sendiri kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini demikian bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan serta kesejahteraan
rakyat Malaysia serta negara kita pada masa hadapan. Perubahan era globalisasi yang
semakin maju ke hadapan telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan
di Malaysia dan guru adalah agenda yang terbesar yang perlu memainkan peranan serta
berganding bahu bersama institusi keluarga dalam pelaksanaan pembentukan pendidikan era
globalisasi ini. Diharapkan agar webinar ini akan berjaya mencapai objektif yang telah
ditetapkan dan berjalan seperti yang dirancang serta dapat memberi manfaat kepada semua
pihak yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih diatas
kerjasama semua pihak.

6
Disediakan oleh,

………………………………………….
Elyia Iryantie Binti Othman
Setiausaha Program Webinar

Disemak oleh,

………………………………………….
Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki
Ketua Program Webinar

Diluluskan oleh,

………………………………………….
Puan Siti Salmiah binti Mohd Alias
Pensyarah Program
Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas Pengurusan Kokurikulum dan Kurikulum PJK

7
12.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai